Tuesday, February 16, 2016

TIPS TRAVEL - Baiki bagasi anda di CITY LUGGAGE Kuala Lumpur !



Assalamualaikum...


Okay lah, nak diringkaskan cerita, roda depan luggage Nisa rosak semasa trip ke Barcelona tahun lepas. Rosak sebab beg berat dan heret naik bukit di kaki lima jalan menuju ke stesen keretapi untuk ke airport. Memang takde masa langsung nak repair. Dah nak setahun kot ! 


Lepas tu sebelum pergi Tokyo pun tak sempat nak hantar repair. Lagi satu, pusat repair luggage yang ada kat shopping malls tu semua caj agak mahal. Sebab yang rosaknya satu tayar aje pun. Maka Nisa biarkan tidak dinaiki roda kecilnya tu. Sampai di Tokyo memang mengheret lah beg turun naik jejantas. Haha padan muka kat diri sendiri ! 


Jadi Nisa tekad nak baiki. Kot lah nanti nak travel ke mana-mana, takdelah kelam kabut nak heret beg. Haaa. Maka Nisa pun tanya-tanyalah kawan-kawan. Yang Nisa tahu pun, kat bahagian basement kat shopping mall Sogo KL, ada satu tempat repair. Tapi Nisa tak rasa nak pergi situ. Pertama sebab kedainya lokasi di basement, jadi kita kena masuk parking dan bayar parking. Kedua, Nisa rasa macam cajnya pasti mahal. 


Maka Nisa pun google "repair luggage KL" dan antara result yang keluar ialah sebuah laman forum. Bila Nisa baca, kebanyakan orang suggest satu kedai kat KL ni. Siap bagi alamat lagi. Tapi forum tersebut bertarikh tahun 2012 ke 2013 gitu. Hmmm Nisa pun was-was la, kedai ni ada lagi ke tak ? Bila check kat Google nama kedai ni, ada je lagi. Kawan yang tinggal kawasan situ pun tak pasti.







Disebabkan nak cepat settle pasal repair tayar luggage ni, Nisa cuba-cuba waze alamat kedai ni.. dan Nisa sampai je kat depan kedai ni... "Erkkk bukak ke tidak ni?" Nisa turun dan melihat-lihat ke dalam kedai. Ohhh kedainya memang bukak kecik macam ni pintunya, sebab kat dalam tu penuh bertimbun-timbun luggage. Masa Nisa tengok-tengok tu, aunty kedai ni tengah layan seorang customer nak ambil luggage dia siap repair.


Lepas tu Nisa pun pergi ke kereta balik then ambik luggage pink Nisa. Nisa tunjuk kat aunty ni roda yang rosak tu, dia kata caj satu roda tu dalam RM30. Nisa okay kan saja. Bila ditanya bila boleh siap, aunty tu kata dua tiga hari. Alamakkk. Satu roda jurr haha. Nisa pun buat muka kesian. "Aunty boleh tak siap segera? Sebab saya urgent nak pakai beg ni.." Alololo muka memang memintak penampor je Nisa ni haha. Aunty tu angkut beg Nisa bawak masuk dalam, dia nak check ada tak roda yang sama dengan roda luggage Nisa tu.






Tak lama lepas tu dia kembali tanpa luggage Nisa, katanya ada rodanya dan dia boleh pasang segera. Tak sampai lima minit dah siap. Nisa dah mintak dia buangkan pulak roda yang rosak tu, kalau tak boleh jugak tunjuk sebelum dan selepas. Haaa dalam gambar kat atas ni, roda belah kanan atas tu lah yang ditukar baru. Dah kotor sikit, sebab lepas siap je Nisa heret keluar kedai. Hahaha.


Tapi baguslah sebab dia sudi buat repair express. Tanpa caj tambahan pulak tu. Aunty tu pun baik dan friendly sangat. Dia tanya Nisa tahu kat mana Nisa dapat tahu pasal kedai dia. Nisa kata Nisa baca kat Google, tapi forum tu dah lama. Nisa ni pun cuba nasib je nak tengok kedai beroperasi lagi ke tak. Alhamdulillah memang rezeki Nisa nampaknya. Syukur. Nisa bagitahu aunty tu, kat Waze pun ada location kedai aunty ni. So orang nak datang pun senang. Aunty tu cakap something like this "I am very grateful for the people who recommend my shops and put it on internet.."








Kedai ni bukan saja repair roda beg bagasi, dia boleh repair lock yang rosak (bagi luggage yang ada lock apa sume tu), boleh repair pemegang, dan lain-lain.. Boleh contact CITY LUGGAGE Maluri KL ni. Kalau Google City Luggage ni, boleh tekang butang Call (dalam gambar di atas, kiri) untuk pertanyaan.


Kalau nak pergi sana tanya kos repair kerosakan beg bagasi korang, korang Waze je "City Luggage" nanti dia keluar result macam kat atas ni (gambar kanan). Mudah je. Mungkin ramai dah tahu tempat ni.. Nisa pun baru je tahu malam tadi, dan Nisa nak berkongsi dengan yang lain yang masih belum tahu. Moga bermanfaat.







XOXO, 
Putewi Hensem

7 comments :

nurin khairi said...

Dear..thanks for sharing! Saya ada satu beg yang baru je guna buat pegi US/UK haritu, baru sekali guna dah rosak satu tayar dia. Padahal sebelum tu siap buat review kat blog pasal beg tu huhu. Ingatkan kalau dah rosak tayar tu, dah takde harapan dah. tak sangka ada kedai yg boleh baiki rupanya...

Confirm akan pergi kedai ni before my next travel soon. thanks for sharing!

Munirah Mustafar said...

bolehlah nanti repair beg...banyak sangat beg yang terkandas kat umah ni

Munirah Rafiuddin said...

jauhnya...kat area ipoh xde ke?

AinAthirah Anuar said...

jauhnyeeeee. hhuhu

kyra perodua said...

haa..bole pegi ni..ade luggage yang perlu di baiki..huhu..thanks sbb share :)

KAJ said...

Thanks nisa for sharing. Memang akak pun tengah cari kedai repair beg.

norsalihah shaleh said...

Thank u soooo much share pasal ni. My bag pum handle patah seb berat sgt. Uwaaaaaa 😭😭😭😭