Thursday, February 11, 2016

Konsert 5 Divo - Nisa sangat teruja !



Assalamualaikum...


Wah wah wah bukan main teruja ye dengan acara yang bakal berlangsung hujung minggu ini. Mana lah Nisa tak terujanya, kalau 5 penyanyi yang terkenal bakal digandingkan dalam satu konsert di Stadium Malawati Shah Alam pada 13 Februari ini ??? Rasa nak sesak nafas dah niii !  Hahaha... Konsert 5 Divo ! Tak sabarnyaaa !!





ALAMAK !
Nak pilih siapa niii...???
Taufik Batisah ke ? Judika ke ? Afgan ke ? Hafiz ke ? atau.. Hazama ke ?




Haaa pening kan ? Nisa pun pening.. Tapi dalam lima orang penyanyi yang menggetar jiwa ni, ahaha... Yang menjadi pilihan kalbu ialah.. Hmm nanti lah Nisa share ! Ahakkkss !!! Yang pasti kelima-lima penyanyi di atas merupakan penyanyi yang sangat berbakat, dan sudah semestinya mempunyai peminat yang cukup ramai !




Nak bawa siapa ke Konsert 5 Divo ?

Hmmmm segan pulak nak bercerita ! Hahahaa... Well.. Nisa ada ajak seseorang untuk sama-sama menonton konsert ini dan menghayati lantunan vokal setiap artis yang bakal membuat persembahan. Cewahh !! Siapa orangnya biarlah ia menjadi rahsia terlebih dahulu.. kot-kot dia tak jadi ikut pergi konsert ni malu lah Nisa kann... HA HA HA !

Yang pasti, Nisa ajak beliau sebab beliau merupakan seorang yang menggemari muzik. Bila ada lagu baru atau lagu-lagu yang best, beliau pasti berkongsi dengan Nisa. Salah seorang penyanyi yang akan buat persembahan di Konsert 5 Divo ni merupakan artis kegemaran beliau (entah-entah kelima-limanya beliau gemar! haha..). Jadi.... Nisa nak menikmati muzik dari lima penyanyi popular ini bersama beliau. Wah wahh kemain kau ye Nisa ! HAHA.






ENRICH by Malaysia Airlines

Untuk pengetahuan semua, Malaysia Airlines merupakan antara penaja untuk Konsert 5 Divo ini. Jadiii,,, istimewa untuk ahli Enrich, anda berpeluang menikmati potongan 20% apabila membeli tiket ke Konsert 5 Divo ! Wahh syok lahh ! Boleh lah beli tiket untuk nikmati muzik bersama yang tersayang, auuww !

Selain diskaun untuk pembelian tiket konsert ni, keahlian Enrich membolehkan anda untuk menebus mata ganjaran Miles (Enrich dan Elite) untuk ke hampir 1000 destinasi di 150 buah negara ! Wah wah ini makin syok niii ! Untuk lebih pencerahan boleh klik DI SINI.




No Distance Too Far

Betul sangat tu ! Bila hati saling menyayang dan mengingati, perbezaan jarak tidak dirasakan ! Tidak kiralah di antara pasangan kekasih, keluarga, sahabat.. dengan Malaysia Airlines ajaklah mereka yang dekat di hati anda untuk teroka pelbagai lokasi di Malaysia ni ! Jauh ? Malas drive ? Nak mudah ? Naik je Malaysia Arlines ! Kompem #DekatJe okay ! Malaysia ini sendiri kaya dengan aspek-aspek seperti kulinari, sejarah, hiburan dan lain-lain. Tunggu nak pergi aje ! Untuk maklumat lanjut boleh laju-laju KLIK KAT SINI okay !






Bagi mereka yang nak beli tiket Konsert 5 Divo ni sempat lagii, klik laju-laju di website TICKETPRO ini . Haaaa tak sabar nak tengok persembahan dorang, sebab nya pasti kelima-lima mereka menjanjikan kelainan.. Tambah pula diiringi dengan orkestra yang diketuai oleh pengarah muzik terkenal Datuk Ramli MS.





Siapa lagi yang pergi ? Jumpa anda di sana !
Psssttt... Nisa nak sangat jumpa Afgan dan Judika ! Hahaha... Kbai.







XOXO,
Putewi Hensem