Tuesday, February 2, 2016

Filem OLA BOLA - Menyentuh perasaan, mengimbau kenangan.



Assalamualaikum..





Hari ini Nisa nak bercerita mengenai filem terbaru di Malaysia yang kian menjadi sebutan ramai... Selepas Polis Evo, nampaknya filem terbaru terbitan Astro Shaw ini mula menampakkan sinar untuk membuat kutipan tertinggi juga. Haaa Nisa pun dah menyaksikannya bersama rakan-rakan blogger. Nak tahu serba sedikit mengenai pendapat dan pandangan Nisa mengenai filem ini ? Jom teruskan membaca !





#1 Filem OlaBola merupakan filem yang diarahkan oleh pengarah Chiu Keng Guan.

So, why is this the big deal here ? Sebab Chiu Keng Guan (Chiu) merupakan pengarah yang telah menghasilkan filem box office "The Journey" yang mendapat kutipan berbelas juta tu. Hasil garapan beliau tidak dinafikan mempunyai taraf nya yang tersendiri. Okay, dalam erti kata lain, bukan sembarangan pengarah yang direct filem Ola Bola ni !





#2 Pengarah membawa masuk bakat-bakat baru untuk filem Ola Bola !

Haaa filem ni quite big jugak dari sudut pandangan Nisa.. dari segi mesejnya, tujuannya, pemasarannya... Tapi.. semua pelakon baru ? Ini satu fakta menarik ! Pada pandangan Nisa yang amatur dan peminat filem yang biasa-biasa... walaupun mereka semua muka baru tapi lakonan harus diberikan pujian. Mungkin ada serba sedikit lah bahagian yang tampak agak kaku, tapi secara keseluruhannya tidak memberi impak negatif pada filem. Syabas semua !






#3 Suasana dan feel zaman sekitar 70 ke 80 an gituu.. Sangat mengimbau kenangan !

Nisa suka sangat bila Nisa tengok suasana dulu-dulu cuba dilaksanakan pengarah dengan sebaik mungkin. Segalanya tampak realistik tanpa menonjolkan sangat kekurangan yang ada. Pendek kata apa yang disajikan cukup untuk mata yang menonton. Puas hati. Seronok tengok fesyen dan stail funfair zaman dahulu. Lagi-lagi part joget atas pentas. Haha..






#4  Mesej dan isi kandungan yang kuat

Semangat kesukanan, bersatu-padu, setiakawan, kekeluargaan, pengorbanan, kerjasama.. semuanya digarap dengan baik, disulami dengan insiden-insiden lucu sesama pemain bola sepak. Mesej-mesej ini sesungguhnya menyentuh hati tisu Nisa. Huwaaa huwaa..

Antara babak yang Nisa suka tengok ialah watak-watak yang bersahabat baik tidak mengira kaum dan warna kulit. Rahman (lakonan Bront Palarae) bersahabat baik dengan Chow Kok Keong aka Tauke (lakonan JC Chee).  Tauke juga merupakan sahabat susah senang Muthu (lakonan Saran Kumar).







#5 Mesej yang menyentuh soal kekeluargaan dan juga pengorbanan.

Dua elemen ini diterapkan dengan jayanya (bagi Nisa) sebab Nisa sangat sangat tersentuh. Ada satu babak tu di mana Tauke bertengkar dengan adiknya.. Disebabkan ego yang setinggi langit, Tauke meninggalkan pasukan bola sepak. Pertengkaran dengan adiknya membuatkan Nisa sedar, ada mesej lain yang boleh kita capat - iaitu jangan pentingkan diri.., dan jangan lupa bahawa ada orang lain juga yang sedang berkorban di dalam situasi yang sama.


Banyak jugalah pengisian yang tersurat dan tersirat dalam filem ni. Kalau kita hayati betul-betul memang tersentuh lah hati ni... Lagi-lagi tengok kasih sayang ibu Tauke pada beliau... Kasih adik-adik Muthu yang ingin membantu ayahnya.. (walaupun diselit insiden lucu berkaitan budak bertiga tu)..






#6  Antara watak kegemaran : Tiam Cai !!!

Kenapa Nisa suka watak Cai nii ??? Sebabnya Cai merupakan antara watak yang mewarnai jalan cerita filem Ola Bola.. and sebab utama Nisa suka dia... POSITIF ! Yes, pada pandangan Nisa, watak dia ni sangat lah positif.. satu sikap yang kita semua patut contohi ! Menurut filem ini, Cai telah bersama dengan pasukan bola sepak selama bertahun-tahun namun tiada peluang untuk turun ke padang. Dia tetap gigih berlatih dan percaya satu hari nanti dia akan berpeluang bermain di padang !



Bersama pemain nombor 14 Tiam Cai !!! Excited kejap hakak jumpa dia haha !!


Walaupun beberapa kali diusik oleh rakan sepasukan, Cai ni watak dia tak amik hati pun.. Suka dengan attitude watak Cai ini.. Di bawa dengan baik !

Namun pujian tidak harus dilupakan kepada para pelakon lain. Contohnya watak Abu yang nakal - dialah suka mengusik Cai haha ! Watak Ali yang agak beremosi sebab tak puas hati dengan Eric, tapi selepas beberapa ketika mereka berdua boleh get along pulak.



#7  Menampilkan shot-shot pemandangan yang sangat.... "JAW-DROPPED"

Terharu kejap tengok babak para pemain bola harus berlatih di kem tentera untuk mengukuhkan semangat berkumpulan dan penonton turut disajikan dengan shot pemandangan gunung ganang dan pantai yang sangat cantikkk.... Memang menampilkan identiti dan khazanah negara kita...




FAKTA-FAKTA MENARIK BERKAITAN FILEM OLA BOLA


  • Filem ini berdasarkan acara sebenar perlawanan bola sepak menjelang Sukan Olimpik dan berlatarkan zaman kegemilangan pasukan bola sepak Malaysia.
  • Watak-watak utama filem ini menampilkan pelakon yang berbilang kaum.
  • Para pelakon semuanya masih baru dalam dunia lakonan.
  • Para pelakon berlatih berbulan-bulan untuk menampilkan aksi perlawanan bola yang realistik.
  • Ola Bola merupakan filem Malaysia pertama yang menggunakan teknologi bunyi Dolby Atmos.
  • Pelakon Saran Kumar yang memegang watak Muthu merupakan pelajar jurusan engineering di UNITEN Bangi. (sumber)
  • Pelakon utama JC Chee yang memegang watak Chow Kok Keong aka Tauke tidak yakin ketika sesi ujibakat kerana beliau merasakan kurang skil bermain bola sepak. (sumber)
  • Khidmat pasukan kesan visual khas dari Argentina dan unit aerial cinematography dari Australia digunakan untuk "mencantikkan lagi" filem Ola Bola. (sumber)



Lebih info dan berita mengenai filem Ola Bola boleh rujuk link-link di bawah :








Bersama para blogger dan rakan-rakan kami semasa majlis tayangan filem OLA BOLA baru-baru ini...


Tetiba jadi jurugambar tak bertauliah untuk orang hahaha !!!





Honestly Nisa suka sangat filem ni. Mesej bersatu padu dan pengorbanan... memang menyentuh perasaan tau. Rasanya semua perlu disedarkan bahawa satu masa dulu kita walaupun berlainan kaum kita pernah bersatu di bawah minat yang sama iaitu sukan bola sepak. Semangat kejiranan juga kuat. Semangat berpasukan, kerjasama.. kita perlu ambil iktibar betul akan mesej yang diterapkan dalam filem ni.. Bukan untuk berseronok tengok wayang semata-mata. Nisa nak tengok lagi lah ! Siapa nak joinn hehehe...



Percaya tak yang pakai tshirt OLA BOLA kat tengah tu, dia lah pelakon yang memegang watak Eric Yong dalam filem OLA BOLA ni.. Hahaha... lain sangat muka dia ! Lagi-lagi dalam filem dia ada misai ! Kah kah kah...


Haaa ini dia Taufiq Hanafi yang pegang watak Abu dalam filem OLA BOLA. Haha nakalnya dia duk mengusik di Tiam Cai tu jee...


Ini dia Haris Mohd Zainuddin yang memegang watak Sanjeet dalam filem OLA BOLA. Laa melayu rupanya ! Haha helok sangat kan they-olls ni haha... 



Tuuu yang betul-betul belakang iols tu laa JC CHEE yang memegang watak Chow Kok Keong atau Tauke dalam filem OLA BOLA. Huiiii lagi lah heloknyaaa ! Hahahaa. Yang pakai topi merah tu tuan pengarah ! SPORTING GILERRR...





Fuhhhh sudah sampai di penghujung blogpost ni. SERONOK SANGAT WEHHH !! Meriah sangat tau lepas tayangan semua serbu para pelakon. Dah macam after part okayh ! Haha yang penting para pelakon termasuk tuan pengarah sekali sangat la sporting bila nak ambil gambar and buat videeeoooo !!! So koranggg, sebelum Nisa akhiri entry yang panjang berjela-jela ni, enjoy video ringkas di bawah ya !










XOXO,
Putewi Hensem




4 comments :

Yana Yani said...

wah...baca review pun dah best
belum tengok lagi
memang teringin nak tengok

Norafija Daud said...

Walaupun saya belum tengok,rasa exited nak tengok

ordinary wawa said...

Memang banyaklah effort nak buat film ola bola ni. Wajib tengok.

http://angellovesoldier.blogspot.com/

Hidup Haira Je said...

Semua pelakon muda2 lagi rupanyaa..hehe..