Monday, January 11, 2016

OH MY GANU 2 - Alamak Cikgu Ayu nak kahwin dengan Henry ke Zizang ni???!!



Assalamualaikum...





Yeahh telefilem Oh My English kembali !! Rentetan daripada sambutan yang hangat telefilem Oh My Ganu yang menampilkan watak Zizan Razak sebagai ZIZANG - seorang pemuda kampung yang ingin mendapatkan Cikgu Ayu (lakonan Tiz Zaqyah), Oh My Ganu 2 kini akan bersiaran pada 12 JANUARI 2015 ! Kalau nak tahuuu.. telefilem Oh My Ganu 2 ni jugak sebagai episod finale Oh My English musim ini. Haaa dah nak tamat ke OME ???!! Oh myyy See Yew Soon ! Huwaaa. Ehh ehem,






Okay okayy.. dah kenapa tetibe Cikgu Ayu nak dengan si Zizang pulak kan kan kan ? So kisahnya dalam satu tragedi yang tak disangka-sangka... Cikgu Ayu mengalami kemalangan dan telah hilang sebahagian dari ingatannya (amnesia). Cikgu Ayu tak boleh nak ingat anak-anak murid dia, SMK Ayer Dalam.. dan paling mengharukan sekali, dia tak ingat pun siapa Sir Henry Middleton !


Alaaahaiii kesian sangat dengan Henry Middleton tau ! Dia berusaha untuk menjelaskan keadaan tapi Cikgu Ayu sukar untuk mengingat kembali. Keadaan bertambah kusut sebab si Zizang ni tiba-tiba muncul dan mengambil peluang di atas keadaan ini. Cikgu Ayu boleh pulak ingat kat Zizang sebabnya dia kenal Zizang dari kampung.






Henry dan Zizang mulalah berbalah nak merebut Cikgu Ayu. Anak-anak murid mereka - Jibam, Mazli, Zack, Jojie, Azlin dan See Yew Soon, turut membantu dalam usaha Henry Middleton untuk menawan semula hati Cikgu Ayu yang jelas sedang berbelah bahagi. Haaaa agaknya siapa lah kan yang bakal dapat Cikgu Ayu pada akhirnya ??









Sooo akhirnya bagaimana yaa ? Kahwin jugak lah kan Cikgu Ayu... Tapi dengan SIAPA ? Adakah ingatan dia akan kembali dan dia akan end up dengan Henry Middleton ? Atau dia menerima Zizang yang nampaknya tidak berputus asa langsung nak menawan hatinya ?






Istimewa untuk semua peminat OME.. anda boleh pilih !! Siapa yang anda nak jadi suami Cikgu Ayu pada akhirnyaaaa ! Adakah #TeamZizang yang akan mendapat Cikgu Ayu ? Atauuuu #TeamHenry akan berusaha keras untuk memastikan ada happy ending buat Henry dan Ayu ? Awww suwit sangattt !



So macam mana nak undi #TeamZizang ke.. #TeamHenry ni ???


LANGKAH 1 :
Boleh undi di laman web www.ohmyenglish.com.my

atau

LANGKAH 2 :
Gunakan hashtag #TeamZizang kalau anda sokong Zizang.. atau guna hashtag #TeamHenry kalau anda nak Henry yang akan kahwin dengan Cikgu Ayu. Gunakan hashtag ini di twitter ya ! Gunakan banyak kali !








Haaa nak cerita sikit lah... minggu lepas Nisa berkesempatan hadir ke majlis pelancaran, preview dan sidang media untuk telefilem Oh My Ganu 2 ni.. Ehemm so Nisa dah tengok la oops ! Haha pendek kata memang best OMG2 niiii !! Sebab watak-watak yang sangat menghidupkan jalan cerita ! Ada lawaknya, ada romantisnya.. dan sudah tentu ada pengajarannya.. Jadi jangan lupa undi #TeamHenry atau #TeamZizang okayyy !!!









XOXO,
Putewi Hensem

2 comments :

miss eimanhikmah said...

#teamhenry pleasseeeeee..hehehe

Abang Janggut said...

Hok aloh....Adowk kije mung nie....Mung nie tak dowk mende laing ke nak wat....Hok aloh...