Tuesday, June 30, 2015

Kejutan hari jadi !

 

Assalamualaikum..

 

Terasa mengada dan gedik pulak nak berkongsi pasal kejutan ni.. Sedangkan kejutan ni tak adalah kejutan besar mana pun.. Cukup sebagai tanda ingatan dari seorang sahabat kepada aku… ini pun dah cukup buat aku gembira dan terharuuu.. Dan aku nak abadikan kenangan ni dalam blog aku…

 

20150626_133237

 

Lebih kurang seminggu lebih selepas hari jadi aku, aku menerima parcel ni. Serious, sebesar zarah pun tak terlintas dalam hati aku hadiah yang menanti aku. Aku mati-mati ingatkan parcel ni dari online shop yang nak bagi aku barang untuk aku review. Bila aku baca nama instashop yang tertera di atas borang poslaju tu, aku terfikir, “Ehh bila masa pulak aku deal dengan instahsop ni untuk review barang?” Haa bertambah pelik sebabnya macam mana dia dapat alamat aku kannn!

 

 

20150626_133246

Bila aku bukak parcel tu, aku macam impress jugak lah dengan packaging produk dia. Masa ni aku masih belum syak apa-apa. Memang tak syak sikit pun ! Aku fikir maybe untuk bagi gift, dia pack dalam kotak.. Kalau untuk buyer biasa aku tak sure la kan..

 

 

20150626_133539

Tapiiiii… aku keluarkan aje kad tu ! Memang terkejut besar akuuu !!! Sebab ada nama PENGIRIM SEBENAR kat belakang kad tu. Tergelak besar aku dalam kereta ! Hahahahah ~~~ You got me ! Memang aku sikittt pun tak syak barang yang sampai ni sebenarnya HADIAH hari jadi yang dikirim seorang rakan !

 

 

20150626_133600

Simple je ucapan kawan aku sorang ni. Haha aku memilih untuk tidak dedahkan nama beliau.. sebab aku rasa beliau tak suke publisiti kot ? Hahahhaaaa !!! Kot la lepas ni ramai pulak nak berkenalan. Kawan aku ni dah la single lagi. Ehh terbagi hint pulak. KAH KAH KAH !!

 

 

20150626_144600

Ini lah dia hadiah yang diberi oleh rakan aku… dua helai halfmoon shawl.

 

 

image1

Excited punya pasal, aku pakai terus esoknya… Hehe yang kaler hijau tu nantilah pakai.. Tengah tengok baju lain yang boleh match Hehe.. Apa apa pun aku bersyukur punya rakan yang mengingati aku, mengingati hari penting aku. Walaupun aku memang ada bagi dia alamat sebab nak kan hadiah, tapi niat aku masa tu TAK LEBIH DARIPADA GURAUAN semata-mata. Aku tak bermaksud nak mintak betul-betul pun..

 

Tapi rezeki aku pulak kan, rupanya kawan aku tu betul-betul bagi aku hadiah. Mungkin hadiah ni tak lah semewah mana, mungkin orang yang membaca entry aku ni ada yang akan fikir aku saja nak show off atau melebih-lebih.. Tapi percayalah, aku takde niat macam tu. Sekadar nak mengabadi kenangan… dan tanda aku hargai ingatan kawan aku tu… Syukur aku dikelilingi rakan rakan yang macam ni… Kepada rakan yang sudi memberi hadiah ni, sejuta kali ucapan terima kasih pun takkan cukup. Semoga Allah memberimu keberkatan dalam hidup, kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah. Terima kasih !

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem

Nisakay Ke Melbourne – DAY 1

 

Assalamualaikum !

 

Haaa excited la kejap nak share mengenai trip aku ke MELBOURNE pada bulan April yang lepas ! Wakakaka… dah dua bulan lebih baru nak share la ? Dah masuk bulan 7 kotttt.. Tapi sebenarnya aku berkejar jugak nak siap share pasal trip aku ke Melbourne ni… sebabnya, ada trip lain yang menyusul !! Haaa kisahnya nanti korang kena baca la ye !

 

DSC00486

Nak dijadikan cerita banyak jugak la kisah suka duka, perit jerih yang aku lalui sebelum nak sampai ke Melbourne ni.. Aku rush balik kampung, balik ke KL semula.. Malam sebelum berlepas tu, aku sikit lagi nak nangis sebab AKU TAK JUMPA PASSPORT !!! Padahal kan passport aku kat kawan aku, sebab dia buatkan visa semua. So dia pegang passport aku, lepas tu sebelum naik flight, aku  suruh adik aku hantar ke NU Sentral sebabnya aku tak tukar duit lagi !!! Haha gigih aku usung bagasi aku satu NU Sentral tu. Lepas tu aku naik pulak ERL menuju ke KLIA, seterusnya berjumpa kawan kawan kat sana.

 

Kalau dah Allah izinkan aku ke Melbourne ni, apa pun kesusahan dan kesukaran aku hadapi, aku akan berjaya jugak sampai ke destinasi ! Kann. Alhamdulillah.. cuaca siang yang cerah dan nyaman menyambut kami setibanya di Melbourne ! Masa ni musim luruh kalau tak silap aku… So anginnya agak nyaman dan ada masanya mencucuk tulang ! Oh ye, kami naik flight pada waktu malam, dan sampai di Melbourne pada waktu pagi jugak la…

 

 

# PENGINAPAN : IBIS BUDGET HOTELS #

DSC00499

Biasanya kalau bercuti ke luar negara, aku ni jenis yang mengikut aje,… Sebab aku tak suka buat itinerary semua. Hahaa aku nak jalan je kih kih kih.. Syukur dalam group trip kali ini dah ada orang yang gigih menyusun jadual sepanjang seminggu kami di sana. Thank you Ray ! Muah cikedd. Gituh. Penginapan yang kami pilih ialah IBIS BUDGET HOTEL. Not really macam hostel… tapi lebih kurang macam hotel budget lain di luar sana.

 

 

1

Trip kali ni kami berenam sahaja.. 4 lelaki dan 2 perempuan. Aku dan Ayie (geng perempuan) duduk sebilik.. dan kami dapat bilik yang sebenarnya boleh memuatkan 3 orang. Alhamdulillah biliknya cukup selesa untuk kami rehat-rehatkan badan dan membersihkan diri. Ada TV dan Radio. Peti sejuk takde la.  Hew hew. Untuk geng lelaki pulak, dorang duduk di bilik yang memang cukup untuk 4 orang. Tapi bilik dorang ada peti sejuk kecik tu.

 

2

Bilik air dalam IBIS BUDGET HOTEL ni simple sangat sangat. Jamban kat satu bilik, lepas tu bilik mandi yang memang muat muat sorang je. Tapi aku yang kecik ni pun setiap kali nak bergerak kat dalam tu, berlanggar jugak lah siku aku dengan pintu haha.  Tapi kire okay lah kan, boleh mandi and membuang kekeke…

 

 

# KOMUNIKASI : OPTUS #

DSC00520

Memandangkan kami akan berada di Melbourne hampir seminggu, jadi kami decide nak beli local simcard untuk memudahkan perhubungan antara kami sekiranya nanti kami berjalan berasingan atau berpecah dari kumpulan. Di tengah tengah bandar tempat kami menginap ni sememangnya banyak pilihan telco, dan kami pilih telco OPTUS ni.

 

Mulanya, kawan aku beli simkad, dan didapati simkad tersebut ialah nano sim, so tak compatible dengan phone dia. Jadi, aku beli simkad tu padanya dan pasang kat iPhone aku. Haa nasib bawak iPhone, kalau tak bawak siapa nak hamik simkad tu? Hehee.. Jadi, untuk activate kad sim tu, kena call service centre dia, dan bercakaplah dengan pegawai khidmat pelanggan dia untuk beri details dan seterusnya aktifkan internet. Mudah je, tapi agak leceh sebab nak kenal call dan tunggu.

 

DSC00513

Cara yang lebih mudah untuk aktifkan simkad ialah pergi ke outlet telco pilihan korang, dan mintak je staff kat outlet tu untuk aktifkan terus. Cuma perlu daftar thru komputer dia dan poofff !! Dah pun aktif. Jauh lebih mudah ! Simkad yang aku aktifkan tadi tu kawan aku beli kat 7 Eleven. Itu yang aku aktifkan sendiri tuu..

 

 

DSC00511

Simkad OPTUS ni ada yang weekly internet.. ada yang monthly.. kami ambil yang monthly sajor… harga simkad $2 (Australian dollar) sahajorr… internet dia aku tak berapa ingat dah harga dia.. sekitar $5 kot untuk seminggu internet ? Aku tak berapa sure.. maybe korang boleh google pasal simkad OPTUS ni untuk kepastian ?

 

 

# KAD MYKI #

DSC00535

Kad ni lebih kurang touch and go ler… korang topup and boleh naik train / bas / tram (yang berbayar). Orang luar negara memang kurang pakai cash kan untuk pengangkutan awam dorang ? Banyak pakai kad kad macam ni haa. Lebih memudahkan kot ? Kalau naik tram pulak, kalau dalam bandar memang FREE ! Toksah risau, naik aje… tapi kalau naik tram yang sampai ke kawasan luar dari zon free, kena lah bayor haa..

 

 

# TARIKAN DI MELBOURNE : BRIGHTON BEACH #

DSC00555

Ahaaa kami naik tren je nak ke Brighton Beach yang popular di Melbourne ni…. Dari stesen yang sangat sangat dekat dengan IBIS HOTEL tadi tu (maaf aku tak ingat nama stesen apa), lepas tu naik tren laluan yang tertentu, sampai la ke stesen yang terakhir. Tapi kami kena jalan kaki “sikit laaa” nak menuju ke lokasi yang dicari-cari…

 

 

DSC00586

Ahahaaa ewah ewahhh ! Nampak je macam sunset.. tapi suasana masih agak terang masa tuuu.. Tapi efek cahaya matahari kat belakang tu memang kebabomm la masa tengok depan-depan ! Memang sangat indah ciptaan Allah SWT ! Rasa nak tenung lama-lama sampai matahari terbenam!

 

 

DSC00609

Yeahhh ini dia tarikan utama Brighton Beach ni ! Tapi kedudukan nya di hujung pantai memang mencabar semangat kami, maklumlah kena jalan kaki agak jauh dari stesen keretapi kan.. Tapi berbaloi-baloi lah tenaga yang dah habis digunakan untuk berjalan kaki tu sebab memang cantik-cantik je pondok ni.. Eh pondok ke. Kawan aku kata, rumah-rumah kecik ni macam summer chalet dan semuanya ada pemilik.

 

 

DSC00617

Bergambar lagi dan lagi. Bila kita melancong ke tempat orang, BERGAMBAR perkara wajib lah kan, untuk kenang-kenangan.. entah bila lah lagi kan kita dapat pergi tempat orang ni haaa kan ? Esok lusa belum tentu ade rezeki… Gituu.. jadi sementara Allah bagi izin aku merasa pijak bumi orang, aku abadikan kenangan-kenangan kat tempat tu… P/S : Gopro aku memang sentiasa di tangan ! Haha.

 

 

nisakay-melb

Ini geng #MelbourneKbai kamiii ! Hew hew tapi ade sorang lagi takde dalam pic yakni Abang Long. 
Dari kiri : Ray, Adam baju biru, Megat a.k.a. Moribayu baju kelabu dan Ayie my roommate.

 

 

 

# MAKANAN HALAL DI MELBOURNE : MAMA WONG’S KITCHEN #

DSC00657

Kami naik balik tren, kembali ke stesen yang mula-mula kami naik tu. Bila dah ade simkad dan internet, mudah kami nak google-google kedai makanan HALAL di Melbourne ni. Ternyata ada beberapa pilihan yang berdekatan hotel, dan yang penting, in walking distance gitu. Inilah kelebihan duduk di tengah bandar, banyak kedai. Restoran pilihan kami : MAMA WONG’S KITCHEN. Tengok dari luar pun dah ada tanda halal dan siap tampal sijil halal yang disahkan oleh perbadanan tertentu di Australia.

 

 

DSC00652

Haa kat Australia pun ada Islamic council dia tau.. Biasanya di negara-negara luar memang dia akan ada councils yang macam ni untuk iktiraf makanan halal kat luar negara. Ni karang kalau ada yang tanya “Ni JAKIM cakap halal ke tak” aku tampar laju-laju. Memang JAKIM tu kerja dia authorized halal food kat Aussie ni kan?!!!

 

 

DSC00651

Secara kasarnya, makanan di MAMA WONG’S KITCHEN ni macam makanan melayu lah.. ada goreng-goreng gitu.. Tapi more to chinese food kot.. Alah senang citer macam makanan Malaysia lah haaa. Ada wantan goreng, nasi goreng, lauk pauk… Dia macam Malaysian chinese food gitu..

 

 

DSC00655

Nasi goreng daging ! Simple je makan malam aku. Sebab aku ni bila dah pergi negara orang, aku tak cari sangat makanan Malaysia. Bukan apa, nak lah merasa makanan tempatan di sana kan.. Tapi kalau takde yang halal, makanan Malaysia jugak lah aku cari haha..

 

 

DSC00649

Suasana dalam restoran yang bagi aku agak ringkas, malangnya tak boleh accommodate ramai orang, sebab restoran cuma saiz sederhana. Tapi makanan not bad lah.. Harga pon boleh lah kan.. Kalau makanan halal / makanan Malaysia kat luar negara, memang susah jugak nak dapat yang murah.. Yang affordable tu mungkin boleh cari.

 

 

Sekian hari pertama di Melbourne ! Haa memang panjang berjela laa.. sebabnya aku compile aktiviti satu hari kat sini ! Kalau lagi banyak tempat aku pergi, lagiiii lah berjela aku update ! Aku ni pulak jenis suka letak banyak gambar kat blog.. dan jugak tak suka nak compile gambar sangat Haha sebab aku suka letak gambar tu besar-besar, jelas sikit nak tengok. Okayy nanti aku sambung kisah di Melbourne ya !

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem.

Monday, June 29, 2015

[DAY 20] - The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge!

 

TheSW-Logo-Clear

 

Assalamualaikum...

 

Sekarang ni aku ada kat kampung… so untuk elakkan diri daripada tidur selepas sahur ialah dengan update blog ! Hahaa nak sambung entry untuk  The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge! sebenarnya… Sooo letsss next topic !

 

20)   Describe your most difficult breakup and what you learned from it

 

 

MOST DIFFICULT BREAK UP ?

 

nisakay5

 

Ya, ada satu masanya aku menghadapi most difficult break up so far… tapi aku telah mengambil keputusan untuk TIDAK menceritakannya secara detail kat sini… Kisah aku dan dia, biar aku, dia dan Tuhan saja tahu apa yang telah berlaku antara kami…

 

Apa yang aku pelajari, the biggest lesson is… JANGAN MUDAH PERCAYAKAN ORANG. Sayang macam mana pun kita pada seseorang tu, jangan mudah memberikan kepercayaan sepenuhnya. Bila kita percaya sangat padanya, kita akan letak harapan yang tinggi. Bila dah letak harapan, kita akan kecewa apabila tidak end up seperti yang kita angankan…

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem

[DAY 19] - The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge!

 

 

TheSW-Logo-Clear

 

Assalamualaikum...

 

Sekarang ni aku ada kat kampung… so untuk elakkan diri daripada tidur selepas sahur ialah dengan update blog ! Hahaa nak sambung entry untuk  The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge! sebenarnya… lagi dua hari je dah nak habis bulan enam ni.. Tapi aku baru sampai ke topik 19 haaa… Walaupun bulan Jun akan berakhir tapi aku tak akan akhiri cabaran ni ! Aku akan habiskan jugakk..

 

19)   What is something about you that people would be surprised to learn?

 

Hmmmm…. bila dah beberapa tahun blogging ni, aku jadi ragu-ragu.. ade ke benda yang orang masih tak tahu pasal aku ? Hahaaa it seems that I shared too much things about myself selama blogging ni kan ? Hahaa so tengah fikir ade ke tak perkara mengenai diri aku yang boleh buat orang terkejut bila dapat tahu..

 

nisakay4Hmmm kejap. Fikir kejap eh !!

 

 

Okayyy… just a fact about me (nak terkejut ke tidak tu tak tahu lah)… instead of my confident and chatter-box character, aku sebenarnya SANGAT MUDAH MENANGIS. Haaaaa terkejut ke idok ? Hahahaa… Nampak je penuh konfiden, banyak cakap.. ala ala happy go luck at times.. tapi sebenarnya hati aku ni serapuh keropok yang baru goreng – mudah patah dan hancur. Gituuuu..

 

Aku rasa aku ni sangat sensitif. Sikit je benda boleh buat aku menangis. Tapi well.. bertahun hidup seorang jauh dari keluarga buat aku jadi sedikit kental.. dah boleh sembunyikan perasaan, dah boleh berlagak kuat depan orang lain.. huhuu.. tapi aku rasa itu semua lumrah manusia. Bila dah kena berkali-kali, we tend to come out stronger. Kan ?

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem

Friday, June 26, 2015

[DAY 18] - The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge!

 

TheSW-Logo-Clear

 

Assalamualaikum...

Okay kita try sambung topik-topik The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge! ni laju sikit naaa.. maklumlah semua dah tinggal berapa hari je lagi nak habis bulan enam.. tapi cabaran ni tak siap siap lagi. Wahahaha.. tapi kalau dah habis bulan 6 pun, aku tetap akan habiskan topik-topik ni…

 

18)   If you could have a conversation with yourself in high school, what would you say?

 

Ahahahhahaha ini menarik ! Sebab apa.. sebab ada banyakkk benda yang aku nak bagitau kat diri aku yang masa di sekolah menengah tuuu !! HAHA !!

 

P4143445

 

Perrgghhh sekolah menengah ! Zaman tudung bawal cotton yang dua tone, tiga tone tu ! Hahahaa.. aku try cari gambar aku masa sekolah, takdelah pulak. Mana entah perginyaaa… Ini je lah ada, itu pun gambar masa kenduri kat rumah saudara..

 

Kalau aku boleh having a conversation dengan diri aku masa sekolah menengah, ini adalah antara perkara yang aku nak bagitau dia :

1. JANGAN curi-curi makan roti dalam kelas ! Cikgu Addmath tak suke. Dah lah kau tak study elok-elok subjek dia, makan pulak masa kelas dia, memang menyirap la dia kan. Hua huaa..

2. JANGAN cengeng sangat. Masa sekolah menengah kemain kuat nangis, Sikit sikit nak nangis. Baru kena buli dengan perkataan-perkataan yang mengguris hati, dah menangis tak hengat.

3. JANGAN kapel dengan classmate angah. Haha. Dia dah ade makwe, ade pulak nak jadikan kita second girlfriend dia ! And he’s not that hot pon !

4. BERSENAM LEBIH SIKIT ! Bukannya awak takde bakat dalam bidang sukan. Biasa kalau masa sekolah rendah, acara larian dengan lompat tinggi tu semua boleh tapau. Kalau rajin bersenam, takde lah awak kena lelah tu.

 

 

Haahaha okay so far tu aje nak cakap kat dia.

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem

[DAY 17] - The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge!

 

TheSW-Logo-Clear

 

Assalamualaikum...

 

Okay kita try sambung topik-topik The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge! ni laju sikit naaa.. maklumlah semua dah tinggal berapa hari je lagi nak habis bulan enam.. tapi cabaran ni tak siap siap lagi. Wahahaha.. tapi kalau dah habis bulan 6 pun, aku tetap akan habiskan topik-topik ni…

 

17)   What are your spiritual beliefs and how do they impact your relationships/relationship status?

 

Uhukkkk… spiritual beliefs gapo dio nii…….

 

_MG_1405

 

Takdelah spiritual beliefs ke apa.. Tapi kalau di dalam friedship / relationship.. aku percaya KOMUNIKASI tu amat lah penting ! Sebab kalau takde good communication, nanti mulalah mendatangkan salah faham… sakit hati.. lepas tu melarat-larat pulak gaduhnya. Haaa… tak ke sakit jiwa macam tu ??

 

Dengan komunikasi yang baik, dua pihak boleh duduk and berbincang mengenai apa yang terbuku di hati tanpa perlu menyakitkan hati mana-mana pihak sekalipun… tapi nak berkomunikasi sekali pun, kena cari masa yang sesuai.. kalau tengah gaduh tu, kena tunggu dua dua pihak reda dari kemarahan dulu dan gunakanlah ayat yang baik dan tidak mengguris perasaan mana-mana pihak.. benda ni apply dalam kedua-dua friendship dan relationship. Haa gituu.. So apa apa pun, sit back and relax ya semua !

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem

[DAY 16] - The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge!

 

 

TheSW-Logo-Clear

 

Assalamualaikum...

 

Aduh aduh sayanggg makin nak dekat dengan tarikh acara Vendeur Festival, makin busy pulak akuuu.. Lets hope semua baju aku siap on time ! Supaya ade lah stok nak dijual semasa acara tu nanti ! Hahaa… Kena gaduh lebih sikit dengan tailor ni ! Okay jom kembali ke jalan yang benar.. mari sambung next topic untuk The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge! ni ha… entah berapa puluh entry dah aku miss ni..

 

16)   If you planted a time capsule right now of your life to be opened in 20 years, what would be in it?

 

Hmmmm…. ini pun buat aku berfikir panjang ni… agak-agak apa yang aku nak abadikan untuk dikenang / buka kembali selepas 20 tahun ya ?

 

IMGL0832

 

Kalau perlu aku tanam kapsul masa, aku akan tanam KENANGAN SEMASA DIRI AKU HIDUP SUSAH. Ya.. aku akan tanam semuanya dalam kapsul masa tu.. bagaimana masa tu seorang pun takde di sisi kau, melainkan mak ayah kau. Bagaimana masa tu kau rasa kau selangkah lagi ke arah putus asa. Masa tu kau rasa tak berguna sangat sangat. Semua tu aku akan tanam.

 

Selepas 20 tahun, akan aku buka kapsul masa ni, dan pandang balik ke belakang. Ingat balik semuanya, agar aku sentiasa ingat asal usul, siapa diri aku dan walaupun masa depan tu nanti, MUNGKIN aku berada di atas, aku nak ingat balik macam mana payah aku bermula. How hard life has treated me. Semua yang Allah tentukan, aku akur.. Semoga ada hikmah di sebalik semuanya.

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem

Monday, June 22, 2015

[DAY 15] - The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge!

 

 

TheSW-Logo-Clear

 

Assalamualaikum...

 

Hai haiii… maish lagi aku setia update blog aku agar kelihatan meriah dan penuh dengan entry Hahahaa.. takde lah bersawang sangat kan. Thanks to The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge! ni sebab bagi aku 30 sebab / topik untuk aku update kat blog hohoo.. Kalau takde topik, memang aku mencari entry tag macam ni… satu haru buat satu topik. Tapi biasanya memang akan miss sebab busy dan travel.. Sebab tu terkejar-kejar nak update !

 

15)   Narrate a conversation between you and someone in your life who you never had closure with (a friend, an ex, a family member, etc.) What would you say? What would they say? What outcome would you hope for?

 

Hmmmm…. agak sukar aku nak reka dialog – mengharapkan situasi yang telah berlaku, berlaku seperti yang aku fikirkan..

 

nisakay 2

 

AKU : Kalau awak tak pernah simpan perasaan sikitpun kat saya, atau awak tak pernah berniat nak serius dengan saya, jangan layan saya baik sangat. Biasa-biasa sudah.. macam sebelum ni. Jangan baik sangat. Jangan caring sangat. Saya perempuan, hati halus saya mudah tersentuh dengan layanan sebegini. Sebab nanti bila apa yang saya harapkan tak berlaku, saya yang sakit sendiri. Bukan awak.

 

DIA : Maafkan saya. Ya, mungkin memang saya begitu. Selalu sakitkan hati awak.

 

AKU : Saya tak minta maaf dari awak. Perkara dah jadi pun. Takpelah.. I’ll move on. (Walau dalam hati luka berdarah).

 

DIA : ………….

 

 

Kenapa si dia takde jawapan ? Sebab saya tahu dia takkan ada jawapan… Dan jujurnya saya sendiri tak tahu apa outcome yang saya harapkan.. Hmmm mungkin saya mengharapkannya agar dia tak melakukan perkara yang sama kepada orang lain… Agar tiada hati yang “salah faham” dan kecewa… macam saya……………………….. Atau mungkin… aku mengharapkannya membalas perasaan aku ? Hmmm sukar nak cakap… Tak dinafikan perasaan sayang ini ada.. dan aku ni, once dah sayang orang, aku sukar nak move on, it will takes time. Aku berdoa pintu hati dia terbuka untuk aku.. Tapi.. kalau dia BUKAN JODOH AKU.. Aku terima, pasti Allah punya rencana terbaik untuk aku.

 

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem

[DAY 14] The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge!

 

 

TheSW-Logo-Clear

 

Assalamualaikum...

 

Okayyy habis kisah Paris ! Marilah sambung upate The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge! ni Haaaa banyak lagi nak kejar ni.. Lebih seminggu dah delay… Haa blogger jenis apalah aku ni suke hati je nak update blog ke tidakkkk !

 

14)   Describe the last moment you felt really,
truly blissful

 

nisakay

Tak perlu cakap panjang. MAK dan ABAH made my entire life truly blissful, every moment. The only people that will definitely be with me even I’m at my lowest point. I may not a good daughter to you two, but please know that Mak and Abah are the greatest gift from Allah that I could’ve asked for. And I love you both dunia akhirat.. Semoga Allah memberkati dua insan kesayangan aku ni… dan mempermudah segala urusan mereka, murahkan rezeki mereka dan kurniakan kesihatan yang baik..

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem.

Sehari di PARIS – Part 5

 

Assalamualaikum…

 

Sehari di PARIS - Part 1

Sehari di PARIS - Part 2

Sehari di PARIS - Part 3

Sehari di PARIS - Part 4

 

DSC04571

 

Baiklah.. sambung dari kisah yang lepas, kami menyusuri sepanjang laluan tepi SEINE RIVER menuju ke stesen keretapi terdekat. Sambil jalan-jalan tu kami cuci mata tengok barang yang dijual di sepanjang kaki lima tersebut. Kebanyakannya jual poster pop art dan vintaj, buku buku lama (seperti dalam gambar) dan souvenir. Paling menarik, of cos poster pop art dan vintage. Kalau aku dah ada rumah sendiri ni memang memang aku beli dah sekeping poster ! Haha..

 

 

seine

Okay pendek kata kami jalan dan jalan lagi sampai lah kami ke sebuah stesen yang berdekatan dengan Notre Dame. tapi ianya bukanlah stesen besar. Cuma pintu masuk alternatif bagi mereka yang mungkin sudah mempunyai tiket. Sebab disitu cuma ada laluan masuk untuk tiket. Tiada kaunter / mesin jualan tiket, jauh sekali kaunter pertanyaan. Kami sudah bingung. Kepenatan berjalan kaki hampir 10 kilometer (sepanjang hari) buat aku dan boss aku sedikit emosi. Dah la nak turun naik tangga ke stesen bawah tu bau nye toksah cakap lah. Muntah si pemabuk yang masih basah menghiasi tangga tempat kami berpijak. Wekkk!!!!!!!

 

 

KAMI HAMPIR DITIPU !!!

Ini kisah aku dan boss aku yang hampir ditipu hidup-hidup oleh seorang scammer di stesen keretapi. Aku malas nak cerita balik benda yang sama. Di sini aku kongsikan sedikit nukilan boss aku.

Semasa beratur untuk membeli tiket, saya disapa seorang lelaki, berpakaian kemas, dengan spek mata hitam, dengan kad nama di leher namun dalam posisi terbalik. Dia menanyakan sekiranya boleh membantu saya untuk membeli tiket. Saya ikut saja tanpa syak wasangka.

Selesai menanyakan destinasi saya, lalu jari-jemarinya menari diatas skrin, menekan butang untuk membeli tiket. Kemudian dia menunjukkan Paris > CDG. Kad debit diminta lalu saya memasukkan kad dan dia menekan butang seterusnya.

Dengan tidak semena-mena, proses pembayaran sedang dilakukan namun menunjukkan caj yang dikenakan adalah 40 EUR (~ RM160). Saya tanya adakah ini betul namun dia kata 'its ok'. Was-was dengan transaksi tersebut, saya terus menarik keluar kad debit yang masih dalam proses pengesahan dan Nisa menunjukkan jari kearah kaunter, dan saya lihat gadis di kaunter memanggil saya seolah-olah mengisyaratkan cepat pergi dari situ, dan mari ke kaunter. Saya berlalu pergi dan ternampak lelaki tersebut menyeluk tangannya kedalam slot tiket, dan mengeluarkan tiket yang telah dicetak.

Saya telah ditipu olehnya.

Dia terus berlari dan melompat masuk tanpa menggunakan pagar untuk tiket, dan saya hanya kaku disitu. Gadis penjual tiket yang rasmi tidak ada satu patah kata dikeluarkan untuk saya atas peristiwa itu. Perasaan saya berkecamuk. Berpuluh perkara difikirkan apa yang ingin dilakukan kepada penipu tersebut sekiranya terjumpa di platform itu, termasuklah menolaknya ke landasan tika keretapi sedang berlalu. Namun tiada kelibatnya. Mungkin sudah berlari jauh mengetawakan saya dan gembira kerana telah memperoleh dua tiket bernilai 20 EUR setiap satu.

Perjalanan pulang tersebut tidak segembira yang mungkin, mengenangkan bagaimana hendak mendapatkan semula 40 EUR tersebut. Segala hujah bermain di kepala. Didalam minda terasa kebodohan. Jika semasa pergi pandai untuk menggunakan mesin, kenapa semasa balik tidak pandai menggunakan mesin. Kaku, kelam, dan masam mencuka sehingga sampai ke terminal CDG. Terasa sudah berhati-hati, namun masih terkejut masih terjadi peristiwa sebegini.

 

Ini kisah yang boss aku ceritakan. Okay first of all, seingat aku.. lelaki tersebut tidak memakai cermin mata hitam. Mukanya nampak biasa, so innocent dan.. ermm.. KACAK. Ya, dia good looking, berpakaian kemas, mungkin sebab tu kami ikut dia ke mesin membeli tiket tanpa banyak bicara.

 

Kedua : Aku sudah syak padanya in the first place when he started to use the ticket machine. Sebab apa ? Sebab dia TIDAK menggunakan option bahasa Inggeris. Dia terus menggunakannya dalam option bahasa Perancis yang jelas-jelasnya kami tidak fahami.

 

Ketiga : Masa dia tekan jumlah tiket tu, aku dah perasan dia tekan skrin lebih dari dua kali, sedangkan kami HANYA memerlukan dua keping tiket (untuk aku dan boss aku) untuk naik tren pulang ke airport. Tapi entah kenapa aku tak terkata apa-apa masa tu.

 

Kemudian, sebaik sahaja jumlah harga tiket sebanyak 40 EURO tertera di skrin, dan mesin tersebut mula memproses kad kredit boss aku yang dah dicucuk ke mesin, aku dah start cakap “No !! No !!” Boss aku pun tarik keluar kad dia. Dan mamat tu terus pergi. Kami LANGSUNG TAK PERASAN yang staf wanita di dalam kaunter tiket sudah mengetuk-ngetuk cermin meminta kami beredar dari lelaki terbabit, menyedari kami sedang ditipu. Lelaki tersebut segera berlalu apabila kami mula menyedari kegiatannya dan staf tiket hampir mahu keluar dari kaunter menuju ke arah kami. Kami akhirnya membeli tiket pulang ke airport dari kaunter tiket.

 

 

DSC04583Melihat sunset di hujung terminal - Charles de Gaulle Airport.

 

Sepanjang perjalanan kami pulang ke airport agak suram. Kami terkejut, lebih-lebih lagi boss… Ini kerana kami membeli tiket di mesin menggunakan kad kredit beliau. Oh aku takde kredit kad. Bahaya wooo.. kang aku shopping swipe sana sini macam tiada hari esok je kang.

 

Sampai di airport, kami check in flight Air France. Kami disapa petugas di situ. Apabila beliau bertanyakan tentang pengalaman kami bersiar-siar di Paris, we told him that we almost got deceived by a local man. Petugas tersebut memberi kami amaran YOU SHOULDN’T TRUST ANYONE / STRANGER. Huuuu too late bebehhh…Kami dah mengalaminya pun.. Alhamdulillah lepas boss aku check akaun beliau, takde hilang duit.. Mungkin transaksi di mesin tiket tadi tu tak berjaya.

 

Pengajarannya… JANGAN PERCAYA SESIAPA !!!! Lebih-lebih lagi di kota “romantis” yang dipenuhi dengan orang yang takkan berhenti berusaha nak memperdaya orang dan juga pick pocket. Sungguh serik aku berpijak di bumi Paris ni. Syukur aku diberi peluang merasa tengok tempat orang.. BUT if I wanna go to Paris again, I will explore other part of Paris or France. Tempat yang kami dah pergi ni ? Hmmm bye bye lah, takmau dah datang…

 

 

DSC04584

Nampak tak skrin belakang aku tu. Aku pergi kat depan skrin tu dengan niat nak dapatkan informasi mengenai penerbangan kami malam nanti. Kemudian aku terpandang this guy yang duduk betul-betul dekat tepi skrin tu. Hati aku terdetik..”Eh macam kenal !” Aku pergi kat boss aku, aku bagitau aku rasa macam kenal sungguh mamat ni.. Cuma aku sukar nak ingat siapa.

 

Bila aku ingat je nama beliau, aku terus search instagram beliau untuk check betul ke tidak dia ada di Paris. Ternyata betul itu dia !!!!! Ini dia pereka fesyen SANDRA AZWAN !! Wahhhh setelah beberapa tahun tak bertemu, di PARIS jugakk kami terserempak. Terkejut beliau disapa aku, dan dia macam tak berapa nak cam muka aku. Maklumlah aku tengah serabut gila masa tu kan…

 

Aku mula kenal SANDRA AZWAN ni masa aku join contest Malaysia's Next Top Female Blogger 2011 by Sandra Azwan haaa.. gigih tau masa tu join contest sana sini ! Lepas tu aku tercalon sebagai TOP 30 haa excited kau nyah ! Lepas tu.. pemenang pun diumumkan… Ternyata aku menang HADIAH PERTAMAAA !!!! Wahhh memang seronok sangat sebab dapat hadiah minum petang bersama Sandra Azwan dan dapat sehelai baju yang dibuat khass oleh Sandra Azwan.

 

Waduhhh kenangan sungguh.. Lepas aku jumpa dengan Sandra Azwan untuk ambil hadiah kemenangan, lepas tu memang aku takde dah jumpa beliau. Ada juga contact sikit-sikit… beliau ada jemput ke fashion show koleksi beliau.. Tapi tapiii aku tak pernah berkesempatan nak pergi. Sobsss ! Maaf ya Sandra Azwan ! Di Paris juga kita bertemu setelah hampir 3 tahun !! Satu flight balik Malaysia pulak tu ya..

 

DSC04598

Oh yaaa.. Memandangkan aku berada di kawasan Eiffel Tower pada waktu siang, maka tak dapatlah aku menyaksikan Eiffel berlampu di waktu malam. Tapi syukur aku dapat window seat kat dalam flight.. Dan nun dari kejauhan nampak jugak Eiffel yang bersinar terang di tengah kepekatan malam ! Haha kononnye lah.. Tempat lain berlampu juga cumanya Eiffel Tower lah paling terang dan kelihatan sangat sangat obvious.

 

 

DSC04604

Makan malam di dalam flight Air France. Hmmm pasta dengan bentuk twisties !
Hahaa… Lapar punya pasal.. aku makan jer.. Roti tu je aku tak habis. Keras semacammm ! Huhhh..

 

 

Baiklah.. sekian kisah suka duka aku di Paris…. Macam aku pernah sebut dalam bahagian yang lain, pengalaman setiap orang yang ke Paris tu berlainan.. Ada yang melakar 1001 kenangan manis di sini.. Namun tidak bagi kami.. Kenangan manis disulami kenangan hamis ade la. Huhuu… Mungkin kejadian hampir ditipu tu merupakan peringatan Allah kepada kami bahawasanya kami dah berhati-hati pun tetap ditimpa musibah.. Haa ada lah tu silap kat mana-mana.. Masa untuk muhasabah diri.

 

Setinggi-tinggi kesyukuran aku panjatkan kepada yang Maha Esa kerana Dia takdirkan aku bekerja dengan team AMANZ dan dapat merasa hidup dan survive di other part of the world. Tak ada perkataan dapat gambar kan perasaan aku.. Terima kasih ya Allah !

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem

Thursday, June 18, 2015

Sehari di PARIS – Part 4

 

Assalamualaikum..

 

Sehari di PARIS - Part 1

Sehari di PARIS - Part 2

Sehari di PARIS - Part 3

 

GOPR3880

Okay okay mari sambung kisah di Paris.. tak sabar nak habiskan.. sebab nak update pasal holiday ke Melbourne pulak haaa… Banyak gila entry tertangguh ni ! Huhuhuuu memang penuh lah blog aku dengan entry travel je ni nanti.. sedangkan aku bukanlah travel blogger haha.. tapi nak jemput on sponsored trip iolss okay je ehh !

 

 

GOPR3885

Semasa di Paris, asal nampak bangunan atau binaan pelik sikit, mesti aku berenti untuk bergambar hahahaa… maklumlah, dah alang-alang sampai kat negara orang, percuma pulak tu (atas tiket transit semasa work trip!), ada lah baiknya jika kita terus mengabadikan 1001 kenangan di sana ye dakk ! Macam tugu kat belakang aku tu, aku tak tahu pun ape bendanya tu, aku bergambar saja haha !!

 

DSC04532

Kat sana nampak je matahari memancar-mancar sinarnya.. tapi suhu kat sana agak cool.. Pada waktu pagi, aku masih mengenakan jaket dan muffler aku.. Tapi bila masuk tengahari je, terasa juga lah bahangnya… Nasib lah aku tak pakai berlapis sangat, memandangkan nak balik Malaysia dah haaa…

 

 

DSC04541

Okay.. di sini kisahnya bermula… Kami kat Paris tu takde internet.. takde mobile data.. takde connection. Memang kami ada siap-siap cari info masa guna wifi kat airport.. Lepas tu kami jalan ikut hati je hahaha… dari Eiffel Tower tu, kami nak ke The Louvre, sebuah piramid kaca yang menempatkan galeri / muzium. Lagi pula, stesen keretapi dekat dengan kawasan Louvre tu.. senang lah nak balik ke airport nanti.

 

Kami pun jalan kaki lah berpandukan papan tanda dan juga peta-peta yang kami rujuk di bus stop. Agak sukar nak memahaminya… Kami rasa tak jauh pun tempat dituju.. Tapi bila jalan kaki, amik kauuu lama benar nak sampainya ! Gambar di atas ni merupakan antara lorong yang kami lalui…

 

Alkisahnya… semasa kami sedang jalan kaki kat lorong ni, ada seorang budak (warga negro) dengan bapanya di situ. Anaknya kecik lagi.. sedang-sedang umur budak tadika mungkin ? Bapaknya elok pakai kot.. tengah berbicara di telefon. Semakin kami berjalan menghampiri tempat mereka berdiri, tidak semena-mena budak tersebut mengangkat dan memegan fail di tangan dengan gaya SEOLAH-OLAH MENGACUKAN SENAPANG kepada aku. MashaAllah ! Mau tak terkejutnya aku. Hampir aku berhenti melangkah.

 

Aku pandang bos aku, dia pandang budak tu, Aku pandang budak tu balik. Bapaknya yang dari tadi asyik berbual di telefon menyedari perbuatan budak tu dan menghentikannya. Aku senyum sikit pada bapaknya, sebagai tanda bahawa aku ini bukan ancaman kepada mereka. Seperti semua sedia maklum, keadaan Islamophobia di Paris boleh jadi teruk kalau kita berada di tempat yang salah pada waktu yang salah.

 

Sedih betul aku dengan dunia sekarang. Pada pemikiran budak-budak yang tak mengerti apa tu pun sudah ditanamkan agar menentang orang yang berketerampilan seperti seorang muslim. Contoh aku, memakai tudung. Padahal dia budak-budak lagi kot !

 

Oh ye.. sepanjang lorong tu kan banyak giler kesan orang kencing pancut kat dinding (bau tu perghhh) ! Lepas tu muntah orang mabuk.. sampah sarah tak dikutip dan tahi anjing. Huhuu hati hati je lah melangkah tu ye. Kedai makan kat sana pun banyak letak kerusi kat luar mengadap jalan raya.

 

GOPR3904

Sebelum sampai ke The Louvre tu.. kami melalui kawasan LES INVALIDES. Bangunan ni asalnya dibina sebagai hospital untuk menempatkan askar semasa perang dulu-dulu.. Sekarang ni kalau tak silap dah jadi gereja.. Tempat aku berdiri tu kat luar kawasan Les Invalides, dipisahkan dengan parit yang besar dan dalam. Mungkin salah satu bentuk pertahanan semasa zaman perang dulu kan.

 

 

GOPR3928

Yeahh dah sampai ke tempat yang dituju… Oh ye.. kawasan muzium The Louvre tu dikelilingi oleh bangunan yang macam kat belakang aku. Rekaannya sangat unik, bersejarah dan memang lawa la kalau bergambar kan..

 

 

GOPR3942

Inilah dia muzium THE LOUVRE, ramai sungguh nak masuk siap kena beratur bagai. Haha aku tak berminat nak tahu apa ada di dalam.. aku cuma berminat nak bergambar kat luar aje…

 

 

GOPR3972

Jalan kat depan sikit, ada LOUVRE GATE atau nama penuhnya Arc De Triomphe Du Carrousel, Musee Du Louvre yang menghubungankan Louvre ke Tueleries Park. Menyesal pulak aku tak jalan-jalan masuk ke kawasan taman di belah sana.. sebabnya masih ada sedikit masa lagi masa tu aku rasa.. Hurmm takpelah takde rezeki..

 

Oh ye.. kat kawasan Louvre dengan Arc ni kan ramai sangat sangat orang “cari duit”. Maksud aku ramai warga negro yang menjual keychain bentuk eiffel tower tu dengan harga yang murah.. Korang boleh dapat 14 bijik keychain tu dengan harga 2 euro (sekitar RM10 masa tu). TAPI !! Korang kena berhati-hati.. masa pilih keychain tu, check mana yang elok, mana yang patah.. dan kira betul-betul.. sebab ada antara penjual yang cuba tipu, bagi jumlah tak cukup dan sebagainya.

 

Ramai jugak orang kat kawasan ni yang menjual air minuman dan ada yang menawarkan diri untuk mengambil gambar korang. JANGAN !! JANGAN SESEKALI korang berhenti depan dorang dan biarkan dorang ambil gambar korang guna kamera polaroid dorang.. nanti dorang akan tuntut korang untuk bayar. Buatnya dorang cas mahal camne? Haa matawang euro bukannya murah deknon. Lainlah kalau awak kaya raya haha.

 

DSC04561

Oh ye.. di seberang sungai sebelum sampai ke kawasan Louvre tu, kat kaki lima sungai ni memang banyak sangat kiosk-kiosk yang jual souvenir, buku buku lama.. poster vintage dan sebagainya.. Kiosk ringkas pemuda ni menarik perhatian aku sebab harga dia boleh tahan murah compared to kedai souvenir yang aku dah singgah.. Dan kat kiosk dia ada lebih banyak pilihan magnet fridge yang lawa-lawa. Dua kali aku singgah kiosk dia ni, sampai dia bagi aku free satu keychain haha.

 

 

GOPR3977

Ini Pont des Arts bridge, jambatan di mana ribuan manusia meninggalkan kunci LOVE LOCK pada pagar jambatan ini… Tanda cinta lah kononnya eh. Haha ada di antara pagar di sini pernah runtuh kerana tak mampu menahan berat love lock yang sangat banyak. Tapi tempat ni memang menjadi tarikan lah kan. Semua datang nak kunci cinta dorang. Patut lah orang duk jual mangga sepanjang perjalanan kami ke jambatan ni.

 

 

 

Okayyy aku akan sambung last part of Paris next time yaa! Daaa ~

 

 

XOXO,
Putewi Hensem