Thursday, December 3, 2015

Nisakay Ke Osaka – Mesti lawat di Osaka, UMEDA SKY BUILDING

 

 

Assalamualaikum..

 

Ahaa setelah seharian berjimba, bersuka-ria di Universal Studios Japan (USJ) di Osaka, masanya telah tiba untuk kami explore bandar Osaka dan mengunjungi beberapa tarikan di sekitar Osaka. Terima kasih tidak terhingga kepada pihak Osaka Tourism Office yang sudi membawa kami ke tempat-tempat menarik sekitar sini. Okay jom kita jalan-jalan !

 

Nisakay Ke Osaka - Air Asia X - Osaka Tourism (1)

Baiklah istimewa perjalanan kami kali ini dilengkapi dengan OSAKA AMAZING PASS (OAP). Ahaaa apa benda OAP ni ? Se-amazing manakah pass ini?? Gituuu… Okay senang cerita macam ni lah kan… Dengan adanya Osaka Amazing Pass ini, ia memudahkan lagi perjalanan kita di sekitar Osaka terutamanya.

 

KENAPA ? Sebab dengan hanya satu pass ini, kita boleh naik pengangkutan awam seperti bas dan train tanpa had dan juga boleh gunakan kad yang sama untuk masuk ke tempat-tempat menarik sekitar Osaka. Best kan ?

 

Macam mana nak beli OSAKA AMAZING PASS ni ? Boleh rujuk laman web rasminya di sini : https://www.osaka-info.jp/osp/en/index.html

 

 

Nisakay Ke Osaka - Air Asia X - Osaka Tourism (2)

Tapiii disebabkan kami tinggal di Kobe, jadi amazing pass tadi tidak boleh digunakan di kawasan ini. Maka untuk naik tren ke Osaka, marilah kita beli tiket dahulu ya !

 

Nisakay Ke Osaka - Air Asia X - Osaka Tourism (3)

Masuk saja di kawasan Osaka, kita bebas menggunakan Osaka Amazing pass itu tadi untuk menaiki tren dan juga bas. Menerusi laman web rasmi Osaka Amazing Pass itu juga kita boleh check di mana nak dapatkan amazing pass ni, serta info-info mengenai laluan keretapi Osaka yang amazing pass ni cover sertaaa tempat tarikan pelancong yang kita boleh pergi menggunakan pass ini. Best kan ! Jimat banyak sangat tau ! Osaka Amazing Pass ni boleh dibeli untuk 1-Day pass dan juga 2-Day pass.

 

 

UMEDA SKY BUILDING (FLOATING GARDEN OBSERVATORY)

UMEDASumber gambar : Wikipedia

 

Ini dia tarikan pertama yang kami lawati di Osaka. Umeda Sky Building ni merupakan antara bangunan yang tertinggi di Osaka ! Bila dengar je “sky building” tu sebenarnya aku dah menggeletar dah. Sebabnya aku ni fobia tinggi ! Ye Nisa tau ada orang panggil Nisa “LEMBIK” sebab takut tinggi… tapi dorang tak tahu ke fobia ni bukan boleh buat main.

 

umeda 1

Pic credit to POJIEGRAPHY ! Ahaa ape benda ni. Ini lah dia mid-air escalator bebeh !!! Hanya dilitupi atau dilindungi atap macam ni haaa memang kau boleh nampak bawah la citer dia !! Mulanya kami naik lif sampai ke tingkat 35, kemudian naik escalator seram ni untuk ke floating garden di tingkat 39 di bangunan sebelah !! Yes you read me, BANGUNAN SEBELAH !!!! Kau merentasi dua buah bangunan tertinggi di OSAKA menggunakan escalator ni !!!

 

WANNA KNOW WHAT HAPPENED TO ME THAT DAY ?

Nisa terberhenti melangkah bila Nisa tengok escalator tu, sementara orang lain dah naik, Nisa berdiri kaku di hadapan escalator, cuba mengumpul kekuatan untuk naik. Di saat Nisa cuba yakinkan diri untuk naik, serentak tu jugak air mata keluar tak henti. Lutut menggeletar sangat sangat, rasa nak tercabut dan tak mampu nak berdiri. So everybody left, I was all alone on the other side. (Hello from the other side. Eh) Kemudian, Nisa kuatkan jugak semangat, Nisa naik escalator tu, tapi Nisa duduk dan pejam mata kuat-kuat. Nisa tak tau sekuat mana Nisa genggam sisi escalator tu, sampai kat atas baru terasa sakitnya. So yeah I made it.

 

 

Nisakay Ke Osaka - Air Asia X - Osaka Tourism (5)

Ketakutan masih berbaki, maka Nisa decide untuk berehat dan menikmati pemandangan dari kafe di tingkat 40. Ehemmm dalam erti kata lain Nisa tak naik ke observatory deck ! Ya Allah tak kuat rasanyaa…

 

 

Nisakay Ke Osaka - Air Asia X - Osaka Tourism (6)

Nisakay Ke Osaka - Air Asia X - Osaka Tourism (7)

Satu pemandangan dari dua sudut berbeza inilah yang Nisa nikmati sepanjang duduk minum di kafe tersebut. MashaAllah memang lawa sangat, kagum lihat pembangunan di Osaka ni, Alhamdulillah, cuaca pada hari tu sangat cantik dan clear je.. Memang seronok menikmati pemandangan di sini. Nyaman je rasa.

 

umeda 2

Again.. terima kasih POJIEGRAPHY untuk gambar ini, kita pinjam dari blog awak tau ! Hehe. Seperti yang Nisa maklumkan tadi.. Nisa tak naik ke atas, ke floating garden tu.. Maka Nisa pun pinjam lah sikit gambar dari Pojiegraphy ni hew hew.. Haa tu lah dia tu, escalator mid-air yang Nisa terpaksa naik tadi !!! Nak tahu apa lagi yang ada di atas Floating Garden ni boleh lah ke blog Pojiegraphy ye !

 

 

Nisakay Ke Osaka - Air Asia X - Osaka Tourism (4)

Tak ingat pulak siapa yang bawak kamera Nisa dan ambil gambar ni.

 

INFO MENGENAI UMEDA SKY BUILDING :

  • Umeda Sky Building is 173 meters high.
  • It has an innovative form whereby the two skyscrapers are connected at their top floors and a huge atrium that extends about 150 meters connecting the sky and the ground.
  • Together they suggest a solemn atmosphere to visitors not unlike a cathedral dome.
  • When going out onto Sky Walk at the very top of the skyscrapers, visitors can feel the fresh air and enjoy 360-degree panoramic views

( Info dari laman web rasmi Umeda Sky Building (Floating Garden) )

 

Nisakay Ke Osaka - Air Asia X - Osaka Tourism (8)

Ahaaa catwalk la kejap kan kat sini. Eh kejap ! Nisa di mana ni ? Haa masih lagi dalam bangunan Umeda Sky Building ni, tapi sekarang Nisa berada di tingkat Basement, dan kawasan ini dipanggil TAKIMI LANE OF RESTAURANTS. Sangat unik kan rekaan kedai-kedai makan di sini ? Rasa macam berada di Jepun pada zaman dahulu kala je kan !

 

Nisakay Ke Osaka - Air Asia X - Osaka Tourism (9)

INFO MENGENAI "Takimi Lane of Restaurants"

  • a street of restaurants that reproduces the downtown romance of the early Showa era.
  • "Takimi Lane of Restaurants" on the first basement of Umeda Sky Building reproduces a street in Naniwa in the early Showa era when Osaka was at its brightest and most vigorous.
  • There are a number of nostalgic items dating from those days - a pump-style well, Inari Shrine, a stone-paved alley, a short split curtain, and lattice doors.
  • There, you can enjoy the taste of common people such as okonomiyaki, a specialty of Osaka.

( Info dari laman web rasmi Umeda Sky Building (Floating Garden) )

 

 

Nisakay Ke Osaka - Air Asia X - Osaka Tourism (10)

Malangnya kami tak boleh berlama-lama di sana. Kami kena berlari-berkejaran dengan sistem keretapi di sini hua huaaa… Maklumlah, kami nak kena ke tempat lain pulak. Haa nak tahu apa lagi yang menarik di Osaka, Jepun ni.. stay tuned okay !

 

 

Terima kasih AIR ASIA X dan Osaka Tourism Office untuk perjalanan kami hari ini !

 

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem

No comments :