Monday, December 7, 2015

Majlis minum petang bersama CLEAR’s Agent of Confidence Shaheizy Sam

 

 

Assalamualaikum…

 

Wah bukan main ya tajuk entry kali ni, minum petang bersama artis pujaan malaya tu ! Yang sekarang ni tengah meletop-letop dengan filem terbaru dan juga tidak lupa webisod PELANGI CINTA yang bersiaran secara eksklusif di saluran Youtube CLEAR Malaysia. Bercerita mengenai webisod ni, Pelangi Cinta sebenarnya membawakan mesej di mana kita perlu menjadi YAKIN untuk mencapai apa yang kita mahu, cinta mahupun cita-cita. Jadi… jangan pernah berputus asa tau !!

 

Ehh siapa yang belum menonton kesemua webisod PELANGI CINTA boleh lah ke saluran YouTube CLEAR Malaysia ye ! Konfem menyentuh perasaan, Nisa pun berair je mata bila menontonya !

 

 

Blog Nisakay - High Tea with Shaheizy Sam (2)

Ahaaa sebelum bertemu Shaheizy Sam si abang sado dalam filem Polis Evo tu kan.. marilah berkenalan dengan ZHARIF AZIS bakal jejaka meletop malaya.. beliau lah pemenang contest Komen Paling Konfiden blog Nisa itu hari.. Ahaa maka beliau telah berjaya merebut hadiah untuk ke sesi makeover bersama CLEAR dan juga.. high tea bersama CLEAR’s Agent of Confidence iaitu SHAHEIZY SAM yeayy !

 

 

Blog Nisakay - High Tea with Shaheizy Sam (1)

Istimewa untuk sesi makeover kali ini, kami di bawa ke sebuah salon dan setiap daripada kami mendapat perkhidmatan mencuci rambut menggunakan produk terbaru dari CLEAR Malaysia iaitu syampu dengan haruman Sakura Fresh ! Memang segar sangat.. bersih je rasa kulit kepala ni tau ! Haa tu kat background tu, si Zharif Azis tengah menikmati cucian rambut menggunakan syampu CLEAR.

 

 

Yang best nyaaa… syampu CLEAR Sakura Fresh terbaharu ni mengandungi NUTRIUM 10 ! Ahaa apakah ia ?

  • Ianya merupakan gabungan 10 vitamin dan mineral nutrien yang membersih dan memberi manfaat kepada kulit kepala secara mendalam.
  • Bukan sahaja membantu menyelesaikan masalah kulit kepala, malah merawat rambut hingga ke akar nya !
  • Kulit kepala individu adalah berlainan masalah dan keperluannya, tetapi dengan NUTRIUM 10 yang terkandung dalam syampu CLEAR Sakura Fresh ni, semua jenis rambut dan kulit kepala boleh mendapatkan manfaat darinya. Tidak kira lelaki mahupun wanita !
  • Jadi yeayy tidak ada lagi masalah kelemumur kelihatan jelas !

 

 

Blog Nisakay - High Tea with Shaheizy Sam (3)

Kami yang perempuan dapat sesi wash and blow rambut (memang sangat best lepas kulit kepala dan rambut dicuci bersih!) serta mekap daripada jurumekap yang dikhaskan. Ahaa kata nak bertemu dengan Agent Of Confidence, harus sangat lah bersiap lawa-lawa agar bertambah-tambah keyakinan tu kan !

 

 

Blog Nisakay - High Tea with Shaheizy Sam (4)

Ehhh ! Ini mamat Korea mana pulak ni ? Ahaaa inilah dia transformasi yang dijalankan ke atas pemenang contest blog Nisa nii.. Ahaaa lepas ni kompem ramai gigirl beratur nak pi baca blog beliau ahakss ! Ohh Nisa pun ada makeover jugak tapi tak amik gambar huwaa ! Apa-apa pun terima kasih CLEAR Malaysia di atas pengalaman makeover yang memang awesome ni ! Rasa segar sangat dan semestinya bertambah yakin untuk bergaya ! Baiklah masa untuk pergi ke lokasi pertemuan bersama CLEAR’s Agent Of Confidence !

 

 

Blog Nisakay - High Tea with Shaheizy Sam (5)

Yeaayyy me and pretty mommy Yuyu Zulaikha sudah bersedia untuk majlis minum petang bersama CLEAR’s Agent of Confidence !

 

 

Blog Nisakay - High Tea with Shaheizy Sam (8)

Ini dia CLEAR’s Agent of Confidence, Shaheizy Sam bersama-sama Pengurus Jenama CLEAR Malaysia, Ms. Stephanie Ng. Melalui sesi perkongsian mereka berdua, syampu CLEAR Sakura Fresh ni merupakan syampu penyelesaian yang sesuai buat semua lapisan masyarakat.. dan yang paling best nya, selain daripada membersihkan kulit kepala kita dari kelemumur yang merimaskan tu, syampu CLEAR Sakura Fresh ni mampu memberikan kesegaran bunga sakura Jepun kepada rambut kita dan bau yang harum ini tahan lama ! Best nyaa.. memang dah lama cari syampu yang ada kedua-dua kebaikan ni !

 

 

Blog Nisakay - High Tea with Shaheizy Sam (6)

Beralih kepada perkongsian khas bersama CLEAR’s Agent of Confidence iaitu SHAHEIZY SAM, mesti ramai menyangka beliau sememangnya seorang yang berkeyakinan tinggi memandangkan beliau merupakan seorang pelakon terkenal tanah air. Namun menurut Sam, beliau dahulunya tidak seyakin diri beliau yang sekarang. Antara nasihat Sam ialah, jangan pernah berputus asa untuk mengenal pasti kekuatan dan kelebihan diri, dan salurkan ia ke arah yang betul agar dapat mencapai cita-cita.

 

Selain itu, Sam jugak ada menyatakan bahawa salah satu punca keyakinan itu ialah penampilan yang bersih dan kemas. Lebih-lebih lagi bila kita bertemu orang ramai. Jadi jangan lupa untuk MANDI kata beliau ! Haha. Tapi memang betul kan, bila badan kita bersih dan segar kita akan jadi yakin. Begitu juga dengan kebersihan kepala serta rambut kita. Mesti tak konfiden nak jumpa orang kalau kulit kepala rasa gatal-gatal kan? Jadi pemilihan syampu yang betul sangat-sangat penting tau ! Haa ini dia ada CLEAR Sakura Fresh kan ada… Nak risau apa lagi kan? Kelemumur hilang, rambut pun harummm…

 

 

Blog Nisakay - High Tea with Shaheizy Sam (7)

Yeahhh selepas sesi perkongsian tadi, kami para bloggers dan pemenang contest di blog masing-masing tidak lupa untuk mengabadikan kenangan bersama Shaheizy Sam. Haa masing-masing dah bertambah konfiden nampaknya selepas sesi makeover bersama syampu CLEAR Sakura Fresh dan mendapat tips-tips keyakinan dari Sam !

 

 

Blog Nisakay - High Tea with Shaheizy Sam (10)

Memang jatuh cinta sangat lah selepas mencuba syampu CLEAR Sakura Fresh ni.. Sebab apa ?? Haa sebab pertama, packaging syampu ni warna pink putih. Haha ! Sebab seterusnya.. semestinya kebaikan syampu ini ! Memang sukar nak cari syampu anti kelemumur yang boleh berikan haruman segar yang berpanjangan. Memang best lah sebab syampu CLEAR Sakura Fresh ni ada dua fungsi yang sangat sangat diperlukan warga Malaysia cewah !

 

Sebagai gadis bertudung, lebih penting bagi kita menjaga kebersihan dan kesegaran kulit kepala.. memandangkan rambut kita bertutup hampir setiap masa kan. Kalau tidak dibersihkan dengan baik, kelemumur akan terhasil, lepas tu nanti mulalah rasa tak selesa kan. Kalau tergaru-garu kepala tu, macam mana nak berhadapan dengan orang ramai ye tak ? Bila berpeluh, rambut mulalah berbau hapak ! Eiii takmau takmau takmauuu la macam ni !

 

 

Blog Nisakay - High Tea with Shaheizy Sam (12)

Sebab tu sangat sangat sangat penting untuk kita memilih syampu yang tepat untuk keperluan kulit kepala serta rambut kita tau ! Tak payah susah-susah cari, ni haaa syampu CLEAR Sakura Fresh kini boleh didapati di pasaran ! Diperkayakan dengan NUTRIUM 10 yang akan menghilangkan kelemumur serta menyihatkan kulit kepala, dan ekstrak bunga sakura Jepun yang akan buat rambut berbau harum dan segar sepanjang hari ! Tengok macam Nisa kat dalam gambar di atas, konfiden punya pasal terus posing macam model !

 

 

Blog Nisakay - High Tea with Shaheizy Sam (11)

Baiklah.. majlis minum petang pun sudah sampai ke penghujungnya… Bersyukur sangat pihak CLEAR Malaysia sudi memberi kami peluang untuk menyertai sesi ini.. Selain daripada mengetahui mengenai produk terbaru CLEAR serta kebaikannya, dapat juga tips-tips keyakinan yang sangat berguna daripada Shaheizy Sam.

 

 

Blog Nisakay - High Tea with Shaheizy Sam (13)

Terima kasih tidak terhingga kepada CLEAR’s Agent of Confidence kerana sudi berkongsi tips dan juga meluangkan masa berbual panjang bersama bloggers dan para pemenang. Harap dapat jumpa lagi ye Shaheizy Sam ! Hiks..

 

 

Blog Nisakay - High Tea with Shaheizy Sam (14)

Ehemmm sebelum melabuhkan tirai untuk blogpost mengenai majlis minum petang bersama Shaheizy Sam ni.. Nisa kasi pembaca semua tatap puas-puas gambar syampu CLEAR Sakura Fresh ni ye. Nanti kalau nampak je kat kedai ke pasaraya ke.. terus beli tau! Pastikan syampu CLEAR dengan Nutrium 10 ya ! Hehee..

 

 

 

 

 

Visit and subscribe my Youtube Channel for videos of this event !
https://www.youtube.com/user/TheNisaKay

 

XOXO,
Putewi Hensem

2 comments :

sayaiday mohd nor said...

Patut buat sebelum dan selepas, sebab lain sangat pemenang contest tu. Hehehehe Seronok dapat jumpa Shaheizy Sam. Hehe

najwa zahid said...

lainnya muka Zharif azis lpas make over. style lah