Tuesday, December 22, 2015

Dalam Pada Bercuti, Marilah Beramal #AABC


Assalamualaikum...


Pagi ini Nisa cuba mulakan hari dengan se-positif yang mungkin. Kondisi emosi yang ibarat roller coaster beberapa hari ini membuatkan Nisa agak stress, emosional tak ketentuan hala dan juga mudah menitiskan air mata untuk perkara yang alahaii keciknya.. Tapi have you ever wondered... SESUSAH-SUSAH HIDUP KITA, ADA YANG LAIN YANG LEBIH SUSAH HIDUPNYA ?


Yes... ini lah quote yang Nisa duk pegang selama ni.. Bila mana Nisa rasa susah je, sakit je, sedih je.. Nisa akan ingatkan diri sendiri agar BERSYUKUR dengan keadaan hidup Nisa yang mungkin jauh lebih baik daripada sesetengah orang. Bila masa Nisa fikir yang Nisa sudah banyak masalah, Nisa akan cepat-cepat ingatkan diri bahawasanya ada orang lain yang masalahnya jauh lebih banyak dan berat dari aku.




Mengingatkan hal ini, Nisa teringat emel yang masuk ke inbox Nisa pagi-pagi ni...



Wahhh ! AirAsia mengadakan servis komuniti lah ! Jadi, bagi sesiapa yang nak bercuti, melancong tu.. ingatlah bahawa ramai lagi yang nak makan pun kurang berkemampuan, jadi BERSYUKUR lah anda mampu ke sana sini... Marilah book makanan untuk penerbangan anda nanti, sebab untuk setiap pre-booked meal di antara tarikh 21 hingga 25 Disember, satu makanan akan didermakan kepada golongan homeless..



Walaupun penerbangan anda nanti tak lama, dalam sejam dua je.. apa kata book aja makanan tu, boleh niat sekali untuk menderma. Kadang-kadang kita ni bukannya tak mahu menderma ye dak, tapi kekangan masa dan kurang arif mengenai saluran yang betul tu yang membuatkan kita macam kurang sikit melakukan amal macam ni. Nisa pun macam tu juga..


Bila ada peluang nak menderma ni, jangan berlengah lagi. Bukan kena bayar double triple pun, cuma book untuk in-flight food anda, dan orang lain pun akan mendapat manfaat daripadanya. Sesungguhnya hanya Allah jualah yang tahu akan niat di dalam hati kita.. inshaAllah....


Oh ya, untuk pre-booked meal ini, pastikan kod penerbangan anda bermula dengan AK.. Haa jangan tak tahu untuk pre-booked meal ini pelanggan akan dapat banyak pilihan makanan yang best-best.. Psstt dedengar nya akan ada limited-time offering iaitu Shepherd Pie ! Haaa macam sedap. Jom, bercuti dan makan di dalam penerbangan AirAsia anda sambil beramal !








XOXO,
Putewi Hensem 

No comments :