Tuesday, December 29, 2015

BEAUTY | VIDEO - Pertama kali mencuba face contouring !



Assalamualaikum...


Hahaa bila Nisa tulis tajuk entry ni, Nisa sendiri pun rasa seram ! Hahaha.... ye lah... FACE CONTOURING kott... seram sejuk je rasa nak berkongsi dengan semua. HAHAH !!! Nisa lihat teknik contouring di dalam proses mekap ni dah macam trend... Semua orang nak belajar, nak cuba, nak buat.. Set-set contouring (baik dalam bentuk krim atau powder) dijual secara meluas dan jenama-jenama kosmetik mula mengeluarkan set contouring masing-masing.


Nisa sebagai orang yang meminati mekap-mekap ni, of course lah taknak lepaskan peluang untuk turut sama join the bandwagon ye dak ! Haha dalam erti kata lain, Nisa pun nak merasa mengikuti trend jugak lah walaupun Nisa sebenarnya tak reti pun !!! Hahaa...






Ahahahaaa comot gilaaa kot !!!! Entah apa lah jadi. By the way... gambar di atas ni diambil semasa Nisa PERTAMA KALI mencuba buat teknik contouring. Ya ampun memang comot sangat kannn ! Hahaha setelah berhari-hari Nisa duk khusyuk mengkaji cara-cara contouring yang paling ringkas dan mudah diikuti di laman Instagram dan YouTube... akhirnya terhasil lah video ini!!




AMARAN : Ini memang PERTAMA KALI Nisa cuba-cuba teknik ini. Agak sukar sebenarnya pada awalnya tapi tu lah mengada nak try jugak kan.. Lagipun, apa yang Nisa buat dalam video ni kurang tepat tekniknya haha... So enjoy my video ya !





Hahahaaa serius masa edit video ni, Nisa duk berfikir kenapalah haaa Nisa buat ni hahahaha.. Hingga ke saat ini, Nisa dah beberapa kali menggunakan set contouring ni.. Nisa buat simple-simple je.. Kat atas dahi, bawah jaw line dan hidung tu tak buat sangat pun, biasa Nisa buat kat pipi laa.. Hahahaa ... Macam gambar di bawah niii... Nampak tak ada sikitttt la nampak acah-acah effect contouring di sittewww ahaks ! Nak jugak tu ! 




Ahaaa Nisa rasa Nisa akan practice lebih lagi kot untuk teknik ni.. Macam menarik pulak kan, Sebab contouring ni akan bagi effect pipi tampak lebih tinggi, ala-ala ada apple cheek ke apa kan.. And boleh buat effect wajah yang lebih slim gitu...





Oh yee... Untuk set contouring dan berus yang Nisa pakai dalam video ni, boleh rujuk instagram di bawah ye... Banyak berus mekap yang cantik-cantik, set contouring dan berus, dan macam-macam lagi lahh... Enjoyyy !





https://www.instagram.com/fsyn.my/








XOXO,

Putewi Hensem

Read More»

Wednesday, December 23, 2015

HERMO "HER BEST GIFT" - Mudah sangat lah nak belikan hadiah lepas ni yeayyy !!!




Assalamualaikum dan hai….



Ahaaa hujung-hujung tahun ni confirm banyak aktiviti yang kita boleh lakukan dengan keluarga, kawan-kawan.. bff.. kan kan kan ? Selain daripada cuti hujung tahun dan aktiviti berjalan-jalan, ada lagi perkara best yang kita boleh buat hujung-hujung tahun macam ni !


Ahaaaa apa dia ??? Confirm lah shoppingggg !!! Lebih-lebih lagi bila tiba je hujung tahun, banyak sale ! Haa murah murahhh mari beliii… Ini lah masa yang sangat sesuai kalau nak beli barang yang kita duk idam-idam kan, dan juga beli hadiah untuk BEST FRIEND FOREVER a.k.a. bff kitaaa ! Sebab sekarang ni kan sana sini duk sale sale saleeee ! Haa mana boleh lepaskan peluang kan  ?!




Tapi menjadi satu masalah jugak lah bila kita sering kali blank, atau buntu when it comes to decision making. Nak beli apa niiiii untuk bff ???? Oh noo aku keliru, banyak sungguh pilihan tau ! Haaa bagi yang sama keliru macam Nisa, jom kita gi website HERMO nak ? Haa ada apa di laman web HERMO tuuu ?





Haaa berita baik untuk semuaaa ! Di laman web HERMO, ada fungsi yang seakan mini game, yang boleh bantu kita untuk pilih hadiah yang terbaik dan paling sesuai untuk bff kita ! Haa macam mana benda ni berfungsi ye ? Nisa pun excited nak cube.. okay jom join Nisa pilih hadiah untuk bff !



Mula-mula, klik link ‘Her Best Gift’ microsite  ni, kemudian di akan terpapar laman web Hermo seperti di bawah.  Jika korang belum daftar akaun dengan HERMO, baik daftar sekarang ! Nanti boleh dapat voucher percuma yeayy !




Kemudian, klik je pada butang HERE’S YOUR PERSONALISED GUIDE tu..






Kemudian paparan seperti gambar di atas ni akan muncul. Nampak tak tab berwarna-warni tu ? Tab-tab tu mewakili setiap “jenis seorang bff” hahaha !! Klik tab-tab itu untuk baca description mengenai setiap jenis BFF !





Ada 6 jenis BFF yang disenaraikan kat situ… Pilih salah satu yang korang rasa paling sesuai dengan BFF korang ! Hahaa dalam banyak-banyak jenis ni kompem ada satu yang memang kenaaa sangat dengan BFF korang kan ! Haa pilihhh pilihhh…





Baiklah… selepas korang pilih jenis BFF yang bertepatan dengan BFF korang kat ‘Her Best Gift’ microsite ni… (contoh Nisa pilih BFF Nisa si dia yang kuat gossip hehe), di skrin akan terpapar senari hadiah yang dicadangkan untuk diberikan kepada BFF kita ! Yeayyy !








Daripada banyak-banyak produk di laman web HERMO ni, dengan menggunakan ‘Her Best Gift’ microsite, beberapa produk telah di senarai pendekkan, bersesuaian dengan personality kawan baik kita. Lebih memudahkan kita untuk buat keputusan nak beli apa untuk dia. Best kan !


Serius sangat sangat mudah guna ‘Her Best Gift’ microsite  niii haaa…  Tapi bagi Nisa kan, tak perlu nak limitkan kepada BFF sahaja.. Kalau si lelaki tengah carikan hadiah untuk adik atau kakak.. atau girlfriend, sepupu ke pun boleh jugaaaa ! Jom jom ramai ramai carikan hadiah di ‘Her Best Gift’ microsite   okay !





KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT OKAY !

Laman web Hermo http://bit.ly/1O1IEbr

‘Her Best Gift’ microsite – http://bit.ly/1RlzblY










XOXO,
Putewi Hensem

Read More»

Tuesday, December 22, 2015

Dalam Pada Bercuti, Marilah Beramal #AABC


Assalamualaikum...


Pagi ini Nisa cuba mulakan hari dengan se-positif yang mungkin. Kondisi emosi yang ibarat roller coaster beberapa hari ini membuatkan Nisa agak stress, emosional tak ketentuan hala dan juga mudah menitiskan air mata untuk perkara yang alahaii keciknya.. Tapi have you ever wondered... SESUSAH-SUSAH HIDUP KITA, ADA YANG LAIN YANG LEBIH SUSAH HIDUPNYA ?


Yes... ini lah quote yang Nisa duk pegang selama ni.. Bila mana Nisa rasa susah je, sakit je, sedih je.. Nisa akan ingatkan diri sendiri agar BERSYUKUR dengan keadaan hidup Nisa yang mungkin jauh lebih baik daripada sesetengah orang. Bila masa Nisa fikir yang Nisa sudah banyak masalah, Nisa akan cepat-cepat ingatkan diri bahawasanya ada orang lain yang masalahnya jauh lebih banyak dan berat dari aku.




Mengingatkan hal ini, Nisa teringat emel yang masuk ke inbox Nisa pagi-pagi ni...



Wahhh ! AirAsia mengadakan servis komuniti lah ! Jadi, bagi sesiapa yang nak bercuti, melancong tu.. ingatlah bahawa ramai lagi yang nak makan pun kurang berkemampuan, jadi BERSYUKUR lah anda mampu ke sana sini... Marilah book makanan untuk penerbangan anda nanti, sebab untuk setiap pre-booked meal di antara tarikh 21 hingga 25 Disember, satu makanan akan didermakan kepada golongan homeless..



Walaupun penerbangan anda nanti tak lama, dalam sejam dua je.. apa kata book aja makanan tu, boleh niat sekali untuk menderma. Kadang-kadang kita ni bukannya tak mahu menderma ye dak, tapi kekangan masa dan kurang arif mengenai saluran yang betul tu yang membuatkan kita macam kurang sikit melakukan amal macam ni. Nisa pun macam tu juga..


Bila ada peluang nak menderma ni, jangan berlengah lagi. Bukan kena bayar double triple pun, cuma book untuk in-flight food anda, dan orang lain pun akan mendapat manfaat daripadanya. Sesungguhnya hanya Allah jualah yang tahu akan niat di dalam hati kita.. inshaAllah....


Oh ya, untuk pre-booked meal ini, pastikan kod penerbangan anda bermula dengan AK.. Haa jangan tak tahu untuk pre-booked meal ini pelanggan akan dapat banyak pilihan makanan yang best-best.. Psstt dedengar nya akan ada limited-time offering iaitu Shepherd Pie ! Haaa macam sedap. Jom, bercuti dan makan di dalam penerbangan AirAsia anda sambil beramal !








XOXO,
Putewi Hensem 

Read More»

Sunday, December 20, 2015

TUTORIAL SHAWL - Gaya Shawl Ala Elfira Loy



Assalamualaikum...

























Ahaaa... Sebenarnya, gaya shawl ni orang duk panggil ala ELFIRA LOY maybe sebab Elfira masa mula-mula berhijab tu dia rajin mengenakan gaya sebegini.. Haa bila artis dah bergaya, orang ramai pun berpusu-pusu nak ikut sebab tengok dia pakai lawanyaaa...


Nisa pun tak ketinggalan nak mencuba. Sebelum tidur sekilas Nisa lihat tutorial shawl yang bermain di skrin henpon, tah pukul berapa Nisa tertidur Nisa pun tak sure. Haha.. Esok nya pergi event, Nisa cuba-cuba mengenakan gaya shawl ni. Ehh jadi pulak ! Padahal Nisa tengok video ni takdelah tengok sangat pun, Nisa tengok dengan mata separuh tertutup pulak tu haha.


Alhamdulillah percubaan pertama menjadi dan Nisa rasa serasi dengan gaya ni. Nisa suka sebab gaya ni menutup dada - namun ia bergantung kepada lebar shawl juga yaaa... Kalau pakai shawl yang lebar, memang akan dapat hasil yang menutup dada macam ni. Sooo jom tengok tutorial versi Nisa pulak !







Heeee segan pulak rasanya.. macam dah lama tak buat tutorial shawl macam ni.. Banyak juga permintaan buat tutorial shawl ni instagram, di twitter.. Nisa sangat sangat hargai ingatan dan sokongan penonton video-video Nisa yang terdahulu... Sekarang bila dah free sikit dan ada kemudahan tu,





Kepada mereka yang dah tengok video Nisa ni dan mencuba style shawl ni, boleh kongsikan dengan Nisa di Twitter Nisa ya ! Nanti Nisa RT style kalian tu yaaa... Oh yaa.. style macam ni nampak lebih berbeza dengan style ringkas dan biasa yang kita pakai setiap hari tu kan, so boleh lah pakai untuk ke majlis-majlis tertentu seperti dinner, acara dan juga kenduri-kendara gituuu... Apa-apa pun HAPPY TRYING ya !







XOXO,

Putewi Hensem

Read More»

Tuesday, December 15, 2015

FILEM - Isteri Untuk Dijual



Assalamualaikum...


Ahaa lama dah tak tulis review untuk filem kan.. Nisa ada je menghadiri majlis-majlis pratonton filem.. tapi kebanyakan masanya tidak sempat nak update di blog, banyak Nisa kongsikan di laman instagram Nisa aje. Hehe... Tapi kali ni semangat sungguh Nisa nak share pengalaman menonton filem terbaru terbitan MIG ni haaa...




Padiaaa?? NAK JUAI BINI ???! Haaa marah kejap iols sebagai wanita ni tau ! Ada pulak nak jual-jual isteri. ISTERI kotttt !! Ingat barang mainan ! Haa cekik kangg ! Eh emosi lebih pulak iolss... 


Filem arahan Eyra Rahman ni kisahnya dalam filem ni Reza (lakonan Kamal Adli_ telah jatuh cinta dengan Bella (lakonan Nora Danish). Di mata Reza, Bella seorang wanita yang cantik, comel, jujur dan pendek kata segalanya perfect kat mata dia. Tak lama selepas Bella berjaya menjadi model di bawah syarikat Reza, mereka berkahwin. Namun apa yang terjadi selepas mereka berkahwin nyata membawa jauh angan-angan Reza untuk kehidupan berumah-tangga yang indah bak dunia khayalan. Gittoooohhh !!!





Ternyata "imej sempurna" seorang insan bernama BELLA hanya untuk paparan luaran. Di rumah, Bella sangat sangat lah clumsy, makan bersepah, tidak berhias seperti model dan mempunyai perangai yang pelik-pelik. Namun di depan Bella, Reza tidak mampu dan tidak sanggup untuk meluahkan apa yang tidak disukainya. Reza terpenjara dengan sikap sendiri yang tidak mampu menyatakan pendirian. Apabila Bella mula tidak menunjukkan perubahan, mulalah Reza keluar dengan idea agak bengong iaitu menyuruh kawan baiknya, Adi (lakonan Azwan Kombos) untuk menggoda Bella agar Bella akan meninggalkannya.





Mulanya Adi macam taknak tolong si Reza ni. Gile ke apa kan nak goda bini kawan baik sendiri ! Nak nasihat pun berbuih dah mulut, dah si Reza ni asyik datang kat dia and cerita yang dia tak bahagia lah apa lah. Last-last Adi ni tolong lah jugak. Bermula daripada situ lah konflik yang sudah sedia ada semakin berbelit-belit. Adi mula mengenali diri dan personaliti Bella yang sebenar.






Orang kataaa... tak kenal maka tak cinta... Dah kenal dengan Bella yang gila-gila ni, Adi pulak tersangkuttt ! Haaa masa tu apa Reza nak buat agaknya ??? Apa yang akan jadi kat perkahwinan Bella dan Reza akhirnya ? Adi dengan Reza tak bergaduh bertumbuk ke pasal Bella ni ?? Haaa iolss dah tahu... uolss yang belum tahu ni haruslah amik tahu dengan menonton filem ISTERI UNTUK DIJUAL yang akan mula ditayangkan pada 24 Disember 2015 nanti !! Ye dak ???






KENAPA KENA TENGOK FILEM NI ???


  • Nilai kasih sayang dan cinta

Boleh nampak watak Bella ni amat menyayangi Reza, namun sebagai seseorang yang mempunyai personaliti yang unik. cara Bella menunjukkan rasa sayang dia tu berlainan dari yang lain haha.


  • Pengajaran : tak kenal maka tak cinta

Perumpamaan ni memang kena sangat dengan apa yang berlaku dalam filem ni. Bila kita hanya memandang luarannya saja, kita akan nampak yang indah je.. Dan bila nampak yang indah je, we tend to put high hopes and expectation.


  • Belajar menerima orang yang kita sayangi seadanya.

Ini berkaitan dengan point di atas. Bila kita letak expectations, bila kita dapat yang sebaliknya, maka disitu lah kekecewaan akan bermaharajalela. Seandainya kita bersedia mengenali orang yang kita sayang luar dan dalam, kita akan belajar untuk melengkapi satu sama lain. Auwww.


  • Nilai persahabatan.

Bella mempunyai sahabat baik iaitu Kat (lakonan Vicha Saywho) yang selalu mendorong beliau untuk mencapai impiannya. Aku suka watak Kat ni, personaliti wataknya yang sentiasa positif dan sentiasa menasihati Bella. Bila Bella sedih pun dia ada untuk Bella.


  • Pengajaran : Nak tolong biar berpada.

Sebagai sahabat baik Reza, Adi sampai sanggup bersetuju dengan permintaan Reza untuk menggoda Bella, dengan harapan Bella yang akan meninggalkan Reza nanti. Kedengaran satu pertolongan yang bodoh kan ? Sebabnya bila Adi dah mula baik dengan Reza, Reza pulak yang tak keruan haa ! Padan muka. So nak tolong biar berpada. Jangan sampai tergadai persahabatan sekian lama !



  • Kena tengok Kamal Adli, Nora Danish dan Azwan Kombos menari !

Kamal Adli, Nora Danish dan Azwan belajar tarian salsa untuk babak-babak dalam filem ni ! Haaa menarik betul !! Ada part yang fuhhh romantis kata kawww ! Ada part yang buat satu panggung gelak mengekek ! Haa kenalah tengok kan !






Ahaaa yang kat atas tu cuma sebahagiannya sahaja ! Ada banyak lagi pengisian filem ISTERI UNTUK DIJUAL nii... nak tahu lebih-lebih kalian boleh tunggu 24 Disember ini lepas tu serbu beramai-ramai ya ! Memang cukup rencah filem ni.. ada lucunya... ada part sedihnya.. ada pengajarannya jugaa... Plus, filem arahan pengarah yang tidak asing lagi dalam dunia perfileman iaitu Eyra Rahman memang aku boleh expect something good and nice to watch.


Lakonan Nora Danish yang membawakan watak yang tidak ayu-ayu, tidak control lawa memang agak berlainan dari biasanya. Dia dah memang lawa, bawak watak pulak ala-ala gadis desa yang kelam-kabut, tak control percakapan, bersuara lantang, bersepah.. haha memang satu kelainan.




Si Kamal Adli pulak memang aku suka watak dia dalam citer ni ! Tak tau nak citer macam mana.. Tapi rasanya watak seumpama ini tidak asing buat Kamal.. Ada part gila-gila sikit.. Ada part emosi yang hujung-hujung tu.. fuhh terbaik laa !


Ahaa komen mengenai watak Adi si pemilik kafe hipsturrr lakonan Azwan Kombos pulak. Tak dinafikan sebagai bintang baru Azwan sedang menaiki tangga ke hati-hati peminat filem dan drama. Namun bagi aku yang memerhatikan dari jauh perkembangan beliau (ecehh!) aku rasa Azwan ada potensi besar. Makin lama makin improve. Suke watak dia dalam filem Nasi Tangas sebelum ni.. Dalam filem Isteri Untuk Dijual pun best. Watak seorang sahabat yang baik, yang bersahaja dan cool-cool.. pandai uli tepung buat roti.. menari pun, not bad. Muahahah !!!!








Sayangnya semasa majlis pratonton malam tadi Nora Danish tidak dapat datang sebab sekarang dia ada kat Korea uolss.. Filem ISTERI UNTUK DIJUAL ini dibawa oleh pelakon-pelakon Kamal Adli, Nora Danish, Azwan Kombos, Vicha Saywho, Anam Azizani dan Abam Bochey.



Oh yaa.. jemput semua tonton sedikit video sekitar malam pratonton filem
ISTERI UNTUK DIJUAL ya ! :)








Jangan kecam sis ! Haha.










XOXO,

Putewi Hensem

Read More»

Friday, December 11, 2015

Power betul sale kat Lazada Malaysia ni !



Assalamualaikum…






SIAPA TAK SUKA SALE ???!!! Haaa memang mengujakan jugak lah bila bukak je laman sosial sejak dua tiga hari lepas kemain meriah seluruh alam maya dengan jualan besar-besaran yang dijalankan oleh laman web online market place terkemuka di Malaysia tak lain tak bukan Lazada Malaysia !







Macam biasalah, bila hujung tahun kan, semua nak turunkan harga, semua nak buat sale gila-gila ! Haaa Lazada Malaysia pun taknak lepaskan peluang tau ! Banyak sungguh promosi menarik dan juga tawaran eksklusif yang akan berlangsung selama TIGA HARI jeee bermula 10 Disember sehingga 12 Disember 2015 !! Jadi anda semua apa tunggu lagiii !! Kena cepattt ! Tak payah risau nak serbu shopping mall, minyak lagi, tol lagi, nak cari parking lagi ! Shopping secara online di  Lazada Malaysia lagi senang ! Banyak sangat pilihan produk !






Kalau nak tahuu haaa anda boleh menikmati tawaran harga menarik sewaktu “Flash Sales” atau Jualan-Jualan Kilat yang akan berlangsung setiap satu jam. Ia akan bermula dari 8 pagi hinggalah 11.59 malam selama 3 hari berturut-turut! Selain daripada itu, terdapat juga permainan “Spin The Wheel” yang menawarkan para pengguna bertuah dengan baucar-baucar yang menarik! Nak tahu dengan lebih lanjut klik banner di atas !
 


 
Ada tak di antara pembaca blog Nisa ni penggemar tegar Domino’s Pizza??? Haaa tawaran best untuk korang ! Setiap kali anda membeli-belah di Lazada, anda akan menerima baucar “Buy 1 Get 1 Free” Domino’s Pizza! Klik banner di bawah laju-laju untuk info lanjut okay !


 
 



Berbalik kepada jualan hebat oleh Lazada Malaysia tadi.. serius lah rambang mata sungguh sebab banyak sangat produk di laman web Lazada Malaysia yang diturunkan harga gila-gila punyaaa ! Memang berbaloi-baloi ! Ini lah masa nak dapatkan gajet atau peralatan elektronik idaman, koleksi fesyen kegemaran, produk mekap dengan harga berpatutan dan banyak lagi lah ! Sempat jugak Nisa usha beberapa produk yang menarik perhatian.. antaranya :


 

Haaa memandangkan ramai yang tanya Nisa, Nisa pakai kamera apa kalau nak ambil gambar.. Ini lah kameranya ! Sony Alpha A6000 ni selain di outlet rasmi Sony, kalian boleh beli di laman web Lazada Malaysia, dengan harga sale lagi tu ! Murah dah niii, gambar pun cantik, video berkualiti ! Nak tengok spesifikasi lanjut atau nak beli, boleh KLIK SINI LAJU-LAJU okay !







Wahhh produk mekap dari Korea yang tengah hangat di pasaran ni pun anda boleh beli di Lazada Malaysia ! Dengan potongan harga yang memang menarik ! Haaa tergugar kejap sesambil menaip ni hahaha.. Nak beli ? KLIK KAT SINI PULA okayyy ?






Ahaaa ini mungkin membuatkan para gigirl di luar sana tidak keruan ! Set correcting dan contouring ! Alalalaa Nisa pun rasa gerammm nak order ni ! Potongan harga sehingga 50% pulak tu ! Set concealer pallete ni sekali dengan berus mekap sebatang ! Haaa berbaloi sangat tu harga RM25.01 sahaja !! Alahaiii geram pulak nak klik “add to cart” hahaha.. Usha dengan lebih lanjut DI SINI OKAY !





ANDA BLOGGER ? SUKA TRAVEL ?



Istimewa buat para blogger, Lazada Malaysia juga turut manganjurkan pertandingan dan hadiah berupa AirAsia BIG Points dan wang tunai sehingga RM600! Kalau anda ingin tahu lebih lanjut, anda boleh klik link ni secepat mungkin yaaa  http://goo.gl/KtivN7 !! Pssstt kalau menang AirAsia BIG Points tu memang sakan la melancong lepas ni ! Seronoknya !




Jadi apa yang dimenungkan tu lagi ? Segeralah ke laman web Lazada Malaysia untuk jualan kaw-kaw best nyaaa ! Harga junam ! Tak payah keluar rumah yeayy hahaha !!! Jangan lepaskan peluang, last day untuk shopping dengan harga runtuh ialah pada 12 DISEMBER 2015 !!!











XOXO,
Putewi Hensem



Read More»

Thursday, December 10, 2015

BEAUTY | VIDEO – LA Splash Liquid Lipstick Swatches

 

 

Assalamualaikum…

 

A Beautiful Purple Lipstick For Dark Skin/ Marie In Purple Lipstick By Angel Jordany / Purple Lipstick For Dark Skin

 

Sebelum tonton video Nisa.. apa pendapat korang para pembaca mengenai lipstick berwarna PURPLE ? UNGU ? Yes ungu terang.. Mungkin sesuatu yang sukar dibayangkan kerana lipstick berwarna ungu terang begini bukanlah biasa digunapakai oleh rakyat Malaysia.. Kalau ungu gelap tu, rasanya ramai dah berani pakai.

 

Baru-baru ni Nisa ada beli lipstick berwarna UNGU terang ni.. sebab apa ? Sebab macam cantik menarik tertarik kau memang debomm ehh ! Haa gitu. Sajalah nak create kelainan kan, sebabnya kat US dah berleluasa dengan jayanya trend dan kegilaan terhadap lipstick berwarna janggal seperti biru, oren, hijau dan putih ! Haa di Malaysia sukar nak tengok orang pakai. Kalau ada, mesti diberi pandangan pelik oleh orang sekeliling ye dakkk..

 

 

Ini dia video nyaaa.. So girls and guys ! What do you think ?? For me tak salah nak bergaya dengan lipstick berwarna janggal.. Tapi biar kena dengan pemakaian, tempat dan acara. Jangan pulak pergi majlis pengebumian pakai lipstick warna janggal ! Nanti dipandang sini orang sekeliling pulak kann Haaa…

 

So I’m looking forward to try more and more lipsticks especially dari jenama luar seperti Lime Crime, Jeffree Star dan banyak lagii.. Jika ada mana-mana seller lipstick dari US yang nak berkolaborasi dan Nisa feature kan dalam vlog Nisa, jangan malu jangan segan emel Nisa di nisakay2012@gmail.com yaa ! Muahx!

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem


Read More»

Wednesday, December 9, 2015

EVENT – Hello Kitty Gourmet Café Grand Launching

 

 

Assalamualaikum…

 

Blog Nisakay - Hello Kitty Gourmet Cafe (1)

Wahhh sudah beberapa lama Nisa peram entry mengenai event ni ! Hahaa okay sorry yaa.. Busy sangat mengejar dateline itu ini sampai kan lupaaa haaa mana satu kena update dulu ni. Aiyarrkkk !!! Apa apa pun, pada sesiapa yang berminat nak baca kisah-kisah travel Nisa, boleh klik sini –> TRAVEL. Okay jom sambung kisah kafe comel ni !!

 

 

“Styled on a chic Parisian café with atmospheric pastels and Kitty's iconic pink, you will be transported to a world of sweet romance and sophisticated flavours.”

 

Blog Nisakay - Hello Kitty Gourmet Cafe (2)Blog Nisakay - Hello Kitty Gourmet Cafe (3)

Seperti ramai yang sudah sedia maklum, HELLO KITTY GOURMET CAFÉ (HKGC) kini telah pun rasmi dilancarkan dan beroperasi di salah satu pusat membeli-belah terkemuka Lembah Klang iaitu Sunway Pyramid. Terletak di bahagian hadapan pusat membeli-belah tersebut, pengunjung perlu parking di dalam mall, kemudian berjalan turun ke Ground Floor, dan keluar di pintu yang berhampiran dengan H&M untuk ke kafe ini.

 

 

Blog Nisakay - Hello Kitty Gourmet Cafe (4)

Terima kasih teramat sangat kepada crime partner untuk acara grand launching tempohari yakni sis Neyra Shazeyra yang sudi berkongsi suka duka, penantian dan meredahi lautan kereta semata-mata untuk sampai ke HKGC Sunway Pyramid ini. Muahahaa… You know what happened :P

 

 

Blog Nisakay - Hello Kitty Gourmet Cafe (5)Blog Nisakay - Hello Kitty Gourmet Cafe (10)

Wahh teruja sebentar dengan kemunculan Hello Kitty ketika majlis pelancaran berlangsung. Tapi sayang tak sempat pula nak bergambar dengan karakter pujaan ramai ni. Kemunculannya cuma seketika, cukup menceriakan mata yang melihat.

 

 

Blog Nisakay - Hello Kitty Gourmet Cafe (9)

Acara dimeriahkan dengan pengacara majlis yang petah dan sempoi. Oh ya, majlis bermula agak lewat berikutan dengan kesesakan jalan raya. Maklumlah, masa tu waktu puncak orang balik kerja.. Jadi trafik jem tu tak payah bayang la kan macam mana hehe.

 

 

Blog Nisakay - Hello Kitty Gourmet Cafe (8)

Antara dekorasi unik di dalam HELLO KITTY GOURMET CAFÉ, Sunway Pyramid.

 

 

Blog Nisakay - Hello Kitty Gourmet Cafe (6)

Sempat lahh berangan sepam dua muahaha. Maklumlah dekorasi café ni sangat sangat sweet.. semua serba pink, memang kena sangat dengan tema pakaian aku pada malam itu. Muehehe…

 

 

Blog Nisakay - Hello Kitty Gourmet Cafe (12)Blog Nisakay - Hello Kitty Gourmet Cafe (13)Blog Nisakay - Hello Kitty Gourmet Cafe (14)

Antara hidangan bakeri dan pastri yang boleh pengunjung nikmati ketika datang ke HKGC ini ! Nyums nyumss… para sweet tooth mesti suka sangat dengan tempat ni ! Dah lah cantik, Lawa ni kalau instagram kan haha ! Makanannya pula alahai semua comel-comel dan kelihatan sangat lazat !

 

Apa ?? TAK SUKA DESSERT ?? Baiklah, tak mengapa, HKGC turut menawarkan hidangan makanan barat seumpama pelbagai jenis pasta, salad, steak, burger, sandwic dan bermacam lagi !! Pendek kata, HKGC ni bukan sahaja port lepak minum kopi sambil makan dessert, malah sesuai untuk sarapan pagi, makan tengahari serta makan malam. Jika ada yang nak buat private function pun boleh buat di sini !

 

 

Blog Nisakay - Hello Kitty Gourmet Cafe (11)Blog Nisakay - Hello Kitty Gourmet Cafe (18)

Antara hidangan dan kopi serta teh panas yang kami nikmati malam itu. Memang layan betul makan-makanan di HKGC ni ! Atmosphere café ni pun best je. So girly, so chic.

 

 

Blog Nisakay - Hello Kitty Gourmet Cafe (15)

Eh eh ade orang sekodeng pulak iols tengah nak pilih kek mana nak dimakan buat cuci mulut muehehee..

 

 

Blog Nisakay - Hello Kitty Gourmet Cafe (16)

Usai minum teh minum kopi semua, kami pun duduk lah berborak-borak sikit lagi sebelum masing-masing angkat punggung untuk pulang ke rumah masing-masing haha. Syok lah lepak sini !

 

 

Blog Nisakay - Hello Kitty Gourmet Cafe (17)

Eh eh terjumpa pula Cole kat acara ni.. I met him masa acara Air Asia Blogger Community 2nd Anniversary semasa di Bangkok beberapa bulan lepas. Tak sangka dia masih cam aku muahahaa.

 

 

Blog Nisakay - Hello Kitty Gourmet Cafe (7)

 

Oh yaa… bagi kalian yang ingin melihat-lihat dulu apa yang best nak order kat HKGC ni, boleh lah ke laman web rasmi HKGC Malaysia di sini : http://hellokittygourmet.com.my/ . Di laman web rasmi ini kalian boleh usha menu penuh HKGC siap dengan harga sekali. Haa mudah kan ! Dah boleh plan dengan kawan-kawan dan keluarga nak makan di sini.

 

Bercakap mengenai keluarga dan kawan-kawan.. haa sekiranya korang nak datang ke sini secara berkumpulan, atau nak datang pada waktu-waktu yang istimewa buat korang, boleh reserve awal-awal ye ! Bagaimana nak hubungi HKGC atau nak online booking ? Sekali lagi, pergi sahajaaa ke laman web http://hellokittygourmet.com.my/ okay ? Mudah jee !

 

 

Apa-apa pun, terima kasih kepada pihak HELLO KITTY GOURMET CAFÉ di atas jemputan untuk acara ini !

 

 

 

SEMUA GAMBAR DI DALAM ENTRY INI KHAS DARI :
PIXELSHUTTER STUDIO

Like Facebook Page HERE

Follow Their INSTAGRAM Here

 

 

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem


Read More»

Tuesday, December 8, 2015

BEAUTY | VIDEO – Tutorial mekap ala smokey eye

 

 

Assalamualaikum…

 

DSC05426_thumb

 

 

Siapa suka tengok video tutorial mekap kat Youtube ? Sayaaaa !! Ahaa suka sangat sangat ! Lebih suke tengok skill youtuber tu semua sangat bagus, mekap sangat kemas dan lawa !! Jeles sangat tengok youtubers tu semua… agaknya mereka memang purely pandai mekap atau memang join kelas mekap ke macam mana ya ? Hahaha

 

Pernah jugak terfikir nak try ikut cara youtubers ni semua mekap.. Tapi kadang kadang rasa terkandas di tengah jalan sebab produk yang mereka guna kebanyakannya sangat branded, high end dan of course takde kat Malaysia hahaha !!! Maka selepas itu, aku hanya mampu melihat dari skrin komputer sajor lah wakaka.

 

Jadiiiii… sesuai dengan dilema yang aku hadapi, aku pasti ramai juga yang berperasaan seperti ini kan.. Maka aku telah come out dengan satu tutorial untuk mekap mata ala ala smokey eye gitu.. TAPI ! Hanya menggunakan produk yang sangat mudah didapati, seperti brand Elianto, Silkygirl, Maybelline, dan juga jenama korea innisfree (outlet di Sunway Pyramid, Paradigm Mall dan Pavilion KL), serta Bobbi Brown (mudah dapat dari outlet outlet di shopping mall). Jom !!

 

 

 

 

Ahaaa satu nak bagitau, SORRY sangat sangat sebab Nisa tak kemaskan mekap bawah mata dengan bedak, sebabnya bedak tertinggal ! Hahahaaaa !! Maka bawah mata tu comot la sikit huhuhuuu… Actually it’s quite simple, tapi Nisa banyak amik masa untuk explaining things, that’s why video ni quite lengthy huhuu.. Sorry ya !

 

Apa-apa pun, kalau korang rajin try berkali-kali, inshaAllah skill korang akan dipertingkatkan dengan sendirinya. Lagi selalu kita buat, lagi kita tahu teknik atau skill macam mana untuk dapatkan hasil yang diinginkan. Dan jangan lupa banyakkan amik tahu mengenai tips-tips mekap ! Lepas tu cuba dan cuba.  Okay ! Happy trying !

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem


Read More»

Copyright © Nisa Kay