Wednesday, November 25, 2015

Jodoh muka seiras. Betul ke ?

 

Assalamualaikum…

 

jodoh muka seiras (1)

Amboi amboi suwit sangat pengacara terkenal Ally Iskandar dengan isterinya.. Tambah tambah muka mereka berdua ni mirip bebenor kan.. Lagi lah orang ramai mengatakan jodoh di antara mereka kuat dan boleh kekal lama. Gituuu… Tapi aku tertanya tanya juga betul ke dakwaan ni ? Maklumlah belum jumpa bukti sahih lagi mengenainya.. Ke aku je tak tahu ? Kot lah dah ada kajian yang mengatakan pasangan berwajah seiras ni jodohnya kuat.. Hohohoo…

 

 

jodoh muka seiras (2)

Berikutan pasal “jodoh muka seiras” ni jugak lah laman sosial media digegarkan dengan lawak para lelaki yang mencuba tudung instant dan selendang kakak / adik / mak mereka dan ambil gambar.. Kot lah dorang dapat bayangan bagaiman rupa jodoh mereka tu nanti. Dah katanya kalau jodoh muka seiras kannn… Itu cara lelaki nak dapat gambaran jodoh mereka.. Kalau perempuan, nak buat camne ?

 

 

 

Ahaaa mungkin boleh cuba mekap macam ni, kot boleh dapat gambaran macam mana rupa bakal imam awak kan kakakakaa… Dah macam lelaki jambu aku tengok hasil mekap cenggini. Haha takut pulak kekeke.. Apa apa pun entry ni suka suka je okay. Jangan ada yang betul-betul cuba lak. Tapi kalau cuba sebab nak berlatih teknik mekap okay kot. hehehe.. Pasal jodoh, aku serahkan pada Allah. Gitu.

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem.