Friday, October 2, 2015

Rawatan muka di MBH Medispa Bangi

 

Assalamualaikum..

 

Woahhh semalam merupakan hari yang sangat memenatkan buat Nisa, penat mental dan juga penat fizikal. Payah nak kongsi di sini, memang tak mau share pun hehe.. Tak mengapa, yang penting hari ni Nisa nak kongsikan dengan semua pembaca mengenai pengalaman best Nisa buat facial ! Ahaaa…

 

Wanita dan kecantikan memang tak boleh dipisahkan.. Ada yang suka buat rawatan DIY di rumah.. ada yang suka amalkan jamu dan juga supplement kesihatan yang lain, ada yang suka amalkan memakan buah dan sayur.. serta macam macam cara lagi lah untuk maintain kecantikan dan kesihatan kulit. Dan salah satu cara yang sangat mudah dan juga nak tengok hasil yang ketara iala dengan RAWATAN MUKA !

 

MBH Medispa Bangi - 2

Semalam Nisa sempatkan jugak diri untuk hadir ke sebuah klinik aestetik untuk rawatan muka. Jeng jeng jengg… Nisa ke MBH Medispa Aesthetic ClinicMBH Medispa ni ada banyak cawangan di seluruh negara.. dan cawangan yang Nisa pilih ialah cawangan Bangi sebab hampir dengan rumah. Gituuu… Appoinment Nisa patutnya jam 5.30pm tapi agak lewat sikit sebab kesesakan lalu lintas. Maklumlah timing orang balik kerja kan.

 

 

MBH Medispa Bangi - 3

Deko dalaman yang sangat simple, atmosphere yang sangat rilex dan juga bersih. So I have a very good feeling once I stepped in this premise. Memandangkan Nisa punya appoinment merupakan slot yang terakhir, jadi tak berapa ada orang sangat. Hehe saja pilih slot terakhir sebabnya lepas lunch meeting, Nisa kena masuk office kejap then baru boleh balik. Gituuu..

 

 

MBH Medispa Bangi - 5

Baiklah, tanpa membuang masa, Nisa berjumpa dengan beautician untuk mengenalpasti kulit Nisa. Menggunakan mesin di atas meja tu, struktur kulit wajah Nisa boleh secara dekat. Jadi dari situ kita boleh tengok dengan dekat lapisan kulit kita macam mana.. Kalau kulit kering macam mana rupa dia, kalau kulit berminyak macam mana… Kulit Nisa basically agak dry dan ada juga bahagian yang okay, jadi boleh dikatakan combination juga. Jadi selepas kondisi kulit dikenalpasti, beautician akan merujuk pula fail yang ada atas meja tu, untk tunjukkan pada pelanggan jenis rawatan yang bersesuaian dengan mereka.

 

Di MBH Medispa ni ada pelbagai jenis rawatan yang boleh kita buat, bersesuaian dengan keperluan kulit kita. Kalau nak tahu, ada juga rawatan untuk slimming… Memang syok tau, macam macam ada. Sebabnya keperluan badan dan kulit wajah setiap individu tu lain lain, jadi mereka ada banyak jenis perkhidmatan untuk cater segala jenis keperluan ituu.

 

 

MBH Medispa Bangi - 6

Rawatan wajah yang dijalankan ke atas pelanggan menggunakan produk yang berkualiti, dan juga mesin yang canggih. Tidak perlu rasa takut sebabnya mereka tidak menggunakan peralatan yang ada jarum jarum besar tu, kalau ada pun, jarum yang digunakan tu halusss sangat dan tidak menyakitkan. Jadi tidak perlu gusar ya ! Dengan menggunakan mesin dan peralatan canggih, rawatan boleh dilakukan ke atas lapisan kulit dengan lebih dalam dan kesan rawatan semestinya lebih efektif !

 

Pujian harus diberikan kepada beautician serta staff di MBH Medispa cawangan Bangi ini khususnya kerana mereka sangat mesra pelanggan, berpengetahuan dan juga ramah melayan pelanggan yang bertanya. Staff yang merawat muka Nisa pun sangat lemah lembut dan berhalus bila buat kerja. Nisa rasa sangat selesa lantas terlelap kejap masa rawatan dijalankan. Ni mesti sebab dah sedap sangat muka dibersihkan ! Hahaha…

 

 

MBH Medispa Bangi - 7

Ahahaa eksklusif ni Nisa share gambar ni !! Memang cooling betul masker yang diletakkan. Sangat sejuk dan segar ! Tersedar kejap dari lelap bila mask muka ni diletakkan haha. Tapi memang rileks sangat. Tu tengah tido kot tu.. Terima kasih kepada staff yang ambilkan gambar ! Hehe sporting sangat !

 

 

MBH Medispa Bangi - 8

Ini pula antara langkah yang dilakukan semasa rawatan. Oh lupa pula Nisa nak share mengenai rawatan yang Nisa jalani. Mengikut nasihat beautician setelah kondisi kulit dikenalpasti, Nisa jalani LUMINOUS SKIN TREATMENT. Melalui rawatan ini, kulit akan dirawat agar tampak lebih segar, lebih glowing dan bermaya. Memang sesuai untuk mereka dengan kulit kusam, liang pori besar dan juga kulit kering.

 

Melalui Luminous Skin Treatment ni, wajah kita akan dibersihkan secara deep cleansing, dan whitehead serta blackhead akan diekstrak keluar dari kulit. Masa proses vakum kulit wajah dilakukan, memang rasa keluar semua whitehead tu.. Whitehead tu kalau tak dibersihkan dari lapisan kulit, boleh membawa kepada pembentukan jerawat. Oh nooo ! Kalau picit sendiri kat rumah tak semua kita dapat bersihkan, lagi lagi yang kita tak nampak tu. So baik lah kita pergi ke klinik aestetik klinik macam MBH Medispa ni tau !

 

 

MBH Medispa Bangi - 4

Jangan kecantikan luaran je kita jaga, kecantikan dalaman pun nak kena titikberatkan jugak kan… MBH Medispa  juga ada menjual produk makanan tambahan untuk kesihatan dari dalam. Jadi jangan lupa untuk klik –> MBH Medispa untuk maklumat lanjut ! Gituu.

 

 

 

MBH Medispa Bangi - 9

Yaaa selepas dua jam yang sangat best dan selesa, selesai sudah rawatan muka bersama MBH Medispa … Terima kasih tidak terhingga kepada staff dan beautician di MBH Medispa cawangan Bangi ini diatas layanan mesra dan perkhidmatan yang memuaskan. Personally I love this place ! I think we all should change to conventional facial method to aesthetic one. Sebab apa ? Sebab dengan penggunaan mesin berteknologi tinggi ni, rawatan boleh dilakukan terus terhadap lapisan-lapisan kulit, seterusnya membawa kepada kesan yang lebih efektif.

 

Bukanlah spa biasa tu tak bagus.. Yang tu okay juga, ikut kemampuan masing masing kan.. Cuma bila ada masa dan rezeki tu, marilah mari Nisa nak ajak semua mencuba rawatan di MBH Medispa  ni.. Sangat best dan selesa ! Ada banyak cawangan, boleh lah pilih cawangan mana yang berdekatan dengan anda ya !

 

 

MBH Medispa Bangi - 11

Nak share lah keadaan kulit wajah Nisa sehari selepas rawatan dijalankan. Kulit muka rasa segar sangat. Liang pori tidak kelihatan jelas. Mekap sangat senang apply. In fact, disebabkan kondisi kulit wajah yang sudah improve selepas Luminous Skrin Treatment semalam, hari ni Nisa tak pakai heavy makeup pun ! Sekadar sapu Sephora CC cream, finishing powder, eyeliner dan lipstick ! Keluar rumah dan rakam video pun konfiden je !

 

 

MBH Medispa Bangi - 12

Jangan lupa ramai ramai follow instagram MBH Medispa ya ! Dengar dengar mereka selalu buat promosi ! Setiap bulanada je promosi yang sangat sangat menarik ! Haa inshaAllah semua mampu merawat wajah dan memiliki kulit wajah yang sihat dan cantikk !!! Kalau nak tahu kat mana lagi cawangan klinik aestetik MBH Medispa, boleh lah folow rapat rapat ye insta ni !

 

 

MBH Medispa Bangi - 13

Khass untuk orang Bangi atau kawasan kawasan yang berhampiran, kalau ada sebarang pertanyaan, atau nak cuba rawatan di sini, boleh follow dan hubungi MBH Medispa cawangan Bangi melalui laman instagram, nombor telefon mereka di atas atau boleh datang terus ke sana mengikut alamat yang tertera di atas.

 

 

 

Terima kasih kerana sudi baca review Nisa ni hingga ke akhir entry !
Akhir kata.. cuba tau MBH Medispa niii… inshaAllah puas hati !

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem

3 comments :

Noriza Rahman Momma Vogue said...

Oh, cantik la tu berdekatan sangat dengan rumah MV ni..dah lama juga tak berfacial dan spa

Nurmujahidah Ismail said...

pernah buat facial dkt spa biasa aje. one day maybe kena try buat yg aesthetic punya. ada satu tempat yg femes gak kat kelantan ni.

fyzah ahmad said...

ada hidden charge x..?