Tuesday, October 27, 2015

PENGUMUMAN – Pemenang peraduan “Komen Paling Konfiden” bersama CLEAR

 

 

Assalamualaikum…

 

Beberapa hari yang lalu Nisa ada anjurkan sebuah contest “Komen Paling Konfiden” (ahahaa tetiba ada nama kontes lak kan). Masa contest tu dijalankan, peserta diminta memberikan komen mengenai perkara yang paling buat mereka konfiden !

 

SAM - 2014

Jangan kecam kakak nampak selekeh dalam pic ni, ni gambar dari tahun 2014 ni haha !!

 

Hadiah yang ditawarkan bukan sebarang hadiah tauuu.. !! Terima kasih kepada CLEAR Malaysia, pemenang yang Nisa pilih ini akan memenangi satu sesi makeover bersama CLEAR dan menghadiri majlis minum petang bersama aktor terkenal Malaysia (yang filem dia pecah panggung baru-baru ini hehe)… SHAHEIZY SAM ! Ya ampun dengan Nisa sekali melompat kegirangan ! HAHAHA.

 

 

 

Dan pemenangnya adalah…

 

pemenang CLEAR

 

Beribu-ribu taniaaaa ~ beribu-ribu taniaaaa…. kepada saudara ZHARIF AZIS kerana berjaya dipilih menjadi pemenang contest Komen Paling Konfiden ni ! Ternyata apa yang disebut dalam komen beliau, memang satu perkara yang amat amat buat kita konfiden ye tak ! Memandangkan komunikasi sesama manusia merupakan sesuatau yang kita lakukan setiap hari, jadi tampil konfiden itu sangat penting ! Mempunyai nafas yang tidak berbau ialah salah satu cara untuk lebih konfiden berhadapan dengan orang ! Ini tips yang sebenarnya Nisa ada amalkan setiap kali nak berhadapan dengan orang ramai ketika sesuatu acara atau menemuramah orang.

 

Oh ya.. pemenang sudahpun Nisa hubungi melalui email yang beliau nyatakan di ruangan komen itu. Jadi, tak sabar nak jumpa pemenang ni, dan melihat make over yang akan beliau jalani.. dan sudah tentu-tentunya lah tak sabar nak jumpa Shaheizy Sam kannn !!! Jumpa di sana nanti !

 

Dan Nisa ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang sudi join contest kali ini.. InshaAllah kalau ada kesempatan lagi, atau jika ada pihak yang sudi taja giveaway atau contest di blog Nisa, akan Nisa segera umumkan ya ? Stay tuned !

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem

9 comments :

Fieza Sani said...

huhu..tak berjaya..tak pe..tahniah kepada pemenang, Saudara Zharif Azis ;)

YB Shehan said...

tahniah

adiba rusli said...

masa first baca dia punya komen pun macam rasa point dia yang akan menang. tahniaahhhh.

Zharif Azis said...

Terima kasih Nisa sebab pilih saya =) See you there ^__^

Nurmujahidah Ismail said...

hari tu nak je join. tpi takut menang kang, tk leh join pun event tu.. hehehe. congratz buat yang menang :)

Bursa Lampung said...

Bagus sekali, saya nak baca Blog ini. :)

ordinary wawa said...

Tahniah kepada pemenang.

http://angellovesoldier.blogspot.my/

Norliza Nordin said...

Tahniah pemenang

Mrs Yatie said...

tahniah. rezeki nak jumpa artis tu ;)