Friday, September 11, 2015

Selamat tinggal Melbourne !

 

Assalamualaikum…

 

 

DSC02202

 

Berakhir sudah perjalanan aku di bumi Melbourne.. Oh ya jangan salah faham, trip aku tu berlaku pada April 2015 yang lalu.. Aku je yang masih belum punya waktu cukup untuk menghabiskan entry aku cepat-cepat.. Sebenarnya percutian si Melbourne yang dirancang masih berbaki 2 hari. Namun aku sudah harus pulang. Tiket pulang ke Malaysia aku tukar lebih awal, dengan bantuan seorang rakan yang berkerja di MAS (masa tu nama masih lagi MAS) aku hanya perlu menambah sedikittt jumlah wang. Haa gitu.

 

DSC02201

Memandangkan aku sorang je yang pulang awal.. maka dari hotel, pagi-pagi lagi aku sudah ke airport. Oh ye kalau nak airport shuttle, boleh pergi kat kaunter hotel dan bayar, nanti bagitahu dorang pukul berapa korang nak pergi airport tu. Huuu FYI, ini penerbangan antarabangsa solo aku yang PERTAMA. Gituuuuu. Melbourne – Kuala Lumpur. Sebelum ni kalau sorang sorang biasa ke Penang sajor. Huhu.

 

DSC02212

Perjalanan 7 jam dari Melbourne pulang ke tanah air… jadi kami dihidang makan tengahari, flight pun sekitar jam 2 petang gitu…

 

DSC02214

Kalau ikutkan hati nak tidur je dan buat buat tak nampak FA yang lalu bawak troli makanan. Hee dapat pulak seat sebelah tingkap kan. Memang syok lah. Tapi dari pagi aku tak jamah apa apa, kat airport pun aku tak beli apa-apa walaupun aku ada banyak masa (sampai airport awal). Huuu mungkin sedih untuk meninggalkan bumi Australia yang banyak kenangan best ni, so acah acah takde selera makan gitu. Tapi nasi ni aku bedal sampai habis jugak lantas aku tertidur kekenyangan. Kah !!

 

Flight pulang aku sekitar jam 1.30 petang (waktu Malaysia) masa tu… Dan dijangka tiba di Malaysia sekitar jam 7.30 malam (waktu Malaysia), dannnn memandangkan aku punye flight ke KOREA pukul 11.15 malam (waktu Malaysia) jadi aku dah dapat bayangkan diri aku berlari lari dalam airport macam ahli Running Man mengejarkan waktu check in ! HAHA !

 

Tapi aku dah siap siap bagitahu adik aku suruh datang pukul 8 malam, bawakkan baju bersih. Pandai jugak adik aku, dia bawak baju bersih dalam beg IKEA yang biru tu je. So aku dan adik aku bergegas ke toilet, aku bukak luggage aku dan campak baju baju kotor dalam beg IKEA tu haha ! Baju bersih aku suruh adik aku bawak sikit je sebab aku nak shopping kat Korea ! Ehhh haha.. Nak tahu kisah aku di Korea pulakkkk…. nantikan aku update ye ! Sebelum tu do watch these videos ! Enjoyyy !

 

 

 

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem

4 comments :

Munirah Rafiuddin said...

bestnya dapat round the world...
nak join skali boleh???
hehhehehehe

~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

nayfatimah rasyid said...

seronoknyer awaakkk ;)
breakfast kat Australia dan makan malam kat Korea gitew ;)

Zana Fendiey said...

bestnyeeeeeeee

lia ummiirfan said...

melbourne best.. tapiiii... lunch kat atas flight dan dinner kat korea lagi best! haha.. memang win..

Tips asingkan tempat tidur anak