Tuesday, September 22, 2015

Sale ! Sale ! Shopping mudah sangat sangat dengan aplikasi Shopee.

 

 

Assalamualaikum..

 

Ahaaa… tengok tajuk pun dah tahu kan Nisa nak bercerita pasal apa…Jadi hari ni Nisa nak kongsi dengan semua orang lah pasal aplikasi yang sangat sangat simple dan mudah, baik untuk penjual mahupun pembeli. Haa korang mana satu ??

 

Okay, sebagai pembeli atau penjual, kita semestinya nak kan proses jual beli tu berjalan lancar, mudah dan juga tak perlu banyak cekadak kan ? Sememangnya sekarang ramai yang masih suke membeli dari laman instagram dan sebagainya, namun lama kelamaan boleh mengundangkan rasa kurang senang kepada pengguna lain sebab banyak spam dari para penjual di akaun akaun peribadi. Tak gitu ?

 

Why not kannn… untuk shopping mopping ni kita fokus kepada APLIKASI KHAS untuk membeli dan menjual barang. Tak gitu kan ? Nak jual barang boleh, nak beli pon boleh ! Dua dalam satu.. sebab fungsinya yang memang cater untuk dua golongan ini terutamanya. Haa macam dah ada je aplikasi sebegitu ? Heyyy semestinya ada !! Taraaaa ini diaaa..

 

Shopee Apps 1

Aplikasi jual beli – SHOPEE

 

 

Apa benda Shopee ni ?

Ahaaa seperti yang aku mention tadi, why not kita fokus kepada aplikasi yang memang khass untuk menjual dan membeli. Lebih mudah, teratur dan tak ganggu sesiapa lah kan, tu yang pentingnya. Dengan aplikasi ini, sesiapa sahaja yang mendaftar boleh menjual barang, dan juga membeli pada masa yang sama. Ini bermakna di saat kita create akaun dengan aplikasi Shopee ni, kita bukan sahaja boleh browse produk yang dijual oleh para peniaga, tapi kita juga boleh menjual ! Ahaa sebagai contoh, anda ada banyakkk baju terpakai yang masih elok, jadi anda jual melalui aplikasi Shopee ni. Haa faham ?

 

 

Shopee Apps 2

Ahaa mudah je apps ni, takde konar kanan konar kiri.. So masuk je aplikasi ni, anda akan nampak terus kategori-kategori produk. Haa tekan je kategori mana yang anda nak cari.. Baju ke.. aksesori ke.. Produk kecantikan ke.. mudah sangat ! Bertambah mudah kalau korang terus je search guna keyword. Haa macam mana ?

 

 

Shopee Apps 6

Untuk lebih memudahkan pencarian, tekan je kat bahagian “Search Shopee” kat bahagian atas page aplikasi anda, kemudian kat situ anda pilih lah nak search produk ke.. atau nak cari pengguna Shopee. Contoh, kalau nak cari akaun Nisa, boleh lah korang klik kat butang “Users” tu dan taip nama Nisakay. Hee pasti jumpa ! Ahaa kantoi di situ produk apa yang paling terkini aku cari hihii..

 

 

 

Shopee Apps 3

Ahaa bercakap mengenai akaun Shopee, mudah sangat nak daftar. Korang boleh connect dengan akaun Facebook terus, ataupun masukkan username dan password baru. Langkah mendaftar pun tak banyak mana, memang simple dan mesra pengguna. Okay ini akaun Shopee aku, korang boleh search akaun aku dan follow ya.. buat macam aku dah ajar kat atas ni.

 

 

Shopee Apps 4

Okay basically apa yang aku jual, ialah baju baju sama macam dalam akaun instashop aku. Tapi aku nak cuba jual melalui aplikasi Shopee ni sebab aku tertarik di mana satu platform boleh sediakan perkhidmatan di mana penjual dan pembeli boleh berurusan dengan mudah. Oh ya, di masa akan datang akan ku let go produk produk preloved aku, banyak sungguh baju lahai sampai tak muat almari ! Hoho siapa nak grab dengan harga murah murah haa jangan lupa follow akaun Shopee Nisa tau !

 

 

Shopee Apps 7

Untuk mereka yang berminat nak mengetahui info dengan lebih lanjut mengenai sesuatu produk tu, korang boleh terus chat dengan penjual. Ini bermakna anda tidak perlu mendedahkan nombor telefon ! Haa mudah kan. Lebih private gitu, dan pembeli berpeluang tawar menawar, of course dengan budi bicara dari penjual lah. Apa-apa sebelum confirm nak membeli, haruslah bertanya apa yang patut dulu ye kan ?

 

Camne nak bayar ??

Oh ya, dengan aplikasi Shopee ni, mereka ada fungsi easy payment di mana kita sebagai pembeli boleh terus melakukan transaksi pembayaran secara online terus kepada penjual. Setelah penjual diberi notifikasi pembayaran yang sudah diterima, jadi mereka boleh hantar produk kepada anda. Untuk online banking, korang boleh pilih bank mana dan pembayaran juga boleh dilakukan menggunakan kad kredit !

 

Ada Shopee Guarantee lah !

Nisa juga selaku peniaga online ni, kadang kadang mempunyai kesukaran jugak lah nak check payment semua. Nak kena bukak akaun Maybank2u dan check satu-satu, lepas nak kena sahkan satu satu.. semua secara MANUAL ! Jadi dengan Shopee ni, mudah sangat lah sebab semua pengesahan akan dihantar oleh pihak Shopee. Siapa yang bayar guna payment system, tak perlu risau sebab bayaran secara terus kan. So boleh dapat barang dengan segera (bergantung kepada tempoh pengeposan penjual). Dann dannn… penjual yang menjual barang barang tidak dikenakan sebarang caj ! Haa bagus sangat kan ?

 

 

Shopee Apps 8

So.. kalau nak membeli barang, better kita guna aplikasi yang berfokus untuk fungsi yang kita nak guna macam ni kan ? Lebih memudahkan untuk kita cari barang, berurusan dan membeli.. semuaaa dalam SATU APLIKASI sahaja. Privacy dan keselamatan pengguna serta penjual juga terjaga. Transaksi urusan semua direkodkan, dan penjual yang mendaftar akaun email mereka akan dapat notifikasi melalui email juga. Jadi.. apa tunggu lagi ? Create akaun Shopee sekarang !!!

 

 

Untuk maklumat lanjut, jangan lupa jenguk jenguk sini

Official Website : http://shopee.com.my/mobile/

Official Facebook : https://www.facebook.com/ShopeeMY

Official Instagram : https://instagram.com/shopee_my/

 

 

Psstttt !!! Siapa yang dah ada akaun Shopee tu.. jangan lupa shopping barang barang yang Nisa jual ya ! InshaAllah akan Nisa update lebih banyak produk baru dan juga preloved di akaun Shopee Nisa !

Follow me : shopee.com.my/nisakay

Dengan pembelian minimum RM50, anda boleh menikmati diskaun sebanyak RM20 ! Wowwww separuh harga dah tu, dengan menggunakan kod diskaun NISAKAY. Tapi kod diskaun hanya sah untuk pembelian dengan pembayaran secara online sahaja okayy. Soo jom shopping dan jangan lupa gunakan kod diskaun ya !

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem

1 comment :

Nabihah Arrose said...

Wah macam menarik aplikasi shoppe kak nisa
:-)