Wednesday, September 9, 2015

Disney’s DESCENDANTS

 

Assalamualaikum…

 

Dua tiga hari lepas Nisa berpeluang hadir ke majlis pratonton filem khas dari Disney ! Tapiiiii filem ni hanya akan ditayangkan di Disney Channel saluran 615 haaa ! Siapa ada Astro tu untung lahh.. Alhamdulillah Nisa yang takde estro ni pon berpeluang tonton semalam movie premiere yang berlangsung di Nu Sentral. Haaa movie apa ni ??

 

Disney Descendants_Key Art

Dum dum dummm (drum roll..) mempersembahkan filem Disney .. DESCENDANTS ! Sebelum Nisa bercerita dengan lebih lanjut mengenai filem ni, meh Nisa tanya pembaca semua… apa perkara terakhir yang korang semua ingat mengenai Disney’s Princesses macam Cinderella.. Belle (Beauty & The Beast).. Mulan.. Snow White.. dan lain lain ? Haaa it has been a long time kan.. Apa perasaan korang bila Nisa bagitahu filem DESCENDANTS ni sebenarnya filem mengenai waris waris puteri dan penjahat dalam filem filem animasi Disney ?? Haaa jeng jeng..

 

 

Jom berkenalan dengan watak utama filem DESCENDANTS ni !

 

Disney Descendants combine 1

KiriMAL (lakonan Dove Cameron) merupakan anak remaja kepada penjahat terkenal Maleficient. Kononnya Maleficient ni villain yang paling digeruni seluruh kingdom, so semua taknak kawan dengan Mal dan juga takut nak dekat dengan dia. Mal ni pandai cast a spell dan jugak licik dan ade karakter yang menarik.

 

Kanan EVIE (lakonan Sofia Carson) bestfriend Mal.. dan anak kepada the Evil Queen (permaisuri jahat dalam filem Snow White tu laa). Dia ni pandai sebenarnya dan pandai buat baju. Dia ada cermin ajaib yang boleh menjawab apa sahaja yang dia tanya. Dia berharap akan bertemu dengan putera raja dan mengahwininya.

 

 

Disney Descendants combine 2

KiriJAY (lakonan Booboo Stewart) ni anak kepada Jafar, penjahat dalam animasi Aladdin. Haaa dia ni licik dan pandai mencuri. Dan jugak dia kuat. Kalau korang perasan, dia ni ada juga berlakon dalam Twilight (werewolf) dan jugak Xmen. Haaa…

KananCARLOS (lakonan Cameron Boyce) merupakan anak kepada villain dalam kartun 101 Dalmation iaitu Cruella de Vil tu. Dia ni sangat takutkan anjing sebab dia ingat anjing tu haiwan yang makan budak nakal haha. Tapi dia end up bersahabat baik dengan seekor anjing.

 

 

135795_0439R1

KiriPRINCE BEN (lakonan Mitchell Hope) merupakan pelakon baru dari Australia. Watak dia ni merupakan anak kepada King dan Queen of Auradon (pasangan Belle and Beast dari animasi Beauty & The Beast). Bersifat baik hati dan charming auww.

TengahCHAD (lakonan Jedidiah Goodacre), anak kepada Cinderella haha ! Dia ni feeling hensem dan perasan charming je.. Kire macam heartbreaker laa gitu.. playboy wakaka..

KananDOUG (lakonan Zachary Gibson), pemuda baik hati.. dia bukan lah putera ke apa.. dia ni anak kepada salah satu Seven Dwarves dalam citer Snow White tu.. bapak dia Dopey. Dia ni suke kat Evie, anak Evil Queen tu..

 

 

135795_0494r1

KiriAUDREY (lakonan Sarah Jeffery). Dalam filem ni, dia anak kepada Aurora (puteri Snow White), so dia sangat sangat tak suke kat Mal sebenarnya.. ye lah kan Maleficient yang sumpah Aurora tu supaya tidur selamanya kan. Dia ni girlfren Prince Ben.

TengahLONNIE (lakonan Dianne Doan), dia sangat sangat friendly dan dia ni anak kepada Disney princess Mulan. Dia sangat open minded dan menerima baik kedatangan Mal dan geng geng dia ke Auradon Prep.

KananJANE (lakonan Brenna D’Amico) dia ni pemalu dan insecure. Dia anak kepada Fairy Godmother (pari pari dalam Cinderella). Dia ni rasa dia tak lawa dan Mal casts a spell yang ubah rambut dia jadi cantik. Bila dah over konpiden dia kutuk lak Mal haha !

 

 

135929_7567

Okayyyyyy dah berkenalan dengan watak-watak utama filem DESCENDANTS ni kann… so cerita ni pasal apa ehh ? Hahaha.. Kisahnya zaman sudahpun menginjak ke zaman yang lebih moden dan semua orang hidup aman damai di kingdom of Auradon.. dan para villains dan kaum kerabat mereka dicampak di sebuah pulau yang tak ada hubungan dengan dunia luar dan dilindungi kuasa ajaib yang menghalang sesiapa keluar masuk dari pulau tu. Dan sepanjang hidup Mal, Evie, Carlos dan Jay ni, mereka telah diajar oleh ibu bapa mereka agar menjadi orang jahat sama macam dorang.

 

Satu hari, sebelum Prince Ben menaiki takhta untuk menjadi king of Auradon, beliau menyatakan hasrat kepada ibu bapanya King Beast dan Queen Belle, untuk membawa 4 orang remaja terpilih dari pulau terbuang tu, untuk diberi peluang kedua dan hidup di Auradon. Jadi Mal dan kawan kawan beliau terpilih untuk ke Auradon, sebab Prince Ben yang positif ni yakin mereka berempat ni tak jahat macam ibu bapa mereka. Walaupun keputusan Putera Ben ditentang oleh King Beast, tapi Queen Belle memujuk agar King Beast memberi peluang kepada Prince Ben.

 

 

135913_7425

Peluang ke Auradon ni Maleficient lihat sebagai satu kesempatan untuk beliau menyuruh Mal dan rakan rakannya mencuri tongkat sakti (magic wand) kepunyaan Fairy Godmother yang kini dipamerkan di muzium Auradon. Dengan tongkat sakti tu dia nak lepaskan diri dari pulau terbuang tu dan hidup memerintah dengan zalim. Setiap mata dia yakinkan Mal bahawa Mal juga jahat sepertinya dan mempunyai misi sepertinya.

 

135940_8263

Mulanya macam agak sukar mereka nak sesuaikan diri dengan keadaan di Auradon Prep (high school dorang) sebab apa yang ada di Auradon tak ada dan tak sama seperti di pulau terbuang tempat asal mereka. Jadi lama kelamaan bila dah mula sesuaikan diri dengan keadaan di tempat baru, mereka menemui minat dan keinginan masing masing.

 

 

135925_4235

Namun pun begitu, demi nak membuatkan maknya Maleficient bangga dengan dia, dia tetap menjalankan misinya untuk mencuri magic wand milik Fairy Godmother. Sampai Mal ni kenakan love potion kat Prince Ben ni demi nak mendekati magic wand tu. Tapi dia macam sedar bahawa dia tak sejahat maknya.. Dan dia ikhlas menyukai Prince Ben.

 

Tapi apakan daya dia dah pun separuh jalan. Memang berbelah bagi betul hati dia sama ada nak teruskan rancangan maknya atau nak pilih jadi baik dan jalani kehidupan di Auradon macam orang biasa.

 

135793_0067r2

Jadiiiii…terlaksana ke tidak rancangan jahat Maleficient, Cruella de Vil, Jafar dan the Evil Queen ni ? Kalau nak tahu kena lah tengok DESCENDANTS ni okayyy ? Hanya di Disney Channel tau ! Apa yang aku boleh katakan, seperti filem Disney yang lain, filem ni jugak mengandungi pelbagai pengajaran, as this film usually targeted for children and teenagers. Dan boleh kata DESCENDANTS ni ala ala pengganti siri High School Musical sebab filem ni pun ada lagu lagu jugak.

 

 

Jadi jangan lupa yaaa tayangan perdana di saluran Disney !

13 September 2015
11 pagi
Disney Channel (saluran Astro 615)

 

 

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem !

2 comments :

Yaya MiaCara said...

kene tengok ni hehehehe

eima said...

cam besh kan ..... mmg dok aim nk tgk kat 615