Friday, July 10, 2015

Nisakay Ke Melbourne – DAY 3

Assalamualaikum..

 

Nisakay Ke Melbourne - DAY 1

Nisakay Ke Melbourne - DAY 2

 

Hush hushhh !! Ayuh sambung entry trip ke Melbourne sebelum aku lupa lebih banyak details mengenainya ! Haahaaa ye lah kalau dah lama sangat tangguh nanti mula lah lupa macam macam, lepas tu bila nak share pun tak best sebabnya dah takde details sangat. Gituu..

 

DSC01114

Hari ketiga di Melbourne, jujur nya kami tak berapa ada aktiviti sangat. Kami bangun lewat, mungkin sebab kami terlalu penat sebab masa hari kedua kami berjalan jauh, dan ke banyak tempat. Jadi seharian kami di luar memang mencabar fizikal dan tenaga kami. Gituuuu…. Tambahan pula cuaca yang agakkk sejuk pada hari ketiga, agak hujan hujan gitu..

 

 

DSC01123

Aku decide nak pergi ke pejabat pos yang terletak tidak jauh dari hotel tempat kami menginap. Haaa dah kenapa nak pi pejabat pos pulak dah ?

 

DSC01118

Aku sebenarnya lama dah nak feeling feeling salam perantau kepada insan tersayang yang jauh di mata tapi dekat di hati ecewah !!! Jadi aku decide nak beli poskad dan pos kan kepada si dia. Eh siapa ?! Haha jeng jeng jeng. Kirenye ala ala satu kejutan jugak lah :P Tapiiiii aku rasa sampai sekarang poskad tu tak sampai lagi ke destinasi, sebab orang yang patut menerima poskad tu krik krikk ajor, takde kisah pun dia menerimanya. Haha !!

 

Nak citer la sikit, pejabat pos kat Melbourne ni memang mudah dan best haha ! Kalau nak beli sampul ke, poskad ke, bayar parcel ke, semua boleh bayar kat mesin. Scan barcode and bayar macam kat mesin deposit cash tu. Ada jugak mesin untuk bayaran guna kad kredit. So memang mudah ler.

 

 

DSC01132

Ini sebenarnya di laluan sebelah H&M Store yang besar giloss kat tengah tengah bandar Melbourne ni. Hahaa nasib bawak duit cecukup jurr, sebab nya keluar pintu hotel dah nampak H&M ni haaa.. Dah tu, masa pergi kat sini dorang tengah ada end season sale kot. Ada seluar jeans ni harga dia beberapa AUD sajor, tapi takde saizzz !!!! Sume saiz besar je tinggal. Sobs !

 

 

DSC01152

Dannnnn alkisahnya kami pun berjalan kaki menuju ke Victoria Market. Tapi tapi tapiiii market ni tutup awal !!! Jam 2 petang dah tutup ! Aiyoooo.. So, kalau nak pi market ni jangan pergi petang petang. Memang kosong ler jawab nyeee hahaha… Tau kitorang buat apa lepas tu ???

 

DSC01140

Kitorang bergambar lagi. Hahahahaa…

 

DSC01170

Alang alang dah sampai, maka kami ambil gambar di sekitar bahagian depan Victoria Market ni haaa.. Tak sabar nak datang semula pada hari lain sebab nak tau apa yang best sangat kat market ni haaa..

 

 

DSC01180

Sebenarnya, sampai malam jugak lah kami wandering around bandar, tak tahu nak buat apa, sebab cuaca kejap kejap hujan. And we don’t really have plans. Kalau nak lepak kat taman mana mana pun tak best laa rumput basah kan. So kitorang just jalan jalan area town and mengamati gaya hidup orang di kota Melbourne ni. Gituuu..

 

 

DSC01202

Bila dah malam, terasa lapar pulak… So, kitorang pergi semula ke Restoran Little Ipoh (rujuk entry DAY 2) haaa.. masakan dia memang memuaskan hati, layanan mesra dan sporting. Memang seronok lah kami nak datang sini semula untuk menikmati juadah Malaysia !

 

So yeah itu je lah pun yang berlaku masa hari ketiga. Memang takde buat apa sangat pun. Lebih kepada meneroka bandar dan jalan jalan tengok bangunan depa. Kami ada jugak lepak lepak minum kopi dan makan roti sesambil memikirkan nak buat apa hari ni. Alih alih memang takde apa sangat pun dibuatnye hehe…. So see you guys in next entry !

 

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem.

2 comments :

Zharif Azis said...

best nya pi Melbourne >__<

jeles lah tengok Nisa update blog. Update pasal melancong tapi still boleh keep it simple without miss a thing. sy kalau update benda2 mcm nie msti panjang berjela entri tu. Haihhh. kena belajar dengan nisa lah mcm nie on how to keep it short while entri tu padat dengan details.

asri azmi said...

hi nissa kay i just wnat ask u pegi australia begpacker kan.. so all cost mahal kew ?, boleh shared x ? sebab saya nak jadi begpacker nak jalan2 ke luar negara... thank