Thursday, July 23, 2015

5 Perkara Paling Aku Kenangi Untuk Aidilfitri Ini !

 

 

Assalamualaikum…

 

Salam Aidilfitri semua!!! Harap-harap semua dah berpeluang menjenguk saudara-saudari and keluarga tersayang..Aku baru je balik dari kampung, tapi memang dah mula ahh rindu detik-detik masa yang aku beraya dengan keluarga di kampung.. Macam tak puas raya je.. Tapi memang begitu, dah dewasa ni perlulah kita laksanakan tanggungjawab kita semua kan.

 

Segar lagi je emosi aku yang menanti-nantikan Aidilfitri sebelum balik kampung. Kalau bercakap pasal balik raya kan, mesti korang dah plan macam macam aktiviti nak buat kat kampung nanti kan ? Haa aku pun macam tu jugak ! Tapi dalam banyak banyak perkara yang duk aku senaraikan dalam kepala, ada TOP 5 perkara-perkara yang aku sangat sangat nantikan setiap raya !

 

 

#1 BERKUMPUL BERSAMA KELUARGA

DSC04729

Ini lahhh yang pertama sekali yang aku nanti-nantikan ! Ini wajib niii hahaha… Aku lahir dalam keluarga yang besar, jadi aku dah biasa membesar sambil dikelilingi ramai orang. Sooo, bila raya menjelang tiba je, berkumpul bersama keluarga dan sanak saudara lah paling dinantikan. Kompem bergegar rumah bila semua berkumpul bergelak sakan di malam raya !

 

 

#2 SHOPPING BAJU RAYA !

share

Yeahhh ini semua orang pun ternanti-nantikannya ! Semua tak sabar nak melaram di pagi raya kan.. Dah macam pertandingan baju tercantik pun ada weyh !! Hahaa,… Kalau sekeluarga nak sedondon tu, boleh lah tempah awal-awal.. Macam aku, aku suka beli yang ready-to-wear aje.. Pilih pilih then bayar ! Haha.. Last year aku sanggup redah jalan TAR dengan kawan aku, tahun ni pulak aku sempat beli kat mall je sebab kesuntukan masa.. memang busy ah aku tahun ni..

 

 

#3 MENIKMATI JUADAH DI PAGI RAYA !

lontong

Lebih kurang dua tahun yang lepas, aku ada muncul di kaca TV sebelum azan maghrib di dalam sebuah iklan. Dalam iklan tu aku ade share dengan penonton mengenai juadah yang paling aku suka makan di pagi raya. Ya, juadah tu adalah LONTONG !! Hahaa alang-alang ternampak gambar Mamee Chef perisa Lontong kat Facebook Page Mamee CHEF ni, so terimbau balik kenangan pagi raya gituu..

 

lontong 2

* Gulppp ! Nampak sedap dan sama macam yang original lah ! *

Biasa kalau buat makan-makan atau open house kecil-kecilan antara juadah yang aku memang request mak masak mesti lontong ! Adehh teringin pulak… sobss.. Takpe takpe, lepas ni boleh pi cari Mamee Chef perisa Lontong ni, at least boleh ubati kerinduan pada masakan mak sementara kejauhan ni. Hiks.

 

 

#4 BERTEMU KAWAN LAMA !

DSC04809

Berkumpul dengan kawan kawan lama (kawan sekolah rendah dan sekolah menengah) merupakan antara aktiviti yang paling paling aku nanti kan ! Tak sabar rasanyaa nak berjumpa, catch up dan jugak berbual panjang ! Maklumlah kawan kawan aku dah ramai yang study luar negara, kerja luar negara, dan kerja di serata Malaysia. So susah dah nak jumpa.. Hari raya je lah masanya di mana semua akan pulang ke kampung.

 

 

#5 BERAYA DENGAN BESTIE !

cats33

Dua tahun lepas aku masih belum ada kereta sendiri, lesen pun takde lagi masa tu.. jadi masa tu aku berkesempatan beraya di kampung beliau di Tanjung Malim. Gigih aku naik bas dari Temerloh ! Hahaa.. Yang specialnya raya tahun ni… beliau akan MELANGSUNGKAN PERKAHWINAN !!!! Jadi meluangkan masa dan beraya bersama bestie aku ni antara perkara yang aku nantikan menjelang Aidilfitri ni.. Hope lepas kawen laki kau still bagi aku pusing pusing kampung naik motor dengan kau ye ! Wakakaa…

 

 

Sekian LIMA perkara yang aku nanti-nantikan menjelang Aidilfitri setiap tahun.. Terlalu banyak yang nak dikongsi, tapi aku share perkara yang TOP 5 dalam senarai aku je lah ye… Lagi-lagi bab makanan tu haaa, ishh menyesal sebut-sebut lontong kat sini, kan dah teringin ! Hahaa takpe, boleh lah cuba Mamee Chef perisa Lontong yang aku sebut tadi ye ! Okayyy bye bye !

 

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem

3 comments :

Hafizin Jamil H.J said...

anyway selamat hari raya nisa kay. maaf zahir dan batin. :)

safurara said...

maamee pon hade.hehehehe. selamat hari raya nisa!

mizz yatiey said...

yg pertama tu memang setuju sangat, MY pun ada keluarga besar, apa lg masing2 dah besar, memang bergegar rumah jawabnya...yg tak tahan tu, yg ketiga, MY rasa kalau MY, sanggup jugak mkn meggi kalau ada kat rumah hr raya tu..haaaa

apa2 pun selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin