Wednesday, June 17, 2015

Sehari di PARIS – Part 3

 

Assalamualaikum....

 

Sehari di PARIS - Part 1

Sehari di PARIS - Part 2

 

DSC04509

 

Ayuh kita baca kisah sehari aku di Paris… Siapa yang belum baca Part 1 dan 2 boleh klik link di atas yaa ! Sehari je punnn di Paris tapi kemain blog nak update ada part 1, 2, 3 sampai ke sudah lahhh bila nak habis tah ! Hahahaa.. sebab aku ada perangai tak suka sesuatu entry tu terlampau meleret !

 

GOPR3834

 

Okay ini lagi pengalaman aku di kawasan EIFFEL TOWER ni… Sesiapa yang belum pernah ke sini dan mempunyai perancangan ke sini, aku nak ingatkan korang supaya BERHATI-HATI lahhh !! Tingkatkan daya curiga anda sebanyak 500% !! Haa bukan lah aku nak suruh korang curiga kat orang secara membabi buta.. Tapi di tempat yang sangat popular dengan KEGIATAN PICK POCKETS ni, harusss lah korang berwaspada sangat sangat !!!

 

GOPR3835

 

Kami masuk je kawasan EIFFEL TOWER ni, kami dihampiri oleh sekumpulan remaja (aku boleh kata remaja la kan.. nampak macam muda daripada aku je?) yang mungkin lingkungan umur mereka dalam belasan tahun je.. mereka menegur aku dan boss aku “You speak English??” Aku buat bodo saja sebab aku rasa macam scam je kegiatan dorang ni. Tahu tahu je boss aku tengah bercakap dengan dorang.

 

Aku nampak dorang hulurkan sekeping kertas dan pen, meminta orang ramai menulis nama dan kami tidak tahu butiran lanjut mengapa mereka beria-ria meminta kami menulis nama dan tanda tangan. Boss aku dah pun pegang pen tu, cepat aku tarik beliau.. Aku kata padanya, “Tekong.. ! Jangannn!! Nanti dia mintak duit, macam mana??” Dengar je pasal mintak duit, boss aku segera melepaskan kertas di tangan dan memulangkan pen tersebut.

 

Marah betul budak tu bila kami berlalu pergi. Tiba-tiba beliau bersuara dengan agak marah “I JUST NEED YOU TO SIGN!!!” Amboii terkujat betul kami. Budak ni kang, nasib la negara orang.. Kalau tak aku tempeleng dah hahaha.. marah sangat nampaknya dia..

 

Apa yang dia nak kami tak tahu. Kami cuma ambil langkah berjaga-jaga.. takut lah kena tipu ke apa. Kami di sana dah lah takde internet, takde kenal siapa, tak faham bahasa belit-belit dorang, dengan wang poket yang agak terhad pulak tu.. Kalau jadi apa apa kan susah nanti.

 

GOPR3844

 

Seriussssss di kawasan EIFFEL TOWER ni bersepah-sepah budak-budak tuu.. Nampak je pelancong terus mereka dekati kami sambil menanyakan “Do you speak English??” sambil dorang hulur kertas yang sama tadi. Aku geleng kepala je, buat muka tak faham.. sebabnya kalau jawab NO kang dia tahu lah korang speak English kan. Haha… sebagai langkah berjaga-jaga korang geleng aje lah dan jauhi kumpulan budak- budak yang duk mintak orang isi borang dia tu.. okay ?

 

GOPR3846

Lagi satuuu.. dekat kawasan sini banyak kenderaan yang seakan beca.. dia offer nak bawak gi jalan-jalan.. Kalau korang banyak duit silalah mencuba pusing naik benda alah tu.. Bagi aku, harganya agak mahal.. risau nanti bila dah naik, dia pow korang kaw kaw punyaaa.. Haaa satu benda yang aku belajar, kat Paris ni, DON’T TRUST ANYONE ! Hahaha…

 

 

GOPR3859

Lagi satuuu…. Berhati-hatilah bila melangkah tu… Baunya tak lah senyaman mana… Agak kotor di bahagian kaki lima dan di tepi-tepi tu.. Tong sampah yang melimpah ruah dan penduduk tempatan bawak anjing dorang jalan-jalan.. main berak kencing merata je.. Risau korang terpijak pulak bahan buangan anjing ituu.. Nak makan minum pun aku tak berapa nak selera. Tapi sebab lapar, aku jamah jugak roti kat gerai tepi taman permainan.

 

 

DSC04523

Di hujung jalan ada sebuah kiosk menjual souvenir.. Haaa mesti ini antara souvenir yang korang pernah terima dari kawan-kawan yang ke Paris. Keychain menara Paris ! Ketahuilah bahawasanya matawang Paris iaitu EURO mahalnya tiga ke empat kali ganda dari matawang Malaysia yang asyik turun je ni hurmm.. Jadi kalau kawan korang belikan keychain ni, bersyukurlah ye.. Bukan mudah nak beli barang murah kat sana..

 

 

GOPR3868

Jangan kata hakak tak payunggg !

 

 

Okay lah… Itu sahajalah nak share mengenai situasi yang aku alami di kawasan EIFFEL TOWER… Pengalaman orang lain berbeza-beza.. Ada yang tak kena macam aku, dia rasa best aje kan. Haa… berlainan pada aku… Okay lah.. nanti malam aku sambung lagi yaaa ! Daaa ~

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem

3 comments :

yoorin melacolea said...

sonok nye nisa.. hehe.. btw tempat cantik lagi romantik macam ni x semestinya wangi ye tak.. huhuhu..

Miss Sparkler said...

Oh indahnya bercuti ke Paris~
Salam singgah dari http://harinumunirah.blogspot.com/

Iera Raro said...

nice info. hehe. Paris in my travel list kahkahkah. Harap2 dapat pergi satu hari nnt.