Thursday, June 18, 2015

[DAY 13] The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge!

 

 

 

TheSW-Logo-Clear

 

Assalamualaikum...

 

Hai haiii… maish lagi aku setia update blog aku agar kelihatan meriah dan penuh dengan entry Hahahaa.. takde lah bersawang sangat kan. Thanks to The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge! ni sebab bagi aku 30 sebab / topik untuk aku update kat blog hohoo.. Kalau takde topik, memang aku mencari entry tag macam ni… satu haru buat satu topik. Tapi biasanya memang akan miss sebab busy dan travel.. Sebab tu terkejar-kejar nak update !

 

13)   Describe how you met the last person you texted and talk about your friendship / relationship

 

Okay.. topik hari ke-13 (aku dah lewat 5 hari !!) suruh aku describe pasal orang last aku text. Hahahaa… aku gelak sebab orang yang paling last aku text ialah boss aku ! Hahahaaa sambung gelak lagi. Should I write about him here ? HAHAHAHAHAH !! Mati la nakkk kena bahan satgi !

 

DSC05401* Gambar di ambil di Barcelona, 2014. Tengah tengok peta nak. menuju ke lokasi event. *

 

Tu boss aku yang baju kelabu tu. Nama beliau Aman Firdaus. Beliau pengasas dan ketua editor kuku besi bagi tempat aku kerja sekarang iaitu AMANZ.MY. Her her.. macam mana first jumpa dia ni ? Hmm… tahun 2010 ke 2011 camtu, aku jadi pengacara jemputan untuk satu channel video ni… Jadi aku cover event la kan senang citer. So boss aku ni ada kat situ. And dia terus offer aku kerja dengan dia. Aku masa tu masih lagi study. So aku cakap kat dia nanti aku fikir lepas habis belajar. Betul-betul habis belajar memang aku contact dia, aku bagitau aku nak try kerja jadi pengacara dengan Amanz ni..

 

 

DSC05644* Pic taken at Barcelona Aeroport on 27th Feb 2014 *

 

Talk about our friendship ? Hahaa. Boss dan pekerja.. kawan kawan la kot. Hahaha…. Bukan nak bodek sebab nak bonus raya lebih, tapi boss aku ni baik la jugak. Uhuk uhuk. Haha serius malas la puji lebih-lebih kang doranh bahan aku dowh ! Hahaa. Tengok la gambar kat atas. Beg bagasi aku yang gabak nak mammm tu pun dia yang tarik kan sampai la ke kaunter check in. Haha.. boss aku dua orang bawak beg kecik je.

 

Boss aku ni tak suke bergambar sangat. Tapi sejak dua menjak ni dia macam hilang keseganan sikit la nak bergambar. Haha sorry boss takde pic yang helok nak upload. Aku rasa ada tapi tah mana tah. Hahaha !! So far aku masih berkerja dengan AMANZ.MY sebagai pengacara mereka. Nampak macam kerja tetap tapi actually aku more to freelance. Aku bersyukur jugak dapat boss yang masuk air sebab tak stress kerja sebab boleh bahan membahan sesama sendiri. Kalau mula-mula kerja dulu aku macam awkward jugak.. lama lama aku pun jadi kaki troll macam dorang. Eh dah la kbai.

 

 

XOXO,
Putewi Hensem.

No comments :