Thursday, June 18, 2015

[DAY 12] The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge!

 

TheSW-Logo-Clear

 

Assalamualaikum...

 

Selamat berpuasa semuaaa !! Hari ni kita dah mula berpuasa, jangan ada puasa olok-olok pulak, baru setengah hari dah mengigil cari makanan… Hahaa.. biasalah tu minggu pertama macam susah sikit nak tahan lapar dan dahaga tu kan… Oh baiklah, di dalam usaha untuk aku tidak tidur selepas Subuh, aku nak sambung update pasal The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge! ni okay… Ayuhh !

 

12)   Your proudest accomplishment

 

Hmmmm… pencapaian yang paling dibanggakan ?? Aku tak sure lah apa yang patut aku banggakan dalam hidup ini… I guess, sebab aku masih belum capai apa yang aku betul-betul nak kot… Jadi aku tak rasa aku punya apa-apa yang perlu aku banggakan. Hahaa…

 

NISAKAY KONVO

Hmmmm…. serius tak tahu apa yang nak dibanggakan aku ni… blog dan penulisan pun biasa-biasa saja…. pelajaran pun alhamdulillah okay je, sebab aku ni bukanlah student yang pandai mana pun, so kena rajin lebih sikit laa masa study and buat assignment tu… Kerja pun, alhamdulillah memang buat masa ni aku di landasan yang berpaksikan passion aku. Haha maknanya aku dah ada pun my dream job iaitu hosting dan travel.. Alhamdulillah…

 

So far, aku rasa bersyukur dengan hidup yang Allah beri.. dan yang paling aku banggakan dalam hidup semestinya mak abah aku… Dua insan yang tetap teguh menahan aku tika aku jatuh. Yang tak jemu memberi sokongan dan dorongan agar aku tak terus hanyut dalam kesedihan ujian hidup.. Yang sentiasa kuat hadapi ujian yang Allah beri pada mereka. They are my life, my proud.

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem

No comments :