Wednesday, June 17, 2015

[DAY 11] The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge!

 

 

TheSW-Logo-Clear

 

Assalamualaikum...

Okay okayy nasib bangun pagi hari ni.. terasa produktif je update pasal The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge! ni hahaha.. Okay last entry then nak bersiap keluar dahhh. Ade kerja lah hahaha.. lepas tu malam kang nak update pasal sehari di Paris.. event.. dan lain lain..

 

11)   Your worst/funniest/most embarrassing date

 

 

Hmmmm… a date ?? Lama dah hoi tak berdating kah kah kahhh…. Okay tipuuu… date paling teruk tu takde lah kot.. Everything boleh dikelaskan pada tahap Okay kepada tahap paling sweet hahahaha pffttt !! Gelakkan diri sendiri.

 

GOPR3786

 

Okay kisah nye mengenai my most embarrassing date ! It happened many years ago ! Masa tu umur aku 17 tahun. Hahahaa…. aku ada la keluar dengan sorang mamat ni, budak sekolah aku jugakk. Eh maksud aku dia ex-schoolmate aku.. sebabnya aku tingkatan 5 dan dia tua setahun dari aku. Kami berkawan dah setahun camtu… duduk pun satu taman perumahan.

 

Masa tingkatan 5 tu aku single.. ecewahh.. so aku keluar la dengan mamat ni kan. Masa tu aku baru habis tusyen, then kami jalan-jalan ke bandar lepas tu nak balik ke taman perumahan kami tu, kami naik bas… Dalam bas tu aku duduk sebelah dia la kan…

 

Nak dijadikan cerita, bekas pakwe aku masa tingkatan 4 ada dalam bas tu hoihhh ! Haha aku buat bodoh je la kan… Bekas pakwe aku tu ada dalam bas tu sekali dengan besfren dia yang merupakan kawan yang aku kenal jugak laa… Aku buat biasa saja lah kann nak buat macam mana lagi… Tiba-tiba besfren bekas pakwe aku tu menyanyi kuat-kuat dalam bas “BILA BUNGAAAAA DIPETIK ORANGGGGG…” Lebih kurang macam tu la lirik lagu dia.

 

Malunye aku masa tu takyah nak kata lah kan.. Mamat yang aku date tu bukan tak kenal bekas pakwe aku tu, sebab kami semua satu sekolah ! Kah kah kahh… Nasib la mamat tu cool je.. dari naik bas sampai laa aku turun bas. Serius rasa nak sumpah seranah tapi aku buat bodo je la.. tapi malu gila siot! Hahahaa….. Ngeng je bila ingat balik zaman cinta monyet HAHA !!

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem.