Saturday, May 2, 2015

Majlis Pratonton Filem – ABANG LEJEN

 

Assalamualaikum…

 

 

DSC00392

 

Wah wahh lama dah tak bertemu dengan Mejar David Teo dan jugak staff staff MiG sekalian… Busy betul jadual aku sampai aku terpaksa menolak setiap pelawaan ke majlis pratonton filem yang dianjurkan oleh MiG…. Tapi sebelum aku fly ke Melbourne hari tu sempat juga lah aku meluangkan masa menghadiri majlis pratonton filem ABANG LEJEN, sebagai tanda sokongan aku kepada filem terbaru mereka.

 

 

DSC00395

Turut bertemu rakan-rakan blogger lain.

 

 

DSC00403

Para pelakon filem ABANG LEJEN ! Ahaaa Farid Kamil heronyaa…. manakala pelakon pembantu Fadlan Hazim yang melakonkan watak sebagai adik kepada Farid Kamil tidak dapat hadir kerana jadual shooting yang padat. Sobss tak dapat nak tatap wajah beliau. Ehh!!

 

 

DSC00449

Ehemm… Heroin filem ABANG LEJEN ! Memang kelakorr la watak Intan Ladyana..

 

 

11150363_932485040106434_1094816457940562824_n

Filem ABANG LEJEN mengisahkan Ajim (lakonan Farid Kamil), abang kepada Alan (lakonan Fadlan Hazim) . Ajim ni seorang abang yang sangat protective.. lagi-lagi bila adiknya Alan mengalami masalah gagap dan sering menjadi mangsa buli dari kecik sampai la besar. Jadi, si Ajim ni tak boleh dapat tau kalau ade orang usik adik kesayangan dia ni.. haa kalau dia dapat tau memang masak ler pembuli tu kena “ajar” dengan si Ajim ni.

 

 

IMG_3565

Namun ada salah faham yang telah melanda dua beradik ni dan Alan mengambil keputusan untuk keluar rumah dan tinggal di Kuala Lumpur bersama isterinya, Nina (lakonan Adiba Yunus). Haaa apa yang dah berlaku sampai dorang adik beradik boleh gaduh besar? Sedangkan Ajim dan Alan tak pernah berenggang dari kecil sejak kematian ibu bapa. Ada rahsia ke yang Ajim sembunyikan dari Alan selama ni ?

 

 

P1950308 copy-horz

Yang best nya kita dapat tengok satuu sisi lain Farid Kamil dalam filem ABANG LEJEN ni… Biasanya kita akan tengok dia berlakon jadi lelaki romantis.. Ada aksi jugak… Tapi, dalam filem ni kita dapat lihat sisi komedi beliau. Minat Hindustan pulak tuu ! Hahaa… dah feeling feeling tengok Hindustan pulak dahh kat pawagam haa.. Tapi memang sesuatu yang berlainan betul watak Farid dalam filem ni. Kisah seorang abang yang sangat sangat protective terhadap adiknya pun menyentuh hati.

 

 

DSC00427

Antara pelakon yang turut menghadiri majlis pratonton filem ABANG LEJEN ni… Ezatty Abdullah dan Azwan Kombos.

 

 

DSC00434

Bersama Along Ezendey yang memegang watak jejaka kampung yang nakal dan suka mengacau orang haha…

 

 

DSC00446

Inilah dia Adiba Yunus yang memegang watak Nina dalam filem ABANG LEJEN ni…

 

 

DSC00477

Yeahhh bergambar dengan hero filem ABANG LEJEN sudah semestinya.. walaupun ada cubaan photobomb di belakang tu kekeke…

 

 

Memandangkan aku update review ni pun lambat.. rasanya dah takde kot tayangan filem ABANG LEJEN kat pawagam pawagam sana.. Aku pun tak berapa pasti.. Kalau ada lagi bawak lah keluarga dan kawan kawan tengok filem ni yaa… Kalau ada kat Astro First pun beli lah ye !

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem !