Monday, May 4, 2015

Apa yang penting di dalam sesuatu hubungan ?

 

Assalamualaikum…

 

Hari ni cuti Hari Wesak, tapi aku tak keluar langsung ! Aku mulanya rancang nak keluar ambil gambar, tapi tak jadi sebab cuaca tak mengizinkan.. Lepas tu aku mengadap laptop je lah.. edit gambar.. Balas mesej customers dan segala hal berkaitan dengan facebook page perniagaan online aku, FSYN. Ehh ter-promote lak. Hiks.

 

Eh kembali kepada topik.. Nak bincangkan dan huraikan sikit mengenai perkara penting dalam sesuatu perhubungan. Kita boleh senaraikan banyak perkara tapi ada satu yang selalunya kita terlepas pandang. Well.. kekurangan perkara yang satu ini memang boleh buat sesuatu hubungan tu berantakan.. been there done that.. pheww.. Sebelum tu aku nak share dengan korang gambar –gambar yang akan membantu menggambarkan topik aku ni.. Gambar-gambar kredit di sini.

 

11188214_983196098377441_2283695883678743800_n

 

11150361_983196111710773_1728169078321965212_n

 

Perkara ni memang betul kan.. Bila kita bergaduh dengan pasangan kita.. kita akan keluar, cari kawan-kawan, and then meluahkan perasaan dan ceritakan masalah kita. Tapi kita sedar tak.. Bila kita bercerita kat orang masalah kita tu, konfem konfem lah kita akan bercerita dari sudut yang menyebelahi kita. Jangan tipulah kan, semua orang pun buat macam ni kan kan kan… Hehee.. Jadi bila kita perempuan duk cerita-cerita kat kawan, mesti kawan akan cakap camni, “Kau putus je lah dengan dia.. bukan takleh cari lain.”

 

Sama jugak dengan si lelaki.. Kawan kawan dia mesti fikir si perempuan yang salah (berdasarkan cerita dari pihak lelaki pulak), lepas tu kawan dia mesti cakap, “Teruklah perangai dia. Pelik camne kau boleh stay dengan dia.”

 

 

 

11210493_983196108377440_4023717363059890564_n

Haa elok-elok cari kawan nak luah masalah, makin kusut pulak kepala tu.. Sebab kawan-kawan akan bagi pendapat yang sebenarnya, jauh dalam hati tu, kau taknak terima pun. Kan ? Well, jangan salahkan kawan-kawan yang bagi pendapat atau cadangan macam tu. Mereka menilai pasangan korang tu melalui cerita yang korang sampaikan. Unless kawan korang pun kenal benarrr dengan pasangan korang. Okay tu lain cerita.

 

Tapi.. bila sebut pasal PUTUSKAN HUBUNGAN.. mesti kita akan timbul satu perasaan yang macam, “Eh.. betul ke aku nak putus dengan dia ? Betul ke.. aku nak tinggalkan dia macam tu je?” Haa ini memang aku pernah laluinya. Bila orang sekeliling suggest kita tinggalkan pasangan kita, kita mesti akan terfikir.. betul ke putuskan hubungan merupakan jalan terakhir ? Betul ke.. betul ke.. betul ke.. hah wondering lah kau sampai mereput. Haha !

 

 

11206128_983196105044107_53149564650988943_n

Bila difikir sedalam-dalamnya… Tidak ada orang lain yang lebih mengetahui mengenai hubungan korang, melainkan KORANG SENDIRI. Kan ?? Pasangan kita semestinya ada satu perangai sebenar yang hanya dia akan buat depan kita. Err korang faham tak ni ? Perempuan ke, laki ke… rasanya sama saja. Contohnya, depan member-member si lelaki ni memang perangai biasa je, rupanya dengan pasangan dia kemain romantik, kelakar.. haa.. gitu..

 

 

10394652_983196101710774_5419995724478224601_n

Jadi, pendek kata.. Kalau ada apa-apa masalah.. better kedua-duanya ambil tempoh bertenang dulu. Kalau tengah marah, tengah emosi habis segala benda tak elok akan keluar dari mulut. Tak gitu ? Tapi jangan pulak korang ambil tempoh bertenang sampai bertahun-tahun. Buatnya terus senyap jaa. Hahaa. Ambil lah masa sehari dua.. or beberapa jam untuk bertenang dan duduk berbincang.

 

Tapi sebelum berKOMUNIKASI.. atau berbincang, korang kena sediakan diri sikit la.. Korang kena buka minda, bersikap terbuka dan sedia mendengar cerita dan luahan daripada pasangan. Andd yang paling penting !! Bagi masa untuk satu sama lain meluahkan apa yang terbuku, luahkan apa yang tak puas hati. Cari mana silapnya. Jangan pulak pasangan tu tengah bercerita, kau melenting tak memasal pulak haa.

 

11212761_983196095044108_4154698484940510683_n

Jadi.. apa perkara penting dalam sesuatu perhubungan ? Yes… KOMUNIKASI. Tapi Komunikasi yang dikuasai amarah dan emosi juga tak ke mana ye dak. Kang lagi teruk gaduh. Sebab tu ambil masa kejap untuk tempoh bertenang dan reflek balik perlakuan diri masa gaduh dan selisih faham tu… Masalah boleh selesai. Dan usaha KOMUNIKASI ini takkan menjadi kalau sebelah pihak aje yang beria… Yang sorang lagi tu takmau ikut rentak. Haa jadi carilah solusi terbaik untuk hubungan kalian ya ! Terima kasih sudi baca !

 

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem !

7 comments :

NATRA ISMAIL said...

info yang bagus dan boleh dipraktikkan.hehe. mcm mana pula kalau jenis kalau ckp dia je nak menang. Huh

Syamimi Rosnee said...

Setuju sangat! KOMUNIKASI tu sangat penting. Tak kira dalam hubungan ke apa sekalipun. :D

bb_nona said...

betul tuu, setuju......kalau dah berkahwin, lagi payahh, memang kne jage betul2



well..sis, i done komen u... untuk hadiahhhh..hihihihi~ dapat x...

emel : nur2dunia@gmail.com

Eellee Nana said...

yup, komunikasi tu penting
apa2, kena bincang elok2 :)

POJIEGRAPHY BLOG said...

Sometimes ego kills the relationship. Yang penting, both kena understand to each other and sikap mengalah tu kena ada at least dalam diri salah seorang daripada mereka.

laman blog saya said...

betul tu,komunikasi,kesetiaan,saling memahami :-)

aztazhr said...

Masalah percintaan , saya kene fokus study !! hahaha . thanks kongsi ;)