Tuesday, March 3, 2015

Teknik Menyimpan Duit – Kaedah Paksa Rela

 

 

Assalamualaikum…

 

Boring pulak kan nak bercerita memanjang pasal kerja di Barcelona. Maaf ya sekiranya ada yang berpendapat saya nak menunjuk-nunjuk ke apa.. Perkongsian ini tidak lebih dari niat aku nak abadikan kisah perjalanan aku ke negara orang. Maklumlah nak tulis diari malas, maka di blog saja lah aku mengabadikan segala memori gitu..

 

Shopping-bags-007[Picture Source]

 

Okay berbalik kepada tajuk entry ni, aku tengah scroll facebook tadi (haa kantoi curi tulang!), dan aku terjumpa satu perkongsian yang sangat berguna aku rasa… Ya, mengenai menyimpan wang. Nak itu nak ini semua pakai duit kan sekarang.. Tapi mana datangnya duit tu kalau kita tak BEKERJA KERAS dan MENYIMPAN kan ? Kalau tak disimpan, habislah belanja, tak nampak hasil. Duit tu pun bukan jenis boleh simpankan diri dia sendiri and beranak sendiri ye dak. Jadi selain daripada korang buat ASB ke apa.. ada satu teknik yang aku tertarik nak cuba dan kongsi dengan semua.

 

 

PERKONGSIAN DARI STATUS SEORANG PENGGUNA FACEBOOK : DI SINI

 

Kisah Benar :

Idea ni sangat praktikal untuk semua orang.

Ok, first sekali letakkan target duit Nilai berapa yang nak dijadikan SIMPANAN ANDA.

 

  • Tempoh masa : 10 bulan (Januari Hingga Oktober)
  • Tujuan : Nak pi jalan jalan ke Turki @ Pi Umrah @ nak menikah lagi @ nak bawak mak ayah anak bini pi jalan jalan sabah.(Sekadar contoh)
  • Duit yang dipilih : RM 5 dan RM20

 

PERATURAN WAJIB :

1. Setiap kali anda menerima duit RM5 dan RM20 , anda WAJIB masukkan duit tu dalam TABUNG yang anda dah buat tadi.

2. HARAM MUAKKAD untuk anda gunakan duit RM 5 dan RM20

3. Jika 'terguna' sila qada dengan DOUBLE AMOUNT

4. WAJIBKAN pasangan anda buat benda yang sama.

5. If belum menikah, SHARE lah dengan housemate, roomate anda.

6. JANGAN dok gatai tangan pi pecah tabung tu selagi tak mencapai usia MATANG .

 

Idea ni saya terima dari seorng sepupu saya Naimah Md Ludin .Beliau seorang guru dan suaminya seorng pegawai TM Telekom.

duit

Selepas 6 bulan beliau buat kaedah ini, Hasilnya ,

140 keping RM 20
180 keping RM 5

Total saving secara PAKSA RELA selepas 6 bulan = RM 3700

 

 

*********************************************************

 

Haaa tengoklah hasil selama 6 bulan kaedah paksa rela ni. Nak tak nak, kena tahan diri.. kena kuatkan iman.. Aku ni dulu menabung la jugak.. tapi selalu tak tahan digoda nafsu nak berbelanja tu lepas tu mula lah korek sikit-sikit isi tabung sampai takdak isi dah ! Hahaha… Perangai tak senonoh betul kan ? So kalau korang ada target tahun depan boleh dah ni mengumpul dari sekarang. Mana tahu ada yang nak rancang bercuti atau shopping besar-besaran ke.. Tak pun melabur pulak wang tu untuk keuntungan masa panjang, kan ? Apa-apa pun, rancang lah dengan bijak ! So sama-sama menabung. (Berkempen pulak iols !)

 

 

 

Terima kasih kepada pemilik akaun facebook Mohd Faiz kerana sudi share info bermanfaat ni dengan pengguna di Facebook. Nisa share di blog ya ! Moga bermanfaat juga kepada orang lain inshaAllah…

 

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem !

10 comments :

Nizam Riadzi said...

menarik...ak pon da lama x menabung..tabung pon tinggal wat perhiasan aje kat rumah...selalu ak menabung dengan cara ingat2 lupa...ak jenis suka baca buku, so ak gunekan duit jadi penanda buku..kekadang mule lupe duit terselit celah buku...n bila emergency, wahhh tengah selak2 buku ase macam rezeki terpijak pulak..a gift for me from me giteww...

nursarah puteri said...

pernah try tapi bertahan 3 bulan je. agaknya kena pakai tabung buluh tu baru takkan pecah.. haha. guna tabung bekas kuih raya susah. byk dugaan senang nak bukak.

MasReena said...

sedih lak baca perenggan pertama tu... sapa yg kata awak show off ni? what to do, memang ada antara kita tak mampu, but our blog is depend on the owner what to write...dont worry =)

Hafiz Hafizol said...

hai Nisa,


Baru skrg start menabung. GUna tin biskut yang besar tu buat tabung. Kalau penuh 1 tin tu, boleh la kahwin kahkahakah...

HaFizaH aYu said...

Ayu pon dah mula saving cmnih..kmpul rm5 dan rm20 xsabar nak tgk hasil dia hehe

Rosmiza Ali said...

Mari kita cuba! Hehe..
RosmizaAli.Com™

munirah mansor said...

saya dah try sem lepas. Memang lumayan.. Seronok je rasa. Menabung untuk masa hadapan.

Faten Laila said...

Duit duploh kaler kuning/oren tue mmg susah nak dapat... Haha.

Macikz konah Ias nur hidayahI said...

Ahhaahahah xkuat nak menyimpan. Tolak siap2 masuk BSN

azwan said...

Saya guna teknik yang sama. Mula-mula note RM5. Tapi sekarang dah tambah note RM 20.