Wednesday, March 4, 2015

RESEPI – Aiskrim homemade

 

Assalamualaikum…

 

thermometer-580x386

 

Haaa waktu-waktu panas macam ni, memang kalau sebut ais krim tu perghhh… memang terliur la kann… Jadi petang-petang mesti korang pergi cari benda-benda sejuk macam air batu campur… lai ci kang sejuk.. cendol… dan minuman or makanan yang sewaktu dengannya. Apa kata korang luang sikit masa nak buat sendiri aiskrim atau popsicles ? Haa aku ada usha lah resipi-resipi homemade popsicles yang agak mudah dilakukan di rumah. Jadi joms usha !

 

 

popsicle-mold-cb

Nak buat aiskrim, korang kena ada satu alat yang sangat sangat asas dan wajib ! ACUAN AISKRIM ! Acuan aiskrim ada banyak bentuk dah sekarang ni, fancy-fancy semuanya.. Dan mudah nak beli acuan ni kat kedai-kedai barang rumah, kedai macam Daiso tu ha.. atau kedai Mr.DIY. Murah-murah je acuan ni.. Okay.. dah ada acuannya, jom kita usha apa resipi pilihan aku yang aku nak kongsikan ni.

 

 

#1 NUTELLA POPSICLES

DIY - nutella popsicles

Yang ni amat mudah kot. Selain kita makan Nutella tu dengan roti or biskut, korang boleh putar nutella bersama dengan susu penuh krim, lepas tu masukkan ke dalam acuan, then bekukan untuk aiskrim nutella! Yang ini tak payah tabah gula ke apa.. sebab Nutella tu sendiri dah manis. Baca resipi penuh DI SINI.

 

 

#2 KIWI & CHOCOLATE POPSICLES

DIY - 2

Ahaa… ini bahan-bahannya nye pun mudah dapat. Buah kiwi, coklat masakan, dengan batang aiskrim. Batang aiskrim tu korang boleh dapat kat kedai-kedai art, siap ada yang jual pelbagai warna lagi tu. Cucuk buah kiwi dengan batang aiskrim, masukkan ke dalam peti sejuk, Coklat masakan tu korang cairkan guna teknik double-boiling, lepas tu sejukkan coklat, then celup kiwi beku tadi dalam coklat tu. Lapisan coklat akan segara mengeras. Haa kan dah ready nak makan. Apa kata try guna strawberry atau pisang. Jadi dok ? Baca resipi penuh DI SINI.

 

 

#3 FRESH FRUITS POPSICLES

cats

Nom nom nom.. siapa penggemar buah-buahan boleh try yang cara ni. Memang seronok sebab boleh campur ikut buah kegemaran kita dan ikut kreativiti kita. Aku pernah tengok orang guna air masak je, then masukkan buah-buahan ke dalam acuan aiskrim. Korang boleh juga guna jus buah. Guna je jus yang korang dah siap beli. Jus oren ke, jus limau ke, jus tembikai ke.. kemudian tambah buah-buahan pilihan korang, kemudian bekukan ! Baca resipi penuh DI SINI.

 

 

# TRAFFIC LIGHT POPSICLES

DIY - traffic light fruit popsicles

Ne no ne nooo… Umpama di jalan raya pulak 3 warna aiskrim ni kan. Haa mudah je ha resipinya tadi aku usha… korang cuma perlu buat puree daripada buah-buahan pilihan korang, then masukkan dalam acuan secara berlapis then boleh bekukan. Perghh macam sedap pulak ni haaa… Tak pun boleh cuba guna buah warna lain, selain 3 warna di dalam pic. BACA RESIPI PENUH DI SINI.

 

 

 

*  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  * 

 

 

Ahaaaa sekian perkongsian Nisa kali ini. Hope ia bermanfaat. Dan aku jugak memang teringin nak cuba buat salah satu homemade popsicles di atas. Lama dah tak ber-kreativiti di dalam dapur ni ! HAAHA MARILAH MARIII.. Musim panas no kompem laris dan laku aiskrim korang. Baru siap ade je dah ngap dulu ! Hahaa… Thanks for reading!

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem.

10 comments :

Sue Sopian said...

huwaaaa... musim panas ni memang syok dapat aiskrim cenggini... sejuk tekak aihh..

aisehhh.. boleh try nanti ni.. :D

A. Aqma said...

Okay memang rasa sejukkkk je tekak ni baca entry nisa.. nak try laaa..

btw, jemput singgah my blog ya :)

http://ainulaqma.blogspot.com/

Ain Nadia said...

nampak sedap. terliur tengok hihi

Syafik Kamaluddin said...

meleleh air liuq gua tengok gambar aiskrim. hahaha . dengan cuaca yang tak menentu ni , bibir kering. perghh kena aiskrem sodapppp

Rosmiza Ali said...

Kalau ada anak kecil kat umah memang kena buatlah ni.. Dari depa duk membazir pi beli kat kedai.. Baik buat sendiri kat umah.. Jimat ko uols! Hehe..
RosmizaAli.Com™

Mama Bard said...

pwrgh sedap ni...tapi tiba-tiba terbayangkan asikrim malaysia yang 20sen tu la plak..

secawan kopi said...

#1 NUTELLA POPSICLES nampak best!!

noradilahbatrisyia said...

Dah cuba dah buat yg nutella tu mmg best. Tapi percubaan pertama gagal skit sbb tarik jek batang jek keluar ais krim nye left in the container

Macikz konah Ias nur hidayahI said...

Huh nuttela je lah aku buat. Kita bukan jenis makan buah.

Onefiz Raider said...

Berapa ringgit nk beli acuan aiskrim tu...