Wednesday, February 11, 2015

Tanda Tanda Terlalu Selesa Bergelar “Single” !

 

 

Assalamualaikum..

 

Haaa baca tajuk ni, mesti ada yang teringat kat mana-mana kawan-kawan yang dah menyingle berapa lama dah, tapi tak pernah nampak tanda-tanda nak terlibat dengan kancah percintaan yang penuh onak duri ni… apatah lagi nak bina masjid ! Tak kurang juga mesti ada yang terasa sendiri sebab diri sendiri dah lama single tapi belum ada tanda-tanda lelaki idaman nak jatuh dari langit. Kahh !! (Cakap orang, diri sendiri yang menaip ni sentap jua) Hahaa~

 

Tapi betullah kan.. Ada di antara kita yang dah lama sangat single. Orang yang single lama-lama ni cenderung untuk menjadi sangat independent, kurang bergantung harap dan menggantung perasaan terhadap lelaki, dan juga dia boleh dapat atau capai apa yang dia nak sendiri. Tak payah nak harap orang lain. Gituu.. Hah ! Kalau dah selesa hidup sendiri, mungkin kita tak rasa rushing nak kahwin ke apa kan. Atauuuu punnn, ada jugak yang masih TAK PERASAN bahawa dirinya dah terlalu selesa jadi single ! Serious bacalah entry ini sampai habis  okayy !

 

DSC_0066Gambar hiasan haha. Baju dari Silvercloud & Co

 

#1 Korang tak kisah melepak je kat rumah atau tak ke mana-mana bila tibanya hari minggu. Korang lagi rela duk rumah habiskan baca novel atau tengok movie kat TV daripada make calls randomly and ajak kawan keluar tengahari buta,
Kalau orang yang ada pasangan ni, dorang dah menggeletis nak plan dating kat mana kan.. Yelah, Isnin sampai Jumaat duk kerja, maka hari minggu lah nak bermanja dan melempias rindu. #Ehhh

 

#2 Korang sejujur-jujurnya gembira di atas hari-hari bahagia kawan-kawan korang atau orang sekeliling korang. Contohnya pertunangan, perkahwinan atau melahirkan anak.
Ehhh macam aku je. Aku suka sangat sangat baby kot ! So aku yang excited lebih kalau jumpa anak orang ahahaa !

 

#3 Korang tak pulak rasa tak selesa bila korang keluar hang out dengan kawan-kawan yang berpasangan. Tak rasa awkward, tak rasa jelesnya tengok orang memanja, makan pun nak suap pakai kaki. HAHA kidding !

 

#4 Bila kena tanya mengenai status hubungan, korang boleh jawab dengan jujur, takde dolak-dalih, takde kisah drama samarinda ke apa. Sebab korang tak rasa dengan menjadi “single” tu memalukan atau salah.

 

#5 Korang boleh makan kat luar, tengok movie dan… travel sorang-sorang. Hahaha.. Korang tak rasa pun korang kena cari someone nak teman ke apa.
Haa kalau petanda nombor 5 ni aku fail sikit. Kalau makan sorang tu, aku selalu bungkus atau masak kat rumah (walau masak megi sekalipun)

 

#6 Bila ada orang merasakan “Eh something wrong la kan si polan tu, duk single je dah berapa lama dah tu..” Maka, korang pulak akan membuat kesimpulan bahawa orang yang berprasangka itulah yang something wrong nya ! Kann ???

 

G0073080_1420782647132_highGambar Hiasan. Kekeke..

 

#7 Walaupun single.. jadual korang padat ! Padat dengan aktiviti yang melibatkan percutian, sarapan / makan tengahari / dinner dengan kawan-kawan lama atau kawan sekerja, keluar tengok wayang dengan ahli keluarga atau kawan, seminar, kursus dan memacam lagi lah.
Kejap nak pergi yoga lah, kejap nak try taichi tepi tasik dengan aunty and uncle lah.. Kejap nak masuk gim nak sadorkan diri lah. Ambui !

 

#8 Korang seakan lupa bagaimana keadaannya di dalam sesuatu perhubungan tu. Korang dah tak ingat atauuu tak ambil tahu mengenai isu seperti – Berapa banyak kali nak berbalas mesej ? Bila nak buat apa-apa atau pergi mana-mana kena tanya pasangan tak ?

 

#9 Korang abaikan saja mesej-mesej manis yang datang dari entah siapa-siapa sebab korang tahu yang korang takde masa nak layan benda-benda yang kelihatannya bukan untuk jangka masa panjang. Korang boleh dapat agak kalau seseorang tu tak serius dengan korang atau pun orang tu tidak muncul sebagai “pasangan berpotensi” HAHA !

 

#10 Jauh di dasar hati korang tu, korang sehabis jujur bahawasanya korang berasa gembira dan selesa di mana korang berada sekarang. Korang tak susah hati tengok kapel budak-budak sekolah duk lepak kat taman permainan depan rumah orang.

 

#11 Korang mungkin ada keinginan serta perancangan awal untuk berkahwin, settling down.. tapi korang tak pernah rasa tertekan mengenainya, jauh sekali nak rushing cari calon ke apa. Korang takde lah rasa tertekan nak melancarkan kempen “30 hari mencari cinta” ke apa.

 

#12 Korang tak suka atau RIMAS dengan ideologi (perghh) bahawasanya kalau korang ada kapel dengan someone, korang kena mintak izin atau repot kat pasangan korang mengenai setiap benda yang korang buat. Nak keluar kedai beli Kotex pon nak repot ke ? Hahaa. Sudahnya, korang lagi selesa single. Pergi mana-mana pun sukahatilahh.

 

GOPR3334_1422696862306_highGambar Hiasan. Kekeke..

 

#13 Korang takde masalah bila bersendirian. Korang tak rasa serba kekurangan tulang rusuk ke, tulang kaki ke, sup tulang ke. Hahaha.. Korang just.. nikmati masa yang ada dan lakukan apa yang korang nak.

 

#14 Korang memberi sokongan moral kepada mereka yang takut untuk bersendirian, malah korang mendoakan mereka supaya menemui cahaya di jalan nan gelap dan menghargai setiap detik bergelar single. Wakakaa…

 

#15 Korang tak rasa terkilan di atas kegagalan hubungan lalu. Haa malah, bersyukur pulak yang hubungan tu berakhir ! Takde sakit hati, takde makan hati ke.. limpa ke.. Kalau hubungan tu tak berakhir, korang tak sebahagia sebagaimana korang sekarang. Haaa gituu !

 

 

 

Jadi, sejauh mana korang selesa bergelar single ?
Sejujurnya, bagi aku.. tidak salah pun single lama-lama… Kalau jodoh belum tiba, takkan nak dipaksa-paksa ye dak ? Karang kena cop desperado pulok… ! Berkawan biar beribu.. berkasih tetap satu itu, inshaAllah.. Tiba masa nanti mesti settle down jugak, sebab jodoh tu dah pun Allah tentukan untuk setiap hambaNYA. As for me, kedudukan aku yang paling tepat berada di nombor 7 dan nombor  11 ! Itu kedudukan terkini lah.. Hehehe.. Masa depan belum tahu ye dak ? Alhamdulillah.. Aku selesa dengan kehidupan dan pekerjaan aku sekarang walaupun sangat mencabar.


Tapi takpe.. I’ll go with the flow and just patiently wait for the time for Allah to send me my imam okay ? Pergghh ayat !

 

 

__________________________________________________________

*UPDATE*

First of all I NEVER CLAIMED that entry ni originalnya daripada saya. Saya cuma berkongsi apa yang saya pernah baca dan saya sangat sangat berterima kasih kepada semua yang sudi baca dan share okay.
And you guys can read the original entry HERE.

 

  *************

 

Maaf kalau ada sesiapa di luar sana terasa “I’m being sarcastic”. Saya tidak bermaksud nak mengejek atau kecikkan hati sesiapa. Sesungguhnya apa yang diterjemah dan dikongsi di atas cumalah bahan bacaan ringan-ringan, suka-suka semata-mata.. Nothing serious, just CHILL lah ya.

 

__________________________________________________________

*UPDATE*

Hai semua.. jemput baca sedikit penjelasan dan perkongsian pengalaman oleh seorang rakan blogger aku berkaitan entry ini. I totally agree with him ! Kalau jodoh tak ke mana, berpisah bertahun-tahun pun akan bertaut kembali gituuu ! Dan tahniah Fad sebab tak lama lagi akan mengakhiri zaman bujang beliau ! BACA KAT SINI

 

Another perkongsian dan penjelasan dari kaca mata seorang blogger : Thank you PURPLEPONG ! BACA ENTRY BELIAU DI SINI YA !

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem,

128 comments :

sueaiilee said...

setuju dengan kamu...:)))
Jodoh itu dari Allah...Insyaallah bila tiba masanya dia akan dtg...sementara ni manafaatkan masa single sehabis baik..:))

eima said...

hmmm dah lupa peraasan single tu cam ne ... pheeeewwww

Yot said...

Semua yang diatas

Yot said...

Semua yang diatas

AyuArjuna BiGoshh said...

i like all the reasons :)

janji hepi dik non...

single mingle...klu rs peace..no hal :)

Hafiz Hafizol said...

dah macam dokter cinta lah sis. haha

POJIEGRAPHY BLOG said...

Hampir semua points dekat atas tu memang ada betulnya. Hahahaha! Tapi, kalau yang dah berpunya pun tetap rasa sama seperti apa yang dikatakan dekat atas tu macam mana pula? haha

Aty_Fared said...

insyaa Allah sampai masa nanti.. DIA akan beri yang paling baik tuk kite... sebelum masa nya.. just nikmati kehidupan sekarang yer yunk... :)

ira basirah said...

eh..terkena sebijik kt dahi..yes single sgt best..

cik karmila said...

betul betul..setuju sangat..tak semestinya single tak bahagia...banyak lagi benda yang nak explore...keep smiling..

Anonymous said...

Haha prefer single lagi best, boleh buat duit and enjoy dengan diri sendiri je, or kalau rasa cm sunyi jek ajak lah memana member pompuan ke laki ke nak kasi havooc sikit.

Salhah Suhot said...

#15. Describe me perfectly.

I miss my single life badly.

MasReena said...

Love this entry!!!

Anonymous said...

i've been in this situation for soooo long. But when u find someone, u will feel regret to write this.

Yana Nana said...

thats me akak..

Maria Hasun said...

SOKONG!! TEAM SINGLE

YASMIN YUSUF said...

rasanya semua point yang kak nisa tulis kena dengan diri.ya,kadang2 kita lupa bahawa kita dah terlalu lama selesa menjadi single yang penting tak rasa pun jadi single tu sesuatu yg memalukan sebab diri sendiri memilih untuk single lagipun allah dah aturkan yang terbaik untuk kita so tak yah risau dng status single tuu.hehe

Dun said...

ni boleh aplly pada lelaki tak?hehe

Nisa Kay said...

@Anonymous
REGRET ???
Hahaha I dont think so. Entry ni tak bermakna aku suka single. and aku tak maksudkan pun yang aku nak single sampai mati. kalau baca ayat last sekali, aku ade mention, kalau dah jodoh tak ke mana. chill lah ini bacaan suka suka aje lah.

Nisa Kay said...

@MasReena

thank youuuuuuuuu :D

Nisa Kay said...

@Salhah Suhot

haippp mana boleh ckp gituu.. akak dah jumpe jodohh, hehehe nisa tunggu jodoh nisa je ni :P

Nisa Kay said...

@cik karmila

yezzaaa....
jodoh xleh nak paksa2 dtg cepat kan

Nisa Kay said...

@Aty_Fared

BETUL SANGAT TU :)

Anonymous said...

Being single adalah something yg menarik... i like it... ^_^

eXplorasa said...

Fuuuh penat baca. Dah X der idea dah nak komen

thinkosphere said...

Tengok wayang sorang tu rare. Time nak beli tiket 1 jeeee ha ha ha

Katak Comel said...

setuju sangat..terngat zaman jadi bujang dulu2..ehehe

Julia Inne said...

Oh terlalu setuju dengan semua fakta ini. Semuanya saya dah/sedang alami and I AM HAPPY! ^^

Anonymous said...

Best jadi single sbb buat kita jadi independent. Yeay!! Lepas tu mengajar kita supaya jangan terlalu berharap dengan orang. "Dont expect to much from someone because expectation always hurts".

Anonymous said...

event tak single pun ada je rasa mcm list kat tu :D just now anggap kalau ada jodoh tak kemana :) thank you for sharing nisa!

Anonymous said...

mcm alih bahasa dari english article jeeeeeee.. wiwiwiwiiii

Sean WPWhat said...

Being single always rocks

ct khairunisa said...

Sis.. sume ciri kat atas .. sume ade kat diri sya.. nk buat cane kalo x smpi jodoh.. serah jela kat DIA.. biar DIA yg atur sglanya.. gud job sis

adelia said...

Best jd single ~

Siti Zalipah said...

Yes.... Single was so amazing!!
Saya suka menyinggalkan diri.

Entri terbaru: Cara Menjana Pendapatan Pasif Malalui Handphone Anda

Anonymous said...

Aku setuju sesangat dgn ko...n point yg paling kena dgn aku point no 1..hahaha

Anonymous said...

Lg 1 xdak org nk masuk minang hahah

Mohamad Asyraff Abd Latiff said...

Forever Alone detected 🙇👽💩 hahha

MintPeppermint said...

i loikkee them all..pling suka yg #12 ;)

darimatahati said...

Hihi.. sy dlu time single mcm tu laaa.. terutama bab jeles tgk org kapel ke, mkn sorg ke, aktiviti yg pelbagai tu ke.. well, its nothing to worry about pun.. but then, bila si dia masuk merisik, mula kena alih tumpuan dah. Tp still, bab report mereport tu xdek la dlm kamus.. hihi.. bukan suami pun. InsyaAllah nisa, just prepare and jaga diri. Smpai ms yg sesuai, ting!! Loceng pintu hati akan ada yg goncang. Gituuu...

Anonymous said...

kena pada diri saya almost all point.. rase hepi kalo weekend, duk lepak dlm bilik, rase heaven giler.. kalo ade kenduri kawen kwn, pegi je, tapi rase awkward jumpe kwn2 lame.. plg bestm nk pegi mane2, tak perlu kasi taw sape.. anytime nk pi, anywhere, ikut kaki jer.. :D

Anonymous said...

Kalau perempuan...jadi la anak dara tua...

Cik ReeN said...

Haha penah rasa bebende ni.
Tetibe falling. Semua bende terabor.
So skang cuba back to normal memandangkan percubaan falling tu menyakitkan.

Xoxo

Gracie A. Usun said...

Hello. Memang betul pun. Mostly all the points. Hahaha...

syira yaya said...

Betul tu..single itu lebih baik :)

zati said...

hahaha suka baca suka.. and most of the thing kat atas tu ada pada diri and its really betul :).. single tu seronok :D

Anonymous said...

Heh. Time single ke tak single ke aku rasa sama je. Kau kot time tak single terlalu control dlm relationship.

Anonymous said...

Couple tu haram dohhh

aDdiE said...

Nice entry, sgt kena dgn diri sendiri 😀👍

Eyka-Zulaikha said...

indeed and truly me, sudah 5 tahun kot single ;)

nak cakap nya #1 - #15 adalah sohih menurut saya. haha!

felton said...

Terasa terkena diri sendiri yeay \^^/ betulla la tu haha

aisy haiqal said...

yup...
kebanyakan setuju...
lagi2 part rilex lepak kat umah hujung minggu mmg best...
layan semua citer korean siries, japan siries...
pastu pasal makan sorang2 tu mmg lame...kene tapau bawak balik umah...
ye la kan..
semua menda boleh buat...tak yah nak mintak izin sesapa...
tak ke best gitu...

ct siti said...

sy no 9,12 dan 15,, sebijik sama haha

lEeNDa vElVeT said...

Yup..agreed.

WeIRd said...

aku suke!!!!

thanks pd yg menulis ... tak sia2 baca berkali-kali ..hehehe

seraa rose said...

100x like.. one is better than two. lagi2 impian ada yg xtrcapai lg. xprnh rasa trdesak nk khwin even kwn2 ramai dh khwin

Irdahayu Yusof said...

semua tu betol.. sememangnya bahagia sgt2 masa dok single dlu..hati tak sakit n bebas buat apa sahaja yg kita suka..
rindu sangat zaman single.. :(

d@r1 ed@!! utk k@m00 said...

being single ni xde la loser mana... aq enjoy every single of my life... sometimes sunyi 2 confirm la ada... tp wat lek wat peace... kalau ada jodog xkemana kan...

Anonymous said...

hampir kesemuanya.. wakakakakh.

Anonymous said...

Kawan2 tanya tak bosan ke jadi single ni? Jawqpannya tak. Sibuk macam biasa. Kerja hari cuti buat aktiviti bila cuti panjang travel sorg2. Ok je tengok kawan kawin ke dpt baby x rasa down pon. Org sekeliling plak yg risau. Memang betullah kesemua diatas.

Iezzo said...

Banyak gila point kena setepek kat muka ni. hahaha..power la entry ni ;D

Ku Nor Azreena said...

I pun setuju sbb no 7 and no 11 is me!!!

Anonymous said...

I love single...yuhuu!

Van Bombay said...

Im too agreed with your sharing's views. But believe God will send a best person into your life later. No need rushing and keep smiles also stay calm.

Titiwangsa Clanz said...

sangat2 setuju..sy pun no 7 dan no 11...malahan pernah buat no 11 dgn sahabat2..ttp hakikatnya masih juga fail...menjadi disbbkan balik keja pergi keja.hari cuti bt aktivti..xde masa nk cari kekasih..

Nonie Honey said...

Sometimes ada juak rasa sedih kan 1/10 camtu..tetiba emo pastu lupa haha..yg #8 tu yg slalu jadi topic dengan bestfriend mcm mana perasaan becinta lepas putus betahun tahun lamanya

Miss Nazla said...

Allah takdirkan saya masih single agar sy lebih byk buat bakti kat ibu kot. Lepas arwah abah meninggal tahun lpas, kehidupan harian memang dgn ibu je. Manala tahu kalau dah ada pasangan nanti ibu sy letak no 2. Harap2 takkan lah

Anonymous said...

and as for me, you are being sarcastic to those yg dah ade pasangan.
haha tak baik tau buat macam tu .nant u jgn tekejut if let say one fine day, u keluar beli kotex..then u need to report it to ur bf or ur tunang etc. haha

sorry, but thats my opinion.

Anonymous said...

usia sy nak masuk jubli emas, tp masih single. rase sedih n terasing sesekali dtg juga. tp bila difikirkan balik x guna bersedih. belum tentu bile dah kawin 'imam sy' sudi menjaga kedua ibubapa sy yg dah uzur ni.

Ayam said...

Cantiknya bilik you!

wani ezryl * said...

betul. zaman single dlu punyalah sibuk segala jenis aktiviti join. zmn xsingle ni xsmpt nk buat aktiviti mcm dlu, tp ada aktiviti2 lain jgk yg sm fun and sibuk. haha. both ways ada tahap best masing2.

Anonymous said...

apa pula kategori saya ye ? bercouple tapi semua tanda² kat atas saya buat. sampai tahap bf tanya sebenarnya saya anggap dia boyfriend or bestfriend 👉👈

Anonymous said...

just enjoy je our life. mesti tak mnyesal. terasa kat #5. skang da pandai mkn luar sorang2. petanda ni...da selesa sgt kah?

Anonymous said...

Hahahaha entry sedap hatini. Nisa jeles ke orang couple menggeletis nak dating hujung minggu?

JuzPink Nurul said...

me 1,2,6,8,14. act, i need a mahram to company me wherever esp to Makkah, but if Allah belum izinkan masa yg ssuai, juz wait for it. and have fun with our parent...

Sekolah Azlan said...

saya setuju semua diatas... tp hmmm hmmm happy

Anonymous said...

Aah..btol la.xperasan plk smpai tahap selesa dh.kikiki. Alhamdulillah.. Xde rasa jelez ngn org berkapel. I luv being single!

Anonymous said...

Single ok what. X pening. Tp jgn lama2. Nti anak kecil lg tapi parents dh tua.

+plain-jane said...

you're 23 & writing this post. super like. THANK YOU!

because i'm in my double-tree phase & i'm ALL all of the above plus i'm not awkward pegi kenduri kawen sorang-sorang~ makan kenduri sorang~ then bila orang tanya "sorang" i angguk je!

zulhilmitempoyak said...

Tak pasti status skrg. Huhu

Anonymous said...

Buat la entry untuk lelaki yg single..nk cp gak..haha

Anonymous said...

wow! and wow! ahli nujum ke? 101% tentang diri ini. Baru paham diri sindiri dengan membaca artikel ni. clap clap. good one.

Miss Za said...

I not single but suka jalani kehidupan x terikat and alone mcm org single.. Err..cmne klau camtuh?

AzrinaAhmad said...

Salam.

On a twist, these are actually signs that you (not referring to you la Nisa haha) are all ready to jump into partnership bandwagon share your love because you have bounty and not because you need someone to feel the emptiness in your soul.
Falling in love after you're living these signs would actually brings maturity in the relationships.
For example: When you know yourself better than anyone else, than your partner will eventually feel convinced that you're able to take good care of yourself thus minus all reports you need to frequently send or the love drama that affected your emotion for the day (experienced from immature love - cinta monyet haha).

But again,
just a twist. hehe

p/s: Sorry I should've created a new entry on my own blog looking at my long comment =P

fuzy said...

Belum tiba masanya...bila sampai waktu Allah tetapkan jumpa jodoh inshaAllah

J said...

For u, as a lady might be easy to adapt to this. As for us male, x plan ahead masa muda ure gonna have a bad time. Naturally a guy like me lebih prefer doing activities dgn friends or someone, would be a bonus kalau ada yg special to share with. Tapi yelah kan, ikut ratio nya lelaki kepupusan bilangannya dari perempuan, and girls these days (certain) jual mahal to those yg dah serious tahap gaban nak mendirikan rumah tangga but gave in to those looking for just for the sake of being entitled as gf/bf. Ntah lah nak

Anonymous said...

Tu namanya si pasangan sempoiiii.

Anonymous said...

KADANG2 LIFE BEGINI YANG PERLU DIAMALKAN OLEH MEREKA2 YANG BERCINTA SEBELUM KAHWIN. BAGUS LA BLOGGER BUAT CONCLUSION MCM NI. IN MY OPINION, KALAU BERCINTA SEBELUM KAHWIN NI TAK SEMESTINYA TAK BOLEH SELESA HIDUP SEPERTI ORANG SINGLE. BUKAN SAHAJA SELESA, MALAH ANDA KURANG MELAKUKAN MAKSIAT. MAKA, HIDUPLAH KAMU SEPERTI ORANG SINGLE WALAUPUN ADA PACARAN.

-HAMBA ALLAH YANG HINA, 13 FEB 2015.

Anonymous said...

Hi dear. When i first read it, i didnt think u were being sarcastic, but more like comforting the unmarried (yet) people. And probably to those who ask "bila nak kahwin?" Thank you dear

diana yazid said...

single is better. thats for sure.
mcm sye, sya ad bff pompuan yg sangt rapat so dy da mcm couple sy. nangis gelak sume share ngan dy. so no couple2 to ajnabi ^_^

hamzah lyna said...

13 years being single again n my focus is raising my 4 dotters and at d end of this road i think d sweetness is by accepting faith n fate n welcome new people new love n new journey. Allah Hafidz, i welcome new partner as long as they can accept US!

Anonymous said...

Hanya kita yg melaluinya faham perasaan itu

Iedya Abdullah said...

Perghhh.. memang kena. hahahaha

Anonymous said...

Yes, indeed true! Cool being single ��
And well..jodoh tak ke mana sebab Tuhan dah rancang segala..kan?

Qaseh Abadi said...

i'm one of that and i'm happy with that..ha.ha.ha.. being single is ok apa.. kan2..

*NuR* said...

Ceh! Gedebushhh!! Semua yg di atas kene setempek kat muka sendiri. LOL . But it's the best moment kut lebih-lebih lagi boleh spend time dengan member-member tanpa halangan. Of coz bile dh jumpe someone or dh bertukar status nt kite akan rindu semua moment tu. Anyway nice writing. Dah lame tak brainwash diri sendiri. All the best nisa kay :)

Anonymous said...

@Nisa Kay ini artikel dari bahasa inggerish ni. u should give the credit to the original writer.

Ayu Razieha said...

saya tak rase langsung yg putewi ensem punya entri ni sarcastic.. it's actually true ;)

misz fathyn said...

hahahaha. baru baca. tersentap jap. mmg betul sgt 😄👍

sianida said...

Kite kena betul2 'single' dulu sblm berdua.. ni dinamakn kematangan emosi.

reenapple said...

I absolutely agree with you. :)

Fad Ali said...

depends on how korang hidup dengan cara single dan cinta korang..both style have positif and negatif side..thanks nisa let me share my opinion! hahaha..

http://fadahmadali.blogspot.com/

tq!

Nurul Afiff said...

Kalau aku kata aku x setuju aku tipu lah.
Semuanya amat tepat sekali.
Sbb aku asa dia pon x kisah kalau aku ade ke xd. Xkan aku nak tehegeh kt dia kan.
Smua bende nak di blok nye.
Blok lah. Xp. X kisah
Aku pon selesa cmni.
Choiii

Mohamad Haafiz said...

Ehemm...
Sebenarnya first time baca blog Nisa nih. Itu pun sebab ternampak perkataan single. Iyelahh sensitive sikit word nih. Apa-apa pun awak punya entry eventhough saya firstime baca memang menarik and memang betul pun semua tu.

Lagi satu, jodoh nih memang dah ada, kalau dah jodoh, kenal satu hari pun, esokknya kahwin, ye dokk? ��

Ikhlas, @_secism ✌️✌️

Eyie Yusoff said...

Betoi betoi betoi.

Kenai Fox said...

aku suka bersorangan
aku suka diam
aku suka suana hutan
aku suka bercuti
aku suka berkawan

Tetapi bila aku ingin bercinta selalu wujudnya orang ketiga, pegalaman telah mendewasakan aku untuk berlajar kesilapan yang telah aku buat, Bahagiakan orang dari diri aku sendiri, aku lebih suka menonton anime untuk hilangkan boring masa lapang aku, bila aku terlihat pasangan kekasih dada kiriku terasa begitu sakit tetapi aku hanya tahan , munkin satu hari nanti Allah Petermukan jodohku Amin....

Nurul Baidurah said...

Kalau part saya lah Nisa,saya rasa saya ada di no 4,6,8,9,10,11,12,13 & 15...Duuiiihhhh...begitu jauh sekali ya aku berasa selesa time single..hihi..Single itu is the best..hihi...

Ahamad Syazwan Tamizi said...

wau..article yang sempoi dan tepat...

razif sadi said...

Betul semua tu.. #semua di atas haha

razif sadi said...

Betul semua tu.. #semua di atas haha

haniekunie said...

Xde la selesa sangat. Tapi enjoy dan redho dan bersyukur dgn apa yg ada.. nisa jaga diri.. :)

Lianamunyati Rusli said...

salam.
sangat setuju kotttt!!! haha
semua tu saya buat kecuali nak bercuti sorg2 tu belum pernah lagi sebab bercuti tu kalau boleh nak spend time dgn member!
bila single ni, bnyk benda boleh perhati. bila sy pk kan balik, banyak hikmahnya. bukan nak puji diri sendiri tp kalu ada sesiapa yg perlukan pertolongan, sy senang nak hulurkan tangan. kalu sy x single lagi, mayb susah nak bantu kawan2, keluarga..hmmm
dan sy yakin, Allah akan balas kesabaran kita ni dengan sesuatu yg sgt manis!!
salam perkenalan!!

tyruzia_3186 said...

Sangat setuju! Haha!
Being single is not a crime kan?
Jodoh cepat atau lambat, semua kuasa Tuhan.
Berdoalah yang terbaik untuk diri.

Kim Im said...

Single = Freedom
Bercinta lepas kawin bukan ke lebih indah :D

tulip tumbuh melata said...

betul.. jodoh dah ditetapkan, cepat atau lambat, akan smpai juak masenye nnt.. so, enjoy je our single life..

Isabella Sophia said...

ha! mmg teman lame dah single nie. umur dah 24. last couple time skolah menengah tingktan 5. Entah, jauh dlm lubuk hati ni mmg tringin nak kawin, tapi.... bile tringat msalah2 relationship yang bduyun2 akan menimpa kurang pulak kterujaan nak kawin. hanya berserah pd ktentuan illahi, qada' & qadar jk sampi jodohnya, teman redha je lah... peace yo! =)

Ernnie Omar said...

Thanks Nisa! Sangat boleh related okay. :)

Siap buat entry terima kasih untuk Nisa Kay. Teehee.

http://purplepong.blogspot.com/2015/02/terima-kasih-nisa-kay-single-yang.html?m=1

Ida Adi said...

Agree!! Hehe

Siti Zalipah said...

Yess..its true..Being single is so amazing..

Entri Terbaru: Free Tiket Air-Asia dengan Big Points

Faizal Hazmi said...

sheet...aku xsetuju!!! tp mcm betol.. ehmmm...ptot r aku..

Ninie said...

Alamak! terkena...huhu

'Ilah Mamimamamia said...

Kena setepek..smua fakta kat atas bukan auta..hahaha sebjik2 kena diri sndri

Aq Iazany said...

Bila baca entry nie tetibe je teringat lagu band X Ambassadors berjudul Free & Lonely. Sentap woo. thehehe

norsalihah shaleh said...

totally agree... bila single suka hati nak buat apa pun. tak payah nak mengada repot sana sini.. sangat merimaskan.. haha. tapi kesian kat orang yg stress tengok kita stay single lama2. hehe... well, bila sampai jodoh pasti kawen in sya allah :-)

Julia Inne said...

SEBAB-SEBAB KENAPA AKU SELESA HIDUP SINGLE:

1-aku malas nak berkejar2 balik keje kene masak, kene jaga anak, kemas rumah, basuh baju, dan segala macam keje rumah. kalo duduk sorang2, malas mcm mana pun tak apa…kita tahu bila kita nak mengemas.

2-aku malas nak jaga mak bapak dan adik beradik serta sedara mara orang lain. Family sendiri pun bnyk lagi yg aku tak dapat nak bagi, kang kena pulak hulur duit kat family orang lain. belum tentu org suka pun.

3-aku malas nak balik kampung org lain masa raya. belum tentu best macam kampung sendiri.

4-aku malas nak kena report2 itu ini. jgnkan kawin, bercinta pun dah penat sbb kene wassap sepanjang hari. blue tick boleh buat gaduh. habis bila kerja nak siap??

5-hari cuti tak leh bangun lambat. lagi2 kalo kat rumah mentua. ah, weekdays dah penat keje bangun awal bagai, hari cuti pun nak kene bangun awal jugak? pastu malam, kita la yg paling lambat masuk tido. haih.

siti zulaikha said...

you're right. rasanya single lagi best. takde masalah2 yang tak masuk akal dgn pasangan. tapi permulaan nak move on alahaii ..

syuha zulkifli said...

Number 9, betuk sangat

Sitii Zaleha said...

Single here!nice Blog kak Nisa ! <3