Thursday, February 12, 2015

My Cats – Si Chiky beranakkk ! (Part 4)

 

Assalamualaikum..

 

Heee tahukah anda bahawasanya membela kucing ni, boleh jadi satu sumber kegembiraan di kala sunyi ? Tidak kiralah anda single atau tidak, anda forever alone atau tidak… Hahaha kucing memang penghibur di kala suka dan duka. Ambuiii. Sebenarnya dah lama nak update pasal kucing aku ni.. Tapi asyik bertangguh je.. Ada masa tak boleh tidur malam, update pasal benda lain pulok. HAHA..

 

loki-chiky-kucing-comel-cat

 

Rakan blogger Budak Lelaki Sebelah Pintu dah pun update pasal Chiky beranak ni.. Gambar di atas di ambil dari blog budak lelaki tadi ler. Yang putih atas kerusi tu, kucing jantan beliau yang gagah perkasa iaitu si Loki.. Kucing aku Chiky ada kat bawah tu ha…

 

 

DSC09127

Nak dijadikan cerita, masa aku melawat anak-anak kucing kat Melaka, aku mendapati bahawa Chiky sedang bunting amboi perut kemain nak sorok di sebalik bulu bulu yang lebat merimbun okay…  Lepas aku amat-amati, aku pegang-pegang perut dia, maka kompem lah pada firasat aku bahawa Chiky sedang sarat membawak anak-anak si Loki…

 

 

kucing-beranak-melahirkan-cat-born-birth (3)

Ini gambar yang aku kirim kepada Budak Lelaki Sebelah Pintu sebaik sahaja Chiky beranakkan anak-anak kepada kucing jantan beliau. Mula macam geli jugak nak tolong kucing beranak, tapi aku telah pun melantik diri ini menjadi bidan kucing secara sendirian berhadnya, maka aku lah yang tolong buang selaput, lap muka anak kucing, potong uri.. Tapi masa aku balik tu dah ada sekor yang dah mati pun. Sobbss !!

 

 

DSC09569

Ini pulak gambar anak-anak kucing selepas beberapa hari.. Dah nampak warna bulu anak kucing nye… Semuanya putih putih barulah puteehhhh (ehh!!) ni mesti mengikut bapaknya haaa.. Takde satu pun yang coklat atau grey macam ibunya ni.. kalau ada pun, yang mati tu lah. Sobss ! Yang satu-satunya warna grey tu lah tak dapat diselamatkan !

 

 

DSC09563

Hiksss.. Semangatnyaa masing-masing minum susu ya ! Bagus-bagus…. silalah membesar dengan sihat dan kuat ye anak-anak putih sekalian !!

 

 

DSC09535

Tapi kan… Chiky ni seekor ibu kucing yang teramat lah protective dan garang ! Kemain haa jeling-jeling kita bila kita nak datang dekat tengok dia dan anak-anak ! Hahaa… Ambuo bukannya orang lain ! Tuan kau sendiri tau Chiky !

 

Ye lah.. takut jugak Chiky dah tak ingat iolss.. memandangkan agak lama jugak Chiky dihantar ke rumah mentuanya… Asyik jual mahal je Chiky… mama dengan besan mama penat tau tunggu Chiky dengan Loki menjadi. Haha…

 

 

DSC09166

Pesen si Chiky ni.. Bila aku datang dekat je.. dia duk gulung badan dia, macam nak gulung anak dia sekali. Hahahaa.. punyalah tak bagi aku tengok anak dia tu. Haiiii kedekut nauuu ! Apa ni Chikyyyy ! Apa niiii… Hahahaha…

 

 

DSC09554

Haaa ada something nak share bagi mereka yang pertama kali handle kucing beranak (macam aku ni…) Aku pergi klinik veterinar hari tu, so aku mintak lah nasihat kat doktor haiwan tu macam mana nak jaga ibu kucing yang baru beranak.. And ada satu ubat supplement yang doktor tu rekemen kan.. Ni supplement dalam bentuk cecair untuk ibu kucing. Supplement ni fungsi dia untuk tambah susu ibu kucing. Haa so that semua anak-anak dapat minum secukupnya haha.

 

Oh yaa.. kalau ada yang nak kongsi tips jaga kucing.. atau apa-apa tips berkaitan dengan makanan kucing ke apa.. just drop a comment ya.. Info kita sama-sama share ya.. Thank you in advance !

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem.

4 comments :

Hizami Li said...

bila la dapat pegang anak2 kucing ku itu haha

Maria Hasun said...

Suka Kucing tapi tak boleh bela kucing. mak marah. hehehe tahniah ciky ;)

eima said...

laaa ko tolong ke... ibu kuceng mmg akan makan uri dan tali pusat anak die sendiri dan jilat anak die sampai bersih ....

gunting yg ko guna potong tali pusat tu sterile dulu tak ....
takut jangkitan kuman je ... tapi tak pe lah dah sihat mehat dah budak2 tu kan ...

kehidupan sihat said...

comel ye :)

salam perkenalan dear & jemput ke blog nana