Tuesday, February 3, 2015

Aku, Pengemis dan wang RM1

Assalamualaikum…

 

Kisah yang aku nak kongsikan di sini, merupakah KISAH BENAR. Tidak ada satu pun perkara dalam kisah yang bakal aku coretkan ni rekaan atau penipuan. Kejadian ini berlaku pada Khamis, 29 Januari 2015, waktu tu sekitar 4 lebih ke 5 petang macam tu kot…

Aku ada urusan di Berjaya Times Square dan aku memang dah niat nak ke Plaza Low Yat untuk beli barang sikit. Jadi aku jalan kaki aje pergi ke Low Yat guna jejantas yang berhubung terus dari dalam Berjaya Times Square, then jalan kaki sikit ke Low Yat.

 

 

low-yat-plazaGambar hiasan. Credit here.

 

Kalau korang biasa ikut laluan lorong yang boleh pintas ke Low Yat dan jugak Sg Wang Plaza  tu mesti tahu kan, korang turun je dari jejantas Berjaya Times Square (BTS) tu, banyak je orang berjual kat tepi jalan tu.. keropok lekor lah, minuman lah… ramai jugak penjaja barangan kat tepi jalan tu, macam stokin, monopod dan macam-macam lagi lah..

 

Semasa aku lalu kat jalan tu, menuju ke Low Yat, sempat mata aku menangkap kelibat beberapa pengemis yang duduk berteduh bawah jejantas tu sambil menadah bekas meminta sedekah orang yang lalu-lalang. Aku raba poket, takde pulak duit kecil nak dihulurkan. Nak bukak handbag rasa macam tak selamat pulak sebab kat tepi jalan kan. So aku pun fikir aku nak pergi beli barang dulu lah.

 

Settle beli barang, aku lalu semula kat jalan tu nak balik BTS sebab parking kat situ. Ternampak seorang pengemis yang duduk bersandar di kaki lima. Dia nampak keletihan. Menadah cawan plastik yang berisi beberapa keping duit syiling (I actually stopped at this part for a moment sebab mata dah mula berair imbas balik keadaan daif uncle pengemis tu).

 

Aku seluk dalam handbag, capai wang kertas RM1 yang terselit tepi purse, kemudian aku masukkan dalam cawan plastik dia. Then, it happened. Uncle tu tetiba memberikan reaksi yang tak pernah aku terima atau lihat sebelum ini. Muka dia berubah. Berubah sangat sangat. Seakan melonjak kegembiraan. “THANK YOU !!!” Dia jerit pada aku. Intonasi suara dia jelas menunjukkan yang dia teramat gembira menerima RM1 tadi. “THANK YOU !” Uncle tu berkata lagi. Aku menoleh ke belakang sedikit, senyum padanya. “TERIMA KASIH AMOI !!” katanya dengan suara agak kuat dan dalam bahasa Melayu yang agak pelat.

 

I saw his face sebelum aku meneruskan langkah. Then it hit me. Aku hampir berhenti melangkah. Aku pandang adik aku, she seemed quite surprise with the reaction received too. Aku cakap kat adik aku, “Gembiranya dia. Dia nampak sangat sangat happy dapat RM1 tu.” Aku diam. Aku toleh lagi kat adik aku. Aku rasa mata aku masuk habuk sikit dah. “Reaction uncle tu, macam suka sangat. Suka sangat sangat.” Adik aku mengiyakan kata-kata aku. She was with me, and she saw what happened too.

 

06_RM1Gambar hiasan. Credit here.

 

 

Kemudian aku rasa MENYESAL. Kenapa aku menyesal ? Aku menyesal sebab aku tak hulur lebih kepada uncle tu. Macam-macam aku fikir. Dah berapa hari uncle tu tak makan ? Dah berapa hari dia tak minum ? Rasa bersalah pulak tiba-tiba. Rasa sedih. Rasa insaf. Semua bersatu dalam dada. Terdiam aku.

 

Bila aku susah sikit, aku mengeluh, mengadu. Kurang sikit, aku dah merengek.. Melihat reaksi uncle tadi, buat aku insaf. Hanya RM1 . RM1 je buat dia berubah terus jadi ceria sangat. Dan kelihatannya sangat berterima kasih. Berapa kali dia ucap terima kasih aku tak kira pulak. Aku sangat tersentuh.  Sangat sangat. Aku terdiam kejap. Macam-macam aku fikir.

 

And aku bersyukur sangat sangat pada Allah yang gerakkan hati aku untuk menghulur pada uncle tu. Aku yakin Allah nak sedarkan aku supaya mensyukuri setiap apa yang aku ada. Dan Allah ingin ingatkan aku, jika aku sedang menghadapi kesusahan, sesungguhnya ada manusia yang berganda-ganda lagi susah dari aku. Ya Allah betapa DIA sayang pada hamba-hambaNYA. Sesungguhnya hanya ALLAH sahaja yang benar-benar tahu apa dalam hati aku, dan apa yang sedang aku hadapi.

 

Hmmm I really think kita ni, at least sekali, try la join non-profit movement ke apa yang bagi makanan kat homeless people. Supaya bukak sikit mata kita, bersyukurlah dengan apa yang ada. Yang paling aku tersentuh dan sedih tu, pengemis yang kat situ rata-ratanya dah berusia. Kalau bab orang tua ni, aku sensitif sikit…

 

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem.

6 comments :

aswa leyla said...

ye lah kak, kita yang ada duit ni asyik nak bazir sane sini . org yg takde tu, makan pon entah mkn entah tidak . kesian kan .

Syira Lokman said...

one ringgit one hope :)

Miz Dayah said...

hmmm...touching ;-(

Sya Hassan said...

yes dear. kekadang kita tak jangka dgn nilai yg bagi kita sedikit tu dapat gembirakan hati org lain.. may ALLAH bless u dear.. :)

syira yaya said...

Betul tuu..kita kena selalu bersyukur dengan apa yg kita ada :)

namy said...

hidup tidak selalunya indah, tapi sedetik yang paling bermakna boleh menyebabkan seluruh hidup berubah.