Saturday, February 28, 2015

My Worktrip to Barcelona 2015 – Barceloneta Beach (Day 2)

 

 

Assalamualaikum…

 

DSC03676

Pagi Barcelona ! Hari pertama di sini kami dah melantak mi segera. Haha aku rasa for travellers, mi segera ni kira essential la kan. Makan panas-panas pulak.. Fuhhh… memang syok.

 

 

DSC03679

Haha ini sarapan cara jimat sangat. Sebab nya biskut di atas kami dapat free, cheese spread pon dapat free dalam flight ke Amsterdam kelmarin. Haha so jimat kuasa dua kat situ. Makanya, any flight food yang boleh korang tapaw simpan dalam beg, tapaw ajo lah. Aku je dah amik dua tiga paket biskut masa dalam flight. So boleh lah buat kudap-kudap masa tunggu di Airport Schiphol kelmarin.

 

 

DSC03681

Ini bukan iklan produk eh. Tapi saja lah nak share, kalau berjalan ke mana-mana yang tak duduk hotel, aku suka bawak cereal drinks macam ni, lagi-lagi brand Nestum ni haa.. Sebab bagi aku kalau minum satu paket ni, dah agak kenyang. Hahaa tu perut aku lah. Kalau perut orang lain aku tak tau. Kalau duk hotel, dapat la breakfast so boleh makan cereal dengan susu kan. Kalau tak duk hotel aku bawak benda ni sajor.

 

 

DSC03695(Masih tak faham, dalam banyak-banyak tempat.. sebelah tong sampah jugak aku nak bergambar eh??)

 

Fuhhh terasa mencucuk kedinginan cuaca di Barcelona ni. Aku tinggal di kawasan yang namanya Marina. Sangat dekat dengan pantai dan beberapa tempat tarikan pelancong seperti Sagrada Familia. Semuanya dalam walking distance je.. Memandangkan hari Jumaat ni kami takde buat apa sangat, kecuali nak shoot video Mingguan Amanz, so kami keluar tengok-tengok kawasan berhampiran, kot ada lokasi yang best nak shoot video.

 

 

DSC03697

Berpandukan peta yang dibekalkan oleh tuan rumah, kami cuba untuk pergi ke kawasan-kawasan yang beliau dah tanda untuk kami lawati. Ewahh macam pelancong sangat uolls ! Kami cuba nak pergi Parc de la Ciutadella TAPIIII… Mungkin kami ikut jalan lain, sudahnya kami tak jumpa pun pintu masuk taman ni.. Dalam taman n ada banyak tempat lawa-lawa.. Tapi takpelah.. takde rezeki. Hew hew…

 

 

DSC03701

Yang kami jumpa cuma Zoo De Barcelona, yang mana merupakan sebahagian dari Parc de la Ciutadella  tadi. Haaa kami usha balik peta, nak masuk taman ni kami kena pusing balik. Makanya kami pun rasa tak payahlah, teruskan je lah perjalanan ke pantai.

 

 

DSC03710

Haha terik punya pasal cahaya matahari tu, ambil gambar pun mesti mau tutup mata. Kekeke.. Sweatshirt dari instashop @echoskint thank you soo much !!!

 

 

DSC03717

Ni area Carrer de Moscou kot? Entah lahh.. susah aku nak tengok mana satu papan tanda depa. Bukan aku faham pun. Yang pasti laluan yang ala taman ni terletaknya di tengah jalan raya, berhadapan bangunan-bangunan hotel dan pejabat.

 

 

DSC03722

Yezzaa !! Sudah sampai di Barceloneta Beach ! Nampak je matahari memancar dengan sangat terik, tapi ! Angin sejuk dibawa oleh ombak dan pantai jangan dipandang rendah ! Hahaha sejuk sangat weyyy… Yeah bebeh kami kini mengadap Laut Mediterranean !

 

 

DSC03736

Haa kalau korang tabur biskut ke gandum ke.. atau anything yang burung boleh makan, nanti korang kena serbu dengan sekawan burung camar ni. So far aku tengok dia takde lah patuk orang, cuma kalau korang nak baling makanan tu baling ler jauh sikit.. Kang baling kat kaki kang, dengan kaki korang sekali dia patuk ! Hahaa…

 

 

DSC03741

Ni bahagian atas dari kawasan pantai tu… Tempat orang bersiar-siar.. main basikal… and main roller-blade ! Fuyoo teruja jap aku.. teringat zaman gilakan roller-blade masa sekolah rendah dulu! Kat sini basikal elektrik pun hadooo. Tapi jejaga lah, orang kat sini bawak anjing depa jalan-jalan.. jangan tergesel sudah ler.

 

 

GOPR3515

Oh ye… hope siapa yang datang sini hati-hati dengan scammer yang agak berleluasa. Mula tadi, kat kawasan pantai, sedang asyik aku memerhatikan burung camar tadi, datang seorang warga asing (I think he’s Pakistani) menanyakan kami orang Malaysia ke tak. Kami iyakan aje lah. Lepas tu dia tunjukkan kepingan kelapa kat dalam bakul dia and insist suruh boss aku amik. Aku buat bodoh je la.. dah tahu kan nanti dia mesti mintak duit. Boss aku lak almosttt ambil kelapa tu. Nasib tak amik ! Kalau tak mesti overcharge !

 

And satu lagi ada orang jual-jual bunga rose. Masa ni aku dengan boss aku tengah ready nak buat video mingguan Amanz kat kawasan pantai ni. Di hulur-hulur bunga rose. Lepas tu tunjuk kat boss aku suruh bagi aku. Kejadah apakah iniii… We said “no thank you” baik-baik je lah. Nasib baik orang tu tak memaksa sangat. Kalau tak mesti kena dah dengan aku HAHA.

 

 

DSC03753

Lepas habis rakam video, kami ingat nak pergi jumpa one of our team member kat area Carrer de la Marina. Hahaha masalahnya jalan Carrer de la Marina tu panjang nak mati so, dengan takde internet nya dan sangat susah berkomunikasi maka kami pun terus balik je lah. Kaki aku masih sakit-sakit, padah apabila bawak kasut yang tak sesuai ! Haha… So balik je lah. Lapar dan penat.

 

 

DSC03757

Masa lalu atas jambatan, sempat la aku usha sekawan anak-anak ikan tengah warming up untuk main bola / futsal. Hahaa cuci mata kejap. Aci ke idokkk ???

 

 

Sudahnya, sampai rumah, aku isi perut dengan roti and sardin, serta minuman Nestum tadi.. Lepas tu aku tak ingat apa dah. Aku terus black out haha ! Dari sekitar jam 6 petang aku tido ! Sampai lah aku terjaga jam 11.30 malam macam tu.. Aku tersedar sebab tido dengan tudung sekali haha.. lepas tu aku mesej-mesej kejap dengan kawan, sebab kat Malaysia masa tu pagi lag.. and tatap kejap gambar anak-anak kucing yang ku rindui, tehn tido balik sampai la jam 6 pagi gitu. Ya ampun.. dengan tak dinner nye ! What happen to mee. Hahaa…

 

Kat sini dah jam 8.30 pagi gitu.. (di saat aku menaip ayat ini). So aku nak bersiap-siap dah keluar… nak pergi ke Fira Barcelona untuk ambil pass media ke acara Mobile World Congress yang akan berlangsung bermula Ahad ini (esok).. Haa lainnya tahun ini, tahun ni ramai media dari Malaysia yang akan datang cover event MWC2015 ni. Tahun lepas macam krik krikk sikit susah nak jumpa orang Malaysia.. and we always being mistaken as Indonesian. Haha..

 

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem @ Barcelona !


Read More»

Friday, February 27, 2015

My Worktrip to Barcelona 2015 – Sehari di Amsterdam (Day 1)

 

 

Assalamualaikum..

 

Hehe Nisa kembali berkongsi kisah di mana sekali lagi Nisa diberi peluang oleh Yang Maha Esa untuk menjejakkan kaki lagi ke negara orang. Walaupun singgahan ini cuma di atas urusan kerja, but I am beyond grateful to Allah kerana dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Alhamdulillah syukur ! Syukur !

 

Bagi yang tidak tahu, Nisa bekerja sebagai pengacara video di laman teknologi terkemuka Malaysia (perrgghh!!) iaitu amanz.my dan Nisa dah pun bekerja dengan dorang dalam dua tahun kot ? Dan tahun lepas Nisa dah pun pergi ke Barcelona dengan team AMANZ ni. Kami ke Barca ni sebab nak cover event mobil terbesar dunia (ewahh!!!) iaitu MOBILE WORLD CONGRESS. Event MWC ni diadakan pada setiap tahun di Fira Barcelona.

 

IMG_20150226_081808Pic by encik Piratz yang kebetulan bekerja di airport.

 

Okay skip the introduction, haha ! Day 1 macam takde apa sangat nak cerita (eleh.. ye lah tu, nanti kang panjang berjela entry ni.. tengoklah !!). Flight Nisa dan boss Nisa iaitu Tekong bertolak pada 25 Februari 2015 jam 11.50 malam. Kami naik flight KLM, dan perjalanan ke lokasi transit kami iaitu Amsterdam mengambil masa sehingga 12 jam macam tu. Kami sampai di Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam hampir jam 6 pagi waktu Amsterdam. Bayangkanlahhh masa tu suhu kat luar 5 darjah celcius ! Menusuk tulangggg!

 

FB_IMG_1424929066736

Sampai je kat airport Schiphol tu, aku terus ke toilet tukar baju. Pakai sweatshirt, jaket, thick pantyhose. Tapi still sejuk. Memang beribu sesalan menusuk-nusuk tepat ke jantung sebabnya nak bergaya punya pasal, aku rela sarung boot Doc Mart cap ayam aku tu daripada pakai winter boot yang aku beli di Barcelona tahun lepas ! Sudahnya menggigil la tulang kering aku and sakit-sakit jari kaki sebab boot cap ayam aku tu masih baru ! HAHA. Jaket pulak, aku beli yang murah sajorr. Yang nipis je, yang aku rasa pakai kat Malaysia pun tadehalll.. Hahaa.. Menyesal lagi sekali sebab tak beli winter jacket masa UNIQLO buat sale hari tu. Nak masuk Universal Traveller tak mampu deknonnn !

 

DSC03533

Memandangkan masih awal, di luar airport pun masih gelap.. aku dengan boss aku lepak minum minuman panas sajo. Tea for me of course. Kat Amsterdam matahari dia naik jam 7.40am macam tu. So pukul 7 pagi pun masih gelap gelita di luar.. Jadi.. kami ada masa lebih kurang 10 jam di airport Schiphol sebab next flight kami jam 6.50 petang gitu…

 

Masa lalu passport check, staff tu duk tanya-tanya la aku, buat apa datang Amsterdam, pertama kali ke datang, next flight pukul berapa.. Tu kira biasa punya soalan lah tu. Bila aku bagitau yang aku nak pergi tengok bandar Amsterdam, dia kata cuaca tak berapa elok di luar tapi, ye lah kami dah sampai pun Amsterdam kan. Rugi pulak rasa 10 jam tu nak mengadap airport sajor.

 

IMG_20150226_093935

So untuk ke bandar Amsterdam, kami memilih untuk naik tren. Ini kami dah research awal-awal di internet. Untuk ke bandar Amsterdam, ambil tren ke Amsterdam Central. Stesen tren terletak berhampiran pintu keluar masuk airport. Tiket berharga 4.20 euro (tiker pergi balik) dan surcharge 1 euro sebab beli disposable ticket. Sebab dorang nak promote kad touch and go dorang kot, sebab tu siapa yang beli disposable ticket kena charge. Ini tiket tren sahaja. Ada satu jenis tiket (Travel ticket kot nama dia) yang korang boleh beli dan satu hari naik public transport menggunakannya.

 

DSC03540

Diingatkan setiap kali nak keluar masuk platform tren tu, kena check-in dan check-out. Aku lupa pulak nak ambil gambar tempat check in and out dia. No specific counter to check in and out, tapi dia letak macam tiang kecik berhampiran escalator turun ke platform tu. So just touch je kad tren kat situ.

 

IMG_9210

Naik tren dari airport Schiphol ni memakan masa lebih kurang 15 minit ke Amsterdam Central. Kalau tak silap aku ini yang train laju yang tak banyak berhenti. Ada train intercity yang berhenti kat banyak stesen dan ambil masa lebih sikit nak ke airport. Kalau amik yang sprinter tren tu dia berhenti dalam dua tiga stesen sajor. Gambar di atas : aku tengah usha pemandangan kat luar. Tren ni dua tingkat, aku duduk yang tingkat atas.

 

IMG_9208

Yang paling best bila dalam tren ada wifi. FREE. Kalau korang lama lagi dalam tren syok lah boleh online dulu haa..

 

 

DSC03555

Okay sampai kat bandar Amsterdam, bergambar sattt kat luar bangunan. Hahaa sejuknya Ya Allah.. tuhan je tahu ! Dah la aku ni kurang lapisan.. so menusuk-nusuk dinginnya tu ke tulang. Tapak tangan dah pucat. Hui masa ni baru tahu erti penyesalan sebab tak bawak winter boot aku yang selesa dan ada bulu-bulu kat belah dalam nye tu. Huwaaa !!! Menyesal pun takde guna dah oi ! HAHAA…

 

DSC03561

Diingatkan bahawa kami jalan-jalan di Amsterdam ni memang TAKDE ITINERARY, TAKDE PERANCANGAN dan TAKDE PLAN NAK PERGI BANYAK TEMPAT PUN. Dah namanya transit je kan.. So kami hanya melihat-lihat sekitar bandar sahajalah. So siapa nak suggest pergi sana sini ke apa boleh lah saya dahulukan dengan ucapan terima kasih, but no thank you haha. Aku dengan boss aku jalan-jalan redah je, tengok kedai, masuk lorong sana, lorong sini. Memang agak banyak coffee shops dan kedai souvenir. Yang tak menahan tu, kedai jual boots dan jaket semua ada sale sampai 70% ni dah kenapaa?? HAHAHA… Kat kawasan sekitar bandar saja aku tengok H&M punya outlet bersepah-sepah.

 

DSC03565One of the souvenir shops that you can find all over the city.

 

Sekitar Amsterdam ni, banyak jugak muzium yang korang boleh tengok. Madame Tussaud. muzium seni.. muzium 18SX haha semua ada lah. Memandangkan sekarang masih musim sejuk, jadi kat kedai souvenir pun banyak jugak jual sweatshirt, sweatpants, gloves, muffler / selendang dan barang-barang yang sewaktu dengannya. Kalau nak beli keychain or manet fridge, aku rasa harga paling murah aku jumpa 1 item harga 1 euro. Kedua murah around 3 item harga 5 euro gitu. Memandangkan duit yang dibawa tak banyak, memang kami berkira-kira sangat lah nak beli souvenir dan beli makanan. Haha. [Check Amsterdam attractions here]

 

DSC03584

Antara satu tempat yang kami telah pergi tanpa dirancang ialah BLOEMENMARKT.  Kami pergi sebab nampak kat papan tanda haha. Jalan punya jalan, jumpalah ia. Tempat ni pasar bunga. And banyak jual benih bunya, terutamanya bunga tulip. Kat sini jugak banyak jual souvenir. Harga sekita 3 item 5 euro gitu.

 

DSC03588

Pasar ni dalam satu deret yang panjang, dan kat orong tu jugak ada kedai-kedai kopi, kedai makan, kedai baju, kedai barangan hiasan, seni, and kedai souvenir. Pendek kata sekitar bandar ni memang senang nak cari kedai souvenir.

 

 

DSC03619

DSC03609

Belanja sikit gambar sekitar Amsterdam gituu…

 

 

DSC03568

Lepas tu kami jalan balik ke jalan utama berhampiran Amsterdam Central, sebab kami nak pi makan kat satu kedai makanan halal di sana. Haaa kalau luar negara, makanan halal mesti kebab dan makanan seumpama dengannya. Haha. Aku makan chicken kabab harga 5.50 euro. Isi nya melimpah ruah. Tapi mungkin sebab aku lapar, sejuk pulak tu.. maka aku pun berjaya menghabiskan sepinggan kabab tu.

 

halal in amsterdam - www.nisakay.com 2

Boss aku pulak makan shawarma (gambar bawah). Isi dia beef. Lebih kurang macam kabab aku. Ni harga dia 4.50 euro.  Sedap jugak.. sebab daging dia well-grilled bagi aku. And aku ni jenis takde masalah kalau nak makan makanan luar, maksud aku bukan makanan Malaysia lah. Tapi takdelah hari-hari makan benda ini Hahaa.. Masuk waktu lunch, ramai muslim datang kedai ni. Ada pelancong dari Malaysia jugak. Ada yang lain bangsa tapi muslim (they wear hijab). Ada jugak pelancong yang datang nak merasa makanan arab la kot. Haha.

 

halal in amsterdam - www.nisakay.com 1Kedai halal di Amsterdam.

 

Kami duduk kedai tu sejam jugak lah kot ahahaa.. sebab ada internet free. Dalam pada merancang nak pergi jalan-jalan area Red Light District, tiba-tiba angin kat luar kuat dan hujan pun turun bagaikan mutiara eh!!! Kami keluar je dari kedai tu terus “fuhhhh” tak menahan beb angin dia. Basah pulak tu ! Maka kami pun menapak semula ke Amsterdam Central. Haa nampak tak niat tak baik tu, Allah kasi hujan dan angin sejuk terus ! Mula rasa macam nak stay tunggu hujan reda and kembali bersiar-siar. Tapi hujan takde tanda nak berhenti. Kami pun rasa hurmm balik airport je lah.

 

 

DSC03642

Jadi di airport kami lepak kat tingkat atas, ada kawasan ala-ala taman.. sini ada banyak orang berehat-rehat dan cas laptop / phone. Pendek kata mudah jugak nak cari plugpoint kat airport ni. Yang penting korang kena bawak UNIVERSAL PLUG korang sendiri ya. Europe punya plug point tak sama dengan negara lain. Kat mana mana dalam airport ni banyak kedai macam coffeeshops or makanan yang ala-ala quick bite tu.. Roti, coklat, haa gituuu.. Jadi aku pun bermalasan lah sampai jam 5.15 petang macam tu, then kami menapak ke departure gate.

 

DSC03669

Kami sampai di Barcelona lebih kurang 9 malam. Kemudian kami berjalan satu airport tu untuk ke stesen keretapi, naik dari stesen Aeroport ke stesen Clot de Arago, kemudian kami tukar line tren nak ke Marina pulak. Sebab this year kami sewa bilik kat area Marina. Stesen Marina ke blok apartment kami sewa tak lah jauh pun, cuma kami salah ambil direction masa mencari tu. Hahaa.. so cut short the story, kami sampai ke rumah tu jam 11 malam macam tu. Tuan rumah baik sangat sangat and dorang ada kucing nama Rasca ! Alalaa rindu lah kucing aku. Siap bagi welcoming gift. Ada spanish wine tu yang tak menahan ! Hahaa. Bilik memang kemas dan cantik, sebijik macam dalam gambar yang tertera dalam laman web.

 

airbnb amsterdam - www.nisakay.com

Oh ye, kalau korang nak try save duit, duduk dekat dengan tempat korang nak pergi, korang check website airbnb.com haa kat situ kira macam style homestay lah. Ikutlah korang nak sewa bilik je ke, satu rumah ke… Check kat situ. Ikut lah negara mana korang nak pergi, aku rasa ade je kat kebanyakan negara. Kalau sewa by room, mungkin kena stay sekali dengan tuan rumah.. macam kami ni lah. Tapi tuan rumah kami ni baik, pandai cakap bahasa Inggeris dan ada internet wohooo !!! Rumah pun bersih dan dapur dia sangat organized !

 

Yang bagusnya, dia siap bagi satu slot di kabinet dapur untuk letak barang makanan kita and slot dalam peti sejuk kalau kita ada anything nak simpan dalam peti sejuk ! Memang recommended la rumah ni kalau korang nak sewa. Owner rumah sangat baik dan siap bagi peta Barcelona. Dia siap tandakan kat mana rumah dia, dan explain kat kami di mana letaknya stesen tren berhampiran, supermarket terdekat dan macam mana nak pergi ke tempat tarikan pelancong sama ada jalan kaki or naik tren.

 

P/S : Siapa yang pernah ke Amsterdam meh la share tips melancong ke sana kat ruangan komen di bawah okay. And please betulkan jika ada info Nisa yang salah ya. Muah ciked !

 

 

 

But to clients, I may not be able to reply emails accordingly until 9 March ya. Menaip entry ini pun, aku taip sikit-sikit bila sempat. Thank you so much for your understanding !

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem @ Amsterdam !


Read More»

Thursday, February 19, 2015

MORA Essential – Minyak argan asli

Assalamualaikum..

 

Lebih kurang dua minggu (lebih sikit) yang lalu, aku telah menghadirkan diri ke satu acara tertutup. Acara ni merupakan acara pelancaran produk oleh seorang selebriti wanita dan seorang photographer populerrr uollss ! Walaupun dalam jemputannya disuruh datang bersama pasangan, tapi sebab pasangan non hado, marilah kita menebalkan muka datang sorang. Wakakaa…!

 

MORA - Nisakay 10[Pic credit to MORA Essential official facebook page.]

Acara tersebut berlangsung di Juempa D’Rampo, yang terletak di Bangsar. Serius aku tak sure ni rumah ke apa. Tapi nampak macam ala banglo dan boleh disewa untuk acara-acara gitu. Tapi serius bangunan dia lawa ! Hiasan dalaman pun lawa.. Ditambah pulak denga deko deko yang suwit kann ~

 

 

MORA - Nisakay 9[Pic credit to MORA Essential official facebook page.]

Nyam nyam ~ Serius dessert table dia best ! Haha aku dah la suka makanan manis-manis ni. Silap haribulan boleh tambah kemanisan dalam seri wajah lantas Zul Ariffin pun jatuh hati. Ah sudah !!

 

 

MORA - Nisakay 11[Pic credit to MORA Essential official facebook page.]

Yaaa.. ini lah dia selebriti popular yang aku katakan ittew…  Wajahnya ayu, perwatakannya lemah lembut, namun tersembunyi sikap yang spontan di balik senyuman manis di bibir AMBOI !!! Ini dia cik MIRA FILZAH yang merupakan bekas wajah rasmi koleksi Jovian Mandagie, model, dan juga pengacara di Hypp TV. Haa sekarang dah jadi usahawan jual MORA Essential uolls !

 

 

MORA - Nisakay 12[Pic credit to MORA Essential official facebook page.]

Dan ini dia photographer hensem, mulut manis dan pandai menyanyi alaf ini. Nama beliau Mohammad Molkhan. Atau lebih mesra di panggil abang Mol. Pffftt ! Beliau merupakan seorang photographer dan kini turut bergelar usahawan setelah bekerjasama dengan Mira Filzah untuk menghasilkan produk minyak argan oil ni ~

 

MORA - Nisakay 1-horz

Dah datang kena lah bergambor dengan tokey tokey yang bakal mencorak lebih warna ke dalam industri keusahawanan ni kan. Kah kah ambui ayat aku ni dah kenapa kemain macam nak buat karangan pulak niii ! P/S : Abaikan reaksi pelik abang Mol korang di dalam gambar di atas okay.[Pic credit to MORA Essential official facebook page.]

 

 

MORA - Nisakay 4

Antara mereka yang menghadiri majlis ini… mommy blogger tercomel alaf ini yakni Yuyu Zulaikha dan juga usahawan produk kecantikan dan fesyen muslimah (diusahakan bersama bini beliau yang amboi lawa nauuu!) iaitu El Azman. Hahaa. Tapi encik El tidak bawak bini, dia usung member je mai event ni. [Pic credit to MORA Essential official facebook page.]

 

 

MORA - Nisakay 2

Ya ampunnn !!! Apa yang sudah berlaku ni ? Hahaha ! Aku dengan tak malunya telah pun bermurah hati nak men-SUMBANG-kan sebuah lagu, diiringi petikan gitar abang sound system yang ada pada hari itu. Lagu yang telah selamat aku SUMBANG-kan ialah lagu Amy Search bertajuk Tiada Lagi. Kah kah ! Mesti bernanah telinga semua orang yang datang hari tu. [Pic credit to MORA Essential official facebook page.]

 

 

MORA - Nisakay 3

Yeayyy dapat goodies ! Ini yang kita mau ! Kekekee… Tenkiu boss boss MORA Essential !! Hehee.. masa ni dah tak sabor nak balik, nak bukak hadiah kekeke.. Macam budak-budak sungguh lahaii…

 

 

MORA - Nisakay 6

Ahhh ini memang something yang rustic, personal and thoughtful.
Tulisan tangan ni wooo…

 

 

MORA - Nisakay 7

Yeahuu ! Dapat minyak argan asli dari MORA Essential  ! Malam tu jugak aku basuh-basuh muka, then terus apply sebelum tidur. Yang bestnya, minyak argan ni.. walaupun nama dia MINYAK, tapi dia takdelah macam minyak masak tu. Korang guna 1 atau 2 titis pun dah boleh gosok satu muka ! Jimat sangat sangat ! So dengan harga RM60 satu botol ni bagi aku memang berbaloi !

 

 

MORA - Nisakay 8

Oppss ! Haha excited punya pasal, aku terjatuhkan botol minyak argan ni masa aku bukak botol. Sebab tu macam ada tumpah sikit huwaaa… Cuai betullah aku ni kann ! Minyak argan ni, takde bau yang kuat. Bau dia ala ala lembut je. And aku bila dah sudah gosok kat muka, mana yang lebih kat tapak tangan, aku lurutkan ke rambut.

 

Antara khasiat MINYAK ARGAN ASLI :

  1. Anti-penuaan yang amat berkesan
  2. Menyelesaikan masalah kulit berjerawat
  3. Menghilangkan masalah parut dan kesan jerawat
  4. Melindungi kulit daripada kedutan akibat penuaan pra-matang
  5. Mengurangkan kedutan dibawah mata
  6. Bertindak sebagai pelembap terbaik untuk kulit. Ia menyegar dan melembut kulit lebih mudah daripada penggunaan krim atau minyak yang lain
  7. Kaya dengan protein yang sangat baik untuk keanjalan kulit yang berfungsi untuk menegangkan kulit dan menjadikan ia kelihatan lebih segar
  8. Mampu mengurangkan kegatalan kulit dan cepat menyembuhkan tanda-tanda yang disebabkan oleh menggaru pada kulit
  9. Sesuai untuk semua jenis kulit
  10. Mampu mencegah stretchmark pada kulit akibat proses kehamilan

 

Yang paling penting minyak argan ni memang betul-betul organik, takde maknanya nak tokok tambah bahan aktif merbahaya dan sebagainya, jadi ianya elok untuk dipakai untuk jangka masa panjang. Tapi kena INGAT, produk organik yang takda bahan kimia tambahan, biasanya ambil masa sikit nak tunjuk kesan. Kena sabar lah sikit kan.. Ada pahammm ?

 

 

  ____________________________________________________________

 

Haaa tadi aku kabor yang aku cuba MORA Essential Pure Argan Oil kan. Yess sejujurnya memang aku cuba. Sebab aku ada parut gelap kat muka. Maklumlah gatal tangan nak picit cik jer kan. Haha Dah lah parut macam tompok gelap, lepas tu ada lagi jerawat naik kat spot yang sama dan kawasan yang sewaktu dengannya. Haihh abes tu bila lah nak hilangnya parut tuh ?

 

mol

 

Ahaa korang jangan salah faham. Nampak je macam pertanyaan tu main-main kan. Serius ini bukan main-main. Topik tu serius tapi aku saja je lemparkan pertanyaan berupa gurauan becoz we sweet liddat. Bahahaha ! Aku memang takde gambar masa jerawat aku tu tengah kembang mekar, sebab aku memang tak suka lah bergambar masa jerawat tengah bermaharajalela ! Haha.. Tapi takpe.. nanti aku dah jumpa gambar sesuai nak buat sebelum dan selepas, aku update sini ye !

 

mmexport1423798006121

Anddd aku guna argan oil ni sebagai base mekap aku. Aku dah tak pakai dah facial toner. Lepas cuci muka, keringkan, aku gosok MORA Essential ni kat tapak tangan then aku dab dab kat muka, kasi ratakan. Lepas dia serap, aku pakai mekap. Takde mekap base, primer apa semua. Alhamdulillah aku sangat berpuas hati sebab mekap tak cepat bercapuk berbanding dulu ! And kulit dah tak cepat kering and mengelupas. Gambar kat atas ni masa aku pergi Port Dickson minggu lepas. Nak bawak jugak MORA Essential ni !

  ____________________________________________________________

 

 

Siapa nak try MORA Essential Pure Argan Oil ni, boleh lah pergi ke :

Facebook page MORA Essential KLIK SINI

Instagram MORA Essential KLIK SINI

 

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem !


Read More»

XES Chinese New Year Luncheon 2015

 

Assalamualaikum…

 

XES SHOES - Nisakay 1

Yeayyy sekali lagi jenama kedai kasut terkenal di Malaysia kembali mengadakan aktiviti ! Kali ni makan tengahari dan aktiviti bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina… Ahaaa usai mendaftar ketika sampai ke tempat acara, kami diminta menulis ucapan pendek atau letak signature kat scroll tu. Ahahaa memang TAK la aku nak tulis bahasa Cina kan. Aku tulis nama sendiri dan promote link blog sajalahh. Haha..

 

 

XES SHOES - Nisakay 2

Macam biasa.. kasut-kasut kat outlet XES ni semuanya menarik perhatian. Apa lagi.. rambang mata sudahh !

 

 

XES SHOES - Nisakay 3

Pada yang tengah mencari kasut atau sandal baru tu, boleh lah datang ke mana-mana outlet XES SHOES ni. Kedai kasut yang lengkap untuk seisi keluarga ! Kasut wanita ada.. remaja.. kanak-kanak.. kasut dan sandal lelaki.. haa beg tangan wanita yang bergaya pun ada ! Nak usha dengan lebih lanjut boleh ke mana-mana outlet XES SHOES. Visit XES SHOES' website for more info !

 

 

XES SHOES - Nisakay 4Terima kasih Sense & Style Beauty Academy yang menaja sesi makeover ni !

 

Antara aktiviti besttt yang XES telah atur untuk para media dan bloggers yang hadir ! Memang seronok kena makeover. Ada yang kena mekap.. ada yang buat rambut. Ambui terus zass nampak muda 10 tahun ! Gituuu. Aku pulak cuma tambah eyeshadow memandangkan aku sudah pun memakai mekap dari rumah. Hew hew..

 

 

XES SHOES - Nisakay 5Terima kasih Sense & Style Beauty Academy yang menaja sesi makeover ni !

 

Haaa bukan perempuan je seronok make over ! Lelaki pun berpeluang nak rapikan rambut zass terus jadi rupa Izzue Islam atau Aaron Aziz (bergantung kepada warna kulit kui kui kui).  Kemain semua nak nampak macam retis je ye memasing.. Ada apa-apa ke niii…

 

 

XES SHOES - Nisakay 6

Oooo lepas habis gambar kami semua dijemput “photoshoot” kat situ haaa ! Ada pulak mini studio kan ! Siap dengan backdrop hitam lagi tuuu. Kami semua yang hadir join contest di mana gambar yang kami “photoshoot” di sini akan diupload di facebook rasmi XES SHOES.. So mintak tolong korang like gambar tu DI SINI yee ! Tenkiu muah ciked !

 

 

XES SHOES - Nisakay 8[Pic credit to XES Shoes official page]

Yaaa ! Kalau namanya sambutan Tahun Baru Cina, tak sah kan kalau takde acara menggaul dang mengangkat yee sang tinggi-tinggi kan. Aku tak pernah lagi try buat atau tengok depan-depan. Biasa tengok kat dalam TV sajor. Hehee.. Bahan-bahannya cuma sayuran, hirisan ikan dan sos seperti sos bijan dan lain lain..

 

 

XES SHOES - Nisakay 7[Pic credit to XES Shoes official page]

Tu diaaa ! Gamat sekejap suasana di outlet XES SHOES, Quill City Mall, Kuala Lumpur bila acara menggaul yee sang dimulakan. Memang meriah !

 

 

XES SHOES - Nisakay 9

Selepas acara yee sang tadi, sambil makan dan minum kami ditunjukkan pula dengan hair-styling demo sempena CNY. Haaa boleh lah cuba cuba nak style kan rambut bila melawat rumah nak kutip angpow ! Kui kui kui ~

 

 

XES SHOES - Nisakay 10

Kalau bab makan, event XES ni tak pernah fail ! Setiap kali datang setiap kali tu memang sedap-sedap makanan yang dihidang ! Kali ni dorang ada ABC dan cendol sebagai pencuci mulut ! Terbaikkk ! Memang feveret akuuu ~

 

 

XES SHOES - Nisakay 14

Ahaaa perut pun dah kenyang, suka hati.. maka masanya kita untuk fokussss memilih kasut ! Wakakakaa.. Memang setiap kali datang butik XES Shoes ni, rambang mata haiii nak pilih kasut yang manaaa… kasut tak sempat haus lagi tapaknya, dah berkenan kasut yang lain. Kasut yang ku pegang dalam pic tu tak sempat kupinang kau dengan bismillah sebab dah habis stok saiz !!! Haa tapi kupinang pulak kasut yang lain. Takpe next time tahu lah aku nak rembat kasut mana. HAHA…

 

 

XES SHOES - Nisakay 12

Rerakan blogger lelaki (yakni abam Ahmad Fauzi Aryaan pap pap pap dan Khai Artzfar si budak pacak) turut sibuk mencuba kasut yang kini memikat kalbu mereka. Gitoohh ! Haa kan dah kata outlet XES Shoes ni sesuai untuk semua ! Kasut, sandal, selipar lelaki dan kanak-kanak.. semua ada lah !

 

 

XES SHOES - Nisakay 11

Kami bersama Miss XES Elegant iaitu cik Mico Pun yang gila-gila. Wakakakaa. Kami semua dah selesai pilih pilih kasut haaaa berbeg-beg kami bawak pulang ! Memang sangat sangat berterima kasih kepada pihak XES Shoes sebab sangat murah hati bagi kasi special offer untuk hari tu ! Merasa lah pakai kasut baru. Tak pun buat stok sampai hujung tahun !

 

 

XES SHOES - Nisakay 13

Jadi di kesempatan ini aku nak mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA kepada rakan-rakan, klien, rakan sesama media / blogger.. dan semualah yang mengenali diri ini.. yang menyambut CNY yaa… semoga tahun ini menjadi tahun yang lebih baik dan semoga kita semua berjaya dalam bidang masing-masing jyeahh !! Oh ye ! Jangan lupa singgah outlet XES Shoes untuk harga terbeliak mata sempena CNY ini !

 

 

____________________________________________________________________


Layari laman web XES Shoes untuk maklumat lanjut mengenai produk dan lain lain

http://www.xesshoes.com.my/

 

Jom semua.. LIKE facebook page XES Shoes
https://www.facebook.com/xesshoes

 

Dannnn… jangan lupa LIKE gambar aku untuk contest bersama XES Shoes di sini yaa !
http://on.fb.me/1DCGHkr

____________________________________________________________________

 

 

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem !


Read More»

Copyright © Nisa Kay