Thursday, January 22, 2015

TIPS – Susun atur barang dengan mudah !

 

Assalamualaikum…

 

Haa entah angin apa merasuk ni, tetiba aku rajin nak google google mengenai cara nak organize barang-barang kat rumah. Mungkin sebab sekarang ni kemain banyak barang kat rumah hah.. Jadi macam serabut sangat aku menengok nyee.. Lebih-lebih lagi barang-barang company haihh.. stok baju, barang kertas-kertas.. huu haru biru kejap aku tengok. Jom lah aku share apa yang menarik..

 

organize - nisakay 1

#1 OPTIMUMKAN PENGGUNAKAN KAWASAN BAWAH SINGKI

Haa ini aku rasa biasa sangat dah kan kita buat ? Ada tak cuba pasang “railing” mini kat bawah singki tu? Boleh buat sangkut bahan-bahan mencuci. Lebih mudah kalau korang beli bahan mencuci yang ada kepala spray tu kan.. Boleh gantung macam ni.. bahan pencuci tingkap ke, lantai ke, tandas ke..

 

 

organize - nisakay 2

#2 SUSUN ATUR DULANG DENGAN LEBIH KEMAS

Haaa pasang railing plastik yang kecik-kecik tu boleh jugak pasang dalam kabinet lepas tu susun dulang atau pun papan pemotong secara menegak. Lagi mudah nak simpan, plus lagiii mudah nak ambil bila diperlukan.. Kan kan ? Semuanya bergantung dengan kreativiti sendiri.

 

 

organize - nisakay 3

#3 RAK MAJALAH UNTUK SUSUN ATUR PERALATAN DAPUR

Haaa ini kreatif kan, instead of using the organizer for magazines or newspaper, kita boleh jugak skru kan organizer ni di dinding kabinet atau dinding, lepas tu susun penutup periuk atau mangkuk kat sini. Haa senang nak cari. Kalau letak dalam kabinet lagi okay kot, sebab nya tak mudah lekat habuk.

 

 

organize - nisakay 4

#4 MENGGUNAKAN RUANG DINDING SEPENUHNYA

Kalau tengok style rumah orang putih, mesti kita akan nampak gaya susunan barang dapur dorang macam ni. Selain daripada suka susun barang dalam kabinet, ada jugak rumah mat salleh yang fully utilized dinding kat area dapur. Dorang buat gantung sudip la, senduk la, penapis la.. macam-macam lah..

 

 

organize - nisakay 5

#5 SUSUN SUDU GARFU DENGAN GAYA MENEGAK

Kalabu kabinet dapur korang ada deep drawer macam ni, boleh lah beli atau custom made sendiri bekas kayu macam dalam gambar ni, lepas tu letak dalam laci.. then susun utensils macam sudu, garfu, pisau, sudu and garfu kecik secara menegak macam ni.

 

 

organize - nisakay 6

#6 LABEL ISI KANDUNGAN / BAHAN BAHAN

Aku suka bekas plastik kedap udara yang berbentuk petak macam ni.. Lebih mudah nak susun atur. Kalau bekas bentuk bulat biasa boleh menegak je. Err faham tak ? Hahah macam dalam gambar kat atas ni lah. Kalau dah susun susun bekas tu, label bekas-bekas tu untuk mudahkan korang cari bahan-bahan tu.

 

 

organize - nisakay 7

 

#7 MASA UNTUK DIY ! ORGANIZE AKSESORI

Haa tak payah nak bazir duit beli organizer.. Boleh guna apa je yang ada di rumah. Macam hanger. nak nampak fancy sikit, boleh balut hanger tu guna kain perca or reben. kasi nampak lawa sikit. Gambar kedua di atas, organizer aksesori cermin mata yang dibuat sendiri guna reben dihias dengan sapu tangan.

 

 

organize - nisakay 8

#8 DIY BEKAS SIMPANAN BARANG-BARANG KECIL

Haaa ini bagi yang terlebih rajin okayy ! Atau yang ada abang or ayah rajin buat sendiri kerja-kerja DIY ni haa.. barang-barang ni mudah sangat nak dapat, buat pun inshaAllah nampak mudah haa.. Boleh lah buat bekas macam and and letak kat bilik or bilik air. Organizer macam ni sesuai untuk korang suka beli cotton bud apa sume tu dalam paket besar-besar.

 

 

organize - nisakay 9

#9 ORGANIZER KASUT UNTUK BAHAN PENCUCI !

Haa kalau rumah orang putih kan, dia ada laundry room.. Tapi rumah zaman sekarang ni pun, dah ada bilik khas untuk laundry and menggosok. Haa lebih teratur gituu.. Kat belakang pintu bilik laundry tu, boleh guna organizer kasut untuk letak bahan-bahan pencuci. Semua kat satu tempat. Jenggg ! Senang je.

 

 

organize - nisakay 10

#10 GUNAKAN MAGNET !

Gunakan magnet strip untuk pastikan barang-barang besi LEKAT dan tidak hilang.. Haa benda-benda kecik macam ni selaluuu je hilang. Sakit hati je kan Hahah.. boleh lah tambah besi pemicit blackheads whiteheads semua kann. Hahaha…

 

 

 

Soo.. tu je lah nak share dengan korang.. Ada masa aku rasa macam nak DIY je benda-benda organizer ni. Rajin jugak aku usha kat internet benda-benda macam ni. Haihh kalau ada kelapangan, ada duit.. ada kerajinan memang aku buat dah.. Nak buat macam-macam pun tak best jugak sebab nya rumah sekarang ni, sekadar rumah sewa.. Well.. so tak payah lah nak beria sangat ye dak.. Ok tu je lah. Daaa !

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem.

13 comments :

Munirah Rafiuddin said...

seronok mata tengok barang2 tersusun macam tu. teringin nak buat tapi kat umah ni cepat naik sawang & habuk! so xboleh nak susun comey2 macam tu sangat...

~Admin : QasehMuslimah-Munirah
http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

akubiomed said...

Memang nampak kemas untuk orang bujang. Bagi yang ada famili selalu barang beralih tempat. Faham-fahamlan siapa punya kerja. :)

Sue Sopian said...

tips yg sgt berguna.. lepas tu nampak kemas dan teratur je..

tp bak kata nisa la kan..rumah sewa nak buat mcm2 tak best jugak.. huhu..

Mrs Yatie said...

nice. memang sesuai bagi mereka yang sukakan kekemasan kan :)

sYiRa LoKMaN said...

senang la cm ni..tde terabur kann

POJIEGRAPHY BLOG said...

Good tips! TQ for sharing ya Nisa :)

Dr Fattah said...

bab kemas mengemas perlu belajar dari orang perempuan.

Rosmiza Ali said...

DIY is fun! Tapi belum mampu nak DIY benda2 cenggini.. Bak kata Nisa ka, sekadar rumah sewa tak payah nak beriya sangat la.. Tunggu ada umah sendiri nanti, siaplah.. Akan ku gunakan setiap sudut dan ruang dengan bijaksana.. Ahaks!
RosmizaAliDotCom™

Juliza Sihatnatural said...

Banyak pulak tips menarik.....gud idea...tq sharing....

Jom.lawat blog saya pulak....

www.sihatnatural.blogspot.com

farah waheda said...

tips yg berguna..yg penting praktikal

Nurul Iman said...

tq sharing.. tips yang menarik.. tak terpikir pown nak buat idea mcm tue..
ummykoleksi.blogspot.my

rehana nurul amin said...

nice sharing la dear. lawa semua.
Jom blog walking
www.rehanswardrobe.com

Mrs Dee said...

thanks for idea..btw salam kenal dari saya,,,^_^