Tuesday, January 6, 2015

My Cats – Kawan Baru : Lofa si Kucing (PART 3)

 

Assalamualaikum..

 

Haa siapa pernah baca entry aku sebelum ni mesti tahu kan, aku membela dua ekor kucing yang bam bam dan sangat manja dan sangat mengada. Mih mih mih.. dalam kisah kucing-kucing aku PART 2, aku ada ceritakan yang kucing aku, si Ash tu bersendirian kat rumah sebab aku bagi kawan aku Hizami jaga Chiky. Masa tu aku nak mating kan Chiky dengan kucing Hizami, si Loki tu…

 

Tapi, Ash pulak jadi macam a bit murung sebab takde kawan nak main kejar-kejar dengan dia.. Takde kawan nak manja-manja, nak jilatkan kepala dia.. aloloo aku jadi tak sampai hati pulak dengan Ash tu… Jadi aku kembali ke Melaka, aku pinjam pulak kucing Hizami yang lagi sekor..

 

Kucing Nisakay 2

 

Taraaa ini lah dia LOFA ! Haaa Hizami yang bagi nama dia Lofa, maybe nak bagi dekat-dekat dengan nama Loki si Kucing kot ? Soo.. memandangkan Chiky ada dengan Hizami, so aku pinjam kejap la si Lofa ni buat peneman kat sini dengan Ash.

 

Kucing Nisakay 4

 

Kucing ni Hizami dapat dari kawan dia jugak.. Spesis apa aku tak sure.. Badan kurus je macam kucing biasa.. Tapi bulu dia panjang.. aku rasa Lofa ni spesis Domestic Long Hair (DLH) kot.. tapi dia ada corak yang agak unik pada aku.. And bulu dia memang naturally berkilat..

 

Kucing Nisakay 3

 

Memandangkan proses mating antara Chiky dengan Loki masih tak nampak hasil nye (muahaha!), maka lama sikitlah aku bela Lofa kat sini, sebab Chiky masih di Melaka.. Kadang-kadang aku turun ke sana melawat anak aku yang sekor tu.. Jual mahal sangat.. Bukan tak hensem Loki tu.. gagah perkasa okeh. Wakakaa…

 

Kucing Nisakay 5

 

Tapi makin lama aku bela Lofa ni, makin manja pulak dia dengan aku.. Alahaii aku dah la rapuh sikit hati aku dengan kucing yang manja-manja ni… Lofa ni jenis cepat faham bila kita panggil dia. Aku tak pakaikan pun loceng kat dia… bila dipanggil je, laju je dia datang. Bagus betul.. Kadang-kadang bila aku tengah lepak kat katil, main laptop, tahu-tahu je dia dah datang baring kat kita.. satu habit Lofa ni, dia kalau baring kat kit, mesti dia nak sandar kat badan kita, or kaki or tangan. Alalalaa.. comellll.

 

Kucing Nisakay 1

Tengok tuuu.. seronok ye dia nak berguli-guling atas katil akuu. Hhahaa.. dasar manja benorr…. Lofa ni, lepas beberapa bulan duduk dengan aku, dia dah mula resah gelisah dah. Satu rumah dia bising duk mengiaw jee.. Ash pulak bukan nak kat Lofa ni.. sudahnya, aku pinjam kucing kawan adik aku, untuk kenen kan dengan si Lofa ni..

 

Dalam dua hari je, dia dah settle mengawan. Haaa amboi rakus betoi kau ni Lofa.. Tak padan ke badan kecik ! Hahahahah !!!!! Makanya, hari tu aku pergi Melaka, angkut kucing-kucing aku sekali sebab tak sempat nak hantar boarding.. Lepas tu, dan dan dapat tahu yang Chiky dah pun bunting.. Haaa ! Jadi aku bawak Chiky balik, dan tinggal Lofa kat Melaka… Maklumlah kucing bunting ni kena ada persediaan mak bidan wakakakaa…

 

Jadi sekarang tunggu masa je lah si Chiky tu poofff keluar anak anak ! Hope yang keluar tu comel comell auwwww ! Tak sabar aku dengan Hizami nak menimang anak-anak kucing ! Hiksss… Bagi yang masih lost mana satu kucing aku Chiky dan Ash.. boleh rujuk entry ni :

 

 

 

 

XOXO, Putewi Hensem !

6 comments :

Ai Kajiwara said...

seronoknya ada kucingg2 ni.. =)

Nyamuk Terbang said...

comel nya mata dia...teringin nak bela kucing tapi keadaan kesihatan tak menginzinkan pulekkk

eima said...

bgsnye ko ni .. siap pi cari kucen jantan lain untuk mengawan .... kagum kagum

syida said...

lawa2 kucingnya...gerammm..sy pun bela gak, 8 ekor semuanya..tapi semua da kna zasss hahaha x larat la nak lyn depa nak mengawan beranak bagai :p

Hidayah Suhailee said...

nama kucing kita sama,... haha (lofa)

Rosmiza Ali said...

Ooo.. Gitu alkisahnya.. Ingatkan Lofa ni mmg kucing Nisa.. hehe..
RosmizaAliDotCom™