Saturday, January 3, 2015

Marian Rivera & Dingdong Dantes : A fairytale-like wedding !

 

Assalamualaikum…

 

nisakay - marian 1

Dua tiga hari ni memang kecoh pasal wedding Marian Rivera dan Dingdong Dantes yang digambarkan sebagai perkahwinan fairytale yang sangat indahh !! Para peminat drama Filipina mesti kenal sangat dengan dua sejoli ni kan.. Marian dan Dingdong kedua-duanya pelakon popular di Filipina dan sangat sepadan. Kedua-duanya memang bercinta dan selalu bergandingan sebagai hero dan heroin drama Filipina.

 

nisakay - marian 2

Argghhh suka gila tengok dua-dua nii.. peminat Filipina gelarkan kedua-duanya sebagai DongYan. Senang nak sebut kedua-duanya hehehe.. Aku tengok drama Marimar.. Dangerous Love.. fuhhh.. memang sepadan sungguh kedua-dua ni. Mana tak nya.. yang perempuan lawa gillaaaa !! Yang lelaki hensem gilaaa !! Aduhh Dingdong tu dah la crush aku, lulz.

 

nisakay - marian 2

Aku tak sure lah mana satu antara dorang ni anak raja.. sebabnya aku baca kat Youtube, aku duk tengok tajuk “The Royal Engangement” .. '”The Royal Couple”… ke perkataan royal tu nak menggambarkan betapa gah nya majlis dorang ? Hahaa yang pasti memang besar-besaran jugaklah.. Dress kawin Marian ni kemain lawonya, macam puteri raja sungguh lahh.. tambah crown dia lagi... pergghh tak berat ke ?

 

nisakay - marian 3

[UPDATE] Pic from Marian Rivera’s facebook page. Hew hew..

 

 

 

Apa yang sangat sangat menarik perhatian aku ialah video-video kawin si Marian ni haaa.. pergghh betapa indah nye lahaiii video pre wedding pon shoot kat Dubai uollss !!! Kau hado ? Hahaha kalau mampu semua boleh buat kan ? Hik hik hikk..

 

Ahaaaa gempar jugak video indah gilaaaa wedding dia nii… Amboiii.. Ini pakai pro semua nih… tu belum kita tengok equipment apa dia duk pulun demi nak mendapatkan shot yang super lawa and menjadikan video wedding ni superr adorable ! Haaaa aduhaiii tetibe rasa nak nyanyi lagu “Kalau Aku Kayaaa”. Kalau duit tu turun sedebukk dari langit, aku sanggup panggil Mayad Studio mai Malaysia buat video kawin aku. Kah kah kah !

 

Tadi terbaca status seorang rakan videographer yang menceritakan ada sorang kawan beliau mintak dia buat video wedding macam Marian punya ni. Setelah kira-kira dibuat, maka harga yang diletakkan oleh kawan aku ni ialah cecah 5 angka jugak lah. Haa terus senyappp krik krik krikk orang yang bertanya tu..

 

Kita tengok video ni pun kita dah tahu, hasil kerja orang yang pro, equipment yang bagus, editing yang mantoppp ! Tapi kalau kita nak bayar ciputsss, boleh expect ke hasil kerja kebabomm berasap mulut bila video nye keluar ? Tak kan ? So apa apa pun, berbelanja lah ikut kemampuan.. InshaAllah, orang yang nak bina masjid ni, Allah murahkan rezeki ye dak ? Hehee saja melalut sini.. Apa-apa pun, aku nak bawak diri ahh.. Geram tengok an extremely beautiful wedding of Marian Rivera and Dingdong Dantes. Huk huk !

 

nisakay - marian 1

 

XOXO, Putewi Hensem !