Sunday, January 4, 2015

Kemeriahan XES Glam Rock Christmas Party

 

Assalamualaikum..

 

Seronok rasa hati menerima jemputan ke majlis meraikan blogger-blogger dan rakan-rakan media oleh jenama kasut tempatan yang terkemuka iaitu XES. Sebagai pelanggan XES sejak zaman universiti dulu, XES tak pernah gagal buat aku teruja dengan koleksi kasut, beg.. promosi.. perghh harga dah memang affordable, bila ada sales or promosi, memang membuak-buak nafsu nak membeli tu.

 

Jadi, sempena cuti Hari Natal tempoh hari, pihak XES telah menjemput aku untuk menyertai mereka dan media yang lain untuk hang out, chilling out dan jugak pilih hadiah dari XES. Event berlangsung di Quill City Mall, Kuala Lumpur. Sebenarnya tema event ni ialah Glam Rock – Red and Black. Tapi aku boleh pulak datang pakai baju putih dengan tudung purple. Haha.. !

 

Memandangkan aku pun sampai kat lokasi sejam lebih awal.. Aku decide nak pusing-pusing kat H&M. Fuhhh bahaya betul keputusan aku ! Mana taknyaa.. sempat aku rembat dua helai blaus ! Hahaa. alang-alang grab blouse warna hitam sehelai.. maka aku teruskan pencarian shawl warna merah. Yeahh, seperti dalam gambar di bawah, aku berjaya menukar pakaian mengikut tema majlis ! Hahaa..

Nisakay - 1

 

 

Aumm.. tak sah la kalau sesi mingle around takde makanan kan.. Selalunya kalau pergi event XES ni, makanan memang tak pernah mengecewakan ! Thumbs up kat mereka yang organize event ni dan juga pilih catering best ! Hahaa ini baru makanan manis-manis.. Makanan beratnya tak sempat pulak nak ambil gambar.. Ada ayam goreng, spaghetti.. nyum nyum.. Lapar sangat kot haa sampai tak sempat nak ambil gambar. HAHA !

Nisakay - 2

 

 

Okay marilah cuci mata sikit dengan koleksi kasut lelaki dari XES. Haa ni kalau bawak abah dengan abang-abang aku mai sini mesti dorang rambang mata jugakkk… Banyak kasut dengan design terbaru ada kat XES ni.. So para lelaki, jangan gundah gulana bila mak, bini, anak, kakak, atau adik anda leka memilih kasut dan beg kat outlet XES, sebab korang pun boleh naik rambang mata sama. Wiwiwiii…

Nisakay - 3

 

Haa ini ada lah sikit gambar kasut dan beg wanita yang dijual di XES ni.. Banyak lagi design yang cantik-cantik, yang kebabomm.. yang sesuai untuk pakai hari-hari, pakai pergi majlis dan sebagainya. Dah namanya perempuan, bila tengok banyak kasut lawa mula la melilau mata tu kan.. Makanya, sekali lagi memang aku tak banyak ambil gambar kasut-kasut yang ada muahahaa.. Kalau nak shopping kasut dan beg boleh lah uols pergi outlet XES ye !

Nisakay - 4

 

Siapa yang ada anak atau adik kecik, jangan gusar.. kat outlet XES ni pun ada kasut kanak-kanak.. Memang pendek kata, satu kedai ni memang tempat shopping kasut sekeluarga lah ! Apa lagi kita mau kan ? Buat pening je nak ke satu kedai, satu kedai yang lain. Haaa duk diam diam dalam satu kedai, semua orang pun boleh dapat kasut satu sorang kekekee…

Nisakay - 11

 

Nisakay - 10

With blogger friend : RUBY.MY

 

Haaa.. dah namanya PARTY kan.. ternyata event kali ni XES menyajikan aktiviti yang menarik untuk blogger dan media yang hadir. Wah wahh I lovee surprise and I loveee fun activities !

Nisakay - 5

DIY TABLE ! Haaa dalam banyak-banyak event yang aku pernah pergi, aktiviti Do It Yourself (DIY) ini jarang dilakukan. So bila ada peluang macam ni, memang agak excited jugak la haha… Kami diberikan sepasang selipar yang kosong, takde corak atau hiasan, dan of cos la kitorang kena buat sendiri hias-menghias tu. Wiwiwiii…

 

Nisakay - 6

Taraaa… Hahaa aku ni jenis yang malas nak bling bling sangat.. So aku just hias selipar aku ni dengan skin leopard kaler pink yoouuuu.. Haha lepas tu letak la sikit batuan batuan untuk menyerlahkan lagi unsur glamorous. Haa selipar pon nak glamor, kau hado ? HAHA ! And we got to take this slipper home for FREE ! Yeayy thank you XES.

 

 

Nisakay - 7

Another activity ! Besttt ! Khasnya untuk wanita lah kan. Tapi aku rasa lelaki pun boleh je nak try manicure or pedicure ni.. Untuk bersihkan kuku dari kutikel apa suma tu kann.. Hee buat kuku pun FREE, aku pun apa lagi, terus grab peluang nak bersihkan dan cantikkan kuku.. Seronok betul event kali ni ! XES memang bestttt..

 

 

Nisakay - 9

Ahaa.. bukan sekadar selipar hias DIY percuma, rawatan kuku percuma, makan percuma hehe.. tapi kami dapat jugak kasut dan beg percuma ! Wahhh sakan betul kawan-kawan blogger dan media pilih kasut dan beg yang telah terpikat di kalbu gituu… Paling-paling pun bawak balik 5 beg sorang kot. Haa ini memang gempak !

 

 

Nisakay - 8

Alhamdulillah… sangat berpuas hati dan bersyukur dengan hasil tangkapan di outlet XES, Kuala Lumpur ni… Company XES ternyata sebuah company yang sangat pemurah, selalu menggembirakan kami para blogger dan media… Produk mereka pun berkualiti dan cantik-cantik.. so bila memilih tu memang sangat sangat rambang mata, rasa macam nak bawak balik semua je !

 

Nisakay - 12

Terima kasih tak terhingga kepada pihak XES yang tak jemu menjemput aku memeriahkan acara-acara yang dianjurkan oleh XES.. Biasa kalau dapat sagu hati, memang dapat kat diri sendiri je.. Memandangkan kali ni dapat lebih, maka aku pilih a pair of flat shoes for my new year’s shoes, beg untuk mak, dan kasut untuk abah dan adik. Alhamdulillah.. rezeki dikongsi dengan keluarga. Syukur kepada ALLAH !

 


Jangan lupa, kalau nak shopping beg atau kasut sekeluarga, boleh terjah outlet XES di Kuala Lumpur :

XES Premium @ Quill City Mall, Kuala Lumpur

Address : F4-13 & F4-13A, 4th Floor, Quill City Mall,
Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur

FB: XES Shoes

Website : http://www.xesshoes.com.my/

 


 

 

XOXO, Putewi Hensem !

4 comments :

Nyamuk Terbang said...

tgk makanan manis pn dh terliur...makanan lain mesti lg sedap kan....bestnya part bleh diy kasut sndri tu....apa2 pun kasut XES mmg memuaskan hati

muja said...

betul punya best kat xes. hari tu beli sepsg ksut dapt 2 pasang,, terbaik!! :D

Hafizin Jamil said...

Mana aci Nisa. Outlet tu ada dekat KL je. Haha

Rosmiza Ali said...

Bestnya! Hope one day boleh kpin Nisa gi event2 macam ni.. ^^,
RosmizaAliDotCom™