Thursday, January 1, 2015

Banjir di Temerloh, Pahang 2014


Assalamualaikum...


Sana sini berita banjir kita dapat lihat / baca.. sama ada kat surat khabar, website.. atau facebook, twitter dan segala jenis laman sosial lahh.. Doa kami di sini untuk mangsa mangsa banjir.. Tapi... tahun ni LAIN. Banjirnya besar lain macam, airnya naik deras tak semena. Tahu-tahu depan rumah dah naik air. Allah. Ini situasi yang paling aku risau selama ni...


Tiap-tiap tahun, setiap kali tiba penghujung tahun, yakni tibanya musim hujan, ramai yang bertanya "Rumah kau banjir tak?" Aku cuma jawab "Temerloh tak banjir. Alhamdulillah takde yang teruk sangat area rumah aku tu..." Tapi... Tahun ni... :(




DI BAWAH : Ini banjir  di Temerloh... berpuluh tahun dulu... tahun 1971.. aku pun belum lahir lagi masa ni.. Dikatakan masa ni bah paling besar dan teruk pernah dihadapi oleh daerah Temerloh dan kawasan sekitarnya.. Besar mana aku kurang pasti, memandangkan aku tak lahir di tahun itu dan mak abah pun belum pernah cerita mengenainya..







Kini.. tahun 2014 mencatatkan kejadian banjir terburuk, mengalahkan rekod lampau.. Aku sendiri, sebagai anak kelahiran Pahang tidak menyangka banjir akan menimpa seteruk ini Baiklah, mungkin tidak seteruk apa yang melanda di Kelantan.. Tapi, bagi kawasan yang tidak pernah dikhuatiri banjir, tiba-tiba naik air, ini jugak merupakan satu kejadian buruk dan teruk bagi penduduk Temerloh Pahang.




Bila tiba musim tengkujuh, kawasan Sungai Pahang dan sekitarnya memang akan mengalami kenaikan air. Tapi alhamdulillah, rasanya sebelum-sebelum ni, aktiviti harian masih boleh dilakukan seperti biasa. Paling-paling pun, kawasan sungai sahaja yang naik air, tak pun paya-paya...




Tapi kali ini... Sedih aku melihat kawasan Bandar Baru Temerloh dinaiki air sampai macam ni sekali ! Aku tak sure lah masa aku kecik-kecik dulu ke, pernah ke tidak air naik macam ni... Bila pusat bandar dinaiki air, maka lumpuhlah segara aktiviti di sini. Sedih jugak bila mendengarkan berita ada yang terkandas di rumah sewa di tengah bandar.. takde letrik, takde makanan.. Nak ke mana-mana tak lepas dah, nak harung air, air naik tinggi jugak, mencecah tingkat kedua bangunan !





Setelah beberapa hari hujan, barulah kawasan Temerloh mendapat liputan dari media utama. Sebelum ni macam kurang liputan... Pusat pemindahan pun semakin ramai penghuni nya. Mana taknya, taman perumahan pun habis dinaiki air ! Allahuakbar... (Dalam gambar : Maybank di pusat bandar Temerloh).








Another part of the town.. nearby Maybank tadi... Kalau macam ni keadaannya, memang lumpuh bandar ni.. 




PINTU MASUK PEJABAT TNB.




BERHAMPIRAN PEJABAT TNB - BANDAR TEMERLOH


TERMINAL BAS UTAMA, BANDAR TEMERLOH


Ini pulak keadaan air di sekitar Jambatan Temerloh yang menghubungkan bandar ke Seberang Temerloh. (NOTE : Paras air mungkin sudah berbeza sekarang)




Penduduk taman perumahan pun terkepung dek kerana air yang naik sampai kat jalan masuk utama. Jalan belakang ke, jalan tikus ke.. menurut khabar terkini masih tak boleh lalu, walaupun redah guna kenderan 4x4. Ada yang advice ikut jalan alternatif, ikut bypass, ikut jalan kampung-kampung.. tapi masih kena ngarok air.


Yang duduk taman perumahan pun terkepung sebab kawasan sekeliling naik air. Barangan kat kedai habis licin dibeli orang. Semuanya risau terputus bekalan makanan. Mujur jugak adik-adik kecik aku sempat datang sini, jadi adik-adik seramai 4 orang ada dengan aku.. Kat rumah ada mak abah dengan abang-abang dan adik aku sorang. Tapi risau jugak, takut bekalan habis... 











Video di atas dikongsi oleh seseorang di group Facebook TEMERLOH, Air di Taman Bahagia Makmur. 







Ini pulak video yang dikongsi oleh ROTARY GALLERY. Oh ye.. pihak Rotary Gallery menyeru semua yang ada footage kejadian banjir di Temerloh atau kawasan sekitarnya, mohon kongsi dengan mereka.. Nak simpan buat bahan sejarah. Siapa tahu sepuluh, dua puluh tahun lagi bakal menjadi catatan sejarah yang bakal kita ingati...




SEMUA GAMBAR DI DALAM ENTRY INI AKU DAPAT DARI GROUP FACEBOOK : TEMERLOH. TERIMA KASIH KERANA BERKONGSI MAKLUMAT TERKINI MENGENAI KEADAAN DI SANA. SUSAH HATI MENGENANGKAN KELUARGA, ALLAH JE TAHU.


Kedai 7E di pecah masuk oleh individu yang tidak berperikemanusiaan.





BERLAKU JUGA BEBERAPA SIRI KEJADIAN PECAH MASUK KEDAI DAN RUMAH YANG DILANDA BANJIR. SUNGGUH, AKU MOHON ALLAH LAKNAT MEREKA YANG MELAKUKAN PERBUATAN KEJI INI DIKALA ORANG LAIN DITIMPA MUSIBAH. 




Add caption
TENGKU MAHKOTA PAHANG dan anak-anaknya yang kacak turun padang menghulur bantuan kepada mangsa banjir. Hmmm sejuk hati patik melihat keprihatinan tuanku dan anak anak....






Doa yang tidak pernah putus juga untuk rakyat Pantai Timur yang terkesan teruk akibat banjir. Semoga bantuan yang dihulur sampai ke tangan yang selayaknya menerima.. Semoga terus tabah menghadapi dugaan...











P/S : Jika ada info yang kurang tepat, mohon perbetulkan. TERIMA KASIH.

6 comments :

Fadzi Razak said...

Tinggi betul banjir dekat Temerloh. Alhamdulilah dekat Pekan area umah tak kena.

Nurul Baidurah said...

banyak dugaan di tahun 2014 ni..

eamy milea said...

semoga semua mangsa tabah hadapi ujianNya

Nadia Johari said...

deras air tu..laju betul

Mrs Yatie said...

Ya Allah, semoga mereka diberikan ketabahan yang kuat dalam diri.

Rosmiza Ali said...

Semoga semua mangsa yang terlibat tabah menghadapi ujian.. Umah mak kite pun terkepung hari tu.. Xleh nak ke mana2.. Tp alhamdulillah, air dah surut.. T_T
RosmizaAliDotCom™