Monday, September 29, 2014

FESYEN - XES memperkenalkan Miss XES Elegant 2014/2015

 

Assalamualaikum..

 

Bercakap mengenai brand XES ni, mesti ramai yang tahu jenama tempatan yang terkenal ni kan. Kasut-kasutnye memang menjadi pilihan aku, sejak aku duduk Shah Alam nak dekat 5 tahun lepas, sejak pertama kali aku discover kedai kasut XES yang terdekat dengan aku. Sejak dari tu, kasut XES memang menjadi pilihan pertama aku, lagi-lagi kalau flat shoes yang sesuai aku bawak pergi jalan-jalan, pergi kelas semualah. Sebab banyak pilihan dan harga memang berpatutan !

 

 

DSC09865

Alhamdulillah.. melalui rakan blogger ku Kak Nannie, aku telah dijemput ke majlis rasmi pengumuman Miss XES Elegant 2014/15 serta menandatangan kontrak selama setahun bersama jenama XES. Haa memandangkan aku pun baru pertama kali menjejakkan kaki ke XES Premium outlet di Glenmarie ni, marilah kita usha usha apa di dalam kedai ye !

 

 

DSC09844

Wah wah wahh !! Ini godaan paling besar di muka bumi ni ! Umpama dihidangkan dengan buffet penuh dengan kasut pelbagai warna dan rekaan, mesti berpinar mata melihatnya ye dak ! Darah pulak mengalir laju naik ke kepala, hampir pitam aku sebab semua kasut cantik-cantik dan mempunyai personaliti tersendiri !

 

 

DSC09861

Haa ni apa ni !! Apa niii !! Ini namanya pencuci mata. HAHA !! Aku memang suka sangat cuci mata tengok kasut ni. Aduhh boleh dikatakan kasut merupakan salah satu titik kelemahan aku.. Satu lagi, kat butik XES ada jugak kasut lelaki, kanak-kanak dan jugak beg-beg tangan rekaan terkini !! Haa tu satu lagi buat iman rapuh tuu ! Kalau nak pujuk aku bagi hadiah beg atau kasut okay ! BAHAHAA..

 

 

 

DSC09845

Antara rakan blogger yang turut memeriahkan majlis haa. Serius tak plan langsung nak pakai baju sama sama biru. Aku rasa inilah yang dikatakan kalau jodoh tak ke mana. Eh ehh ramai pulak jodoh aku kan ? HAHAHA !!! Jangan lupa singgah jugak blog kawan-kawan blogger aku ni eh. Link kat bawah :

 

KLIK MEREKA :

 

 

 

DSC09879-vert

Acara yang dinanti kini berlangsung. MICO PUN diumumkan sebagai MISS XES ELEGANT 2014/15. Kalau nak tahuu.. XES Shoes juga selaku penaja kasut rasmi bagi pertandingan Miss Global Antarabangsa Malaysia 2014. Banyak betul hadiah yang dibawa pulang cik Mico ni haa.. antaranya bekalan kasut dan beg tangan setiap bulan, selama setahun ! Huwaa boleh nangis kot dengar senarai hadiah dia. HAHA !!

 

 

DSC09918

Sempat mengabadikan gambar bersama lucky girl Mico Pun dan jugak Pengarah Urusan Mr Simpson Wong sebelum kita beralih ke acara seterusnya yang lebih dan terlebih eksaited nya. Haaa jeng jeng jenggg..

 

 

 

DSC09867

Miss Sabrina yang sunggoh gorgeous from XES. Thank you so muchh for having me ! Yang best nye mengenai acara bersama XES ni, sebelum masing-masing pulang dan event tamat secara rasminya, rakan-rakan blogger dan media yang hadir diberi peluang untuk memilih SATU barang yang akan dibawa pulang secara percuma ! Haaa ikut lah nak ambil kasut ke.. beg ke.. BEST !!!

 

 

HHAHAHHA

Haa eksaited tu eksaited la jugakk. Aku rasa dalam ramai-ramai aku je lah yang paling susah nak buat keputusan. Nak kasut ke beg ? Kasut ke beg ? Kasut ke beg? Aku agak ade lah dalam lapan ribu lapan belas kali aku duk ulang ayat tu dalam kepala.

 

 

DSC09895

Kasut aku pegang.. beg pun aku bimbit. Semua taknak lepas. Koleksi terbaru dai XES Shoes ni semua lawa-lawa. Boleh berpinar mata lapan belas kali memilih nii ! Memang tak keruan hati nurani aku di kala acara pilih-memilih dimulakan. Gituhh !!

 

 

 

DSC09897Hak memilih hak untuk semua ! Gituuu.. Sampai dua tiga beg dijinjitnya..
Punyalah payah nak buat keputusan kann !

 

 

 

DSC09899

Haaa para jejaka pun bersuka ria memilih kasut. Tapi dah namanya lelaki kan, kejap je pilih kasut. Nampak je yang berkenan, try saiz, terus amik. Takde nak berpinar mata macam kita orang pompuan, buat keputusan macam antara hidup mati je nengoknya HAHA !!! Kat outlet XES jugak banyak pilihan kasut-kasut lelaki yang stylo. Tak caya pi terjah outlet XES yang terdekat okay.

 

 

DSC09912

AKHIRNYAAA…. Aku memilih untuk mengambil sepasang kasut wedges, koleksi terbaru dari XES. Sebab bila fikir-fikir balik, beg tangan aku ni baru je beli masa raya hari tu.. So beg pun dalam keadaan yang sangat baik lagi, maka baiklah aku ambil kasut baruuu. Aku pun dah lama tak dapat kasut baruu. Hiks !

 

 

GOPR1777

Alhamdulillah semua selesai sudahh.. Haha ! Semua gembira dapat kasut / beg baru ye. Kemain bersemangat masing-masing memilih. Terima kasih kak Nannie kerana sudi panjangkan invitation event dan terima kasih XES kerana bermurah hati bagi kami kasut / beg baru ! Goodies bag pun macam-macam dapat ! Syukur alhamdulillah ! Hope tak serik jemput Nisa ke event seterusnya ya !

 

 

10170685_505940602841601_2544411861569855725_n ALHAMDULILLAH ! Selesai semuanya. ! Bergambar le duluu ! Hik hik..

 

 

 

 

 

LIKE XES SHOES FACEBOOK PAGE :
https://www.facebook.com/xesshoes

 

FOLLOW XES SHOES INSTAGRAM :
http://instagram.com/xesshoes

 

 

 

 

 

Terima kasih sudi baca ! Muahhh !!!


Read More»

Thursday, September 25, 2014

Jadi ketua kepada diri sendiri – Veni Vidi Vici !

 

Assalamualaikum..

 

Haa jarang sekali Nisa nak berkongsi mengenai penjagaan keintiman wanita kat blog kan. Bila nak share dengan pembaca semua, maknanya ada sesuatu yang bagus yang Nisa nak share lah tu ! Ahaaa you guys kena teruskan membaca hingga ke perkataan yang terakhir dalam entry ini tau !!

 

222222

Berapa ramai daripada kita para wanita yang betul-betul menitikberatkan kebersihan intim wanita dan menggunakan produk pencucian Miss-V ??? Nisa kompem ramai yang je yang beli produk pencucian Miss-V, tapi tak betul-betul guna. Kadang-kadang cuci, kadang-kadang tidak. Mana sempat la kan ?? Tapi kita tak sedar kepentingan membersihkan Miss-V kita. Ahaaa…

 

Amalan membersihkan Miss-V bukan sahaja membersih dan menyegarkan, malah ia mampu melindungi bahagian intim wanita daripada bakteria yang menyebabkan penyakit dan bau yang tidak menyenangkan, mengurangkan iritasi dan kegatalan. Menggunakan sabun biasa jugak tak sesuai ye kawan-kawan, sebab kandungan pH yang tak sesuai untuk bahagian Miss-V kita.  

 

 

 

sanofi 

Alang-alang sebut pasal produk tu, meh Nisa nak share sekali lah produk apa yang bagus untuk kebersihan Miss-V kita. Produk ni mudah nak kita dapatkan sebab banyak dijual di seluruh Malaysia ni. Lactacyd ! Ada beberapa pilihan jenis produk, untuk disesuaikan dengan kondisi dan kegunaan harian kita.

 

 

KENAPA PILIH LACTACYD ??

Nisa ni jenis suka search info mengenai produk dulu sebelum nak share. Melalui pencarian Nisa, produk Sanofi Lactacyd ni semestinya DERMATOLOGICALLY TESTED, dan diperbuat daripada bahan-bahan yang semulajadi dan lembut untuk bahagian keintiman wanita tanpa ada risiko iritasi tau ! Antara manfaat Sanofi Lactacyd ni, produk dia lembut, bagi kesegaran sepanjang hari, mencerahkan dan mengandungi vitamin E dan colagen ! Haa bagus betul untuk kesegaran dan kebersihan berpanjangan Miss-V kita !

 

 

1

BE YOUR OWN BOSS !

Haa dah terlanjur berkongsi kisah ni, mari marilah semua nak bagitahu, kat facebook page Lactacyd Love Your V ada contest !! Contest yang menawarkan hadiah sehingga RM30,000 untuk mereka yang bertuah yang ingin memulakan atau memajukan perniagaan sendiri. Contest yang tepat bagi mereka yang bercita-cita ingin menjadi ketua untuk diri sendiri ! Haahaa ! Macam aku jugak lah. Kerja sendiri ni best sebab kita tak terikat dengan kontrak syarikat atau waktu kerja yang ketat. Jadi bos kepada diri sendiri ni buat kita ada lebih waktu untuk melakukan aktiviti lain sebab jadual fleksibel.

 

Tapi satu nasihat Nisa, nak jadi bos kepada diri sendiri ni, dalam erti kata lain mempunyai perniagaan sendiri ni memerlukan FOKUS tahap 200% dan SEMANGAT yang membara-bara sampai ke akhirnya ! Jangan sekerat jalan je buat kerja, lepas tu dah malas. Oh no no no ! Jika ada di antara pembaca blog Nisa yang mempunyai minat mendalam terhadap melaksanakan pekerjaan sendiri (tak semestinya perniagaan kan), korang boleh join VENI VIDI VICI contest ! Kongsikan aspirasi korang dan ajak kawan-kawan undi. Mana tahu boleh menang start-up package RM30,000 tu kann ??

 

 

sanofi advert

Ahaaa jadi, gunalah pencuci keintiman wanita untuk kesegaran dan berasa yakin dalam segala urusan harian kita. Nisa syorkan Lactacyd untuk kebaikan optimum Miss-V kita ! Haa as for me, keyakinan tu penting sebab setiap hari Nisa akan berjumpa orang yang berbeza setiap hari untuk urusan perniagaan dan juga event yang berkaitan dengan blog. Tambahan pula, Nisa ni ramai kawan-kawan lelaki, jadi bila dengan kawan-kawan memang kena sentiasa yakin, bolehlah join dorang buat aktiviti lasak pun kan..

 

 

 

sanofi 2

Jadi jangan lupa join CONTEST VENI VIDI VICI. Klik sini :
https://www.facebook.com/lactacydloveyourv

 

 

Jangan lupa klik website :

Malaysia http://www.lactacyd.com.my/

Singapura http://www.lactacyd.com.sg/

 

 

 

 

 

 

 

Terima kasih sudi baca ! Muahhh !!!


Read More»

Saturday, September 20, 2014

ASTRID – Terpukau (klip video & lirik)

 

Assalamualaikum..

 

Haa kisahnya hari minggu kita takde kerja yee.. maka sebelum kejap lagi aku bersiap nak keluar jumpa orang-orang berkepentingan.. mari kita layan lagu niii… Gituuu.. Lagu terbaru dari Astrid. Mula-mula aku dengar biasa je lagu nya, dengar empat lima kali, ehh sedap pulak di pendengaran aku ni. Makna lirik dia lak sungguh la mendalam.. uhuk uhuk ! Tapi ending dia sedih la sebab perempuan tu dapat kad kawin laki yang dia minat ! Sadis nye woi. Tapi takpelah,  Layannnss !

 

 

 

 

Aku memang belum beruntung
Untuk menjatuhkan hatimu
Aku masih belum beruntung
Namun tinggi harapanku
Tuk hidup berdua denganmu


Aku sempurna denganmu
Ku ingin habiskan sisa umurku
Tuhan jadikanlah dia jodohku
Hanya dia yang membuat aku terpukau


Aku sungguh sangat bermimpi
Untuk mendampingi hatimu
Ku masih terus bermimpi
Sangat besar harapanku
Tuk hidup berdua denganmu


Aku sempurna denganmu
Ku ingin habiskan sisa umurku
Tuhan jadikanlah dia jodohku
Hanya dia yang membuat aku terpukau
Denganmu aku sempurna


Denganmu ku ingin habiskan sisa umurku
Tuhan jadikanlah dia jodohku
Hanya dia yang membuat
Denganmu aku sempurna


Denganmu ku ingin habiskan sisa umurku
Tuhan jadikanlah dia jodohku
Hanya dia yang membuat
Hanya dia yang membuat aku terpukau

 

 

 

 

 

 

XOXO !


Read More»

Friday, September 19, 2014

REVIEW FILEM – Nasi Tangas (Nasi Kangkang) : abadikah cinta yang ditundukkan ?

 

Assalamualaikum..

 

Ahaa lama sudah diriku menyepi dari membikin sebarang review filem. Kali ni aku teruja nak share review aku dengan pembaca semua satu filem seram terbitan MIG. Tapi filem seram kali ini bukan macam seram biasa. Biasanya kalau cerita hantu mesti pasal roh yang tak tenang, mati dibunuh, mayat tak dituntut dan sebagainya. Ini elemen seramnya datang dari amalan ilmu hitam NASI TANGAS (Nasi Kangkang).

 

 

nasi tangas 

NASI TANGAS atau nama glemer nya nasi kangkang ni merupakan amalan syirik, terkutuk lagi keji yang diamalkan dengan tujuan untuk menundukkan suami. Haa toksah tanya lah macam mana nak buat nasi kangkang ni kan, mana lah aku tahu. Tapi kalau nak dapatkan gambarannya boleh lah tengok filem NASI TANGAS ni… tapi tahan sikit la ye sebab a bit jijik. Haa main ilmu hitam mana ada bersih-bersih ye dak ??

 

 

IMG_2976 Alkisahnya bila sepasang suami isteri yang baru berkahwin, tetapi si isteri tu mula merasakan cemburu terhadap persabahatan suaminya dengan perempuan lain. Haaa CEMBURU ni pun satu jenis penyakit jiwa raga jugak. Kerana cemburu, manusia boleh sampai melakukan perkara-perkara yang tak terjangkau dek akal. Tu la ada yang sampai main bomoh la, buat jenayah la..

 

 

IMG_2420

Mira (lakonan Adiba Yunus) mula merasakan ragu terhadap suaminya sendiri, Hairi (lakonan Azwan Kombos) kerana melihat persahabatan yang sangat akrab dengan Fatin (lakonan Shima Anuar). Cemburu semakin menjadi-jadi apabila Fatin dilihat lebih memahami citarasa Hairi kerana mereka sudah berkawan baik sejak universiti lagi.

 

Keraguan dan perasaan cemburu Mira semakin tidak terkawal sehinggakan beliau menurut amalan ibunya yang turut memberikan nasi kangkang kepada suaminya sendiri (ayah Mira). Mira semakin terdesak untuk membuatkan Hairi hanya patuh dan menurut kehendaknya, maka Mira mengikut ibunya berjumpa dengan bomoh.

 

 

IMG_3304

Mira pada mulanya gembira dengan perubahan Hairi yang tidak pernah melawan kata-katanya, namun apabila kawan-kawan Hairi cuba untuk menyembuhkan Hairi, Mira semakin tertekan dan terdesak. Mira ni sampai sanggup lakukan apa saja (ilmu hitam) demi memastikan Hairi sentiasa sayang padanya. Haa nak tahu apa benda yang beliau sanggup buat tu, kena lah tengok filem NASI TANGAS ni !

 

 

IMG_5298

IMG_3922

Tapi akhirnya ilmu hitam itu sendiri memakan diri. Dek kerana terlalu sayangkan suami sampai sanggup membelakangkang agama. Berjayakah Mira menundukkan Hairi selamanya ?? Haa nak tahu kenalah tengok filem ni.

 

 

Aku suka filem ni, secara personalnya. Sebab elemen seram yang tidak terlalu sarat datangnya dari permainan ilmu hitam itu. Bukannya dari manusia yang sudah mati. Jadi ada sedikit la kelainan di situ. Jalan ceritanya jugak sedikit sebanyak membuka mata kita mengenai amalan syirik yang dilaknat Allah ini masih diamalkan oleh segelintir masyarakat kita. Hanya kerana kurang yakin dengan kasih sayang suami, sanggup dikangkangnya suami sendiri.

 

Jangan lupa tonton filem ni, ambil iktibar dari filem ni. Ada banyak lagi cara nak buktikan kasih dan sayang, yang pasti BUKAN dengan cara menggunakan sihir atau amalan-amalan yang menyimpang jauh dari sisi agama. Tengok jangan tak tengok tauuu !! Filem NASI TANGAS dah mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia !

 

 

 

 

Terima kasih sudi baca ! Muahhh !!!


Read More»

TRAVEL – Nisakay Ke Korea PART 5

 

Assalamualaikum

 

Alhamdulillah aku dapat feedback baik-baik dari pembaca yang baik-baik mengenai entry-entry percutian aku ke Korea. Kembali ingin diingatkan bahawa, aku bercuti selama seminggu ke Korea bukannya under mana-mana travel agency… tapi cuma mengikuti group trip yang dipandu arah oleh rakan blogger aku, iaitu UZAIR OTHMAN.

 

DSC07519

Okayyy berbalik kepada trip aku ke Korea Selatan, pada hari kelima kami bakal menghabiskan masa satu hari di satu taman tema yang popular di Korea haaa.. Ala-ala Genting Highland jugak tempatnya, cuma bukanlah terletak betul-betul atas gunung macam Genting tu.. Ketinggian dia ala-ala separuh gunung la gitu. Boleh???

 

 

DSC07526 Perjalanan dimulakan dengan sarapan susu pisang ! Aku dah rasa semua perisa. Serius yang light jugak yang sedap haha, mungkin aku suka rasa dia yang ala-ala kurang manis tu? Tapi bagusnya susu pisang ni, buat kita cepat lawas. Ehhh !!

 

 

DSC07533 Ke mana kah kita???

 

 

 

DSC07562 Taraaa… yeayyy sampai sudah di Everland Theme Park, menaiki bas terus ke stesen shuttle bus, lepas tu naik shuttle ke taman tema ni. Entrance dia lawa woii. Suka aku. Ala ala nak masuk istana fantasi je kann.

 

 

 

aaaaa Memandangkan aku datang masa bulan April, lebih kurang pertengahan musim bunga gitu.. maka ada selautan bunga di taman tema ni ! Hahaaa macam melampau-lampau je guna perkataan selautan gitu. Tapi tu lah, banyaknya bunga di merata-rata taman tema amatlah menyejukkan mata yang memandang.

 

 

DSC07572 Lawa pulak staff Everland Theme Park ni.. Unni jom selfie jap ! HAHA ! Nasibbb dia sporting. Daebakkk !!!

 

 

DSC07628

DSC07612 

DSC07642

DSC07661

Okay sejujur-jujurnya aku kalau pergi taman tema macam ni, aku lebih suka buang masa dengan bersiar-siar, naik rides yang tak extreme langsung dan bergmmbar.. bergambar.. sampailah penuh memory card aku. Boleh gitu ? Sebab aku ni penakutlah nak naik rides sume tu. HAHA. Tambah tambah dah nampak bunga dan tempat cantik merata-rata memang aku bergambar je la keje nye kan.

 

 

DSC07683 DSC07663 DSC07687

ALLAH ! Cantikk sangat pemandangan kat sini. Ala-ala English town yang zaman koboi tau. Unik sangat bangunannya. No wonder la ramai jugak datang sini walaupun weekdays ! Warga Korea sendiri ramai yang datang taman tema ni. Syukur masa kami datang tu, kebetulan hari terakhir tulip festival (kot nama dia??) so memang banyak pokok bunga tulip pelbagai warna.

 

 

 

DSC07693 DSC07712 Menyampah pulak tengok gambar sendiri yang mengada-ngada nak naik rides budak-budak. Mula-mula naik tren kecik tu, ambil angin sambil menikmati pemandangan taman penuh bunga. Lepas tu terkinja-kinja nak naik kuda kat merry-go-round HAHA !

 

 

Nahhh.. tepek gambar je lah mampu. Dah tak tahu nak tulis apa. Yang penting datang sini mohon bawak kawan-kawan yang pandai ambil gambar sebab kat sini banyak spot nak amik gambar cun-cun. HAHA !!!

DSC07707 DSC07717 DSC07721 DSC07738

Alkisahnya hari kelima di Korea memang dipenuhi dengan jadual sehari suntuk di Taman Tema Everland. As for me, aku tak berminat langsung nak naik rides yang extreme semua tu. Sebab aku ni penakut ya rabbi, so memang aku buang jauh-jauh idea nak naik rides tu. Nasib laa dapat geng yang kurang minat nak naik rides HAHA. Maka kami habiskan masa kami dengan jalan-jalan di sekitar Everland dan bergambar sepuasnya.. sebab banyak sangat port lawa kat sini!!!

 

 

DSC07750 Jom ! Ikut saya ke Fable Garden ! Acah-acah pengacara siri travelog je ye.

 

 

 

DSC07753Dalam kisah dongeng kura-kura dan arnab berlumba, rupanya akulah peserta ketiga dalam acara larian tu ! Hmm.. mungkin masa tu aku telah bertukar menjadi seekor cacing, maka watak aku tak kelihatan dalam kisah dongeng tersebut. Sedihnye macam ni!

 

 

DSC07762 Dalam hati ada taman bunga Korea.. la la laa~~ Kemain hati berbunga je kat Korea ni. Pergi mana-mana bunga kembang mekar berwarna-warni, mendamaikan hati yang menghayati. Ecececeehhh ! Ayat tak boleh nak jiwang lagi ke?

 

Tapi serious Allah Maha Besar, dijadikanNYA bunga-bunga yang pelbagai bentuk, rupa dan warna. Semua cantik sangat sangat MashaAllah tak dapat nak gambarkan betapa damainya hati sepanjang berada di Korea niiii !! Kalau Malaysia ni sepanjang masa musim bunga kan lawaa hak hakk!!

 

 

DSC07763 Eh eh !! Tengah jalan-jalan terserempak pulak dengan boyfie ittew. Boyfie ittew ade shooting kat sini. Ittew lak tengah bercuti dengan kawan-kawan. Kuat betul jodoh kami, sampai kat Everland ni boleh terjumpa. PUIHHH sila muntah hijau dengan drama menggedik-gedik ittew !!!

 

Hahaa pendek kata, balik je dari Everland ni, kami semua balik rehat. Phewww penat tapi seronok sangat ! Ohh yee, sebelum balik tu aku sempat la cuba satu ride ni. Hmmm apa tah nama dia. Tapi dia macam bulatan, pastu semua duduk, pastu ride tu dia pusing tinggi-tinggi. Apa lagi, memang aku menjerit macam nak putus anak tekak. HAHA !! Then, ade jugak rides bebudak yang aku naik, main bumper car. HAHAAA… Okay lah tu kira naik jugak rides. AHAHAHAA !!!

 

Pendek kata, Everland ni memang cantik and best best jugak rides dia. Ohh ye, kat dalam Everland ni ada tempat main air. I mean naik pelampung besar gila yang muat 8 orang tu, then dia tolak do that pelampung tu dibawa arus. And ade jugak Safari World. Boleh laa tengok Kwangsoo zirafah secara dekat.

 

 

 

 

BERMINAT DENGAN PAKEJ KOREA MACAM NISA PERGI NI ???
CONTACT :
UZAIR OTHMAN

 

 

 

 

 

Terima kasih sudi baca ! Muahhh !!!


Read More»

Friday, September 12, 2014

Cabaran 30 Hari | Hari 10 – Ada apa di dalam beg Nisa Kay ?

 

Assalamualaikum…

 

 

Ahahaa setelah berjaya mengejar entry-entry untuk cabaran 30 hari ni, maka aku kembali out-dated ! Haha kemain busy asyik keluar je.. bila balik dah penat pulak nak mengadap laptop. Kadang-kadang tak boleh tido pon, tapi aku buat research, aku baca buku dan aktiviti-aktiviti lain selain update blog. Takpelah, sekali dah join tu aku berazam nak update jugak semua entry yang lambat pun, taknak lah sekerat jalan je kan. Tak syiok la.

 

DSC09660

So… topiknya untuk cabaran hari kesepuluh ialah apakah harta karun yang berada di dalam beg seorang Nisa Kay ? Hahaa.. Dimaklumkan bahawa aku ni banyak beg.. Tapi once dah jumpa yang berkenan di hati, boleh muat macam-macam barang, maka aku akan stick pakai yang satu tu je. Sudahnya yang lain buat berhabuk je kat rumah !

 

 

 

DSC09662 BENDA-BENDA WAJIB !!! Bekas speck mata, untuk simpan speck la kan bila pakai contact lens. Purse, kunci rumah dan kereta, access card masuk rumah dan juga small pouch untuk variousss membership / discount cards dan juga untuk duit syiling Heheee…

 

 

 

DSC09666 Kalau GADGET pulak.. ini je lah kot yang aku selalu usung ke hulu ke hilir. Kamera Go Pro yang siap-siap attached kat monopod, Go Pro shutter.. henpon.. powerbank (sebab iPhone cepat nau habis bateri!!!!) Dan juga pendrive-pendrive yang mengandungi soft copy logo dan design untuk online shop aku..

 

 

 

DSC09670 Ahaaa… ini MAKEUP KIT aku ! Wajibbb bawak okayy ! Bukan apa, sekarang aku dah malas nak mekap tebal bila keluar rumah. Tapi buatnya tetiba kena jumpa someone ke, ade emergency kena pergi event ke, boleh terus touch up sikit-sikit ye dakk..

 

 

 

DSC09673 Dan lain-lain barang.. namecard… ubat tu ade kat situ sebab masa tu aku selesema.. So ubat memang stand by dalam beg. Dan aku ni jenis WAJIB bawak pen dalam beg. Biasanya ada dua batang pen.. Senang urusan kalau tetiba nak menulis kan. Dan juga shades. Biasanya aku pakai shades bila aku pakai contact lens je..

 

 

DSC09678 So secara keseluruhannya, ini sahajalah yang ada dalam beg aku. Biasanya tetiap hari balik rumah memang aku akan clearkan beg aku dari sebarang resit / tisu / kertas yang tak guna. Aku tak suka semak-semak.

 

Kalau beli beg, aku suka beg yang banyak compartment. Sangat sangat memudahkan aku untuk asingkan barang ikut jenis atau keperluan.. So bila nak cari tu takdelah amik masa selamanya untuk cari barang dalam beg kan. Tapiiii walaupun dah asingkan pon selalu je aku ada masalah nak cari barang yang aku nak. Sobss..

 

 

 

DSC09686

Errrr ini tak termasuk dalam beg aku ye ! Tak muat ler nak sumbat anak-anak bulus ni haa ke dalam beg ! AHAHAHAA.. Kalau dorang ni boleh bawak masuk beg, well-behave, boleh je aku nak bawak dorang teman aku pergi event, pergi jalan-jalan, pergi makan luar kan. Iskkk lonely nye hidup. Kapel dengan kuceng je la camtu. Ehhh!!

 

 

Haaa baiklahh.. sekian sahaja entry kali ini. Tengah cari idea nak update entry travel ni haa.. entry ke Korea hari tu pun sampai Part 4 je kan aku tulis.. Hee nak kena update cepat-cepat, kang aku lupa segala details pulak kangg… Okayyy see you guys di next entry !

 

 

 

 

 

 

Terima kasih sudi baca ! Muahhh !!!


Read More»

Copyright © Nisa Kay