Monday, August 25, 2014

BEAUTY – Lacelle, jenama contact lens terbaru di pasaran !

 

Assalamualaikum..

 

Sebagai pengguna contact lens yang tegar, boleh dikatakan dalam seminggu tu lebih 3 kali aku menggunakan contact lens. Bagi aku, kalau aku ada event atau perjumpaan yang penting, aku lebih suka menggunakan contact lens.. Haa selain nak nampak lebih cantik, aku nak nampak lebih yakin bila berjumpa orang.

 

Tapi malangnya contact lens yang berwarna kebanyakan tak sesuai untuk aku.. Sebab aku suka cari yang berwarna tapi bila pakai tampak lebih semulajadi (natural-looking) dan tidak keterlaluan bila memakainya. Yelah, kalau over sangat kang orang ingat nak pergi costume party pulak ye dakk..

 

DSC08594 DSC08613 

Haaa ini dia aku nak share dengan peminat dan pengguna contact lens se-Malaysia ! Contact lens jenama terbaru lagi terhangat di pasaran – Lacelle by Bausch + Lomb ! Pertama kali dapat contact lens ni, aku dah terjatuh hati pada packaging yang comel. Ada 5 warna menarik pulak tu ! Tak sabar nak cubaaa !

 

lens

Gambar belah kiri : Aku memakai contact lens Lacelle by Bausch + Lomb warna Brown. See? Veryyyyy natural looking kan ? I love it to the max ! Haha ! Sesuai sangat dipakai bila nak menghadiri majlis atau acara formal, supaya tak nampak keterlaluan dan sangat masuk dengan warna mata kita.

 

Gambar belah kanan : Aku pakai contact lens Lacelle by Bausch + Lomb  warna Jubilee Violet. Sejujurnya aku tak pernah berani cuba contact lens selain warna hitam dan brown sebab takut nampak pelik. Tapi kali ni, memang jatuh cinta pada contact lens Lacelle ni sebab warna dan design lens ni sangat cantik dan bila pakai tak nampak pelik haha !

 

I LOVE LACELLE CONTACT LENS BECAUSE… sangat selesa memakainya ! Pakai contact lens berjam-jam pun tak rasa rimas, tak rasa gatal-gatal kat mata.. dan senang pakai sebab lens dia lembut. Design dan warna yang unik pun menjadi kegemaran Nisa..

 

 

2DSC08751 

Ohhh ye.. bercakap pasal contact lens Lacelle by Bausch + Lomb ni… aku nak ajak korang ramai-ramai serbu Lacelle #WOW truck sebab korang boleh dapat contact lens free !! Haaa seronok kann. Cuma daftar sebagai peserta “Face of Lacelle” dan korang akan dapat kupon untuk redeem sepasang contact lens percuma dari Lacelle.

 

 

DSC08761

Sesudah mendaftar tu, gambar anda akan diambil oleh photographer dan gambar anda akan diupload di website LACELLE sebagai peserta “Face Of Lacelle” !

 

 

DSC08768 

Gambar yang diambil oleh photographer professional. Ahaaa… agak-agaknya ada tak Nisa nak menang pertandingan “Face Of Lacelle” ni? Ihikkss… Kalau anda semua nak tahu, dengan join “Face Of Lacelle” photo contest ni, anda berpeluang menjadi pemenang mingguan yang akan menerima hadiah berupa RM500 fashion fast forward voucher dan RM150 baucer Sephora !! Dan seramai 4 orang pemenang saguhati mingguan pulak akan dapat baucer Sephora bernilai RM150.

 

 

Untitled

Ohh yee.. memandangkan Nisa pun join pertandingan “Face Of Lacelle” ni, boleh lah you guys vote nisa di website LACELLE yee ! Hik hik hik.. kalau nak tahu, pemenang utama akan dilantik menjadi duta pertama Lacelle di Malaysia ! Kemudian dapat muncul pula di majalah-majalah dan media digital. Yang paling best dapat wang tunai RM1000 dan trip untuk dua orang ke Hong Kong selama 4 hari 3 malam !! Hadiah juga termasuk bekalan contact lens Lacelle by Bausch + Lomb selamat setahun !

 

 

Wahh rugi lah kalau tak masuk “Face Of Lacelle” photo contest ni kannn.. ! Dapat menang hadiah mingguan pun dah best ! Oh yee.. undi Nisa di website LACELLE juga ye ! HAHAHA ! Search by name KHAIRUNNISA..  Kot laa dapat jadi duta produk ni, ye dakk???

 

 

Dan kepada yang masih belum serbu Lacelle #WOW truck ni, boleh semak link ini : http://www.lacelle.com.my/roadshows untuk senarai roadshow oleh Lacelle okay !

 

LIKE JUGA FACEBOOK LACELLE MALAYSIA :
https://www.facebook.com/lacellemy

 

 

 

 

 

THANK YOU!!


Read More»

Saturday, August 23, 2014

SANTAI – Chemistry Cafe, kafe konsep umpama di makmal kimia !

 

Assalamualaikum…

 

Haa kisahnya nak share dengan pembaca semua, satu lagi port baekk punya nak lepak, nak spend time dengan kawan dan makan makanan sedap. Mungkin ramai yang dah tahu pasal kafe ni, lagi-lagi kalau you guys memang duduk kat Shah Alam. Kafe berkonsep macam ni semakin popular, dan ramai pemilik kafe yang berlumba-lumba nak jadikan kafe mereka unik untuk menarik minat pelanggan.

 

Bagi aku, kafe berkonsep macam ni banyak kat negara luar seperti Korea dan Jepun. Kita boleh tengok kafe-kafe yang cozy, cecantiks dalam drama dorang kan. Sekarang kat Malaysia dah makin banyak. Dan paling best makin banyak kat Shah Alam haha ! Senang aku nak pergi.

 

 

DSC09262

CHEMISTRY CAFE + LAB ni terletak di Seksyen 7, Shah Alam. Siapa yang tahu Restoran Hakim baru tu, haa kafe ni terletak sebaris je dengan Hakim tu.. dan kafe ni mengadap jalan raya. Senang nak cari ni.. Dulu kedai ni kedai gambar.. lepas tu bertukar jadi kafe pulak, mungkin kedai gambar tu dah tutup.. Menurut staf kafe ni, Chemistry Cafe ni baru je beroperasi lebih kurang 3 bulan macam tu..

 

 

 

DSC09296

Perkara pertama yang amat menarik perhatian aku tatkala melangkah masuk ke kafe ni. Meja singki ! Hahaa kreatif sungguh laaa mereka ni kannn.. Kalau setakat korang nak lepak minum, makan pastri.. haa korang tak yah guna ruang yang besar pun, boleh duduk dengan stylo nye kat meja singki ni.

 

 

 

DSC09279

Suasana yang sangat cozy dan mesra pengguna gitu. Kirenye memang another spot yang best laa untuk kita melepak minum-minum, makan-makan.. Gituuu..

 

 

 

DSC09285 DSC09288

Seriously aku sangat menggemari kafe berkonsep macam ni. Lagi unik, lagi pelik konsep dia, lagi syiokk nak lepak. Lagi syiok nak bergambau tak gituuu… Memang tempat yang tak jemu kalau datang selalu pun.

 

 

 

DSC09292 DSC09291 Penggunaan radas-radas makmal memang dimaksimakan sebaik mungkin untuk menepati keperluan dalam kafe ni. Pergghh rasa lama pulak tak guna perkataan radas ni. HAHA ! Rindu pulak kelas Kimia walaupun subjek Kimia bukanlah kegemaran aku ! Hahaaa !!!

 

 

DSC09272 Masa untuk makan ! Njam njam !!

 

 

DSC09267 Lasagna yang di-order oleh kawan aku. Sedap ! Isinya penuh dan “tak kedekut” keju. Hahaaa ..

 

 

DSC09275

Sebagai penggemar spaghetti, kalau datang ke kedai yang ada jual spaghetti, pasti aku cuba ! Haaa yang ini memang sedappp. Spaghetti beef bolognese nya memang berasa ! Ada rasa keju sikit serta black pepper. Portion nye sederhana sesuai untuk dibuat alas perut.. minum petang.. tapi kalau bagi aku yang perut comel ni, portion banyak ini memang sesedap rasa buat kenyang ! HEHE…

 

 

 

DSC09284

Paling aku suka. HAHA ! Yang ade pokok bunga tu hiasan atas meja. Yang warna kuning dalam conical flask tu air yang aku order, iaitu CHEMICAL REACTION (smoothies gabungan strawberry, pisang dan mangga) yang memang sedappppp !!!! Yang dalam jag plastik kecik tu, air green tea apa tah kawan aku order.. ehheee.

 

 

 

DSC09298 DSC09271

 

Haaa hanya mampu share gambar-gambar sekitar kafe je laa. Hahaa seriously kalau korang ada di area Shah Alam boleh lah singgah minum-minum ke CHEMISTRY CAFE ni okay? Serious boleh jatuh cinta lah tempat ni. Semestinya aku akan datang lagiiii bawak kawan-kawan hew hew.

 

 

CHEMISTRY CAFE + LAB

Waktu Operasi :
Monday-Friday : 3pm-1am
Saturday&Sun : 2pm-2am

Alamat :
No 26, Jalan Kristal J7/J, Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor

Instagram :
http://instagram.com/chemistrycafe

 

 

 

 

 

XOXO !


Read More»

Friday, August 22, 2014

TRAVEL – Trip Sahabat Media 2014 ke Johor PART 3

 

Assalamualaikum..

 

Kini tiba sudah bahagian terakhir kisah perjalanan aku di Johor, luaskan kuasamu! Ambui kemainn.. Part last ni fun fun sikit laa.. sebab pergi pun tempat yang fun fun gituu hahaa.. Kalau nak tahu, memang sesuai la bawak kanak-kanak pergi tempat nii. Satu family pon boleh pergi.

 

lats

Kami melawat ke LAT’S PLACE yang terletak di Puteri Harbour Theme Park, Nusajaya Johor. Di sini kami ada majlis press conference berkenaan dengan perkembangan dan tawaran terbaru pelancongan di negeri Johor khususnya.. Bagi peminat kartun oleh Lat, boleh dapatkan jugak souvenir berasaskan kartun Lat di sini ya !

 

 

GOPR0777 Lepas majlis press conference, masa untuk penuhkan perut pulakk ! Lunch di TRADERS HOTEL, Puteri Harbour Nusajaya, Johor.

 

 

 

food Nyum nyum nyumm.. lapar balik la pulakkk tengok makanan ni semua haihhh ! HAHA !! Teringat kesedapan makanan kat sini ! Banyak pilihan pulak tuu.. Pencuci mulut pun beraneka jenis dan rupa ! Aduhh sabor je laa. perut ni kecik maka boleh sumbat sikit sajooo..

 

 

GOPR0807 Hahaaa ini paling menarik.. Semua duk tanya aku tempat ni masa aku upload gambar di instagram aku. Inilah SANRIO HELLO KITTY TOWN yang terletak di dalam bangunan di Puteri Harbour Theme Park, Nusajaya, Johor. Siapa yang dah tahu tu haa boleh laaa pergi kat sini ye, terutamanya peminat HELLO KITTY !!

 

 

kitty

Kat Hello Kitty Town ni korang akan masuk ke rumah Hello Kitty yang seriusss comeyyyy gilerr.. Dan kalau korang datang pada waktu yang tertentu akan ada persembahan oleh Hello Kitty dan rakan-rakan ! Gituhh. Puas jugak la berjoget sakan bila part Hello Kitty menyanyi-nyanyi tu muahahaa !! Ter-jadi budak-budak lak kejap..

 

 

TLBC

Dalam bangunan yang sama, korang boleh jugak kunjungi THE LITTLE BIG CLUB, di mana di sini terdapat gabungan kartun-kartun popular seperti Pingu, Bob The Builder, Thomas & Friends dan banyak lagi. Memang mood budak-budak memang TURN ON la bila masuk tempat comel-comel macam ni.. Ada jugak a few small rides and indoor playground untuk kanak-kanak.

 

 

GOPR0833

Lastttt but not least, LEGOLAND ! Haaa kalau dah masuk area Nusajaya ni tapi tak pergi LEGOLAND macam tak kena je dak? Tapi trip kali ni, aku berpeluang masuk ke Legoland Hotel ! Haa tapi malangnya kami tak dapat nak meninjau bilik-bilik kat hotel ni sebab FULL ! Haa nampak tak betapa hotel ni mendapat sambutan ramai ?

 

 

lego2 

Serba sedikit gambar suasana sekitar Legoland Hotel. Memang tema lego 100%. Entah berapa juta keping lego laa dorang dah guna untuk bina segala-gala perhiasan lego tu.. Macam-macam benda dorang boleh buat dengan lego ni ! UNIK dan kreatif semestinya !!

 

 

Baiklahhh.. sekian sudah entry sepanjang perjalanan Nisa dan rakan-rakan media di negeri Johor Darul Takzim. Terima kasih kepada Santai Travel dan Tourism Malaysia kerana sudi bagi peluang kat aku untuk join trip ni. Learned new things, made new friends and more experiences ! Alhamdulillah kami selamat pergi dan selamat kembali.. Till next trip to Melaka !

 

 

 

 

XOXO !


Read More»

TRAVEL – Trip Sahabat Media 2014 ke Johor PART 2

 

Assalamualaikum..

 

 

Ahaa marilah kita secara bersama-sama menyambung kisah trip Sahabat Media aku ke Johor ye? Haa dah nak ke trip yang seterusnya baru tau haru-biru nak update trip ke Johor ye? Padan muka diri sendiri, siapa suruh pemalas nau update belog? Hahaa !

 

 

Lokasi pertama kami di hari kedua ialah Perkampungan Homestay di Kulaijaya Johor. Haaa homestay bukan sebarang homestay, ada jugak beberapa aktiviti yang best kami kat kampung nii. Best laa sebab semuanya berkaitan dengan makanan ! Haa kalau dah mai sini, tak try makanan tempatan memang tak sah la kan kannn..

 

 

GOPR0622

Mula-mula sekali kami terjah tempat memproses ZAI MI SIPUT di Kampung Seri Paya, Kulaijaya Johor ni.. Siput bukan sebarang siput, mi siput yang dihasilkan adalah 100% homemade dan sememangnya halal, serta bebas bahan pengawet !

 

 

mi siput

Ahaaaa kami pun dihidangkan dengan juadah-juadah yang dimasak menggunakan mi siput. Paling menarik perhatian aku, mi soto dengan bebola daging ! Haaa.. Pada yang tak familiar dengan mi siput ni, mi ni korang boleh masak macam mi biasa. Nak buat mi goreng ka, mi sup kaa, semua boleh. Rendam je sampai mi tu kembang then boleh masak macam biasa. Kalau nak goreng terus pun boleh, lepas tu cicah dengan sambal ikan bilis. Pergghh terbaikk !!!

 

 

DSC08942 Acah-acah kena candid masa nak makan la kononnye. Padahal dah habis separuh mangkuk baru laa haru-biru nak ambil gambau ahaha !!

 

 

KJ

Seterusnya kami melawat ke tempat memproses Otak-otak KJ yang terkenal kat Johor ni… Makan lagi hahaha ! Kalau hari-hari macam ni kan best, barulah cerah sikit harapan aku nak naikkan berat badan.. Iskk isk. Sedap-sedap pulak tu makanan dia.

 

 

 

GOPR0654

Nak jugak tu menyibuk orang tengah sibuk balut otak-otak. Haa kalau aku yang buat tu, alamatnya tak jadi otak-otak laa.. kot nanti jadi paru-paru. Ehh !

 

 

 

GOPR0667 Kemudian kami ke HOMESTAY SERI PAYA. Pergghh besau nau rumah niii! Banyak bilik, ruang dan luas.. selesa sangat ! Kalau korang nak duk homestay ramai-ramai, boleh laa usha http://homestaykampungsripaya.blogspot.com/ untuk maklumat lanjut ye ! Haa maka kami pon makannn lagii. Muahahahaa…

 

 

 

homestay

Haaa meh share sikit rupa dalam homestay ni. Luas dan sangat selesa ! Laman depan pun luas sangat, rakan-rakan media yang lain siap main game ala kampung lagi haa kat depan tu, sementara aku helokk je merebahkan diri di atas katil nan selesa. Haha !!

 

 

 

cendawan

Sempat juga kami singgah di tempat pembiakan cendawan. Haa yang duk makan hari-hari tu macam ni lah tempat buat dia.. Memang nak ternak cendawan pun kena jaga supaya tak kena jangkitan ke apa.. Gituhh…

 

 

 

GOPR0706

Setelah seharian di perkampungan homestay, makan.. makan .. dan makan.. HAHA ! Kami akhirnya tiba di HOTEL RENAISSANCE JOHOR BAHRU yang terletak di Permas Jaya. Hotel 5 bintang uollss ! No wonder la semua rerakan ku di dalam gambar ni heksaited tak hengat ! Muahaha !

 

 

presidential suite

Kami sempat dibawa melihat semua jenis bilik yang ada di Hotel Renaissance ni. Yang paling menarik ialah satu-satunya PRESIDENTIAL SUITE yang terletak di tingkat 17 hotel ni. Tinggi nye makkk ! Takut nau tapi bebuat sporting bila diajak selfie. Muahaha. Bilik ni sangat la besar dah macam kondo pulak. Siap dapur, ruang tamu bagai. Fuhh beriban-riban kot harganya satu malam !

 

 

 

GOPR0752

Baiklahh.. badan pun dah penattt… maka marilah kita berehat dan membersihkan diri.. Malamnye tu kami jalan-jalan kat sekitar Bazar Karat, JB. Tapi aku penat sangat sampai tak menyempat nak snap apa-apa gambar pun.. Takpelah nanti korang google eh haha ! Adoih.

 

Haa maka berakhirlah entry part 2 nii. Gigih nau menaip pepagi buta sebab nak kejarkan trip seterusnya. Karang melambak-lambak pulak entry padal travel, tak pasal-pasal blog aku ni jadi blog travel pulakk. Hahaha aku ni bukan lah TRAVEL BLOGGER tapi dah memang kaki ni haipp suka nau berjalan, maka nak buat macam mana kan kan. Sooo jumpa di bahagian terakhir trip ke Johor ye !

 

 

 

 

XOXO !


Read More»

TRAVEL – Trip Sahabat Media 2014 ke Johor PART 1

 

Assalamualaikum..

 

Wah wah wahh lama sungguh aku tak join trip Sahabat Media anjuran Santai Travel dengan kerjasama Tourism Malaysia ni tauu ! Aku pernah join beberapa trip dengan Santai Travel, memang best ! Sebab dorang semua sporting, dapat kenal kawan baru pulak dalam kalangan media online dan juga mainstream. Seronok, berjalan-jalan sambil buat kawan ni. Hee..

 

Maka dari perkhabaran seorang rakan, aku pun dapat tahu pasal trip Sahabat Media ke Johor ni. Hee alhamdulillah ade jugak kekosongan untuk aku menyibukkan diri. Bukan apa, aku masa tu nak kan sesi getaway kononnya, lalu aku memilih untuk bawak diri ke Johor. Bahaha ! Atur cara trip ni pulak macam syiok je kan.

 

GOPR0447

Ahaaa ini lah lokasi pertama kami sesampainya kumpulan Sahabat Media ke negeri Luaskan Kuasamu niii. LADANG NENAS yang terletak di Pontian, Johor. Haa mesti korang pelik, apa lah yang best nya kat ladang nenas seluas 300 ekar ni? Besau nau oii tanahnya penuh dengan pokok nenas jaa. Tengok la dalam gambar kat atas, hujungggg dunia tu baru ada ladang kelapa sawit !

 

 

 

GOPR0437

Selain dari menjadi port aku mendapatkan gambar-gambar menarik ala pre-wedding (puihh!), ladang nenas ni ada bermacam jenis dan spesis buah nenas ! Nama nenas yang korang tak pernah dengar pun korang akan jumpa kat sini. Yang best nya, kami kat sini dihidang dengan buah-buah nenas pelbagai jenis yang sedap ya amat ! Ada yang manis sangat, ada yang masam manis. Terbaik!!!

 

 

DSC08780

Hidangan makanan tengahari yang berasaskan nenas ! Haa gulai nenas, nasi nenas, acar nenas, buah nenas pencuci mulut. Mampuu??? Haha memang penuh perut kami seharian makan nenas jeee ! Nenas yang dihidangkan pada kami pulak ada macam-macam gred. Kot la korang nak buat kenduri ke, nak beli nenas banyak-banyak cuba la mai ladang nenas ni.

 

 

nictar

Seterusnya.. lokasi kami ialah ladang nenas jugakk! Hahaa.. nama tempat ni Nictar Bee Farm. Selain menternak.. eh! Menanam nenas.. mereka ada ternak lebah untuk dapatkan madu asli. Haa madu pun ada bermacam jenis, korang boleh dapatkan di sini. Yang best nya, kat sini ade SWEET CORN ORIGINAL ! Kenapa aku kata original? Sebab jagung mentah tak payah kukus bagai, memang rasanya sedia manis !

 

 

 

GOPR0489

Bersama sebahagian rakan media yang turut mengikuti trip ke Johor di ladang nenas Nictar Bee Farm. Ohh ye, dalam goodies yang diberi, kami dapat sos cili yang dibuat khas daripada bahan-bahan seperti nenas dan lain-lain. Sedap hoii, boleh lah search Nictar Bee Farm dan datang beli kat sini ye !

 

 

DSC08821 Matapelajaran geografi + sains sikit ye semua. Ini lah rupa bunga nenas. Nenas yang baru nak tumbuh gituuu. Jangan ade yang dapat idea nak pegang jambangan bunga nenas lak di hari perkahwinan. Wakakaaa…

 

 

muzium

Lokasi ketiga kami pada hari pertama di Johor ialah kunjungan pendek ke Muzium Nanas di Pontian. Haa kat muzium kecil ni korang boleh belajar sikit la asal-usul buah nenas, apa produk yang berasaskan buah nenas dan serba sedikit info semuanya berkaitan dengan buah nenas ni. Korang boleh tengok demonstrasi bagaimana benang dihasilkan dari daun nenas. Haaa kompem ramai tak tau ! Kikikii aku pun baru tahu. BAHAHA!!

 

 

GOPR0499

Lokasi seterusnya yang memang menarik perhatian aku ialah RUMAH BUGIS ! Haa ini rumah asli budaya Bugis yang masih bersisa di Pontian Johor niii.. Pembaikpulihan rumah ni saja makan jumlah jutaan ringgit. Perabot dan konsep dalam rumah ni memang originally Bugis style ! Hahaa gituhh.

 

 

bugis

Ahaaa kisahnya memang tak puas bergambar dalam rumah ni. Aku rasa aku dah jatuh cinta jugaklah dengan elemen unik budaya Bugis ni.. sebab semuanya tampak tradisional, unik dan suasana yang sangat best. Tak tau lah nak cakap macam mana tapi aku suka sangat Rumah Bugis nii. Kisahnya, segenap rumah ni nampak cantik dan unik dan best bergambar haha.

 

 

DSC08867

Next is TAMAN NEGARA JOHOR TANJUNG PIAI. Aku selalu dengar nama Tanjung Piai ni.. Sememangnya popular sebab Tanjung Piai ni merupakan lokasi penghujung benua Asia gituuu. Gila tak tau, pengetahuan am nih ! Siapa tak tahu aku sekeh sorang-sorang kang ahahha !!

 

 

 

GOPR0546

Sebelum mentari melabuhkan tirai harinya, sempat kami berjalan di pinggiran pantai dan bergambar di betul-betul penghujung benua Asia tu. Tapi dalam perjalanan ke penghujungnya haruslah bergambar acah-acah deep macam ni kan kan.. Muehehe.. But actually aku memang sangat sukakan suasana damai dan berangin di tepi pantai.

 

 

 

GOPR0562

KOGRATULESYEN ! Kini anda betul-betul berada di titik penghujung Benua Asia ! Syabassss kepada diri sendiri. Boleh? Hahaa ! Seronok lepak-lepak tepi laut tapi dah nak senja kan, takleh pulak laa berlama-lama kat sinii.

 

 

 

GOPR0566

Maafkan kami pelis. Kami mungkin terlalu eksaited sebab pertama kali sampai di penghujung benua Asia. Dengan ini juga, rasmilah bahawa aku pernah berada di kedua-dua penghujung Malaysia – yang pertamanya dekat sempadan Thai di Kelantan, dan keduanya inilah dia penghujung Benua Asia. Gittuuuu…

 

 

 

GOPR0581

Setelah seharian kami ber-masham bersama-sama, berjalan bersama-sama… Kini tiba masa untuk merehatkan diri di katil hotel yang super selesa.. Terima kasih kepada DOUBLETREE by HILTON Johor Bahru untuk penginapan kami satu malam di sini ! Best hotel niii, baru lagi bukak, terletak di Menara Landmark.

 

 

Baiklah.. selesai entry part 1 untuk trip ke Johor minggu lepas.. Mohon dikurniakan kekuatan untuk teurs menaip part-part seterusnyaaa.. Sebab nanti ada trip ke Melaka lak! Hey heyyy tak sabarrr. Hihihihiii… Thanks for reading !

 

 

 

XOXO !


Read More»

Copyright © Nisa Kay