Friday, December 19, 2014

Eh eh.. kejap HALAL kejap tidak ?




Assalamualaikum..




Hmm.. satu topik yang agak berat nak ditulis sebenarnya kalau sentuh bab bab HALAL ke tidak ni kan.. Isu HALAL ni sememangnya isu yang besar lagi berat lagi penting bagi kita rakyat Malaysia.. lagi lagi negara kita ni kebanyakan penduduk beragama Islam… dah terang terang Islam sebagai agama rasmi kan..


Kalau sentuh bab-bab halal ke tidak ni, mostly isu yang disentuh ialah isu berkaitan dengan MAKANAN atau MINUMAN. Lagi-lagi kat negara kita ni banyak jenama makanan kan.. lagi lah isu ni akan dikaitkan.. Hmm.. macam kes coklat Cadbury hari tu kan kan kan. Mau tak kecoh seantero Malaysia ni masa sijil HALAL Cadbury digantung sementara.




Baca semula : DIGANTUNG SEMENTARA
Sebenarnya agak kecewa bila wujudnya golongan yang terus menghukum TANPA MENYELIDIK dulu.. kalau ikutkan bahasa Malaysia yang kita belajar, rasanya tak perlu nak explain balik kot frasa DIGANTUNG SEMENTARA tu.. kecoh la makcik pakcik kat kedai kopi membentang surat khabar atas meja, berlawan-lawan la para keyboard warriors kat alam maya pasal isu ni.


Pelik jugak kenapa ada yang nak menghentam habis-habisan.. Puas jugak aku teliti frasa di atas. Tidak pulak dinyatakan sijil halal nye DITARIK atau DIBATALKAN atau DIMANSUHKAN ke apa… cuma digantung sementara untuk memberi laluan kepada proses siasatan teliti dilakukan ke atas produk dan kilang Cadbury sendiri…


Masa isu coklat ada DNA oink oink ni… sana sini JAKIM kena hentam pasal tak buat keje betul-betul… kilang Cadbury jual produk haram laa.. bla bla blaa.. penat aku baca kat timeline fesbuk haa pasal kes ni ! Kita pulak yang membaca “fakta-faktun” yang dilontar sang keyboard warriors tak berwajah, kita ni buat apa ?




BAGI AKU SENDIRI LAA… (Diri aku eh, bukan orang lain) ..
Aku akan berasa bodohlah diri ini andai aku terus mempercayai setiap perkataan yang bertebaran kat laman sosial. Dah kita ni duduk nya dalam zaman dan era yang serba canggih, serba pantas.. apa kata KITA YANG CARI KESAHIHANNYA ? Informasi yang kita perlu sekarang ni semua hujung jari. Korang gugel je, semua keluar pap pap kat skrin komputer. Tapi kita pun nak membaca info pon, pilih lah dari sumber yang sahih. Jangan pulak pergi baca kat laman laman web atau blog yang kita tak tahu kredibilitinya kan kan kann…





SO HALAL KE TIDAK NI ?

Yang tak boleh blah nye, yang duk kutuk badan JAKIM punya kerja. Ya Allah, camne tah nak kasi faham orang macam ni.. Tahukah korang bahawasanya nak mengiktiraf sesuatu produk itu sebagai produk yang HALAL digunakan / diambil / dimakan, ia melalui prosedur yang sangat sangat ketat dan sangat teliti.. bukan senang nak bagi sijil HALAL kat mana mana produk tau !

Jadi, dalam isu coklat Cadbury tidak lama dulu, pihak JAKIM telah pun melakukan siasatan secara menyeluruh untuk memastikan setiap inci kilang dan mesin pembuatan coklat Cadbury tu bebas dari sebarang bahan atau unsur unsur yang haram dimakan / diambil oleh kita orang Islam. Tu plastik pembungkus pun dia siasat bahan-bahan dia semua ! Tak boleh lah ada yang sesuka hati tuduh kerja JAKIM macam mana.. proses siasatan pun bukan ambil masa sekejap!




PENDEK KATA… Yakinlah dengan JAKIM, sebab amanah yang digalas oleh pihak JAKIM sangatlah berat dunia akhirat ha !! Kita yang duk bising kat laman sosial ni, mampu ke nak menggalasnya ? Kalau korang was was dengan JAKIM, maknanya korang was was dengan semua produk yang telah JAKIM iktiraf halal. Hahh macam mana tu ? Nak rasa was was pun biar dengan ilmu pengetahuan dan ilmu tu biar dari sumber yang benar okay ?


Dan produk yang disyaki ada DNA oink oink tu dah pun disahkan HALAL. So please open up your mind and bersyukurlah coklat sedap ni halal.. jom lah makan tanpa was was ya. Hahaa…





Aku nak share dengan korang sekali, boleh baca pasal sistem jaminan halal kat sini :
http://www.halal.gov.my/v4/index.php/my/garis-panduan/sistem-jaminan-halal




AWASI RASA WAS WAS ANDA .. :)


13 comments :

Nur As said...

betul2. Kena yakin dengan jakim. Jakim the only one trusted co kot. Yang lain tu tak tahu lee

Mysara Ab Rahman said...

itula...msh ada lgi org yg mmpertikaikan jakim..xpaham btul

Nur Inani said...

nak was awas pun ada tempatnyaa.. jakim dah buat kerja diorang dengan beul :)

Maria Hasun said...

sokong

sawan91 said...

Assalamualaikum...

boleh kan saya nak buat penambahan kat sini,

Yakinlah dgn JAKIM, saya sendiri kerja di jabatan kimia dan dah sahkan yang produk Cadburry tu bebas dari unsur2 yang haram...

produk yg diorg kata ada unsur tu bukan diorg ambil dari kilang tapi dari kedai yang kita boleh tau berlaku pencemaran mungkin dari kedai tu sendiri,,,

Cadburry pun bertanggungjawb bila dgr produk diorg disyakwasangka terus diorg tarik smua pengeluaran diorg, nmpklah diorg gentlemen,,, rugilah spe xmkn coklat caburry

tq cik nisa,,, sorry terlebih ckp,,

Sue Sopian said...

agree with Nisa..

If sesapa yg masih ragu-ragu dgn JAKIM, tak ke macam ragu-ragu dgn status HALAL produk-produk yg lain.. huhu.. wallahu'alam..

eamy milea said...

kalau was2 jatuhnya haram.. wallahuallam..

Anonymous said...

Biasa la keyboard warior ni cik nisa...

dia orang ingat pegawai-pegawai jakim ni kena cop tiap-tiap bungkusan produk barulah tak makan gaji buta kot?

yoorin melacolea said...

propa je org yg nak bash jakim lg pasal isu cadbury... hadeh.. kalau ragu2, produk lain2 pon dia dah kira was2 jugak laa kann..

munira said...

kadang2 yg best tu, org2 yg dok kata jakim tak buat keje la, cadbury haram la, itu la, ini la, diorang ni jugak yg dok frequent kedai2 dan beli produk2 yg sah2 takde pengesahan halal dari jakim atau badan2 halal yg diiktiraf. haaa... tu mcm mana pulak tu kan?

satu lagi, sebenarnya was-was berlebihan dan tak kena tempat ni pun sebenarnya penyakir syaitan jugak ni. so hati-hati...

adarain said...

Terpulang kepada hak individu masing-masing dalam isu ini yang penting jakim sudah buat yang terbaik yang berlandaskan Islam

HASRUL HASSAN said...

Hmmmm ada juga produk import yang tak ada tanda Halal Jakim mahupun mana-mana badan diiktiraf, yang ramai kata produk tu Halal. Bila Jakim kata produk tu TIADA SIJIL HALAL .. ramai tak ambil pedulik, still ambil produk tu sbb percaya dengan kata-kata Syarikat tu ... hoho

Suriya Majid said...

pada akak sijil halal tu penting, tak kiralah Malaysia ke tidak. kena hati-hati. cuma kalau JAKIM dah kata halal, insyaallah halallah produk itu. berbaik sangka. tapi kalau rasa was-was, tak payahlah nak makan

http://welovesusuibu.blogspot.com/2014/12/5-cara-mudah-bantu-mangsa-banjir.html