Saturday, November 1, 2014

Sidang Media – Running Man Race Start Fan Meeting di Malaysia

 

 

Assalamualaikum…

 

Pertama kali dapat khabar yang ada rakan blogger nak ajak aku sertai majlis sidang media ni, aku rasa nak melompat terjun tingkat 10, lepas tu lompat naik atas balik. HAHA. Boleh gitu ? Memang teramat gembira.. Ye lah, setelah sekian lama mengikuti siri rancangan Running Man, aku kini mendapat peluang nak bertentang mata ehem ehem dengan bintang-bintang Running Man ! Hahaa..

 

DSC00879

Alkisahnya, siri jelajah RACE START : Running Man Fan Meeting akhirnya sampai ke Malaysia ! Setelah ke beberapa negara seperti Indonesia dan juga Hong Kong.. Fuhh memang ternanti-nanti jugak lah nak tengok bintang-bintang Running Man ni depan mata.. Before this Kwang Soo pernah ada fan meeting, tapi tak kesampaian nak pergi.. Haha dengan Jong Kook ada showcase kat sini pun tak pergi. So bila ramai sikit ahlis Running Man turun padang this time, memang sesungguh sungguhnya aku excited. HAHA..

 

 

DSC00834

Acara patut mula jam 9.15 pagi. Tapi sebab aku bangun lambat, 8.50 pagi aku keluar rumah ! Memang bertabah sahajalah yek ! HAHA… Nasib baik juga lah trafik tidak begitu kejam hari ni, memandangkan pagi-pagi Sabtu tak jammed kan.. Muahaha. Sampai kat lokasi sidang media tepat jam 9.15pagi. Nasib lah acara belum bermula, malah pintu pun belum buka.. Sampai-sampai je terus daftar as media.

 

Dalam 10 ke 15 minit tunggu dalam ballroom tu, maka sampai lah gerangan yang dinanti-nanti semua yakni ahli-ahli Running Man yang akan turun padang untuk acara RACE START : Running Man Fan Meeting malam nye tu… Dari 7 ahli tetap Running Man, hanya 5 orang sahaja yang dapat turun padang untuk jelajah jumpa peminat. Jae Suk dan Gary tak dapat join. Hurmm maybe busy sangat kot.

 

 

DSC00761

I must say this is my FAVOURITE PICTURE… Because Lee Kwang Soo looked so handsome in this picture !! HAHAA.. Sekali pandang dari jauh nampak macam Lee Min Ho seyhh. Nasib lah aku sebagai media aku kena behave dalam sidang media ni, kalau tak mesti dah guling guling pengsan HAHA…

 

 

DSC00809

Masa Jong Kook .. Ji Hyo atau Suk Jin tengah sibuk jawab soalan media, HaHa dengan Kwang Soo buat aksi aksi comel. Hahaa ni satu aksi yang sempat aku snap.. Ada aksi yang tak dapat aku snap sebab aku sibuk rakam video ahli yang lain…

 

 

JI HYO

SONG JI HYO. One of my favourite Running Man members. Satu-satunya peserta tetap wanita. Heww suka aku dengan dia ni sebab dia licik, dan dia power !! Yeahhh.. Dia selalu jugak menang cabaran-cabaran dalam Running Man, so dia selalu dapat hadiah emas. HAHA.

 

 

JONG KOOK

KIM JONG KOOK. Abang sador dalan Running Man. Kelakar woh masa sidang media siang tadi. Bila ditanya bagaimana mereka mengekalkan komitmen merakam beratus-ratus episod Running Man, Jong Kook bergurau “Because the prize is gold!” Hahaa… Lepas dia buat semua orang gelak dia boleh cakap,”We have to exercise.” Hahaa memang betullah dia ni “coach” yang sentiasa mementingkan senaman. Hihii..

 

 

KWANGSOO

LEE KWANG SOO. Serious aku tak sangka pulak Kwang Soo ni memang nampak hensem giler in real life ! Hohohoo.. dari jauh boleh tersilap eh dia ni Lee Min Ho kah ?? Hahaa amboi nampak tak aku bandingkan dia dengan siapa. Haa tapi memang betul dia hensem gila.. and dia kata makanan kegemaran dia kat Malaysia ni ialah roti canai !

 

 

HAHA

HAHA. Dapat jugak gambar HaHa ni tanpa spek mata dia… Dia ni nakal sikit, dalam pada nak jawab soalan pun sempat dia kenakan orang. Ade ke dia kata Suk Jin patut buat iklan untuk ubat rambut gugur sebab dia dah tua. Haaahaahaa nakal betullah dia ni !

 

 

SUK JIN

JI SUK JIN. Ahli Betrayer Club dan salah satu duo dalam gandingan Easy Brothers (bersama Kwang Soo). Tapi dia kalau tak tersingkir awal tak sah.. Ada masa jugak dia lucky and stay a bittt longer dalam game Running Man. Hahaa.. apa apa pun dia bakal buat persembahan terhangat dengan Kwang Soo masa RACE START : Running Man Fan Meeting  di Stadium Negara nanti ! Jyearrgghh !

 

 

DSC00829

DSC00843

Ahli-ahli Running Man tiba di Kuala Lumpur lewat malam.. so dorang pun tak sempat nak tengok apa sangat masa sampai tu. Tapi bagi dorang Malaysia ni negara yang cantikkk Huhuuu.. Sidang media ni tak lama pun, tapi cukup lama la bagi aku untuk kumpul gambar dorang ni, cukup la nak buat share dengan pembaca semua ye dokk…

 

 

DSC00857

DSC00859

Sooo.. time for group photo. Masa ni memang HaHa bagi pose baekkkk punya.. Tapi tak sempat nak snap snap, dia dah ubah pose. Huhuu terbaek la semuaaa !! Tak sabar nak pergi acara RACE START : Running Man Fan Meeting  malam nyee kat Stadium Negara.. Nanti akan share dengan korang sedikit video okayy… Hik hikk Stay tune !!

 

Anddd many thanks to my lovely blogger friend KELLY CHIN yang sudi mengajak aku pergi sidang media ni sama sama.. dapat tiket ke acara malam tu lagi. Fuhh you are really a good friend !! Tak pernah kedekut nak share event ! Soo… till next entry ya !

 

 

 

 

 

Terima kasih baca ! XOXO !!

13 comments :

Izzah Azryna said...

Untungnya dapat jumpa running man huhu

Asyik Izas said...

terbaiklah..:)

Tyra Ali said...

Hailah untungnya sis nisa kay dpt jumpa RM

Nadia Johari said...

seronoknyaaa..jelesss

azifah yazid said...

bestnya...

zarulfarhana said...

wah bestny.. saya suka kwagsoo

Rosmiza Ali said...

Bestnya dapat jumpa diorang secara life! Fanatik giler kot ngan rancangan Running Man nih.. Alangkah bestnya kala dapat meet in a person dengan setiap ahli RM nih.. Apa2 pun nanti jgn lupa share video ye Nisa.. ^^,
RosmizaAliDotCom

akubiomed said...

Wow memang best bangat.

Azwar Syuhada said...

bestnya!

HamizahMardiah said...

daebak!!!
lee kwang soo hensemmmm...
oh sorry.. tergedik pulak. eheh :-P

Shazwani Ramly said...

Aaaaaaa bestnya dapat jumpa diorang. Bestnya kak nisaaaa.

hawa hassan said...

warggh bestnyaaa

Hana Dalya said...

hahhaaa kwang soo mmg hensem!!!