Wednesday, October 22, 2014

Calon isteri tak pandai masak !

 

Assalamualaikum..

 

tak pandai masak

Terlahir idea nak menaip sebab aku terbaca entry yang seseorang kongsi di facebook. KLIK GAMBAR untuk baca entry berkenaan. Kisahnya mengenai seseorang yang dipertemukan jodoh dengan gadis yang tidak tahu memasak langsung ! Namun aku kagum dengan sifat positif penulis kerana beliau yakin isterinya boleh belajar memasak dan menyediakan hidangan buatnya dengan baik.

 

 

 

KURANG MEMASAK

Okay kisahnya… aku sendiri KURANG MEMASAK. Bukan tak pandai langsung ye. Tapi KURANG MEMASAK. Faktanya, aku pernah kerja kedai makan, jadi tukang masak dan tukang buat kek. Malah aku belajar macam mana nak hias kek. Tapi hidup bujang ni membuatkan aku malas nak masak.

 

Sebab pertama : RUMAH BUJANG. Bila duduk rumah bujang ni, masak pun nak kena dalam portion yang sikit. Lauknya sikit je, jadi bila beli barang nak masak pun, kena beli sikit je. Kalau terlebih beli bahan, kang memang ada la yang tak digunakan, simpan biar sampai reput dalam peti. Ishhh rugi rugi… Lepas tu aku rasa macam membazir bukak tutup gas sebab nak masak benda yang sepinggan tu. Hahaa. So end up memang beli je makanan.

 

Sebab kedua : SELALU KELUAR. Kerja sendiri ni menjadikan aku seseorang yang sangat kerap keluar rumah. Aku pergi jumpa supplier, meeting, jumpa orang itu ini, pergi event and so on… So, memang most of the time aku siap siap makan kat luar. Tak pun event yang aku pergi tu memang sediakan makan-makan.. so memang kenyangkan perut terlebih dahulu ye.

 

 

TAK PANDAI MEMASAK ?

Haha sebenarnya entri ni takde motif sangat pun… aku saja nak tekankan kat sini bahawasanya aku bukanlah tak pandai memasak langsung ! Tapi aku malas memasak, sebab portion aku makan pun terlalu sikit (sebab perut pon comel)… dan aku tak suka nanti ada lebihan bahan memasak, sedar-sedar je dah membusuk dalam peti.

 

Tapi bila aku dah lama tak masak ni, skill masak pun berkurangan lah… jadi bila nak memasak tu, semua benda rasa tak kena.. mula dah rasa kekok nak beraksi persis peserta Masterchef keletung keletang di dapur. Cewahhh ! Tapi masalah terbesar aku bila memasak ialah, selalu rasa masin. Haha aku tak tahu lah apa kena dengan taste buds aku, sebab aku susah nak rasa masin tu, so I keep adding in ajinamoto atau garam. Haha nasib la siapa makan masakan aku tuh !

 

 

TAK MINAT MEMASAK ?

Secara jujur sejujur jujurnya, aku lebih suka BAKING dari COOKING. Aku ade mention aku kerja kat kedai kek kan ? Kedai tu sedara aku punya, aku kerja part time masa lepas SPM tahun 2008 woii. Haha. So masa tu lah aku belajar memasak, siang ayam dan ikan (walaupun, sekarang aku masih fail kalau nak siang seafood!) So tengahari ada jual nasi campur, and kek tu untuk orang beli untuk hari jadi ke, celebrate apa apa ke, kahwin ke..

 

Sejak kerja kat kedai kek tu, aku belajar selok belok buat kek.. buat cupcake.. malah belajar hias kek pakai aising apa benda tah tu kann. Mula mula memang susah nak ratakan aising, nak hias lawa-lawa.. lama lama berjaya dan barulah masa tu setiap hasil kerja aku (kek / cupcake yang aku hias) mula dijual. Bila orang pilih kek yang aku hias tu, Allah je tahu betapa kembangnya hidung menahan rasa bangga yang membara-bara dalam diri ini. Muahahaa !!!

 

So, dari situ minat aku terhadap baking makin bertambah. Kalau balik rumah, aku suka bukak channel masak-masak kat Astro tu haa.. Kalau ada show yang buat dessert, cookies, kek.. lagi lah aku suka. Rancangan masak-masak biasa aku suka juga, tapi aku lebih fokus kepada masakan dengan resipi ringkas dan senang nak ikut.

 

 

ISU PANAS – CALON SUAMI ?

Hahaa seboleh-bolehnya aku taknak sentuh pasal isu rumah tangga ni. Aku rasa aku muda sangat lagi kot? Ecehhh tak sedar diri betul aku ni. Hahaa jodoh pertemuan di tangan Allah. Buat masa ni memang tak belum ada keinginan nak cari teman hidup (amboi statement!!!) atau pun nak couple dan ada komitmen, tapi inilah yang hakikatnya. Sebenarnya aku dah penat digosipkan dengan kawan sendiri. Dan aku rasa pengalaman buruk yang aku alami dalam perhubungan memang dah buang rasa nak ada komitmen dengan sesiapa. Kalau aku ada suka seseorang pun, aku simpan sendiri je la kot? Haha lepas tu rasa suka tu blah ar cari port lain. Haha !!

 

Kalau sampai masa aku bertemu jodoh ke apa, of cos la masa tu aku akan belajar masak elok-elok ye dak ? Aku ni punya lah tak masak kat rumah, sampaikan kalau aku masak apa-apa, adik aku rasa macam aku ni diturunkan hidayah je. Haha siot betul. Aku harap adik-adik aku kahwin dulu ye, sebab dorang lagi pandai dan rajin masak dari aku. HAHA ! Tapi betullah. Kalau dapat suami nanti (IF I ever get married), hope si dia nanti sudi terima aku seadanya. AMBUII !!

 

 

 

 

 

 

 

 

Bebelan tengah malam, XOXO

8 comments :

nur as said...

alamak, kite pun tak suke masak ni. ayokkk

Cik Aish said...

klu ikut adat melayu, semua kerja rumahtangga, isteri kene buat,

tapi kalau ikut apa yang nabi muhammad buat, kerja rumah tu bawah tanggungan suami. hehe. isteri cuma rehat, layan anak dan suami je.

tapi sekarang dah terbalik. nak isteri masak tu ini, layan anak, basuh baju, kemas rumah, tapi bila balik keje, tengok isteri muka penat berminyak2, marah pulak. huhu

Lea IsNawi said...

Hehehe lea lak suka cooking dari baking
Baking ni kalo x jd..xleh nk alter dh..last membazir. Kalo cooking still leh alter dan leh telan gak..hee

Suriya Majid said...

ini perkara biasa. tak payah risau. nanti dah kawen confirm jadi reti. tak caya? try kawen..bahahaha

http://welovesusuibu.blogspot.com/2014/10/resepi-homemade-play-dough-paling-mudah.html

Suriya Majid said...

ini perkara biasa. tak payah risau. nanti dah kawen confirm jadi reti. tak caya? try kawen..bahahaha

http://welovesusuibu.blogspot.com/2014/10/resepi-homemade-play-dough-paling-mudah.html

Z@i Z@mR33 said...

wlaupon dh kwen mmg jrg msk sbb time keja dgn suami x sm.hr cuti suami ajak blk umah mak la umah mertua la so mmg jrg msk pdhl dl ms dok dgn mak mmg tiap kali cuti msk

akubiomed said...

Kalau suami isteri berkemapuan tidak perlu risau boleh ambil bibik untuk urus rumah tangga dan memasak.

Rosmiza Ali said...

Ala, apa susah.. Resepi bersepah2 kat internet skang.. Hehe..
Rosmiza Ali Official Blog™