Friday, September 5, 2014

TRAVEL – Bayou Lagoon Park Resort Melaka penginapan best !

 

Assalamualaikum…

 

Haa kalau cerita pasal kisah cuti-cuti, antara perkara paling penting dalam sesebuah percutian tu semestinya penginapan kan. Haa kalau yang nak ke Melaka tuu meh aku nak share satu tempat penginapan yang best ! Sesuai kalau nak datang beramai-ramai dengan kawan-kawan atau dengan keluarga.

 

 

DSC09310

BAYOU LAGOON PARK RESORT ni terletak di Bukit Katil.. Dekat je dengan Bandaraya Melaka, dalam 15 minit camtu ha.. So kalau nak turun ke Bandar Warisan Dunia tu, memang resort ni sangat sesuai dah.. sebab lokasi dia just nice je dekat dengan bandar kan. Lepas tu resort ni ada tarikan tersendiri tau. Nak tau, sila teruskan membaca…

 

 

 

GOPR0986

Haa aku dan kawan-kawan blogger berpeluang menginap di Bayou Lagoon Park Resort ni sewaktu kami join trip Sahabat Media Cuti-cuti 1 Malaysia di negeri Melaka yang terkenal dengan peninggalan sejarah sewaktu zaman kegemilangan Tanah Melayu gituuu. Bilik yang kami dapat ni merupakan unit STUDIO ROOM (WITH JAKUZI). Haaa best kan ! Biasa bilik mandi hotel ade tab mandi biasa je, this unit ade JAKUZI kawww !!

 

 

DSC09306 

Ruang tamu yang luas dan selesa. Menjadi kegemaran terbaru aku pulak dah bilik konsep studio room ni. Jauh lebih selesa sebab ruang yang luas. Ada sofa, meja makan gaya island counter, dan dapur mini dengan kelengkapan asas. Stay tiga empat malam kat tempat macam ni syiok jugak !!

 

 

GOPR0985

Haa dah kabor kan yang bilik air untuk Studio Suite ni dilengkapi dengan tab mandi berjakuzi ? Hahaa.. tuang sabun, pasang air, maka berjakuzi la korang kat dalam tu ye ? Seronok sangat haih. Kalau jenis saiz petite tu, jakuzi ni boleh masuk dua orang sekali gus. Hahaa gasak la korang dalam tu.

 

 

 

bayou1

bayou2

Ahaa ini adalah bilik-bilik yang ada di Bayou Lagoon Park Resort ni. Ada apartment yang mempunyai dua dan tiga bilik.. dan juga penthouse dengan tiga bilik. Haa ternyata kunjungan aku dan rakan blogger ke sini telah membuahkan idea untuk aku bawak family aku bercuti ke sini.. Segala info mengenai hargai dan kemudahan lain boleh korang usha di sini : http://www.bayoulagoon.com.my/

 

 

 

GOPR1366

Ehemm.. bercerita mengenai tarikan BAYOU LAGOON PARK RESORT ni….

 

 

GOPR1333 GOPR1328

Ia mempunyai taman air nya sendiri !! Woahh best kan kan kan ! Seronoknya tempat penginapan yang ada taman air ni, mandi manda sini syiok woo. Yang bawak adik-adik pon kompem seronok main air kat sini. Bagi yang menginap di Bayou Lagoon Park Resort ni, masuk ke taman tema air ni adalah PERCUMA !

 

Orang yang bukan menginap di sini pun boleh datang ke taman tema air ni. Ye lah, kot la korang memang stay Melaka then saja saja nak main air kan.. boleh masuk ke sini dengan bayaran RM20 untuk dewasa, RM15 untuk kanak-kanak dan RM10 untuk senior citizen.

 

 

GOPR1376

Haa lagi satu tarikan di Bayou Lagoon Park Resort ni, ada jugak arcade dan BAYOU 9D THEATRE yang korang kena singgah ye ! Hehehee. Selain tu, kat sini ada jugak kemudahan lain seperti dewan, bilik mesyuarat dan gimnasium.

 

 

 

locationmap1

 

Untuk maklumat lanjut, you guys boleh terus ke website :
BAYOU LAGOON PARK RESORT

 

Bayou Lagoon Park Resort Sdn. Bhd.
Amari Villa, Bayou Lagoon Park Resort,
Jalan Wakaf Utama,
75450 Bukit Katil,
Melaka.


Tel: 06-233 0888
Fax: 06-253 3876


Email : reserve@bayoulagoon.com.my

 

 

 

 

 

 

Terima kasih sudi baca ! Muahhh !!!

16 comments :

Rosmiza Ali said...

Cantik tempat ni.. Nanti kalau nak pegi bercuti ke Melaka bolehla suggest tempat ni utk menginap.. =)
Rosmiza Ali Official Blog™

eamy milea said...

cantik nye :)

Alia Ali Ahmad said...

wah sis... dah mula aktif tls blog balik... hehe.. kami yg org melaka pun tak sampai lagi.. sis dah smpai..

zulhilmitempoyak said...

nice.. :D

Yasmin Yusuf said...

saya tinggal kat melaka tp tak tahu pun kewujudan resort yang ohsem sangat nie..nice sharing..next time boleh pergi :)

Liyliz said...

mg sngt awesome kut tmpt ni

Eiyka Sabri said...

pernah menginap kt sne bln 4 hri tu 12-13 april.. serius best.. mandi kt park tu mmg best dan adventure.. so far sgt2 puas laa.. pas masuk ke taman tema air (gelang) tu plk bleh guna smpi keesokkan harinya.. means hari smpi tu bleh mndi until hri check out.. 4 bintang utk hotel ni.. lps ni klo ade rezeki nk prgi sini lg..

Norma NML said...

Mcm best jer..boleh la pegi nanti..

Ahmad Amran Kapi said...

Salam,
Sapa-sapa yang berminat nak sewa bayou lagoon apartment lebih murah, boleh direct dengan owner dia :) http://bnb.my/bayoulagoon adalah contoh owner direct

Marlisa Halim said...

cantik tempat. sy baru pergi 2 hari lepas... next time boleh try mnginap di sini.. tenkiu2x

JaJa AmAn said...

mcm nak g jee...
#followmyblog

zakiah zakaria said...

betul-betul memang selesa saya baru jek balik dari bayou lagoon, anak-anak memang berendam jer..masuk lah berapa kali sehari yang penting gelang masuk water park jangan bukak. kalau dah buka kena ler bayar..

Tapi makanan dia macam tak mesra, untuk lunch n dinner lebih kepada menu orang dewasa, untuk kanak-kanak macam kureng.

zakiah zakaria said...

baru pergi last weekend memang best,anak-anak enjoy.

Papaglamz - Food Stylo Founder said...

Tempat yang menarik.. Bestnye bercuti....

Hot post - Percutian Keluarga Yang Menarik di Gambang Water Park

Linda Azlinda said...

Hai kak Nisa. Tumpanf tanya kak Nisa stay sini blok mana ya? A atau B? Blok mana lebih prefer ya? :)

Linda Azlinda said...

Hai Kak Nisa. Saya nak tanya Kak Nisa stay sini dekat blok mana ya? A atau B? Blok mana yang lebih prefer ya? ;)