Friday, September 19, 2014

REVIEW FILEM – Nasi Tangas (Nasi Kangkang) : abadikah cinta yang ditundukkan ?

 

Assalamualaikum..

 

Ahaa lama sudah diriku menyepi dari membikin sebarang review filem. Kali ni aku teruja nak share review aku dengan pembaca semua satu filem seram terbitan MIG. Tapi filem seram kali ini bukan macam seram biasa. Biasanya kalau cerita hantu mesti pasal roh yang tak tenang, mati dibunuh, mayat tak dituntut dan sebagainya. Ini elemen seramnya datang dari amalan ilmu hitam NASI TANGAS (Nasi Kangkang).

 

 

nasi tangas 

NASI TANGAS atau nama glemer nya nasi kangkang ni merupakan amalan syirik, terkutuk lagi keji yang diamalkan dengan tujuan untuk menundukkan suami. Haa toksah tanya lah macam mana nak buat nasi kangkang ni kan, mana lah aku tahu. Tapi kalau nak dapatkan gambarannya boleh lah tengok filem NASI TANGAS ni… tapi tahan sikit la ye sebab a bit jijik. Haa main ilmu hitam mana ada bersih-bersih ye dak ??

 

 

IMG_2976 Alkisahnya bila sepasang suami isteri yang baru berkahwin, tetapi si isteri tu mula merasakan cemburu terhadap persabahatan suaminya dengan perempuan lain. Haaa CEMBURU ni pun satu jenis penyakit jiwa raga jugak. Kerana cemburu, manusia boleh sampai melakukan perkara-perkara yang tak terjangkau dek akal. Tu la ada yang sampai main bomoh la, buat jenayah la..

 

 

IMG_2420

Mira (lakonan Adiba Yunus) mula merasakan ragu terhadap suaminya sendiri, Hairi (lakonan Azwan Kombos) kerana melihat persahabatan yang sangat akrab dengan Fatin (lakonan Shima Anuar). Cemburu semakin menjadi-jadi apabila Fatin dilihat lebih memahami citarasa Hairi kerana mereka sudah berkawan baik sejak universiti lagi.

 

Keraguan dan perasaan cemburu Mira semakin tidak terkawal sehinggakan beliau menurut amalan ibunya yang turut memberikan nasi kangkang kepada suaminya sendiri (ayah Mira). Mira semakin terdesak untuk membuatkan Hairi hanya patuh dan menurut kehendaknya, maka Mira mengikut ibunya berjumpa dengan bomoh.

 

 

IMG_3304

Mira pada mulanya gembira dengan perubahan Hairi yang tidak pernah melawan kata-katanya, namun apabila kawan-kawan Hairi cuba untuk menyembuhkan Hairi, Mira semakin tertekan dan terdesak. Mira ni sampai sanggup lakukan apa saja (ilmu hitam) demi memastikan Hairi sentiasa sayang padanya. Haa nak tahu apa benda yang beliau sanggup buat tu, kena lah tengok filem NASI TANGAS ni !

 

 

IMG_5298

IMG_3922

Tapi akhirnya ilmu hitam itu sendiri memakan diri. Dek kerana terlalu sayangkan suami sampai sanggup membelakangkang agama. Berjayakah Mira menundukkan Hairi selamanya ?? Haa nak tahu kenalah tengok filem ni.

 

 

Aku suka filem ni, secara personalnya. Sebab elemen seram yang tidak terlalu sarat datangnya dari permainan ilmu hitam itu. Bukannya dari manusia yang sudah mati. Jadi ada sedikit la kelainan di situ. Jalan ceritanya jugak sedikit sebanyak membuka mata kita mengenai amalan syirik yang dilaknat Allah ini masih diamalkan oleh segelintir masyarakat kita. Hanya kerana kurang yakin dengan kasih sayang suami, sanggup dikangkangnya suami sendiri.

 

Jangan lupa tonton filem ni, ambil iktibar dari filem ni. Ada banyak lagi cara nak buktikan kasih dan sayang, yang pasti BUKAN dengan cara menggunakan sihir atau amalan-amalan yang menyimpang jauh dari sisi agama. Tengok jangan tak tengok tauuu !! Filem NASI TANGAS dah mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia !

 

 

 

 

Terima kasih sudi baca ! Muahhh !!!

3 comments :

timm bill said...

kurang gemar dgn cerita seram..takot..huhu..

akmal rusydi said...

Mensyirikkan Allah adalah dosa besar.nerakalah tempatnya bagi yangntidak bertaubat. Semoga kita dijauhkan dari melakukan perkara2 syirik..

rokiah Abdul hamid said...

menarik..suka tengok cerita seram..walaupun penakut