Monday, September 29, 2014

FESYEN - XES memperkenalkan Miss XES Elegant 2014/2015

 

Assalamualaikum..

 

Bercakap mengenai brand XES ni, mesti ramai yang tahu jenama tempatan yang terkenal ni kan. Kasut-kasutnye memang menjadi pilihan aku, sejak aku duduk Shah Alam nak dekat 5 tahun lepas, sejak pertama kali aku discover kedai kasut XES yang terdekat dengan aku. Sejak dari tu, kasut XES memang menjadi pilihan pertama aku, lagi-lagi kalau flat shoes yang sesuai aku bawak pergi jalan-jalan, pergi kelas semualah. Sebab banyak pilihan dan harga memang berpatutan !

 

 

DSC09865

Alhamdulillah.. melalui rakan blogger ku Kak Nannie, aku telah dijemput ke majlis rasmi pengumuman Miss XES Elegant 2014/15 serta menandatangan kontrak selama setahun bersama jenama XES. Haa memandangkan aku pun baru pertama kali menjejakkan kaki ke XES Premium outlet di Glenmarie ni, marilah kita usha usha apa di dalam kedai ye !

 

 

DSC09844

Wah wah wahh !! Ini godaan paling besar di muka bumi ni ! Umpama dihidangkan dengan buffet penuh dengan kasut pelbagai warna dan rekaan, mesti berpinar mata melihatnya ye dak ! Darah pulak mengalir laju naik ke kepala, hampir pitam aku sebab semua kasut cantik-cantik dan mempunyai personaliti tersendiri !

 

 

DSC09861

Haa ni apa ni !! Apa niii !! Ini namanya pencuci mata. HAHA !! Aku memang suka sangat cuci mata tengok kasut ni. Aduhh boleh dikatakan kasut merupakan salah satu titik kelemahan aku.. Satu lagi, kat butik XES ada jugak kasut lelaki, kanak-kanak dan jugak beg-beg tangan rekaan terkini !! Haa tu satu lagi buat iman rapuh tuu ! Kalau nak pujuk aku bagi hadiah beg atau kasut okay ! BAHAHAA..

 

 

 

DSC09845

Antara rakan blogger yang turut memeriahkan majlis haa. Serius tak plan langsung nak pakai baju sama sama biru. Aku rasa inilah yang dikatakan kalau jodoh tak ke mana. Eh ehh ramai pulak jodoh aku kan ? HAHAHA !!! Jangan lupa singgah jugak blog kawan-kawan blogger aku ni eh. Link kat bawah :

 

KLIK MEREKA :

 

 

 

DSC09879-vert

Acara yang dinanti kini berlangsung. MICO PUN diumumkan sebagai MISS XES ELEGANT 2014/15. Kalau nak tahuu.. XES Shoes juga selaku penaja kasut rasmi bagi pertandingan Miss Global Antarabangsa Malaysia 2014. Banyak betul hadiah yang dibawa pulang cik Mico ni haa.. antaranya bekalan kasut dan beg tangan setiap bulan, selama setahun ! Huwaa boleh nangis kot dengar senarai hadiah dia. HAHA !!

 

 

DSC09918

Sempat mengabadikan gambar bersama lucky girl Mico Pun dan jugak Pengarah Urusan Mr Simpson Wong sebelum kita beralih ke acara seterusnya yang lebih dan terlebih eksaited nya. Haaa jeng jeng jenggg..

 

 

 

DSC09867

Miss Sabrina yang sunggoh gorgeous from XES. Thank you so muchh for having me ! Yang best nye mengenai acara bersama XES ni, sebelum masing-masing pulang dan event tamat secara rasminya, rakan-rakan blogger dan media yang hadir diberi peluang untuk memilih SATU barang yang akan dibawa pulang secara percuma ! Haaa ikut lah nak ambil kasut ke.. beg ke.. BEST !!!

 

 

HHAHAHHA

Haa eksaited tu eksaited la jugakk. Aku rasa dalam ramai-ramai aku je lah yang paling susah nak buat keputusan. Nak kasut ke beg ? Kasut ke beg ? Kasut ke beg? Aku agak ade lah dalam lapan ribu lapan belas kali aku duk ulang ayat tu dalam kepala.

 

 

DSC09895

Kasut aku pegang.. beg pun aku bimbit. Semua taknak lepas. Koleksi terbaru dai XES Shoes ni semua lawa-lawa. Boleh berpinar mata lapan belas kali memilih nii ! Memang tak keruan hati nurani aku di kala acara pilih-memilih dimulakan. Gituhh !!

 

 

 

DSC09897Hak memilih hak untuk semua ! Gituuu.. Sampai dua tiga beg dijinjitnya..
Punyalah payah nak buat keputusan kann !

 

 

 

DSC09899

Haaa para jejaka pun bersuka ria memilih kasut. Tapi dah namanya lelaki kan, kejap je pilih kasut. Nampak je yang berkenan, try saiz, terus amik. Takde nak berpinar mata macam kita orang pompuan, buat keputusan macam antara hidup mati je nengoknya HAHA !!! Kat outlet XES jugak banyak pilihan kasut-kasut lelaki yang stylo. Tak caya pi terjah outlet XES yang terdekat okay.

 

 

DSC09912

AKHIRNYAAA…. Aku memilih untuk mengambil sepasang kasut wedges, koleksi terbaru dari XES. Sebab bila fikir-fikir balik, beg tangan aku ni baru je beli masa raya hari tu.. So beg pun dalam keadaan yang sangat baik lagi, maka baiklah aku ambil kasut baruuu. Aku pun dah lama tak dapat kasut baruu. Hiks !

 

 

GOPR1777

Alhamdulillah semua selesai sudahh.. Haha ! Semua gembira dapat kasut / beg baru ye. Kemain bersemangat masing-masing memilih. Terima kasih kak Nannie kerana sudi panjangkan invitation event dan terima kasih XES kerana bermurah hati bagi kami kasut / beg baru ! Goodies bag pun macam-macam dapat ! Syukur alhamdulillah ! Hope tak serik jemput Nisa ke event seterusnya ya !

 

 

10170685_505940602841601_2544411861569855725_n ALHAMDULILLAH ! Selesai semuanya. ! Bergambar le duluu ! Hik hik..

 

 

 

 

 

LIKE XES SHOES FACEBOOK PAGE :
https://www.facebook.com/xesshoes

 

FOLLOW XES SHOES INSTAGRAM :
http://instagram.com/xesshoes

 

 

 

 

 

Terima kasih sudi baca ! Muahhh !!!

7 comments :

norzatul said...

Wah.. bestnye dpt brg free...
sggah jap.. sudi² la sggah blog sy.. ;)

cikanozzshoppe said...

wah.. best dpt kasut n beg pree.. :)

jmpt sggah blog sy...

yus said...

Bestnya... mesti dapat free kan?

Noriza MiracleVitamins said...

adik-adik saya sangat suka la jenama ni

Rosmiza Ali said...

Sedondon kasut yg Nisa pilih tu ngan kasut.. Cantik! ^_^
Rosmiza Ali Official Blog™

Suriya Majid said...

wah tak tahu pula XES ada berlambak koleksi, tengok dari sini pun dah berpinar bijik mata

Jah khaDiJah said...

Suka suka.. saya memang peminat xes.. kasut xes jd hantaran masa kawen dulu hehe
katahatikhadijah.blogspot.com