Wednesday, September 10, 2014

Cabaran 30 Hari | Hari 9 – Lima lelaki yang menarik perhatian Nisa Kay

 

Assalamualaikum..

 

 

[PERHATIAN : Entry ni sepatutnya publish pada 9 Sept 2014]

 

 

Ambuii al-kisahnya aku kenalah senaraikan 5 lelaki yang menarik perhatian aku. Aku tak pastilah aku yang silap ke macam mana.. tapi kalau aku nak letak senarai lima orang lelaki yang aku tertarik, memang mati lah aku nanti semua tahu siapa aku minat dalam diam. LIMA ORANG pulak tu. Haha.. So, pada hemat aku, lebih baik dan sopan andainya aku senaraikan LIMA KARAKTER atau ciri-ciri lelaki yang buat aku tertarik pada beliau. Okay, cun ??

 

aaaaa

 

1) BERPAKAIAN KEMAS / SEGAK

Haaa ini kelemahan pertama. HAHA ! Mudah sangat aku tertarik kepada lelaki yang berpakaian smart-smart macam nak masuk pejabat besar. Lebih tepat lagi, kalau pakai baju kemeja fit, pakai tali leher. Amboiii smart-smart ni nak pergi mana habang? Nak menuju ke hati saya ke? Ehh !!!

 

 

2) BERPEWATAKAN SHY SHY CAT

Sebenarnya aku lebih senang tertarik dengan lelaki yang berpewatakan pemalu. Tapi dalam pemalu dia tu, bila dah biasa dengan kita, dia akan sporting dan open up sikit la kita.. Takde lah terus tak pemalu langsung kan. Sebab aku rasa orang pemalu sikit sikit ni.. comel? BAHAHA !!!

 

 

 

jensen Serius gambar ni takde kena mengena ! Haha just one of my fav actor – Jensen Ackles.
Hero siri Supernatural
.

 

 

 

3) KELAKAU NAU

Hahaha… dalam pada pemalu tu, aku lebih senang berkawan dan tertarik dengan orang yang ade sense of humor. I mean natural one okay. Bukan yang buat-buat lawak lepas tu tak lawak, lepas tu hambar je bila takde orang gelak atau punch line tak sampai. Bahahaa.. Orang kelakar ni lebih senang nak get along dan cepat rasa selesa.

 

 

4) SUARA SEDAP

Aku perasan aku tertarik kepada lelaki yang bersuara sedap ni sejak zaman universiti. Tak kisahlah suara sedap karaoke je ke.. or memang sedap sampai tahap boleh jadi penyanyi antarabangsa ke. Mungkin dengan berkawan dengan orang bersuara sedap ni, makin mudah lah aku cari geng nak terjah karaoke nanti. Ehh !!!

 

 

5) MEMPUNYAI MINAT YANG SAMA

Tipulah kalau kita tak mudah tertarik dengan orang yang mempunyai minat sama dengan kita kan.. At least dalam banyak-banyak hobi dan minat kita, eh ada pulak tersama jugak satu atau dua. Orang yang ada minat yang sama ni senang buat modal berborak. Gituu..

 

 

 

Haa pendek kata memang tu je lah kot aku nak taip. Nak taip lebih-lebih malu woiii.. Macam nak announce kat semua : “Wahai para lelaki dengan ciri-ciri di atas, meh la berkenalan.” Haha serius rasa nak tampar muka sendiri, boleh ??? Ecececehhh.. Actually ada satu dua ciri WAJIB pada lelaki yang kompem kompem buat aku tertarik. Bahahaa.. Tapi biarlah rahsia (cehh konon ! Besfren aku tahu kot apa dia ciri-ciri ittew hahaaa).

 

 

 

 

 

 

 

Terima kasih sudi baca ! Muahhh !!!

7 comments :

Rosmiza Ali said...

Hehe.. Kite suka lelaki yang tangan or lengan dia berurat.. Nampak perkasa gittewww.. Ahaks!
Rosmiza Ali Official Blog™

eamy milea said...

yang no 5 tu la syarat wajib ade pade akak...kirenye tu yg akak cari jgk hehe

Miz Dayah said...

saya suke tengok lelaki jambu atau lelaki kiut...bole tak ? hehe

Husein Rider said...

eh.. kite pun minat kat hero supernatural tu.

nanadhoi said...

eh sama!

tapi no.2 tu tak kot, ganti dengan jenis berani.HAHHAH

NURUL AQIDAH AZAHAR said...

muda-mudahan dh jumpr orgnya

Fie Omar said...

Eh macam ada sorang saya kenal ada ciri-ciri kat atas tu. Orang Melaka. Haha