Tuesday, September 9, 2014

Cabaran 30 Hari | Hari 7 – Sejauh mana pendidikan itu penting bagi Nisa Kay

 

Assalamualaikum..

 

 

[PERHATIAN : Entry ni sepatutnya publish pada 7hb Sept 2014]

 

 

Maafkan akuuuu kerna lambat update blog gituhh. Some things need to be settled first and well terpaksa la abaikan blog kejap. Maklumlah terasa dewasa sudah diriku ini, bila hidup sendiri, kena buat banyak benda sendiri, kena urus banyak benda. Wuwuwuu… jadi hari ini mari kita borak sikit padal benda yang agak berat.

 

 

pendidikan

Sejauh mana pendidikan tu penting bagi aku? Bagi aku pendidikan tu umpama PELABURAN JANGKA MASA PANJANG. Mana ada orang belajar hari ni, esok lusa terus berjaya kaya raya ye dak ? Pendidikan dalam konteks yang aku sedang bahaskan (cececehhh) ni bukanlah tertumpu kepada pendidikan di tadika, sekolah, universiti sahaja.. Tapi lebih meluas kepada pembelajaran secara tak langsung (sebagai contoh nasihat yang diterima), ceramah, seminar, kursus dan lain-lain. Bergantung kepada bidang mana yang kita ceburi lah kan.

 

 

Semua orang nak berjaya, income besar, hidup senang lenang goyang kaki goyang perut (ehh??). Tapi mana nak datang KEJAYAAN tu kalau kita tak bekerja ye dak ? Apa pun kerja yang kita lakukan biarlah yang mendatangkan REZEKI YANG HALAL kan kann.. Tapi macam mana nak laksanakan kerja tu kalau kita takde pengetahuan mengenai kerja ittew kan ? Haa nak kan pengetahuan kita kenalah sanggup BELAJAR. Bukan belajar kat sekolah je, tapi belajar dari orang sekeliling, pembacaan, usaha sendiri mencari maklumat dan lain-lain. Satu cabang pendidikan jugak lah tu kan ???

 

 

Haa pokok kata bidang pendidikan ni bukan je yang kita belajar di sekolah or universiti. Ini pendapat personal aku la ya. Apa yang kita perhati di sekeliling kita pun BELAJAR juga kan. Yang penting nak dengan taknak je kan. Contoh orang yang nak bukak bisnes, tapi dia bukan dari bidang bisnes. Haa maka belajarlah beliau dari orang yang berpengalaman, pembacaan atau menghadirkan diri ke seminar-seminar perniagaan untuk MENIMBA ILMU. Bila dah ade pengetahuan, baru dia boleh laksanakan impian dia kan.

 

 

Pendek kata, bagi aku secara peribadinya, PENDIDIKAN ni merupakan asas kepada apa yang kita nak buat. Ingat, bukan bidang pendidikan di tahap sekolah atau universiti sahaja tau. Setiap hari kita akan belajar benda baru. Gituu.

 

 

 

 

 

Terima kasih sudi baca. Muahhh !!!

2 comments :

✿AINAA ROSEBERRY✿ said...

Yeahhh setuju dengan kata kata kak nisa

Ainul Mustafa said...

akak dulu engineer.sekarang suri rumah je. pendidikkan sangat penting. proses belajar tu akan mendidik kita