Friday, September 5, 2014

Cabaran 30 Hari | Hari 4 – Buku kegemaran seorang Nisa Kay

 

Assalamualaikum…

 

Actually aku dah a bit outdated untuk cabaran ni.. Hari ni dah 5 hari bulan, so kena masuk entry kelima dah haa.. tapi aku start join cabaran ni 2hb hari tu, so aku kena kejar satu lagi entry.. Takpe takpe.. akan ku gagahkan jemari kurang runcingku ini untuk menaip entry-entry. At leastt meriah sikit lah blog aku ni. Takdelah berhabuk sunyi sepi je kan.

 

 

image (2)

Haa bercerita pasal buku, aku ni memang peminat buku. Terutamanya buku-buku fiksyen lah kan. Aku ni kurang sikit baca bahan bacaan berat. Aku suka kisah penyiasatan gitu. Kalau siri tv pon aku suka tengok pasal penyiasatan contohnya siri CSI. Oh ye, gambar di atas ialah almari buku aku. Nasib aku tak pergi pesta buku kat SACC Shah Alam minggu lepas, kalau tak tambah lagi barang sepuluh dua buku. HAHA !

 

 

 

image (1)

Actually aku takde buku spesifik yang aku minat, sebab aku baca banyak buku. So currently, kegemaran aku adalah buku-buku terbitan FIXI. Aku rasa ramai je yang dah tahu buku-buku terbitan FIXI datangnya dari penulis-penulis muda dan tempatan. Dan penggunaan bahasanya memang “remaja” lah kan. Lebih bahasa pasar dan penulisannya macam kita borak dengan kawan-kawan kita je.

 

Lagi satu aku suka buku-buku terbitan FIXI ni, dia punya skop karya tak terhad kepada cerita cintan-cintun. Ada kisah misteri, kisah fantasi, futuristik dan jalan cerita yang tak terjangkau dek akal kita. Haha macam mana tuh? Kalau nak tahu korang kena lah start kumpul buku-buku terbitan FIXI ni. FIXI selalu jugak bukak booth kat events dan juga pesta-pesta buku haa. Maka cecepat lah dapatkannya ye? Dah macam iklan lak aku HAHA !!

 

Selain FIXI, antara buku kegemaran aku ada jugak dari terbitan Lejen Press, novel cintan-tangkap-leleh dengan jalan cerita agak cliche dari pelbagai terbitan. Haha !! Tapi sebenarnya aku suka beli buku tapi selalu takde masa nak baca ! Banyak buku-buku aku yang masih berbalut plastik kedai buku ! Bahahahaa.. Sabor je lah ye dak.

 

 

 

P/S :
Sebenarnya cabaran 30 hari ni BUKANLAH CONTEST dapat hadiah ke apa. Ia merupakan inisiatif beberapa blogger untuk memantapkan blog masing-masing dengan memastikan, dalam satu hari at least ada SATU ENTRY WAJIB UPDATE supaya blog tak dibiarkan sunyi sepi sampai berkurun lamanya tak update. Then ramai lak nak join kan. So ini bukanlah contest ye. TQ

 

 

 

 

 

Terima kasih sudi baca ! Muahhh !!

4 comments :

Hafiz Hafizol said...

Agak2 yg berbalut lagi tu kalau x nak baca, meh pass sini laa hahaha

simaasyamimi said...

syok je tengok buku kemas tersusun. hihi

simaasyamimi said...

best tengok buku tersusun rapi hihi

Liyliz said...

boleh tk kasi tahu bp rm nisa beli rak buku ni. serius minat nk ada jgk 1