Thursday, September 4, 2014

Cabaran 30 Hari | Hari 3 – Sesuatu yang menguatkan seorang Nisa Kay

 

Assalamualaikum..

 

Kalau sebut pasal sesuatu atau seseorang yang menguatkan kita, jawapan yang kita biasa terima ialah KELUARGA KITA kann…. Tak terkecuali juga aku.

 

GOPR0084

 

Keluarga aku, terutamanya MAK dan ABAH aku adalah antara pendorong, pemberi semangat serta kekuatan untuk aku hidup selama 23 tahun ni. Sejak tamat diploma pada tahun 2012, aku ambil keputusan untuk membina hidup sendiri menggunakan wang simpanan yang bersisa dalam akaun bank.

 

Masa tu hidup aku terumbang-ambing juga. Segala perbelanjaan aku bergantung sepenuhnya kepada sumber pendapatan blogging. Simpanan aku juga datang dari situ. Jadi, bila rezeki blogging mula tidak memihak kepada aku, aku decide nak mulakan semula perniagaan online aku yang terbengkalai. Aku bertawakal pada Allah, serta doa dan sokongan serta kepercayaan mak dan abah, aku harung segala cabaran yang datang.

 

Aku sorang-sorang kat sini, takde keluarga lain yang tinggal berhampiran. Wang simpanan yang sangat terhad, dan macam-macam pulak kegunaannya. Allah je tahu perih jerih, dugaan yang diturunkan untuk aku.. dan MAK ABAH je faham betapa payahnya aku nak kuatkan diri stay kat sini, demi menaikkan nama bisnes aku, tahan lapar… Allah.. nak menangis rasanya bila ingat balik.

 

 

 

 

Pendek kata, family aku adalah sesuatu yang memberi kekuatan pada aku selama ni. Dengan family kita, we can true to them, true to ourself. My precious.

 

 

 

 

 

 

Terima kasih sudi baca ! Muahhh !!

1 comment :

Ahmad Fauzi Aryaan said...

betoiii laaa nisa... family laaa ade time susah senanag... kawan??? mybe wktu senang jee.. untung kalau ade dimasa susah kan..