Wednesday, September 3, 2014

Cabaran 30 Hari | Hari 2 : 5 Cara Memenangi Hati Seorang Nisa Kay

 

Assalamualaikum..

 

HAHA ! Topik hari kedua ni buat aku gelak woii. Camna tah aku nak senaraikan cara untuk memenangi hati aku. Nak lima lak tu ! Haha macam mana ni woi. Aku sendiri tak pasti macam mana nak menangi hati sendiri, tambah pulak nak suruh orang menangi hati aku? Haha memang memintak penampar je rasa kan?

 

Apa-apa pun cabaran ni suka-suka je. Nak memantapkan blog, nak ada trafik untuk blog bila setiap hari ada topik baru yang diutarakan. Ye dak? Hmm okay okayy jom lah aku senaraikan apa yang agak-agak boleh memenangi hati aku. Cecececeehhh !

 

 

22

 

  • CARA #1

Aku tak suka orang yang berlagak pandai. Contohnya orang tengah borak pasal topik A, sekali haa dia mencelah macamlah dia tahu segala benda pasal topik A. Haaa kalau orang macam ni memang sah-sah aku kategorikan sebagai orang yang perlu dijauhi. Orang berlagak pandai ni kejap je kepandaiannya, kalau kantoi mesti malu kan !

 

 

  • CARA #2

Memandangkan aku ni terlebih ramah orangnya, maka jangan lah takut kalau nak menegur aku, kalau nak borak-borak dengan aku. Unless masa tu aku memang tengah busy, nak rushing ke sesuatu or… tengah dating ! HAHAHA !!! (Dating tu mustahil memandangkan aku takde komitmen dengan sesiapa sekarang ni). So just talk to me okay. Ini belum apa-apa dah cop aku sombong. Iskk saia taa kuadd !!

 

 

  • CARA #3

Aku tertarik kepada orang yang sangat mementingkan family. FAMILY FIRST. Siapa pun kita kat muka bumi ni, once kita susah family jugak lah yang akan ada untuk kita. Aku suka orang yang menjaga hubungan baiknya dengan keluarga.

 

 

  • CARA #4

Kalau baru kenal, jangan memandai nak gurau kasar atau gurau benda yang tak senonoh ! Haa ini memang menjadi pantang sikit ! Kalau dah tahu tak kenal rapat, toksah acah-acah gurau tak ketentuan hala ye. Really, you will just make me feel wanna slap you. Hahaha !!!

 

 

  • CARA #5

Lasttt sekalii.. Aku mudah tertarik / mudah berkawan dengan orang yang ada good sense of humor. Hahaa aku rasa semua orang suka orang yang kelakar kan? Borak pun tak kekok, mudah bawak berkawan, cepat mesra.. kan kan kan..

 

 

 

 

HAHA okay tu je nak tulis. Rasa macam entah apa-apa pulak entry aku kali ni. Macam mana kita nak bagitahu semua orang “hey silalah ambil hati aku ni!!” HAHA !! Apa-apa pun cabaran 30 hari ni suka suka je tauu. Jangan yang ambil serious sangat pulak ! HAHA..

 

 

 

 

 

 

Muahh cikettt !!