Wednesday, September 3, 2014

Cabaran 30 Hari | Hari 1 : 1 Gambar Terbaru Dan 5 Fakta Tentang Nisa Kay

 

Assalamualaikum..

 

 

Hahaa dah lama jugak tak join benda-benda yang mencabar anda untuk update 1 entry wajib setiap hari ! Haa pada yang duk tanya aku macam mana nak blogging la apa la, better korang challenge diri korang dengan join cabaran macam ni.. or korang boleh buat sendiri ! Contoh nya, korang sediakan 30 topik then update kat blog 1 topik untuk 1 hari. So selama 30 hari, korang akan train diri korang untuk menaip di blog. Mudah je kan !

 

 

Berbalik kepada cabaran ni, aku dapat tahu cabaran ni dari kawan-kawan blogger jugak. Memandangkan blog aku ni telah menjadi sesendu embun syahdu di pagi sepi, maka aku berazam nak update 1 entry wajib satu hari dengan menyertai cabaran ni !

 

 

 

 

GAMBAR TERBARU :

image Gambar terbaru aku banyakk. BANYAK SANGAT ! Dah namanya hari-hari duk kemhor kat phone, tak ke jadi banyak? HAHA !! So pilih SATU je la. Kang letak bebanyak kang, muntah darah lak para pembaca. TAK GITUUUU???

 

 

5 FAKTA MENGENAI SEORANG NISA KAY :

 

 

  • FAKTA #1

Aku dah blogging sejak aku sekolah lagi. Tak sure antara tingkatan 3 ke tingkatan 4. Yang pasti aku blogging sebab abang aku yang encourage aku. Katanya boleh buat duit melalui blog. Tapi masa aku mula blogging tu, aku jadikan blog aku sebagai online diary dan sering menukar URL sebab taknak blog aku dikesan oleh rakan sekelas atau sesiapa yang berkenaan. LOL.

 

 

  • FAKTA #2

Paling tak suka bila ada yang komen “eh muka awak sama macam bla bla blaa..” Aku tak tahu lah kenapa, tapi perasaan benci dan marah tu membuak-buak bila ade orang kata muka aku seiras dengan orang tu lah, orang ni lah. Maaf bukan nak perasan lawa ke apa. Tapi aku memang ade perangai tu sejak sekolah rendah lagi. Boleh bawak bertumbuk aku rasa?

 

 

  • FAKTA #3

Sangat concern pasal kesihatan dan kecantikan rambut. Haa jangan disangka wanita bertudung boleh biar rambut dia keras kejung macam akar kayu ! Aku selalu pergi salon untuk rawatan rambut. Almost setiap minggu pergi salon sebab aku lebih selesa rambut aku dicuci di salon. Malas nak basuh sendiri, lambat kering ! HAHA.

 

 

  • FAKTA #4

Tak suka lelaki merokok. Aku ni ade semput, so bila bau asap-asap ni memang boleh buat aku sesak nafas and rasa nak maki orang. LOL. Bila aku mula rasa sesak nafas, automatik baran pon naik. Eh boleh gitu? Haha takdelah sampai macam tu. Aku cuma tak suka asap-asap ni. Makanan jin eh?

 

 

  • FAKTA #5

Suka berangan. Suka sangat. Dari angan-angan membawa bahagia. HAHA gila ke apa? Takdelah.. aku memang suka feeling-feeling bila tengok drama. Tak kisah lah drama Melayu ke, Korea ke.. hindustan ke. Kalau menghayati jalan cerita boleh menangis-nangis macam mati laki je. Haha over betol aku ni. Propa je lebeyyy..

 

 

 

 

Hahaa okay lah tu jeee.. So kepada pembaca blog ni, tahniah ada sudah lima langkah mengenali seorang Nisa Kay. Tapi awas, perwatakan aku boleh menjadi tersangat lain daripada apa yang korang bayangkan dari penulisan di blog aku tau. HAHA !! Jangan risau, bukan bermakna aku ni kat luar makan orang ke, kaki pukul ke. Kikii aku baik tau. Eh terpuji diri sendiri.

 

Baiklahh.. nantikan entry seterusnya ya ! Sebab topik seterusnya ala-ala menarik je aku rasa. Kalau rasa-rasa nak tahu macam mana nak ambil hati aku, haa baca lah topik seterusnya. HAHA. Kepada yang belom follow instagram aku, silakannn follow ---> @nisa_kay

 

 

 

 

 

 

 

Muahhh cikettt !!!

1 comment :

Yasmin Yusuf said...

owh..kak nisa suka berangan rupanya..samalah kita..haha