Tuesday, September 9, 2014

BEAUTY – Infused water untuk kekal cantik dan ramping.

 

Assalamualaikum..

 

Haa apa yang bakal aku update ni merupakan apa yang tengah trend sekarang ni. Siapa pernah dengar pasal infused water dan memang mengamalkannya memang hebat laa. Aku sendiri pon tak pasti aku boleh keep drinking infused water ke idokkk. HAHA !! Pokoknya nak maintain sihat kenalah beringatttt selalu ye dok ??

 

f1ce7d7904f38c4a30aef297eaec6542 SUMBER

 

 

APA ITU INFUSED WATER ?

Pernah tengok orang buat air macam dalam gambar kat atas tak ? Masuk-masuk je buah yang dipotong, masuk air sejuk then biarkan selama beberapa jam or semalaman. Ini namanya infused water. Kenapa minum infused water ? Sebab nak sihat, kurus, slim melim laa dik nonnn. Tahukan korang, bahawasanya nak jaga perut kasi maintain kempis kempus haruslah minum banyak air untuk meningkatkan metabolisma ? Tapi dengan teknik infused water ni, tambahan vitamin yang diserap melalui buah-buahan ke dalam air membantu menjadikan air tu sebagai METABOLISM BOOSTER.

 

Haa paham ke idok ? Minum air banyak-banyak pun dah macam-macam khasiat kita dapat.. kulit cantik, badan sihat, bertenaga, maintain kurus.. ni kan pulak tambah buah-buahan yang ada macam-macam khasiat haa !!! Seronok tengok kawan-kawan try infused water nii. Tu yang haku nak try jugok !

 

 

 

main-r-citrus-zinger-water-bottle-sfe

 

Okay ini adalah botol Citrus Zinger. Gambar dapat dari Google. Sekarang ni kat online banyak gila aih yang duk jual botol air ni haa. Khas untuk buat infused water tu. Aku beli botol macam ni kat kedai-kedai biasa jaa. Tapi bagi aku kan, boleh je buat infused water ni guna botol air biasa, janji muat nak masukkan buah yang dipotong-potong la kan. Sebab nak buat infused water ni bukanlah kena guna senduk periuk mahupun lesung batu. Klik website CITRUS ZINGER ni untuk cara-cara guna botol ni dengan lebih tepat.

 

 

 

 

image (1)

This is my own version of infused water ! HAHAAA !!! Main bantai ja resepiinya.. Takde guna mana-mana resipi tertentu pun. Kebetulan semalam pergi beli barang dapur, lepas tu teringat yang aku beli botol Citrus Zinger ni tapi tak guna pun lagi. So apa lagi, aku pon beli je lah buah mana yang ade depan mata.

 

 

 

image (2)

Kat bahagian bawah sekali tu, aku letak lemon. Aku tengok ade jugak orang letak buah-buah oren. Lepas tu bahagian atas tu aku campurkan epal dan strawberry. Actually banyak je resepi nye, cuma aku malas google HAHA. Nanti aku rasa nak buat lagi, aku google lah resepi infused water ni. Kalau tak silap aku ada banyak jenis resipi untuk kelebihan tertentu.

 

 

Kepada yang nak cuba INFUSED WATER ni, boleh la gunakan botol atau bekas air kat rumah je. Tak perlu sangat kot nak beli-beli botol air ni. Bayangkan harga botol air saja dan RM25 dan ke atas? Baiklah pergi kedai plastik, then beli je botol air yang harga tak sampai sploh hengget tu ye dak ? Janji boleh guna.. Khasiat yang kita dapat pun sama je, takde yang kurang pun. Siapa nak buat, boleh cuba resepi infused water di bawah niii Okay !

 

 

blog_fruitinfusedwaters

 

Sooo.. sila kentalkan semangat, kuatkan iman.. inshaAllah kalau konsisten buat infused water ni, satu hari nanti boleh maintain kesihatan tubuh badan. Allah dah jadikan setiap kejadiannya (buah-buahan) penuh dengan khasiat dan manfaat untuk manusia kan kann.. Soo all the best semua !!

 

 

 

 

 

 

Terima kasih sudi baca, Muahhh !!!

9 comments :

Cik Aann said...

ade jugak kawan2 buat utk kuruih.. tapi xtahu la sejauh mana keberkesanannya..hehehe
saya ni minum air pon dah 3liter sehari..celah mana la nak minum air infused ni..kikikik

Ostematrix Vs Susu

Zayani Zulkiffli said...

Ramai jugak yang buat infused water ni yg kite nampak.

http://nurulzayani.blogspot.com/

Miz Dayah said...

thanks nisa for the info! :-)
nak try jugak la....hehe

Kenari Putih said...

Memang glamer sekarang infused water... Saya ni belum buat lagi... Hihi..

Nur Fadhilah said...

saya dah buat semalam, guna lemon je. sedapnyeer sampai x cukup sebekas air. ni nak cari buah2 lain pulak.

Gha a.k.a. Gna said...

Buat siap2 sebelom tidoq cik ann.. Kikiki..

Gha a.k.a. Gna said...

Saya dok kemren ni alahai.. Kadang2 buat 2liter pun x abes minum.. Ishh rooogi... Tapi since berinfused water nih, kureng selera merepek. nafsu rasaksa bertukar menjadi nafsu kancil. Ecececeh...

Bahaya telan panadol!

sue haila said...

Tak terbuat lagi..lemon mahal..he3..alasan jer kan...

Dila Gebu said...

memang seronok baca blog ni, best