Friday, August 22, 2014

TRAVEL – Trip Sahabat Media 2014 ke Johor PART 3

 

Assalamualaikum..

 

Kini tiba sudah bahagian terakhir kisah perjalanan aku di Johor, luaskan kuasamu! Ambui kemainn.. Part last ni fun fun sikit laa.. sebab pergi pun tempat yang fun fun gituu hahaa.. Kalau nak tahu, memang sesuai la bawak kanak-kanak pergi tempat nii. Satu family pon boleh pergi.

 

lats

Kami melawat ke LAT’S PLACE yang terletak di Puteri Harbour Theme Park, Nusajaya Johor. Di sini kami ada majlis press conference berkenaan dengan perkembangan dan tawaran terbaru pelancongan di negeri Johor khususnya.. Bagi peminat kartun oleh Lat, boleh dapatkan jugak souvenir berasaskan kartun Lat di sini ya !

 

 

GOPR0777 Lepas majlis press conference, masa untuk penuhkan perut pulakk ! Lunch di TRADERS HOTEL, Puteri Harbour Nusajaya, Johor.

 

 

 

food Nyum nyum nyumm.. lapar balik la pulakkk tengok makanan ni semua haihhh ! HAHA !! Teringat kesedapan makanan kat sini ! Banyak pilihan pulak tuu.. Pencuci mulut pun beraneka jenis dan rupa ! Aduhh sabor je laa. perut ni kecik maka boleh sumbat sikit sajooo..

 

 

GOPR0807 Hahaaa ini paling menarik.. Semua duk tanya aku tempat ni masa aku upload gambar di instagram aku. Inilah SANRIO HELLO KITTY TOWN yang terletak di dalam bangunan di Puteri Harbour Theme Park, Nusajaya, Johor. Siapa yang dah tahu tu haa boleh laaa pergi kat sini ye, terutamanya peminat HELLO KITTY !!

 

 

kitty

Kat Hello Kitty Town ni korang akan masuk ke rumah Hello Kitty yang seriusss comeyyyy gilerr.. Dan kalau korang datang pada waktu yang tertentu akan ada persembahan oleh Hello Kitty dan rakan-rakan ! Gituhh. Puas jugak la berjoget sakan bila part Hello Kitty menyanyi-nyanyi tu muahahaa !! Ter-jadi budak-budak lak kejap..

 

 

TLBC

Dalam bangunan yang sama, korang boleh jugak kunjungi THE LITTLE BIG CLUB, di mana di sini terdapat gabungan kartun-kartun popular seperti Pingu, Bob The Builder, Thomas & Friends dan banyak lagi. Memang mood budak-budak memang TURN ON la bila masuk tempat comel-comel macam ni.. Ada jugak a few small rides and indoor playground untuk kanak-kanak.

 

 

GOPR0833

Lastttt but not least, LEGOLAND ! Haaa kalau dah masuk area Nusajaya ni tapi tak pergi LEGOLAND macam tak kena je dak? Tapi trip kali ni, aku berpeluang masuk ke Legoland Hotel ! Haa tapi malangnya kami tak dapat nak meninjau bilik-bilik kat hotel ni sebab FULL ! Haa nampak tak betapa hotel ni mendapat sambutan ramai ?

 

 

lego2 

Serba sedikit gambar suasana sekitar Legoland Hotel. Memang tema lego 100%. Entah berapa juta keping lego laa dorang dah guna untuk bina segala-gala perhiasan lego tu.. Macam-macam benda dorang boleh buat dengan lego ni ! UNIK dan kreatif semestinya !!

 

 

Baiklahhh.. sekian sudah entry sepanjang perjalanan Nisa dan rakan-rakan media di negeri Johor Darul Takzim. Terima kasih kepada Santai Travel dan Tourism Malaysia kerana sudi bagi peluang kat aku untuk join trip ni. Learned new things, made new friends and more experiences ! Alhamdulillah kami selamat pergi dan selamat kembali.. Till next trip to Melaka !

 

 

 

 

XOXO !

4 comments :

Kisah Si Dairy said...

bestnya dapat join aktivit macam nie...welcome to jb nisa..

Hafiz Hafizol said...

waaahh, bestnyaaa... tazabarnya nak tunggu entry trip ke Melaka plak dari akak..


sYiRa LoKMaN said...

hello kitty town ^_^

timm bill said...

besnya..tapi ritu ada kes hotel kat sini yg nora danish terstuck dlm lif kan..